Anda di halaman 1dari 20

APRESIASI SENI VISUAL

Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. Antara objektif apresiasi seni adalah Memahami dan bertindak terhadap aspek seni, mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan , menghasilkan karya (produk seni), memahami seni dan hubungannya dan membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni. Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerjakerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan dalam apresiasi seni iaitu:

a) Pendekatan secara logik Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai- nilai estetika dan pengaruh. Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambar- gambar. Secara perbandingan - Analisa, penilaian,perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran. Secara penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

b) Pendekatan secara psikologi Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan. Terdapat beberapa kaedah apreiasi seni. Antaranya adalah kaedah hedonistik. Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: Suka/tidak Tertarik/tidak Pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa. Seterusnya kaedah kontekstualistik. Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati. Kaedah yang berikutnya adalah kaedah organistik. Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. Seterusnya kaedah normistik. Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan adakaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. Kaedah berikutnya adalah kaedah elektik. Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

Proses apresiasi seni mempunyai empat tahap. Pertamanya menggambarkan. Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur. Proses kedua adalah menganalisa, perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsureunsur seni, prinsip dan stuktur, menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana dan menghuraikan stail sesuatu karya. Proses seterusnya tafsiran. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsurunsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan dan mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. Proses terakhir adalah penilaian. Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi serta menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, sosial, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya. Penghargaan atau aspresiasi seni adalah suatu latihan yang memerlukan penglibatan sepenuhnya deria pandang dan sentuh. Objek-objek seni yang berupa catan dan cetakan dipandang sementara objek-objek seni rupa yang berupa arca dan binaan disentuh. Kedua-dua deria ini saling bantu membantu agar dapat mendorong kita menikmati karya seni dengan lebih seronok lagi. Bila kita menggunakan dua deria ini sahaja, penglibatan kita dengan objek seni ialah secara pasif. Kebanyakan orang menghargai seni secara pasif mungkin disebabkan oleh pengalaman, pendidikan dan pilihan sendiri. Bila kita menghargai sesuatu objek seni secara aktif maka kita melibatkan penggunaan bahasa. Bahasa digunakan baik secara bertutur atau bertulis. Kalaulah kita terima anggapan bahawa objek seni itu sendiri merupkn suatu bahasa bahasa visual atau tampak ( kerana penuturnya, seniman ; alatnya, objek seni yang mengandungi maklumat-maklumat; dan penerimanya, pemerhati) maka jelaslah keadaan yang ingin digambarkan. Penafsiran terhadap objek seni apabila kita menghargainya, adalah merupakan pengucapan kembali suatu bahasa yang pertama oleh bahasa kedua. Perbezaan antara kedua-dua bahasa ini ialh dari segi jenisnya sahaja. Maka tugas pemerhati ialah memandang objek seni dengan teliti supaya mengambil kira apa saja yang perlu diambil kira. Apabila di mengulas, bahasanya pula haruslah berpatutan.

