Anda di halaman 1dari 6

SINOPSIS HIKAYAT SERI KELANTAN Mengisahkan tentang asal usul raja yang memerintah negeri Kelantan atau dikenali

Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Hikayat ini bermula di zaman pemerintahan raja yang bernama Cik Siti Wan Kembang yang memerintah negeri Kelantan. Cik Siti Wan Kembang ini tidak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki dan tidak pernah beranak. Tersebutlah kisah tentang bayi perempuan iaitu anak Raja Jembal yang terlalu cantik yang diberi nama Puteri Sadung. Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Sadung tersebut menjadi anak angkatnya. Puteri Sadung dipelihara oleh Cik Siti Wan Kembang sehingga dewasa dan menjadi seorang perempuan yang cantik paras rupanya. Cik Siti Wan Kembang telah mengahwinkan Puteri Sadung dengan seorang anak raja Jembal iaitu Raja Abdullah. Cik Siti Wan Kembang telah melantik Raja Abdullah menjadi Sultan Abdullah di negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung itu. Selepas Cik Siti Wan Kembang menyuruh Sultan Abdullah membina sebuah kerajaan baru yang diberi nama Kota Jelasin. Kemudian Cik Siti Wan Kembang berpindahlah ke Gunung Ayam dan menjadi raja disitu. Manakala Sultan Abdullah pula menjadi raja di Kota Jelasin itu. Kisah kecantikan Puteri Sadung tersebar hingga ke benua Siam. Raja benua Siam ini sangat lah berahi mahukan Puteri Sadung. Kemudian baginda raja benua Siam memerintahkan hulubalang supaya pergi ke negeri Tanah Serendah Kebun Bunga itu kerana hendak mengambil Puteri Sadung. Maka sampailah mereka dan mengadap Sultan Abdullah serta menyampaikan hasrat mereka untuk mengambil Puteri Sadung sebagai isteri raja mereka. Kemudian Sultan Abdullah sangat marah kerana Puteri Sadung adalah isterinya. Pada keesokkan harinya, Raja Siam dan hulubalangnya melanggar Kota Jelasin dan berlaku peperangan yang hebat. Peperangan tersebut dimenangi oleh Kota Jelasin kerana Puteri Sadung mempunyai kesaktian. Selepas peristiwa itu, dengan takdir Allah s.w.t Tanah Serendah Kebun Bunga dilanda kelaparan. Setelah itu Puteri Sadung dan suaminya berpindah ke hutan dan membina sebuah negeri yang di panggil Mahligai. Raja Siam dan pegawai-pegawainya datang melihat Kota jelasin telah hilang. Raja Siam meminta bantuan Tuk Ca iaitu ahli nujum. Tuk Ca melihat menjelaskan bahawa dengan kesaktian Puteri Sadung mereka boleh mengambil Puteri Sadung. Tuk Ca telah memberi petunjuk kepada Raja Siam untuk menjejaki Puteri Sadung di dalam hutan. Pada Keesokan harinya, Raja Siam dan hulubalangnya sampailah di Mahligai Sultan Abdullah dan Puteri Sadung. Orang-orang telah mengepung Mahligai tersebut. Puteri Sadung terpaksa menyerahkan dirinya dan mengikut kehendak suaminya kepada Siam kerana tiada daya untuk melawan mereka. Stelah itu, Raja Siam dan hulubalangnya membawa Puteri Sadung ke Benua Siam. Selepas kesemua orang siam balik ke Siam Sultan Abdullah memerintah Mahligainya dengan sempurna. Sultan Abdullah berkahwin seorang lagi dengan anak Raja Jembal dan tinggal bersamanya menggantikan tempat Puteri Sadung. Tuk Ca dan Puteri Sadung serta hulubalang Siam sampai di kuala, peristiwa ini mengembirakan Raja Siam yang mahukan Puteri Sadung