Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TAU SELANGAU

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM BERSEPADU 2012
TARIKH: 31 OKTOBER 1 NOVEMBER 2012

TEMPAT: SK SUNGAI TAU

ANJURAN: UNIT KURIKULUM SK SUNGAI TAU UNIT KOKURIKULUM SK SUNGAI TAU

1.0

PENDAHULUAN

Perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kurikulum dan Unit Kokurikulum SK Sungai Tau. Perkhemahan ini

melibatkan semua persatuan akademik, kelab sukan dan permainan dan persatuan beruniform. Program ini akan disertai oleh murid-murid tahun 3 hingga 6. Perkhemahan akan diadakan di padang berhadapan Dewan RMT sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti motivasi untuk membina keyakinan diri dan pengukuhan

kemahiran asas dalam pelbagai aktiviti luar bilik darjah agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mapan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman baru pembelajaran di luar bilik darjah iaitu dalam bentuk riadah dan rekreasi. 3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 31 Oktober hingga 1 November iaitu pada hari Rabu dan Khamis. 4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam. 4.4 Tempat ialah di padang berhadapan Dewan RMT SK Sungai Tau. 4.5 Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana: o o Kawasan perkhemahan yang terjamin keselamatannya dan terkawal (Bersebelahan dengan Kuarters Guru). Bebas dari sebarang gangguan luar dan tumpuan penuh dapat diberikan oleh peserta terhadap semua aktiviti yang bakal diikuti.

5.0 TENTATIF PROGRAM 5.1 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

6.0 PERASMIAN

Cadangan perasmi adalah Guru Besar SK Sungai Tau. Ia akan berlangsung pada hari Khamis, 1 November 2012, jam 4.30 petang di gelanggang serbaguna SK Sungai Tau. Encik Entri anak Setang akan diberi peluang memberi ucapan ringkas dan merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : 22 orang murid Tahun 3 hingga Tahun 6 (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

7.2 Jumlah fasilitator: 11 orang (Semua guru dan AKS)

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat Pengerusi Setiausaha Penyelaras Aktiviti Kem Komandan

: Encik Entri anak Setang (Guru Besar) : Puan Helenny Gani (PK 1) : Puan Quek Ching Ching (PK HEM) : Encik Gosstin anak Blin (PKKK) : Encik Walter anak Naing

JAWATANKUASA KERJA AJK Buku Program & Aturcara Cikgu Helenny Gani Cikgu Muzawina Aziah binti Jawawi AJK Dokumentasi & Fotografi Cikgu Mohd. Rabani bin Awal Cikgu Sie Leong Harn AJK Teknikal & Siaraya Cikgu Hafizal Hafiz bin Sarjoni Cikgu Mohd. Rabani bin Awal

AJK Malam Kebudayaan (Guru Kelab Kebudayaan) Cikgu Catherine anak Hilary Agah Cikgu Quek Ching Ching AJK Makanan & Minuman Cikgu Hafizal Hafiz bin Sarjoni Cikgu Quek Ching Ching Cikgu Catherine anak Hilary Agah Puan Khairunisa binti Mohd. Ridzuan Teo AJK Keselamatan Cikgu Gosstin anak Blin Cikgu Walter anak Naing Cikgu Mohd. Rabani bin Awal Cikgu Sie Leong Harn Pelaksana Aktiviti Kelab dan Persatuan Persatuan Bahasa Malaysia Cikgu. Walter & Cikgu Helenny Persatuan Bahasa Inggeris Cikgu Calvin & Cikgu Muzawina Persatuan Sains dan Matematik Cikgu Hafiz & Cikgu Gosstin Pelaksana Aktiviti Sukan dan Permainan Kelab Bola Sepak Cikgu Gosstin, Cikgu Calvin & Cikgu Hafiz Kelab Badminton Cikgu Rabani, Cikgu Muzawina & Cikgu Ching Ching Pelaksana Aktiviti Persatuan Beruniform Persatuan Pengakap Cikgu Walter, Cikgu Gosstin & Cikgu Helenny

9.0

PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini: BIL 1. 2. PERKARA Makanan Peserta Pelbagai Jumlah KUANTITI 22 orang X RM4 22 orang X RM1.50 JUMLAH RM88.00 RM33.00 RM121.00

Sumber Kewangan: Sumbangan pelajar = RM3 X 22 = RM66.00 Sumbangan guru + AKS = RM5 X 12 = RM60.00 Jumlah = RM126.00

10.0

PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang disemai di dalam aktiviti perkhemahan ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

. (HELENNY GANI) Pen. Kanan 1, SK Sungai Tau, Selangau

.................................................. (ENTRI ANAK SETANG) Guru Besar SK Sungai Tau, Selangau.

Anda mungkin juga menyukai