Untuk memulakan apresiasi, pemerhati mestilah faham akan sambutan awalnya terhadap objek seni itu. Mengikut Hauser, A work of art is challange ; we do not explain it, we adjust ourselves to it . Tugas kita sebagai pemerhati yang menyesuaikan diri dengan karya seni ialah mencari sebab mengapa kita diusik, diganggu dan dicabar. Apabila kita sudah mengetahui sebab-musababnya tindak balas kita yang demikian, baharulah kita menghurai kandungan objek seni. Kerap juga terjadi kekeliruan di dalam usaha aspresiasi ini. Pemerhati tidak memastikan manakah yang lebih penting : sambutannyakah atau objek seni itukah? Sebagai gerak utama, sambutan atau tindak balas itu bertugas untuk bertimbal balik dengan objek seni tetapi objektif utama ialah mendekatkan lagi objek seni kepada kita meskipun kita yang menyesuaikan diri dengannya. Sama ada kita kagum, benci, suka atau tidak, prioriti mestilah diberi kepada objek seni. Apabila berhadapan dengan objek seni, kita tidak semestinya menyukainya untuk dapat memberikan penilaian yang jitu dan saksama. Objek seni yang kita tidak suka sekalipun layak menerima aspresiasi seni. Mungkin di dalam tulisan kita nanti, objek tersebut menerima pengupasan yang negatif. Sebagai pemerhati, kita berhak ke atas sambutan awal kita. Tidaklah menghairankan, jika ada sepuluh jenis sambutan atau tindak balas. Setiap pemerhati mempunyai seleranya sendiri. Demi mengetahui seleranya itu, pemerhati akan menyelami ke dasar jiwanya. Tugas ini kerap mematangkan kerana lebih banyak kita tahu tentang diri maka lebih mudahlah kita mengenali diri. Apresiasi seni mengajar kita menghargai rasa dan perasaan sendiri. Objek seni sebagai alat pengajar inilah yang menyebabkannya wujud di dalam semua masyarakat dunia. Penghasilan seni tidak ada kena mengena dengan tahap sesuatu tamadun. Semua tamadun menghasilkan seni, kerana semua tamadun menghargai seni. Bentuk seni berbeza antara satu tamadun dengan tamadun yang lain dan perbezaan bentuk seni pula mencipta tradisi seni yang berbeza. Dari tradisi itu maka wujud pula penulisan tentang peraturan-peraturan, pembuatan-pembuatan, penilaian-penilaiandan penjualan objek-objek seni yang berbeza juga. Eropah yang mementingkan pemikiran rasional mengubahsuaikan pengetahuan tentang ilmu perspektif kepada kehendak-kehendak dan tuntutan-tuntutan catan. Tidaklah menghairankan di zaman Renaissance, seniman menggunakan kaedah perspektifuntuk meniru dunia nyata di permukaan datar. Seniman cina pula tidak memerlukan perspektif seperti yang dianuti oleh para seniman Eropah untuk

mengolah peniruan dunia nyata. Seniman cina mempunyai konsep ruang yang lebih menyeluruh. Ruang yang diolah tidak tersekat-sekat dengan satah-satah tertentu. Awan, gunung, bunga, kuda, manusia adalah sama penting dan mesti dipertonjolkan sejelas mungkin. Seniman islam pula mematuhi larangan hadis berhubung dengan pembuatan imej-imej untuk dipuja. Mereka lantas menyatakan rasa halus dan konsep estetikanya melalui tulisan khat (Gambar 1) dan senibina (Gambar 2) ; meskipun di India dan Parsi, suasana budaya di istana, terus menerus menggalakkan perlukisan figura khusus sebagai ilustrasi kepada teks-teks terpilih. Tamadun-tamadun Eropah, China, India dan Parsi bolehlahdikira sebagai contohcontoh yang jelas bagaimana seni mempunyai tempat yang istimewa di dalam masyarakat. Untuk menilai, kita mesti mempunyai kriteria. Kriteria yang boleh digunakan ialah asas-asas yang kita sentuh dalam esei pertama iaitu struktur, warna, ruang, komposisi, imbangan dan tema. Kesemuanya ini merupakan konsep-konsep estetika yang agak umum. Setiap pemerhati boleh memperlanjutkan konsep-konsep ini mengikut tafsiran pengalaman dan pengertian sendiri. Dengan demikian, dia boleh menampung makna-makna yang tercetus dari objek seni yang hanya dia seorang sahaja mengerti. Dengan menggunakan konsep-konsep umum di atas, dia mungkin dapat berkongsi pengetahuan-pengetahuan yang diperolehinya sesudah mengupas sesuatu objek seni yang belum dilihat atau disentuh oleh orang lain. Setidaktidaknya, pembaca akan memperolehi pengetahuan umum dari pengalamannya yang khusus itu. Inilah tugas kriteria yang umum, untuk dapat dijadikan saluran ke kancah ilmu. Di samping itu, konsep bentuk pula perlu diperjelaskan sedikit lagi. Bentuk ialah sebuah konsep yang agak sukar hendak diberi penafsiran yang memuaskan. Namun, dapat diberikan beberapa cirinya yang dikira agak umum agar dapat menjangkau batas yang lebih luas. (1) Penggabungan isi dengan cara persembahan yang sesuai untuk isi itu. (2) Peranan warna, garis, atau berat yang berkesanggupan memberikan gambaran yang sepadu mungkin kepada objek yang diolah. (3) Idea kesepaduan yang dipertontonkan oleh sesuatu objek itu merupakan kekuatannya yang utama.

(4) Pembebasan diri sesuatu objek seni itu dari tradisinya, dan kejayaannya memperlanjuttkan tradisinya itu.