tersebut. Raja Siam ingin memperisterikan Puteri Sadung tetapi tidak berjaya kerana Puteri Sadung masih isteri orang. Raja Siam ingin memegang tubuh Puteri Sadung, Puteri Sadung menyembur dengan sempah pinangnya ke dada Raja Siam tersebut. Lalu Raja Siam terkenalah penyakit kayat. Raja Siam memanggil semua taib-taib dan bomohbomoh untuk mengubati penyakitnya. Raja Siam meminta bantuan Tuk Ca. Tuk Ca menyatakan supaya Puteri Sadung perlu dihantar kembali ke Mahligainya barulah penyakit raja Siam itu sembuh. Raja Siam mengutuskan tujuh orang Islam seperti yang dikehendaki oleh Puteri Sadung itu. Belayar Puteri Sadung bersama dengan tujuh orang Islam tersebut. Apabila sampai dikuala kemayang, salah seorang daripada tujuh orang tadi mati dan dikuburkan di pantai Kemayang. Setelah itu Puteri

Sadung mudik sampai ke Tanjung Jerin lalu mati pula seorang dan dikuburkan di Tanjung Jerin dan digelar Syeikh Tanjung Jerin. Kemudian mudik pula Puteri Sadung dengan lima orang lagi sehingga sampai di Pekalang Gaung mati seorang yang digelar Datuk Padang Duri. Kemudian Puteri Sadung dan yang lain mudik sehingga sampai di Pekalang itu, maka Puteri Sadung bermuafakat meminta pertolongan dengan orang kampung di situ supaya menghantarnya ke Bukit Marak. Tujuh hari Puteri Sadung tinggal di atas Bukit Marak, maka mati lagi seorang pengikutnya yang terkena penyakit. Lalu Puteri Sadung menyuruh orang ramai menanam mayat itu di Tambak. Selepas Mengkebumikan mayat tersebut Puteri Sadung kembali pulang ke Mahligainya. Bertemulah Puteri Sadung dengan Raja Abdullah. Kemudian Puteri Sadung menyuruh tiga orang pengikutnya balik menghadap Raja Siam menyampaikan bahawasanya dia sudah sampai. Tersebutlah kisah Puteri Sadung setelah bertemu dengan suaminya. Puteri Sadung tidak bersetuju apabila Sultan Abdullah beristeri seorang lagi dan Puteri Sadung menyuruh suaminya membawa isterinya tinggal di tempat lain kerana Mahligai tersebut kepunyaannya. Sultan Abdullah tidak peduli seperti kehendak Puteri Sadung. Puteri Sadung bergaduh dengan Sultan Abdullah. Lalu Sultan Abdullah memancung leher Puteri Sadung sehingga putus dua. Semua inang menangis, salah seorang inang terfikir bahawa dalam jembul sanggul Puteri Sadung mempunyai air mawar yang boleh menyembuhkan luka dan boleh menghidupkan kembali orang yang dah meninggal dunia. Setelah itu, Inang yang busu tersebut menyapukan air tersebut pada leher Puteri Sadung. Maka Puteri Sadung bersin dan sembuh serta hidup kembali seperti sedia kala. Setelah Puteri Sadung hidup kembali, dia keluar berhadapan dengan Sultan Abdullah sambil menghunuskan pedangnya yang bertatahkan baiduri kerana hendak membunuh Sultan Abdullah, lalu terkena leher suaminya itu terputus dua. Maka Puteri Sadung memerintahkan rakyatnya supaya menyempurnakan jasad suaminya seperti adat raja-raja mati. Maka Mayat Sultan Abdullah dikebumikan di Tasik Padang. Puteri Sadung membuat keputusan untuk tinggal di Bukit Marak dan menyerahkan Mahligainya itu kepada isteri muda suaminya itu. Puteri Sadung dan inang-inang serta rakyatnya berangkatlah ke Bukit Marak dengan menaiki gajah. Maka sampailah di atas Bukit Marak dan menjadi Raja disitu. Tersebut pula kisah Raja