Anda di halaman 1dari 25

Konsep Digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan

kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajarn mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

Tujuan
Pelaksanaan pengajaran mikro akan ; Membekalkan situasi pengajaran yg realistik kepada guru pelatih Mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar Memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran Meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran Menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran spesifik

Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yg singkat 5-20 minit berdasarkan bidang kepakarannya, membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain Setelah pengajaran telah dilaksanakan, satu penilaian atau pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri

Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan . Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yg digambarkan dalam rajah di bawah

Perancangan (RPH)

Pencerapan (komen mengajar)

Pengajaran

PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MIKRO


Guru pelatih memilih kemahiran tertentu

Guru pelatih membuat persediaan mengajar Guru pelatih mengajar satu kumpulan kecil murid di antara 5-15 atau 5-20 minit

Selepas pengajaran, penyelia berbincang dengan guru pelatih tentang pengajarannya merujuk kpd rakaman video

Guru pelatih membuat persediaan semula berdasarkan komen-komen yang diberikan oleh penyelia Berdasarkan perancangan semula ini, guru pelatih mengajar satu kumpulan murid berlainan pula

Sesi analisis di antara penyelia dan guru pelatih yang berkenaan

1. Kemahiran set induksi

Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran apabila menukar topik sebelum soal jawab, sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar danmendorong pembelajaran. Prinsipprinsip set induksi adalah seperti berikut:

Memfokus perhatian pelajar terhadap apa yang hendak diajar Membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran Memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru Merangsang minat atau penglibatan murid Meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yg sesuai untuk belajar Mewujudkan keadaan ingin tahu dlm kalangan murid

2. Kemahiran menggunakan papan tulis


Papan tulis penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak Oleh itu rancangkan bagaimana penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar Penggunaan bila-bila masa Menggambarkan idea Ilustrasi semerta Guna dengan penuh minat Menjelaskan konsep Tulisan yg jelas terang Kerja-kerja grafik Galakkan murid menggunakan papan tulis

3. Kemahiran pengelolaan variasi ransangan

Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran Variasi rangsangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih memperbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar, persekitaran bilik darjah,komunikasi verbal dan non-verbal guru.

Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh membawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Guru harus faham dan tahu tentang kepenting soalan dan pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingatkan kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar

Pastikan soalan jelas Nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan panggil nama pelajar yang dikehendakki menjawab soalan berkenaan Tanya satu soalan pada satu masa. Gunakan satu aras rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi Gunakan teknik probing untuk membantu pelajar memberi jawapan.

Berdasar taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan: Pengetahuan murid perlu ingat kembali dan menyatakan semula keterangan yg dipelajari Kefahaman- menguji kefahaman murid mengenai satu perkara Aplikasi- murid dapat gunakan pengetahuan sedia ada Analisis perlukan murid mengkaji bukti-bukti, mengintegrasikan hasil, membuat huraian daripada hasil kajian dan dapat mengatur serta melahirkan pemikiran murid Sintesis- mengemukakan soalan yang melibatkan seorang atau beberapa murid dlm aktiviti kreatif, satu situasi yg membawa kepada penyatuan beberapa idea Penilaian-soalan yg memerlukan murid memberikan hujah mengenai idea atau nilai dan memberi sebab untuk menyokong pertimbangan-pertimbangan mereka

Proses untuk menyampaikan maklumat, konsep, atau isi kandungan pelajaran bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar dan biasanya di peringkat perkembangan. Mentafsir- menjelaskan sesuatu isu Menghurai- menerang sesuatu proses, struktur dan langkah-langkah Penaakulan- memberi alasan/sebab musabab berlakunya sesuatu perkara.

Melahirkan pemindahan kefahaman yang lebih jelas tentang idea, konsep Memudahkan kefahaman idea yang kompleks dan abstrak Hilang keraguan Contoh boleh secara lisan- analogi, metafora, cerita Contoh visual-model, gambar Contoh yang tidak keliru Contoh yang sesuai Menarik Menerangkan idea Sesuai dengan tahap murid

2 kategori-bahan pengajaran dan bahan pembelajaran Terbahagi kpd 3 langkah penggunaan: 1. Pemilihan Bahan -sesuai dgn objektif peljaran -menarik dan mengekalkan perhatian pelajar -bahan jelas, ringkas dan tepat -sesuai untuk MM -Bahan pelajaran mencukupi

2. Pengurusan Bahan -Bhn pelajaran diuruskan secara sistematik dan mengikut langkah penyampaian. -bhn pelajaran digunakan degn cara berkesan -bhn pelajaran dikaitkan dengan kaedah mengajar yg sesuai.
3. Penilaian dan pengukuhan -Ada aktiviti penilaian murid yg menggunakan bahan pelajaran -Ada bahan pelajaran digunakan untuk aktiviti pengukuhan dengan berkesan

Proses memudahkan sesuatu tindakan , juga menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat dijalankan dengan lancar Merupakan kecekapan guru utk memotivasikan MM bersedia belajar, membimbing,menggalakkan mereka melibatkan diri secara aktif dan melicinkan proses P&P Satu kemahiran guru yg cekap menggunakan kemahiran lisan dan bukan lisan, teknik menyoal serta mempunyai bakat memimpin. Paling sesuai dlm perbincangan

Komponen kemahiran Pemudahcaraan dlm perbincangan:


Penentuan Struktur Perbincangan Permulaan perbincangan Teknik mengawal perbincangan Kesan penggunaan kemahiran pemudahcaraan:
a. Teknik melibatkan murid dlm aktiviti pbcgn. b. kemahiran gunakan teknik lisan dan bukan lisan c. Kemahiran gunakan teknik menyoal

1. 2. 3. 4.

5. Kemahiran wujudkan suasana kondusif 6. Kemahiran membimbing murid merumus dan buat cadangan

Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalakkan pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah Pujian yg diberikan untuk menggalakkan murid belajar dengan lebih tekun dan seronok Membina sikap positif murid, membina keyakinan diri murid Membaiki disiplin murid, rajin dan berani mencuba

Lisan positif- menggunakan ungkapan yg menggalakkan- ya, tersangat baik, cantik Gerak isyarat positif- mengangguk kepala, senyum, untuk galakkan murid terus menjawab Kemesraan murid-guru Guru bersemangat Kepelbagaian gaya dan gerak isyarat guru Bertindak adil kepada semua Jangan menyindir, menyakitkan hati, memalukan

Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan . Semasa penutup, aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang Tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang akan dipelajari, mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan dan peluang mengaplikasikan konsep dan kemahiran baru

Set penilaian (Apresiasi) -guru/pensyarah memilih tiga kategori hasil murid: Baik, sederhana, lemah -murid berkenaan memberi pendapat -Memberi peluang kepada murid-murid yang lain untuk memberi pendapat -Guru/pensyarah membuat rumusan