Anda di halaman 1dari 8

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM DAN AKTIVITI DASAR WARGA EMAS NEGARA (DWEN) LATAR

BELAKANG 1. Pada 5 Januari 2011, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang telah digubal oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dasar ini adalah merupakan satu penilaian semula dan merupakan penambahbaikan kepada Dasar Warga Tua Negara sebelumnya. DEFINISI WARGA EMAS 2. Warga Emas (WE) merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN. MATLAMAT PROGRAM DAN AKTIVITI 3. Matlamat utama pelaksanaan program dan aktiviti ialah: 3.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara; 3.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan; dan 3.3 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan remaja.
1

PETUNJUK PRESTASI 4. Petunjuk prestasi dinilai dari segi output dan outcomes 4.1 Output: Peningkatan 10% setahun bagi program antara generasi yang dapat memupuk nilai menghormati warga emas dalam kalangan murid sekolah dan IPG, pelajar kolej dan IPT dilaksanakan mulai tahun 2011. 4.2 Outcomes Peningkatan 10% pembudayaan nilai, sikap dan amalan saling menghormati warga emas dalam kalangan murid sekolah, pelajar IPG, Kolej dan IPT. SASARAN 5. Sasaran program warga emas melibatkan murid, wargapendidik dan warga emas 5.1 Murid sekolah rendah dan menengah; serta pelajar kolej, institut pendidikan guru dan institut pendidikan tinggi 5.2 5.3 5.4 Warga emas pelbagai bangsa di Pusat Jagaan; Warga emas pelbagai bangsa di kawasan kediaman; Warga emas yang dikenal pasti berjasa/tokoh dalam pelbagai bidang tertentu; PROGRAM PENDIDIKAN DAN KEROHANIAN 6. Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan ialah Kesedaran Terhadap Warga Emas; Menghargai Warga Emas dan Mengalu-alukan Penglibatan Warga Emas (Lampiran 1) melalui aktiviti berikut;

6.1

Menggalakkan aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas atau kediaman warga emas di dalam kawasan penempatan murid, dalam kalangan warga sekolah, kolej dan institut pengajian tinggi; dan

6.2

Mempromosi warga emas sebagai aset negara dan memupuk nilai menghormati warga emas menerusi: i. Program angkat warga emas Pelajar IPG, kolej, IPT, warga emas dan komuniti setempat. Menganjurkan Hari Antara Generasi Murid sekolah / IPG / Kolej / IPT, warga emas, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat. Program Penuaan Sihat antara Generasi Warga Emas dan Komuniti setempat. Kempen menghormati warga emas Murid sekolah / IPG / Kolej / IPT.

ii.

iii.

iv.

6.3

Membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah ke arah memasyarakatkan sekolah.

PENILAIAN DAN PELAPORAN 7. Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru Sivik dan

Kewarganegaraan hendaklah menyelaras dan melaporkan program dan aktiviti DWEN yang dilaksanakan di sekolah pada 30 Jun dan 31 Oktober pada setiap tahun dan dipanjangkan kepada Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM melalui Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN maklumat berikut; 7.1 Laporan Indek Persepsi Murid/Guru/Komuniti (Lampiran 2) 7.2 Statistik penglibatan dalam program DWEN (Lampiran 3) 7.3 Laporan program (Lampiran 4)

PENUTUP 8. Warga emas merupakan insan yang sangat bermakna kepada kehidupan manusia sejagat. Jasa dan peranan dalam membangunkan institusi keluarga, masyarakat dan kemajuan negara amat besar serta perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.
3

LAMPIRAN 1

PROGRAM 1 : Bil 1

KESEDARAN TERHADAP WARGA EMAS Aktiviti Sasaran Semua Murid Tindakan 1. Unit Beruniform 2. Persatuan 3. Mata Pelajaran Sivik dan kewarganegaraan (T2 dan T5) 4. Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral 5. PIBG

Promosi Warga Emas: a. Kempen Menghormati warga emas b. Hari Warga Emas i. Perutusan Warga Emas ii. Aktiviti (seni, sajak, poster, bercerita )

PROGRAM 2:

MENGHARGAI WARGA EMAS

Bil 2

Aktiviti Khidmat Sukarela: a. Lawatan i. Melawat WE di rumah/ penginapan/ pusat jagaan WE b. Gotong Royong i. Mengadakan gotong royong membersihkan kawasan rumah/ penginapan WE

Sasaran Semua Murid

Tindakan 1. Unit Beruniform 2. Persatuan 3. Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (Murid T2 dan T5) 4. Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral

c. Memberi Penghargaan i. Sambutan Hari Lahir ii. Sambutan Hari Ibu iii. Sambutan Perayaan d. Program Angkat Warga Emas

PROGRAM 3:

MENGALU-ALUKAN PENGLIBATAN WARGA EMAS

Bil 3

Aktiviti Penglibatan Warga Emas Dalam Aktiviti Sekolah: a. Aktiviti Ko-kurikulum, persatuan dan sukan i. Sebagai tetamu ii. Sebagai pegawai (mengikut keupayaan) b. Perkongsian ilmu/pengalaman (mengikut keupayaan)

Sasaran Warga Emas

Tindakan 1. Unit Beruniform 2. Persatuan 3. Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraa n (Murid T2 dan T5) 4. Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral 5. PIBG

LAMPIRAN 2 INDEKS PERSEPSI MURID/ GURU TERHADAP PROGRAM WARGA EMAS NAMA : ......................................................................... ........................... TARIKH :

Arahan: Sila tandakan ( _/ ) di ruangan yang bekenaan dengan kenyataan di bawah ini. BIL 1 ITEM Saya faham tanggungjawab saya kepada Warga Emas. Saya menerima baik pelaksanaan program Warga Emas Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Warga Emas adalah sangat penting. Saya gembira menghargai Warga Emas Saya bersedia mengalu-alukan kehadiran Warga Emas Warga Emas perlu mendapat layanan baik. Saya sayang Warga Emas. YA TIDAK

4 5

6 7

Anda mungkin juga menyukai