Ibrahim iaitu adik kepada Sultan Abdullah. Baginda dan kawannya naik ke Bukit Marak untuk menghadap Puteri Sadung. Raja Ibrahim menyatakan hajatnya kerana negerinya huru hara akibat ketiadaan Raja. Oleh itu, Raja Ibrahim memohon kepada Puteri Sadung agar di kurniakan kerajaan. Maka Puteri Sadung membuat keputusan dengan melantik Raja Ibrahim sebagai pemerintah menggantikan abangnya Sultan Abdullah. Raja Ibrahim balik ke Jembal dan membina sebuah Kota yang di panggil Kota Teras. Maka Sultan Ibrahim menjadi pemerintah disitu. Sultan Ibrahim merupakan seorang Raja yang zalim. Semua rakyat yang dizalimi mengadu kepada Puteri Sadung tentang kezaliman Sultan Ibrahim. Akibat daripada kezaliman tersebut Sultan Ibrahim dan jatuh sehingga sekarang keturunan Raja-Raja Jembal tidak naik dan Puteri Sadung pun ghaib menghilangkan diri. Tersebutlah kisah Datu yang memerintah di Pekalan Datu. Baginda memerintah selama tiga tahun lalu jatuh berpenyakit dan mati serta dikuburkan di Pekalan Datu. Selepas itu, tersebutlah kisah Raja selepas datu iaitu Raja Udang kerana tubuhnya merah seperti udang. Maka Raja Udang memerintah negeri ini. Tidak lama kemudian Raja Udang mati kerana terkena penyakit. Tersebutlah kisah Tuan Long Pandak ipar daripada Raja Pasir Emas Seberang Tuk Deh itu iaitu negeri Lenggeh. Tuan Long Pandak memerintah negeri ini dan membina sebuah kota di Kubang Labu. Tersebutlah kisah raja negeri negeri Kebayat Nenggara dilanggar oleh raja China. Negeri Kebayat Nenggara kalah dan berpecah belah tidak tahu lari kemana.

Tersebutlah kisah anak perempuan dan lelaki yang masih tinggal di negeri itu. Yang kakaknya bernama Tuan Kembang Bunga dan adik lelakinya bernama Long Sulaiman. Tuan Kembang Bunga membuat keputusan untuk mengambil semua harta bondanya. Oleh itu, beliau menyuruh inang-inang dan semua hambanya mengambil harta benda yang ada bersama-sama lari kerana tidak tahan. Tuan Puteri Kembang Bunga membawa adiknya seorang lelaki menaiki wangkang belayar ke tengah lautan. Tidak lama kemudian sampailah mereka di negeri Pattani. Tuan Puteri Kembang Bunga menyuruh orang-orangnya pergi menghadap orang-orang besar negeri Pattani hendak menumpang kerana beliau tidak mengetahui adat dan bahasa orang Pattani. Orang besar dibawah raja negeri itu mengambil Long Sulaiman dan Tuan Puteri Kembang Bunga sebagai anak angkatnya. Kemudian Dipeliharalah Tuan Puteri Kembang Bunga dan Long Sulaiman sehingga besar. Long Sulaiman dikahwinkan dengan anak pembesar tersebut. Tidak lama kemudian isteri Long Sulaiman hamil. Kisah Tuan Puteri Kembang Bunga pula, ramai orang yang tergila-gilakannya kerana rupa parasnya yang cantik. Oleh itu, ramailah yang sentiasa mengacaunya sehingga kehidupannya tidak senang. Beliau mengambil keputusan untuk membunuh dirinya di dalam wangkang di Kuala Nama. Orang pergi memberitahu Long Sulaiman bahawa kakaknya telah mati, Long Sulaiman pergi melihatnya dan menyimpan mayat kakaknya di dalam sepahnanya. Beberapa hari kemudian, isteri Long Sulaiman melahirkan anak lelaki yang diberi nama Long Junus. Long Sulaiman berasa susah hati mengenangkan kakaknya yang membunuh diri lalu beliau keluar dari negeri Pattani. Tersebutlah kisah Long