Tafsiran pertama, boleh mengupas catan, cetakan dan arca, begitu juga yang kedua. Tafsiran ketiga ialah mengenai arca dan senibina dan yang keempat pula, catan arca, cetakan dan senibina.

Apresiasi seni yang aktif merupakan sumbangan ke arah perkembangan seni umumnya. Dengan mendedahkan objek-objek seni kepada khalayak yang lebih ramai melalui ulasan, kritikan dan kupasan terhadapnya, maka orang ramai akan berpeluang mengetahuitentang selok-belok penciptaan karya seni. Apresiasi juga bertugas membasmi segala anggapan-anggapan misteri yang sering dikaitkan dengan objek seni, baik di peringkat idea, pembuatan, persembahan dan penyimpanannya. Objek seni adalah satu benda yang dicipta oleh manusia kerana manusia itu kreatif dan kuat berikhtiar. Sebagai pemerhati, kita harus sedar bahawa apresiasi kita berupa satu latihan ilmiah. Dengan itu, kita harus memisahkan objek seni itu dari penggunaan asalnya. Di sini kita melangkah masuk ke dalam konteks, dan ini perlu juga kita ketahui secara ilmiah. Mungkin ada di kalangan pemerhati yang tidak bersetuju dengan cara seni catan dipergunakan oleh para pembesar India dan Iran; atau seni arca, catan dan binaan dipergunakan oleh gereja di zaman Renaissance. Mungkin ada dalam kalangan pemerhati yang suka cara catan dipergunakan oleh para pujangga di negeri China, atau cara catan mural diperalatkan oleh seniman Mexico yang revolusioner demi menyebarkan ideologi masing-masing. Memang agak sukar untuk mempertidakkan saja konteks-konteks budaya dari karya yang terhasil di dalamnya. Namun harus diingat bahawa konteks seni merupakan maklumat yang sekunder. Kita memang berminat tentang ceritacerita rasmi dan tidak rasmi yang didesasdesuskan orang umpamanya tentang seniman Paul Gaugin. Memang tidak boleh dinafikan bahawa cebisan-cebisan daripada riwayat hidup seniman memang menyeronokkan, menjadi semacam garam di dalam bancuhan prosa kita. Jika diselang-selikan dengan berhati-hati, cebisan-cebisan ini mempunyai fungsi yang boleh memperkuatkan kritikan kita tetapi ia tidak boleh melampaui hadnya. Minat kita sebagai pemerhati mesti lebih tertumpu kepada karya-karya Paul Gaugin sendiri juga kepada erti dan mutu karyanya. Apresiasi ialah untuk mendapatkan hikmah dan hikmah berkisar kepada

soal-soal asas tadi. Adakah objek seni itu mematuhi tuntutan struktur, warna, imbangan, ruang, komposisi, atau tema? Sejauh mana ia patuh, dan sejauh mana pula ia melanggarnya? Adakah seniman seorang reaksioner, ingin terus mempertahankan nilai-nilai lama, atau adakah dia seorang revolusioner, ingin terus memusnahkan nilai lama dan mewujudkan yang baru? Karya seni sentiasa terdedah kepada celaan, kritikan dan kupasan yang negatif kerana tidak ada karya seni yang sempurna. Sebuah karya yang paling masyhur seperti Mona Lisa sekalipun dapat dicari salahnya. Mengapakah demikian halnya? Terjadinya ini ialah kerana di dalam sebuah karya, seniman kadangkadang tidak menghiraukan sangat prinsip-prinsip asas yang kita sebutkan di atas tadi. Mungkin seniman ingin membuat tumpuan yang khusus kepada sesuatu ciri seperti tema sahaja, dan mengetepikan ciri lain. Hal ini sering terjadi kepada karyakarya yang moden, iaitu seni abstrak. Catan abstrak sering mementingkan warna dan kontras-kontras warna secara yang cukup rasional. Cat direnjis-renjiskan demi mempernyatakan gelora rasa, tanpa memperhitungkan sama ada pemerhati faham, mengerti, menghargai atau tidak. (Gambar 3) Dengan menidakkan aspek-aspek lain, seniman mungkin ingin menekankan aspek warna. Maka tugas pemerhati yang sensitif ialah mengesan penekanan aspek-aspek terpilih ini. Katakanlah seniman ingin mengolah tema keganasan melalui gaya abstrak maka menjadi tugas pemerhati mengukur sejauh mana dia berjaya. Ukuran dibuat mengikut pengamatan pemerhati sendiri terhadap tema keganasan dan dibantu oleh contohcontoh karya terdahulu. Selera pemerhati yang subjektif juga turut membantunya membuat penilaian atau apresiasi. Apresiasi seni itu sendiri, seperti penulisan novel, cerpen atau sajak ialah sejenis seni. Ia juga merupakan satu cabang aktiviti kritikan dan tertakluk kepada aturan-aturannya yang tersendiri pula. Interpretasi pemerhati adalah berlapis-lapis dan bersegi-segi, sama seperti interpretasi seniman terhadap tema yang dipilihnya itu. Seperti seniman, pemerhati boleh memilin untuk menekankan lapis mana dan dari segi apa interpretasinya. Kerap juga terjadi, apa yang hendak ditekankan oleh seniman, baik dari masa kini mahupun dari masa lampau, tidak dilihat oleh pemerhati malah apa yang diulas panjang lebar oleh pemerhati, dipertidakkan oleh seniman. Pengulas perlu jujur kepada dirinya sendiri; inilah prinsip yang patut dipegangnya. Kejujurannya itu kadangkala menghalangnya membuat apresiasi bertulis yang jujur. Dia khuatir akan menyinggung perasaan seniman yang sentiasa

