Anda di halaman 1dari 2

Etika Dalam Keusahawanan

Posted by Dpli Upsi 2012/2013 on Wednesday, May 2, 2012

Seorang usahawan perlu memastikan usaha untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan dibuat dengan betul dan tidak bercanggah dengan etika Islam. Setiap penjual mahukan barang yang dijual membawa keuntungan yang banyak dan berlipat ganda, maka ia akan berusaha sedaya upaya mempengaruhi pembeli supaya tertarik dengan barang yang dijual. etika-etika yang perlu dipatuhi oleh pengusaha ialah :

1. 2.

Tidak mengurangkan timbangan Memastikan bahawa setiap timbangan haruslah dilakukan dengan adil dan tanpa penipuan. Tidak terlibat dengan amalan riba' Membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin samada dalam pembiayaan atau pelaburan

3.

Tidak menzalimi pekerja. Aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan pekerja agar mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Yang penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan mereka dan menjaga kebajikan mereka.

Sekiranya kita tidak menjaga kebajikan mereka tetapi kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap kualiti dan produktiviti maka kita menzalimi mereka. Bagaimanakah cara supaya kita tidak menzalimi pekerja kita? Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat. Ia juga seharusnya sesuai dengan kos hidup setempat. Membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka. Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat. Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat dia bekerja dan dirumahnya.

4.

Tidak mengeluarkan produk atau perkhidmatan yang haram, rendah kualiti atau bertentangan dengan syariat

5. 6. 7. 8. 9.

Kualiti Memenuhi kontrak yang dibuat Kontarak yang telah dibuat jangan dilanggar Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan Ibadaibadat yang lain bermaksud sembahyang dan berzakat Kontrak yang jelas dan sah Segala bentuk perjudian dilarang

10. Harga yang adil terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan.

Anda mungkin juga menyukai