Junus yang telah besar dipelihara oleh bondanya. Pada masa itu, raja negeri Pattani itu bernama Nang Cayang. Orang Besar membawa Long Junus cucunya pergi mengadap Nang Cayang. Nang Cayang mengambil Long Juunus sebagai anak angkatnya kerana rupa parasnya yang elok. Tiba-tiba Nang Cayang diserang penyakit. Baginda meminta bantuan ahli nujum untuk meramal penyakitnya. Menurut ahli nujum Nang Cayang tidak boleh memelihara Long Junus, kerana jika dipelihara baginda tidak akan sembuh. Nang Cayang sangat marah dan menghalau Long Junus dari negeri Pattani. Setelah daripada peristiswa itu, Long Junus berjalan seorang diri masuk ke negeri Kelantan. Sampai dia di Kubang Labu, lalu masuk menghadap Tuan Long Pandak Kubang Labu. Long Junus dipelihara dan dilantik sebagai Bendahari. Kemudian tersebut kisah di negeri Reman, Pada suatu ayahanda Long Jaafar telah menghalau Long Jaafar. Maka Long Jaafar mengambil seekor ayam jantan dan kain cukin berjalan keluar dari negeri Reman. Dia masuk ke negeri Kelantan dan mencari Kampung Raja dan sampailah di Kubang Labu. Long Jaafar bertemu dengan Long Junus dan Long Junus membawa masuk Long Jaafar mengadap Raja Kubang Labu kerana kasihankannya. Raja Kubang Labu menerima Long Junus untuk tinggal di Kubang Labu. Pada masa yang sama Isteri Raja Kubang Labu melihat kain yang dibawa oleh Long Jaafar sangat pelik dan dia meminta kain tersebut daripada Long Jaafar. Isteri Raja Kubang Labu menerima kain tersebut, setelah itu, dilihat oleh Raja Kubang Labu Kain Long Jaafar berada dalam bilik bersama isterinya yang sedang menenun kain. Lalu Baginda marah dan mengambil keris menikam isterinya sehingga mati. Raja Kubang Labu menitahkan gembala gajah supaya membawa mayat isterinya ini menaiki seekor gajah lalu dihantar kepada Raja Pasir Emas Legeh Tuk Deh. Maka sampailah mayat isterinya kepada Raja Pasir Emas Legeh Tuk Deh. Raja Pasir Emas Leggeh sangat marah dan telah mengetahui siapa yang telah menikam adiknya kalau tidak Raja Kubang Labu sendiri. Maka Raja Pasir Emas Legeh bersiap sedia dengan kelengkapan untuk menyerang Kubang Labu. Sampailah Raja Pasir Emas Legeh di Kubang Labu. Pada ketika itu, Raja Kubang Labu sedang leka bermain catur sehingga baginda tidak mempedulikan kata-kata orang yang memberitahu bahawa

Raja Pasir Emas Legeh telah masuk ke Kubang Labu. Akibat daripada kelekaannya itu, Raja Kubang Pasu ditikam oleh Raja Pasir Emas Legeh dan mati serta di Kubang Labu. Long Junus dan Long Jaafar ketakutan lalu mereka lari dengan membawa ayam. Kemudian mereka sampai di negeri Terengganu. Mereka masuk mengadap Raja Terengganu. Raja Terengganu sangat kasihan kepada mereka lalu dipelihara kedua-dua budak tersebut. Tiba-tiba masuk perahu perompak orang Bugis yang menyatakan hasratnya untuk menyabung Ayam dengan mempertaruhkan negeri dan harta, jika tidak menyabung ayam Orang Bugis tersebut ingin merompak negeri Terengganu. Long Junus dan Long Jaafar menyahut cabaran Orang Bugis itu. Maka bersedia sedialah dengan tempat permainan tersebut. Pada mulanya, Long Junus menggunakan ayamnya melawan ayam orang Bugis, Ayam Long Junus kalah kerana putus sayap akibat terkena taji ayam orang Bugis. Selepas itu, giliran Long