sensitif, tidak boleh ditegur, dan mahu dipuji sahaja. Seniman pula sentiasa mengakui bahawa karyanya itu adalah hasil jujur dari dirinya. Kejujuran tidak menjamin terhasilnya karya yang besar. Kewujudan karya seni itu adalah merupakan suatu hakikat yang bebas dari pengaruh seniman dan pemerhati. Objek seni ialah pernyataan seniman sendiri. Biasanya bolehlah dianggap bahawa tanggungjawab seniman berakhir sebaik sahaja dia selesai mengerjakan karyanya dan segala ikatan dengan objek seni putus. Maka apa sahaja pendapat yang dikeluarkannya sesudah itu tidak sepatutnya meninggi atau mengurangkan mutu karyanya. Jarang seniman mengeluarkan pendapatnya yang negatif terhadap karyanya. Pemerhati haruslah berwaspada kerana pendapatpendapat seniman itu hanya merupakan penyambungan suasana mental ciptaannya sahaja. Suasana ini boleh membantu pemerhati menikmati kesenian karya seniman itu. Sebaliknya pula, terlampau banyak pendapat yang dikeluarkan, boleh mengelirukan orang ramai yang bakal menjadi peminatnya. Lebih-lebih lagi kalau pendapat-pendapat tersebut dibuat pada waktu yang berbeza-beza sehingga terdapat sebilangan kontradiksi-kontradiksi yang nyata. Seniman yang bijak selalu membisu sesudah karyanya siap. Namun di dalam sejarah seni, banyak sekali terdapat contoh-contoh seniman yang menulis surat-surat, diari-diari dan renunganrenungan peribadi. Bagi kita sebagai pemerhati, ini merupakan dokumen pembantu di dalam usaha membuat apresiasi. Bagi seniman yang masih hidup, mereka masih boleh membuat penyataan-penyataan menukar fikiran, mengubah pendapat, malah menafikan pendapat-pendapat awal. Kesudahannya, nilaian dan pendapatnya yang diharapkan menjadi dokumen pembantu adalah diragukan. Untuk menentukan sesuatu ulasan itu tidak dinodai oleh prasangka upahan atau penyambung lidah seniman, pemerhati hanya bertanggungjawab kepada falsafah dan karya seninya sahaja. Sebagai penutup eloklah ditegaskan bahawa bukan semua pemerhati boleh menjadi pengkritik, terutama pengkritik yang menulis dengan cekap dan bernas, serta mempunyai etika. Namun di tahap peribadi, apabila semua pemerhati berhadapan dengan objek seni, mereka adalah pengkritik; kalaupun dalam senyapsenyap. Setiap pemerhatu seni, harus digalakkan menjadi pengkritik yang senyapsenyap pada mulanya dan pengkritik yang aktif sesudah itu.

GAMBAR 1

GAMBAR 2

GAMBAR 3

CORAK / ALIRAN / GAYA SENI RUPA

1.

