Anda di halaman 1dari 5

TEMUBUAL BERSAMA PK 1 EN MUHD DAUD Yuganthini En. Muhd Daud Yuganthini : Selamat pagi, Tuan. : Ya, selamat pagi.

: Saya ingin membuat sesi temu bual bersama tuan dalam menyiapkan tugasan saya. Bolehkah tuan mengizinkan saya untuk menemubual tuan? En. Muhd Daud Yuganthini : Ya, silakan. : Tuan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran bolehkah tuan memberitahu tentang bidang tugasan tuan dan latar belakang tuan dalam bidang pendidikan? En. Muhd Daud : Berkenaan dengan tugas ini, saya sebagai orang kedua di sekolah ini. Segala tugasan yang diarahkan oleh Guru Besar disamping menggantikan beliau sekiranya beliau tiada di sekolah. Tentang latar belakang saya, mula mengajar pada tahun 1980 sehingga kini, ianya sudah lebih 30 tahun..saya dari Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan. Yuganthini En. Muhd Daud : Bilangan guru di kedua-dua sesi di sekolah ini bagaimana, Tuan?

: Ianya mencukupi, bilangannya mencukupi. Kita ada seramai 36 orang di kedua-dua sesi.

Yuganthini

Apakah pendapat Tuan tentang 4M, KSSR dan bagaimana pelaksanaannya di sekolah ini?

En. Muhd Daud

: 4M, membaca menulis mengira menaakul. Berjalan seperti yang diarahkan oleh pekeliling. KSSR pun begitu juga, dilaksanakan mengikut pekeliling.

Kita ikut seperti yang diarahkan. Yuganthini : adakah pihak sekolah inginkan kemudahan tambahan bagi murid-murid di sekolah ini, jika ada kemudahan yang bagaimana? En. Muhd Daud : Sekarang kita ada 2 sesi, pagi dan petang, kalau boleh kita nak dapatkan

lagi bangunan tambahan supaya kita buat satu sesi iaitu pagi sahaja. Kita sekarang dalam proses permohonan bangunan tambahan.

Yuganthini : agaknya berapa kosnya? En. Muhd Daud : bangunannya 3 tingkat, dalam RM 500 ribu. Yuganthini : Adakah guru pelatih dari IPG yang menceburkan diri kea lam perkhidmatan di sekolah mampus menjalankan proses P&P dengan berkesan? Contohnya seperti, pelajar IPG yang baru posting ke sekolah, bagaimana pengajaran mereka di dalam kelas bersama murid? En. Muhd Daud : sepanjang saya berada di sini, saya baru setahun di sini, belum ada lagi penuntut dari IPG, tiada yang ada untuk posting selama 3 minggu, yang ada pun seperti saudari PBS selama seminggu. Belum ada lagi. Yuganthini : Sekarang ada apa-apa program di bawah Tuan yang Tuan jalankan di sekolah kita ini? En. Muhd Daud : Kita ada program kecemerlangan UPSR. Yuganthini : Program lain selain program UPSR seperti kebajikan kanak-kanak? En. Muhd Daud : Kita ada bidang masing-masing. Macam saya bidang kurikulum. Peningkatan kurikulum. Bahagian HEM pun ada programnya dan sama bagi PK KOKU. Kurikulum kita ada banyak program untuk peningkatan terutamanya UPSR. Kita ada program tuisyen, kelas tambahan, teknik jawab soalan, klinik, program pecut 50 / 100 hari. Yuganthini : Ada apa-apa mesej yang Tuan ingin sampaikan kepada kami, guru pelatih? En. Muhd Daud : Tiada apa- apa, itu sahaja. Yuganthini : Sekian sahaja temubual saya, terima kasih atas kerjasama tuan. En. Muhd Daud : Sama-sama.

Temubual bersama Guru Besar sekolah pn zuraidah

Yuganthini : Selamat pagi, Puan. Pn.Zuraidah : Selamat pagi. Yuganthini : Saya ingin membuatkan satu sesi temubual bersama Puan untuk memenuhi kehendak soalan tugasan saya. Bolehkah Puan mengizinkan saya? Pn.Zuraidah : Ya. Yuganthini : Seterusnya, bolehkah Puan beritahu tentang latar belakang pendidikan Puan? Pn.Zuraidah : Latar belakang pendidikan ya, daripada persekolahan saya atau daripada profesien? Yuganthini : Daripada profesien Puan. Pn.Zuraidah : Saya sebenarnya bermula dengan guru sandaran dari tahun 1981-1984. Kemudian pada akhir 1984 saya dapat masuk ke Kursus Dalam Cuti untuk diserapkan masuk sebagai guru tetap, di MPSI yang tamat pada 1988. 1988, sekolah yang saya posting pertama adalah SK Lain-lain Kiri. Sehingga tahun 1996. Pada 1997, saya bertukar ke SK Seri Manjung sehingga Januari 2005. Pada Februari 2005, saya bertukar jawatan sebagai pegawai teknologi pendidikan di pusat kegiatan guru Sitiawan sehingga November 2011. Pada Disember 2011, saya balik ke sekolah sebagai PK KOKU di SK Methodist ACS Sitiawan. Kemudian pada 16 Julai 2012 saya bertugas di sini sebagai Guru Besar. Yuganthini : apakah pandangan puan terhadap pentadbiran di sekolah ini? Pn.Zuraidah : dari segi pentadbiran, sebenarnya sama macam sekolah lain. Kita ada Penolongpenolong Kanan. Penolong Kanan 1 yang menjaga perkhidmatan dan juga kurikulum. Kemudian, kita ada Penolong Kanan HEM yang menjaga berkaitan hal ehwal murid dengan murid. Penolong Kanan KOKURIKULUM yang menjaga hal-hal kokurikulum. Kita ada seorang lagi iaitu Penolong Kanan Petang oleh kerana kita ada dua sesi. Sebagai barisan pentadbir, kita memang selalu ada bincang bagaimana untuk tingkatkan pencapaian sekolah dari segi

kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah. Memang kita mempunyai hubungan yang baik. Untuk meningkatkan pencapaian organisasi kita memerlukan teamwork. Yuganthini : pada pandangan puan, bagaimana sistem pendidikan di sekolah ini, pelajaran murid-murid? Pn.Zuraidah : kita punya pelajar terdiri daripada pelbagai kaum. Kita ada Melayu, Cina dan India. Sebenarnya, kalau Cina dan India digabungkan, enrolmen Cina dan India ramai daripada enrolmen pelajar Melayu. Sebenarnya, kalau mengikutkan konsep 1Malaysia. Saya rasa ini merupakan satu perkara yang sihat. Kita boleh mengenali budaya dan juga tradisi pelbagai kaum. Cuma kita mengahadapi sedikit masalah dalam pencapaian Bahasa Melayu. Kalau biasa sekolah-sekolah SK dia mempunyai masalah dalam Bahasa Inggeris. Tapi kita tidak ketara sangat kalau dalam Bahasa Inggeris. Tapi kita lebih kepada Bahasa Melayu tetapi tidaklah kritikal. Kerana pelajar-pelajar Cina dan India ini mungkin agak susah sikit dalam menguasai Bahasa Melayu. Subjek lain tiada masalah. Yuganthini : bagaimana dengan guru-guru di sekolah ini? Pn.Zuraidah : kita bernasib baik kerana guru-guru di sini mempunyai kepakaran yang berbezabeza. Jadi bermakna setiap orang guru ada kepakarannya. Kepakaran ini sangat baik. Dia boleh saling lengkap-melengkapi. Dari segi kurikulum, ada beberapa guru yang terlibat dalam pemeriksaan kertas, kemudian dari segi Kokurikulum juga ada beberapa orang jurulatih utama. jadi maknanya kita punya guru ini mempunyai kepakarannya yang tersendiri dan boleh kita kongsikan bersama. Ia member impak kepada pelajar-pelajar kita. Yuganthini : bagaimana pula dengan komitmen ibu bapa? Pn.Zuraidah : ibu bapa, pada peringkat awal, saya masuk ke sekolah ini, saya agak terkejut juga sebab ibu bapa di sini mungkin dah terbiasa. Mereka mengganggap kawasan sekolah ini kawasan yang boleh keluar mengikut sesuka hati. Apabila, saya mula masuk ke sini, saya cuba membetulkan keadaan ini. Memang agak susah semasa kita nak cuba untuk ubahkan sesuatu dan menimbulkan kontroversi. Tapi saya mengambil peluang untuk berinteraksi bersama ibu bapa setiap kali saya berlepung untuk berjumpa dengan mereka. Saya menerangkan apa rasional kita untuk berbuat begitu. Saya tidak mahu pelajar diganggu semasa P&P. Ada terdapat ibu bapa yang duduk di luar bilik darjah juga. Saya juga ada menerima aduan daripada guru-guru. Yang ini macam kita dikawal oleh ibu bapa.kita cuba terangkan kepada ibu bapa.

Kita nak pelajar lebih berdikari. Sekarang keadaan menjadi semakin baik. Kita juga telah minta kerjasama dari ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa pun sudah faham. Yuganthini : bagaimana pula dengan pelaksanaan KSSR? Pn.Zuraidah : seperti yang sedia maklum, KSSR telah dimulakan kepada Tahun 1- 3 pada tahun ini. KSSR ini bukan benda yang tidak baik. Benda yang baru akan ada kekurangan disana disini. Kita juga diminta untuk menghantar laporan KSSR pada setiap bulan. Memang guru-guru pun agak terbeban. Dengan bantuan buku-buku yang dibekalkan oleh pembekal dapat kita atasi masalah ini. Guru tidak rasa beban sangat sekarang. Beli buku dan bagi latihan kepada murid. Yuganthini : peperiksaan UPSR semakin hamper. Bagaimana persediaan pelajar? Pn.Zuraidah : persediaannya kita mula daripada awal. Kita mengakaji pencapaian murid dari mereka tahun5. Kita dapat kenal pasti masalah mereka dan cuba atasinya. Setiap pencapaian pelajar sebelum UPSR akan dikenalpasti. Kita juga ada buat analisis item, kelemahan murid dan guru. Kita rancang sense of agency. Setiap orang pelajar itu apa kekuatan dia dan kelemahan dia. Setiap ujian ada killer subjeknya. PKSR 1 killer subjek adalah Matematik. Percubaan, BM pemahanan. Disebabkan aras soalannya terlalu tinggi. Tidak selesa dengan pencapaian murid. Murid-murid tahun 6 selalu diberi motivasi, modul, latihan. Kita juga minta ibubapa untuk diberi perhatian. Sekarang kita dalam proses melatih pelajar kita jawab soalan UPSR tahun sebelum dan percubaan negeri-negeri lain. Kita juga wujudkan exam oriented. Kita selalu mengiktiraf pelajar yang pencapaian cemerlang. Kita harapkan disamping member sokongan. Yuganthini : sekian sahaja soalan saya. Terima kasih atas kerjasama Puan. Pn Zuraidah : Ok.

Anda mungkin juga menyukai