Jaafar dan ayamnya berlawan ayam orang Bugis, ayam Orang Bugis kalah kerana terputus kepala. Maka bersoraklah Long Junus dan Long Jaafar sehingga di ketahui oleh Raja Terengganu akan kemenangan tersebut. Kemudian seperti yang dipertaruhkan, Orang Bugis menyerahkan semua hartanya sebanyak tujuh perahu dan meminta diberikan sedikit bekalan untuk di bawa pulang. Raja Terengganu memberikan harta tersebut kepada Long Junus dan Long Jaafar akan tetapi mereka berdua menolak dan mereka meminta hendak pulang ke negeri Kelantan. Permintaan tersebut dipersetujui oleh Raja Terengganu dan telah menghantar mereka berdua ke Kelantan. Sampailah mereka berdua di Kelantan. Long Jaafar berhentilah dan membina kota di Jeram manakala Long Junus membina kota di Kota Encik Bu. Long Junus memerintah Kelantan pada masa itu sehingga baginda di kurniakan lima orang anak lelaki dan tiga perempuan. Anak lelakinya bernama Long Muhammad, Long Jenal, Long Tan, Long Pandak dan Long Bongsu. Manakala yang perempuan diberi nama Encik Ku Tuan Nawi, Encik Ku Tuan Nadah, dan Encik Ku Tuan Namah. Setelah lama Long Junus memerintah negeri Kelantan maka besarlah kesemua anaknya itu. Lalu baginda memerintahkan supaya diperbuatkan satu majlis. Bersedia sedia semua rakyatnya mengadakan persembahan dan permainan seperti Mak Yong, Menura dua panggung, wayang dua panggung, joget asyik dan bangsal judi penyabung. Tersebut pula kisah Raja seorang Raja Terengganu iaitu Almarhum Janggut atau dikenali Tuan Dalam. Raja Linggi pula iaitu Yang Dipertuan Bulan berkehendak Anak Sungai. Kemudian Yang Dipertuan Bulan menitahkan Tuan Dalam menyerang Anak Sungai, Tuan Dalam bersetuju lalu bersiap sedialah dengan kelengkapan perang dan tentera yang ramai menyerang Anak Sungai. Negeri Anak Sungai Kalah dan tunduk kepada Yang Dipertuan Linggi. Tuan Dalam pun pulang ke Linggi. Yang Dipertuan Bulan mengahwinkan anaknya Tengku Puteri Bulan dengan Tuan Dalam dan anak lelaki Yang Dipertuan iaitu Tengku Besar dikawinkan dengan adik Tuan Dalam. Berkasih-kasihan mereka suami dan isteri. Yang Dipertuan Bulan menghantar Tuan Dalam dan Tengku Besar serta isteri mereka ke negeri Terengganu. Sampailah mereka di negeri Terengganu. Disambut oleh rakyat disitu. Mereka naiklah di atas kerajaan Terengganu Tuan Dalam digelar Yang Dipertuan Terenggganu dan Tengku besar bergelar kembarannya. Memerintahlah mereka dengan adil sehingga Dipertuan dan Tengku Puteri Bulan dikurniakan anak lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan Tengku besar yang dikurniakan anak lelaki yang bernama Tengku wot dan Tengku Hitam yang mangkat di Kelantan. Yang Dipertuan Terengganu mendengar di Kelantan mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan yang ramai dan meminta orang pergi meminang anak Long Junus Encik Ku Tuan Nawi. Berkahwinlah anak Yang Dirpertuan Terangganu dan Yang Dipertuan Negeri Kelantan. Long Muhammad diambil sebagai anak angkat raja Terangganu. Berulang aliklah Long Muhammad diantara negeri Kelantan dan Terengganu sehingga baginda juga berkahwin dengan anak anak raja Legeh dan Engku Tengah menjadi isteri kedua raja Terengganu. Long Jaafar meninggal dunia kerana penyakit dan dikuburkan di Limbat.