Naturalisme Naturalisme merupakan corak atau aliran dalam seni rupa yang berusaha

melukiskan sesuatu obyek sesuai dengan alam (nature). Objek yang digambarkan diungkapkan seperti mata melihat. Untuk memberikan kesan mirip diusahakan bentuk yang sama, ini ertinya proporsi, keseimbangan, perspektif, pewarnaan dan lainnya diusahakan setepat mungkin sesuai mata kita melihat. Tokoh-tokoh Naturalisme : Rembrant, Williamn Hogart dan Frans Hall

2.

Realisme Realisme adalah corak seni rupa yang menggambarkan kenyataan yang benar-

benar ada, ertinya yang ditekankan bukanlah objek tetapi suasana dari kenyataan tersebut. Tokoh-tokoh realisme ialah : Gustove Corbert, Fransisco de Goya dan Honore Daumier.

3.

Romantisme Romantisme merupakan corak dalam seni rupa yang berusaha menampilkan hal-

hal yang fantastik, irrasional, indah dan absurd. Aliran ini melukiskan cerita-cerita romantis tentang tragedi yang dahsyat, kejadian dramatis yang biasa ditampilkan dalam cerita roman. Penggambaran objeknya lebih sedikit dari kenyataan, warna yang lebih meriah, gerakan yang lebih lincah, lelaki yang lebih gagah, wanita yang lebih cantik.

4.

Impressionisme Impressionisme merupakan corak seni rupa yang lahir pada tahun 1874. Aliran ini

mengutamakan kesan selintas dari suatu obyek yang dilukiskan. Kesan itu didapat dari bantuan sinar matahari yang merefleksi ke mata mereka. Mereka melukis dengan cepat kerana putaran matahari dari timur ke barat. Kerana itulah dalam lukisan impressionisme objek yang dihasilkan agak kabur dan tidak terperinci. Tokoh aliran ini : Claude Monet, Aguste Renoir, Casmile Pissaro, SIsley, Edward Degas dan Mary Cassat.

5.

Ekspresionisme

Ekspresionisme adalah aliran yang mengutamakan curahan batin secara bebas. Bebas dalam menggali objek yang timbul dari dunia batin. Imaginasi dan perasaan. Objek-objek yang dilukiskan antara lain kengerian, kekerasan, kemiskinan, kesedihan dan keinginan lain dibalik tingkah laku manusia. Pelopor ekspresionisme : Vincent Van Gogh, Paul Gaugiuin, Ernast Ludwig, Karl Schmidt, Emile Nolde, JJ. Kandinsky dan Paul Klee. Contoh Lukisan bercorak

Naturalisme, Contoh Lukisan bercorak Impresionisme, karya Basoeki Abdullah karya George Sevoat.

6.

Kubisme Kubisme lahir pada saat pameran retpektif Cezanne iaitu pada tahun 1907. Corak

ini menggambarkan alam menjadi bentuk-bentuk geometris seperti segitiga, segi empat, lingkaran, silinder, bola, kerucut, kubus dan kotak-kotak. Disini sei bukanlah peniruan alam melainkan penempatan bentuk-bentuk geometris dari seniman kepada alam. Pelopor Kubisme : Gezanne, Pablo Picasso, Metzinger, Braque, Albert Glazes, Fernand Leger, Robert Delaunay, Francis Picabia dan Juan Gris.

7.

Fuvisme Fuvisme merupakan nama yang diberi kepada sekelompok pelukis muda yang

muncul pada abad ke 20. Ciri khas seni lukisannya ialah warna-warna yang liar. Des fauves dalam bahasa Perancis artinya binatang liar. Karena keliaran dari warnawarna itulah oleh kritikus Perancis Louis Vauxelles dilontarkan dengan nama Fauvisme. Tokoh-tokoh aliran ini : Henry Matisse, Andre Dirrain, Maurice de Vlamink, Rauol Dufi dan Kess Van Dongen.

8.

Dadaisme Dadaisme lahir karena meletusnya Perang Dunia I. Sifatnya dikatakan anti seni,

anti perasaan dan cenderung merefleksi kekasaran dan kekerasan. Karyanya aneh seperti misalnya meniru lukisan Monalisa lalu diberi kumis, tempat kencing diberi judul dan dipamerkan. Tokoh-tokoh aliran ini : Juan Gross, Max Ernst, Hans Arp, Marcel Duchamp dan Picabia.