Raja Long Junus pula jatuh sakit, ramailah orang datang melawat dan mengubati penyakitnya. Berita ini di ketahui oleh raja Terengganu, lalu baginda bergegas melawat Long Junus. Dengan takdir Allah, Long Junus juga meninggal dunia. Berlakulah perebutan takhta kerajaan diantara Kelantan dan Terengganu. Anak raja Terengganu diangkat menjadi Raja. Perkara ini tidak dipersetujui oleh anak Long Junus dan mereka telah bermuafakat dengan Engku Kelucur bapa saudara mereka untuk menyerang Terengganu. Terengganu kalah di tangan Kelantan. Raja Kelantan telah kembali ke Terengganu. Long Muhammad diangkat menjadi Yang Dipertuan Kelantan, Long Jenal menjadi Bendahara, Long Tan menjadi raja Temenggung dan Long Bongsu menjadi raja Muda. Masing-masing memerintah Kelantan dengan sempurna. Raja Terengganu meminta Bantuan Pattani menyerang Kelantan. Kelantan kalah dan Long Muhammad lari ke Kuala Kelantan. Long Muhammad Meminta bantuan orang Cina Galas menyerang Pattani dan Terengganu. Kelantan memperolehi kemenangan dan Long Muhammad memerintah seperti biasa. Yang Dipertuan Terengganu masih ingin menyerang Kelantan akan tetapi pada masa yang sama Tengku Puteri Bulan isterinya sakit dan dia pulang ketempat asalnya. Raja dan pembesar Kelantan bermusyuarat untuk duduk di bawah Duli Chukon di Benua Siam. Kelantan telah menghantar barangan yang berharga sebagai tanda perhambaan di bawah duli Chukon. Chukon bersetuju dan mengurniakan Long Muhammad nama dan pakaian di raja. Raja Terengganu berasa takut kepada Kelantan dan mungutus surat ke Singgora dan di hantar ke Benua Siam. Kelantan dan Terengganu kini dibawah Benua Siam dan tiada lagi pergaduhan. Raja Kelantan tidak ada anak manakala raja Bendahara dikurniakan anak yang bernama Tuan Bulat menjadi Raja Balat Pattani dan Tuan Tengah tinggal di Tumpat. Raja Temenggung juga mempunyai anak yang bernama raja Penambang yang jadi Tengku Seri Indera dan Raja Long Senik Mulut Merah. Raja Long Senik Mulut Merah diambil menjadi anak angkat Raja Kelantan dan menimbulkan kemarahan raja Bendahara. Maka raja Bendahara mengupah orang Cina Galas membunuh raja Temenggung. Peristiwa tersebut di ketahui oleh raja Kelantan dan raja Kelantan menghalau raja Bendahara keluar dari Kelantan. Raja Kelantan jatuh sakit dan mangkat. Raja Bendahara diangkat menjadi Raja Kelantan, Tuan Senik Mulut Merah bermuafakat dengan adik-beradiknya hendak menyerang raja Bendahara. Raja Bendahara Kalah dan lari meninggalkan kota itu. Raja Long bongsu dan Engku Limbat disuruh mengajak Raja Bukit di Bukit Marak. Tuan Bongsu mengadap Raja Siam, dan Tuan Bongsu mendapat kurniaan. Negeri Kelantan bersenang sebentar dengan upacara perlantikan pembesar-pembesar negeri. Tersebutlah Kisah raja Pattani, Tuan Besar kampuung Laut dilantik oleh Siam menjadi raja Pattani. Raja Pattani menyuruh orang meminang anak Raja Kelantan yang bernama Engku Cit. Orang