9.

Futurisme Futurisme ialah sebuah aliran seni lukis yang lahir pada tahun 1909. Aliran ini

mengatakan keindahan gerak dan dipandang sebagai pencetus aliran Kubisme yang dianggap statis dalam komposisi, garis dan pewarnaan. Futurisme mengabdikan diri pada gerak sehingga pada lukisan anjing digambarkan berkaki lebih dari empat. Tokoh aliran ini : Umberto, Boccioni, Carlo Cara, Severini, Gioccomo Ballad an Ruigi Russalo.

10.

Surrealisme

Surrealisme pada awalnya merupakan gerakan dalam sastera yang diketemukan oleh Apollinaire utuk menyebut dramanya. Pada tahun 1024 dpakai oleh Andre Bizton untuk menyebutkan corak dalam seni lukis. Dalam kreativitinya corak surrealis berusaha membebaskan diri dari kawalan kesedaran, mengkehendaki kebebasan yang selanjutnya ada kecenderungan menuju kepada realistis namun masih dalam hubungan-hubungannya yang aneh. Pelopor Surrealisme : Joan Miro, Salvador Dali darl Andre Masson.

11.

Abstraksionisme

Seni abstrak dalam seni lukis ialah seni yang berusaha mengambil objek yang berasal dari dunia batin. Objek itu boleh fantasi, imaginasi dan mungkin juga intuisi para seniman. Kerana timbul dari dalam batin. Dalam seni abstrak terbagi dua katagori besar iaitu : a. Abstrak Ekspresionisme Di Amerika abstrak ini terdapat dua kecenderungani: Color Field Painting, iaitu lukisan yang menampilkan bidang-bidang lebar

dan warna yang cerah. Pelopornya : Mark Rothko, Clyfford Stll, Adolf Got lieb, Robert Montherwell dan Bornet Newman.

Action Painting, iaitu lukisan yang tidak mementingkan bentuk yang penting

adalah aksi atau cara dalam melukiskannya. Tokohnya adalah : Jackson Polack, Willem de Koning, Frans Kliner dan; adik Twarkov. Di Perancis abstrak ekspresionesme diikuti oleh : H. Hartum Gerard

Schneider, G. Mathiew dan Piere Souloges. Kemudian yang diberi nama Technisme dipelopori : Wols Aechinsky dan Asger Yorn.

b.

Abstrak Geometris Abstrak Geometris disebut juga seni non objektif. Dipelopori oleh Kandinsky.

Setelah itu bermunculan abstrak geometris yang lain dengan nama berbeza antara lain : - Suprematisme, iaitu lukisan yang menampilkan abstraksi bentuk-bentuk geometris mumi dengan tokohnya adalah kasimir Malevich.

- Konsiruktivisme, sebuah corak seni rupa 3 dimensi yang berusaha menampilkan bentuk-bentuk abstrak dengan menggunakan bahan-bahan modem seperti kawat, besi, kayu dan plastik. Tokohnya : Vladimir Tatlin, Antonic Pevner, Naum Gabo dan A. Rodehenko. Alexander Calder karena patungnya dapat bergerak disebut Mobilisme di Amerika patung yang dapat bergerak disebut Kinetic Sculpture. Minimal Art juga termasuk dalam kelompok konstruktivisme. Seni ini lahir karena situasi teknologi industri yang tinggi dan karyanya cenderung ke arah aristektual.

- Neo Plastisisme (De Stijil), iaitu corak seni abstrak yang menampilkan keuniversalan ilmu pasti. Aliran ini berusaha mengembalikan pewarna kepada warna pokok dan bentuk yang siku-siku. Tokohnya ialah Piet Mondarian, Theo Van Daesburg dan Bart Van Leck.

- Op Art (Optical Art), disebut juga Retinal Art iaitu corak seni lukis yang penggambarannya merupakan susunan geometris dengan pengulangan yang teratur rapi, seperti papan catur. Karya ini menarik perhatian kerana warnanya yang cemerlang dan seakan mengecohkan mata dengan ilusi ruang. Tokoh corak ini : Victor Vaserelly, Bridget Riley, Yacov Gipstein dan Todasuke Kawayama.

12.

Pop Art (Popular Art)

Seni Pop atau Pop Art mula-mula berkembang di Amerika pada tahun 1956. Nama aslinya adalah Popular Images. Seni ini muncul kerana kebosanan dengan seni tanpa objek dan mengingatkan kita akan keadaaan sekeliling yang telah lama kita lupakan. Dalam mengambil objek tidak memilih-milih, apa yang mereka jumpai

dijadikan objek. Bahkan mereka mengambil sepasang sandal disandarkan diatas meja kemudian diatur sedemikian rupa dan akhirnya dipamerkan. Kesan umum dari karya-karya Pop art menampilkan suasana sindiran, karikaturis, humor dan apa adanya. Tokoh-tokohnya antara lain : Tom Wasselman, George Segal, Yoseph Benys, Claes Oldenburg dan Cristo.

13.

Seni Instalasi

Bererti sejumlah kanvas atau objek idea instalasi dimulai dari barang-barang yang dijumpai di mana-mana dan kemudian dikembangkan, direka di bengkel, dipertingkatkan dengan ruang, atau merupakan input respons terhadap ruang ataupun yang mengelilinginya, susunan dalam sebuah fungsi dirakit dengan objekobjek lain jadilah sebuah sistem itulah instalasi.

CONTOH APRESIASI SENI

Gunung Ledang/Tanjung Kupang (1978) -syed ahmad jamal

Dalam karya ini, beliau menggunakan media cat minyak pada kanvas. Catan ini bersatu dari aspek warna, ruang dan bentuk yang dihasilkan oleh pengkarya.

Unsur seni ruang digunakan bagi memperlihatkan objek yang berada pada bahagian belakang dan hadapan. Dalam karya ini, gambaran gunung dihasilkan pada belakang catan dengan menggunakan garisan nipis dan samar. Manakala ruang hadapan catan yang lebih dekat ialah bentuk tiga segi yang jelas dan terang dari segi penggunaan warna.

Sejak dari tahun 1978, unsur imbangan dan imejan segitiga menyerupai bentuk Ledang menjadi unsur dominan dalam karya Syed Ahmad Jamal. Bagi beliau Gunung Ledang adalah sesuatu yang melambangkan tenaga dan kemakmuran. Jika dilihat kepada karya ini, penghasilan bentuk adalah lebih kepada rupa geometri iaitu segitiga yang disusun secara tidak terancang dan juga secara berperingkat.

Prinsip rekaan iaitu penegasan yang dapat dilihat dalam karya ini ialah pada bentuk segitiga yang terbesar yang mempunyai tujuh tahap. Tujuh tahap dalam bentuk Gunung Ledang melambangkan kepercayaan yang mempercayai terdapatnya tujuh tangga yang harus dilalui untuk sampai di syurga.

Warna hijau di bahagian bawah mewakili bumi manakala biru di atasnya adalah langit. Warna garisan kekuningan di bahagian bawah melambangkan emas yang diminta oleh Puteri Gunung Ledang daripada Sultan Mahmud sebagai hantaran. Warna biru yang lebih lembut di bahagian atas menunjukkan kesyurgaan alam fana dan bentuk hijau seperti bendera adalah tempat bersemadi roh-roh mangsa nahas tersebut. Kesyurgaan itu juga menyebabkan bintang-bintang bertukar menjadi bentuk-bentuk segitiga.

Bentuk-bentuk tidak konsisten di atas gunung itu melukiskan cebisan atau bangkai kapal terbang yang berkecai di Tanjung Kupang setelah melintasi Gunung Ledang. Perkara yang menarik dalam Gunung Ledang/Tanjung Kupang ialah perkembangan pemikiran dalam catan tersebut yang bermula dari bawah ke atas berkaitan dengan kenaikan roh dari dunia ini.

Catan ini semakin jelas apabila warna biru dan hijau mendominasi catan, satu pilihan warna yang paling tepat untuk menunjukkan unsur duniawi dan syurga. Warna putih dan merah di bahagian tengah adalah serpihan dan darah dalam nahas itu. Sememangnya, ketelitian diberi penekanan agar rasa subjektif pemerhati.

Wajah Ledang yang selama ini tidak menarik minat tiba-tiba berakrab dengan naluri seninya. lni terjadi setelah berlaku insiden nahas udara di Tanjung Kupang yang turut mengorbankan seorang rakan karibnya. Kapal terbang yang dirampas itu berlegar melintasi Gunung Ledang dahulu sebelum ia menjunam dan meletup di Tanjung Kupang. Keadaan ini menyebabkan gunung itu terasa mempunyai pertalian yang cukup erat dengan Tanjung Kupang dan dirinya sehinggalah perhubungan ini dimitoskan dalam catan Gunung Ledang/ Tanjung Kupang (1978).