membawa surat masuk ke Kelantan. Raja menerima peminangan tersebut dan membalas dengan barangan ke Pattani. Raja Pattani sangat gembira. Berkahwinlah kedua-dua anak mereka. Kisah Raja Bukit yang tinggal di Kemaman hendak menyerang Kelantan. Raja Kelantan dan raja Muda bersiap sedia di kubu masing. Tiba-tiba Raja Bukit tidak jadi untuk menyerang Kelantan. Engku Tuan Sulung, anak raja Kelantan berputera seorang lelaki yang bernama Tuan Kundur. Raja Tuan Putih Pula dikurniakan seorang anak lelaki maka nenda raja Kelantan memberi nama Timun dan anak perempuan diberi nama Engku Ambuan. Raja Penambang yang duduk di Lenggur adalah di negeri Jari, Jomkabat. Raja Singgora mengankat nama Jomkabat. Raja Singgora menberi Jomkabat raja dan Nik Leh anak Mekong Kelong jadi raja di sai dan Nik Bongsu menjadi raja di negeri Lenggeh. Berapa lama Jomkabat menjadi raja sampai mati. Raja Penambang diberi menjadi raja di Jarin. Tuan Sulung dijadikan Raja Muda. Berhimpun semua anaknya hendak menyerang negeri Kelantan. Tiba-tiba mangkat . Maka Raja Kelantan menyuruh orang pergi mengambil anak-anak semua di Jarin dan bawa ke Kelantan. Seorang anak perempuan diperisterikan oleh Engku Besar Tuan Sulung mempunyai anak bernama Engku Salleh.

Pada hari Khamis 29 Zulhijjah tahun 1305, Raja Maha Besar berangkat turun ke atas perahu yang dinaiki Raja Kelantan. Belayarlah mereka sehingga sampai balai yang di sambut dengan meriam 21 das dan tunggul bendera. Kemudian Sultan Ahmad dan raja Kelantan dan yang lain-lain masuk dengan Sultan lalu bertanya siapa yang boleh memutuskan bicara di Kelantan. Kemudian ditanya anak raja-raja pula hingga habis. Kemudian ditanya pula ada berapa rakyat di dalam negeri ini. Jawab Sultan lebih kurang 25000 orang, raja Siam 800 orang dan Cina tidak ramai. Lalu dibahagikan persalinan kepada semuanya. Maharaja pun berangkat naik ke dalam kota naik ke balai lalu bertitah hendak masuk bertemu Raja Peremmpuan. Lalu masuk kedalam berjumpa dengan Raja Perempuan anak beranak. Kemudian Sultan, raja Kelantan dan lain-lain semuanya ke Kuala lalu naik ke pasir pantai. Raja Maha Besar menyuruh tiga orang adiknya masuk mengurniakan jam berkotak dua kepada sultan, raja Kelantan dank acing baju sembilan kotak, bekas sirih dan senapang enam laras. Beberapa lama kemudian ke bawah kaus Sultan Ahmad jatuh sakit dan mangkat. Kemudian Raja Kelantan dan Tengku Seri Indera diberi menjadi Raja Muda. Sehingga tujuh hari Engku Cit menyuruh Nik Mat Besar dan Wan Husin serta penghulu-penghulu membawa setengah ringgit dan seekor gajah dihantar kepada ke rumah Nik Seri Paduka Raja. Lalu Nik Seri Paduka membawa dipersembahkan kepada Raja. Raja menerima duit tersebut dan gajah di peliharanya dengan baik. Maka Negeri Kelantan Bahagia seperti biasa tanpa adanya pergaduhan. Maka Raja Kelantan pun bersiap lalu belayar ke Terengganu dan naik kapal dagang ke Singapura.