Karya tersebut merupakan satu olahan yang menggabungkan mitos gunung terebut dengan tragedi udara itu. Gunung Ledang dan dongengnya dilihat sebagai suatu entiti yang akan terus hidup manakala manusia tetap akan menyahut panggilan ilahi. Gunung Ledang / Tanjung Kupang, seperti yang telah dinyatakan, mempertemukan dongeng gunung dengan tragedi udara tersebut. Kemistikan amat diutamakan dalam menginterpretasi catan itu.

The Thinker by Auguste Rodin

The thinker adalah patung gangsa dan marmar yang dihasilkan oleh Auguste Rodin yang dipamerkan di Muse Rodin di Paris. Ini menggambarkan seorang lelaki dalam meditasi sedar berjuang dengan perjuangan dalaman yang kuat. Hal ini sering digunakan untuk mewakili falsafah. The Thinker ini awalnya bertujuan untuk menggambarkan Dante di depan Gerbang Neraka. Rodin mahukan tokoh heroik dalam tradisi Michelangelo, untuk mewakili intelek dan juga puisi diinspirasikan . The Thinker telah memotivasikan orang di seluruh dunia selama lebih daripada satu abad. Digambarkan sebagai lambang falsafah dan disiplin rasional, "The Thinker" adalah kuno dalam 'Klasik' gaya, dengan tanda tangan yang unik Rodin. Berdiri 2m (6'6 ") dan dibezakan dengan" The Thinker's "eye-catching mungkin dan 'Realisme,' Rodin menolak untuk mengabaikan dan menyiratkan aspek negatif umat manusia ke dalam patung ini. Awalnya dikritik dan kemudiannya dihargai, patung gangsa dan marmar ini di Musee Rodin, Paris (1912) tidak hanya terlihat duduk seorang pemikir, tetapi juga menggambarkan manusia yang kuat. Patung mempunyai kompleks ekspresi fizikal dari susuk lelaki berotot, bersandar di tangan kanan, yang menyokong batang

atasnya, tangan kiri disimpan di lututnya. Secara keseluruhan, patung mempunyai hidup sendiri, sebagai bersemangat. Berdasarkan asas-asas seni reka, karya ini mempunyai rupa. Ini disebabkan terdapat perbezaan ruang dengan ruang yang lain. Oleh itu, kita dapat melihat rupa patung ini. Selain itu, semestinya kita dapat melihat bentuk pada patung ini. Ini kerana patung ini bersifat 3 dimensi iaitu mengandungi tinggi, lebar dan dalam. Bentuk dalam patung ini wujud sebagai bentuk konkrit. Ini disebabkan ianya boleh disentuh, dilihat dan dipegang. Kita dapat juga melihat perbezaan warna yang terdapat pada patung ini iaitu kesan cerah dan gelap. Ini adalah untuk menimbulkan ilusi ruang. Unsur ruang juga terdapat dalam karya ini. Ruang merupakan satu kawasan yang kosong tanpa halangan. Ruang dalam kaya ini dikenali sebagai ruang fizikal. Ruang fizikajuga dikenali ruang konkrit atau ruang nyata. Biasanya, ruang ini terdapat di persekitaran seperti bangunan, arca, tembikat dan segala bentuk 3 dimensi. Unsur penegasan juga wujud pada patung ini. Pengukirnya memberikan lebih penegasan pada bahagian tangan dan kaki dengan menimbulkan urat-urat. Ini adalah untuk menampakkan patung itu berada dalam keadaan yang tegang. Imnbangan juga diaplikasikan dalam karya ini. Hasil karya Auguste Robin ini memberi peluang kepada kita untuk lebih bersemangat dalam perjuangan kita yang tak pernah selesai di muka bumi ini. Ini mempunyai perkaitan dengan falsafah hidup seseorang itu sendiri. Hal yang demikian, berdasarkan patung ini kita dengan sendirinya akan memikirkan kehidupan kita yang penuh cabaran dan dugaan. Mungkin perkara ini akan lebih mematangkan kita.