Anda di halaman 1dari 8

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkahlangkah untuk mengatasi masalah pembuangan

bay i dan kesannya jika masalah ini tidak dibendung.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Masalah buang bayi bukan perkara baharu, masalah ini telah berakar umbi sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Sedihnya, kekerapannya sekarang begitu ketara. Seks bebas , pergaulan tanpa batasan dan kealpaan ibu bapa menyumbang permasalahan besar ini terus berlaku. Setiap orang yang tersentuh hati melihat fenomena tidak berhati perut ini perlu bangkit, sedar dan insaf. Kita ada tanggungjawab untuk disempurnakan. Kita perlu memastikan ibu bapa, pihak sekolah dan mereka yang pakar dalam bidang-bidang berkaitan yang menjurus ke arah berlakunya penyakit sosial yang kejam ini mengambil serius akan perbuatan ini. Masyarakat perlu melihat hubungan luar nikah sebagai suatu yang serius dan perlu dibendung. Ibu bapa dan masyarakat perlu menjauhkan anak-anak remaja kita dan kaum wanita dan lelaki daripada berada di persekitaran yang menjurus ke arah tersebut. Hubungan sosial lelaki dan perempuan dan persahabatan tanpa batasan antara kedua-dua pihak perlu dipantau setiap masa. Tindakan kerajaan Selangor mengharamkan dan menutup rumah urut sebagai satu langkah yang bijak. Tindakan tersebut secara tidak langsung menghalang tumbuhnya rumah sedemikian dengan lebih banyak dan menjadi tempat yang disalahgunakan ke arah kegiatan maksiat. Pengetahuan agama memang perlu bagi membanteras bencana sosial ini daripada terus berleluasa. Remaja perlu ada asas pendidikan agama supaya boleh bertindak rasional jika menghadapi kebuntuan dalam membuat keputusan menentukan kelahiran bayi yang dikandungnya. Perasaan malu dalam dirinya terhadap ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan jiran amat tebal. Tambahan pula apabila pasangan lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab. Menyedari dirinya yang keseorangan, mereka mengambil jalan mudah membuang bayi yang dilahirkan di tempat-tempat awam. Sehubungan itu, masyarakat perlu mengamalkan konsep bantu-membantu dan tegur-menegur antara satu sama lain. Gejala ini juga dikaitkan dengan isu filem lucah yang perlu dibendung dengan serius. Begitu juga dengan internet, sudah sampai masanya, satu pakatan bersepadu digerakkan untuk membanteras gejala tidak sihat ini daripada digunakan tanpa kawalan.

Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (KEWAJA) akan terus mengambil wanitawanita yang mengandung tanpa nikah ini untuk tinggal di sini bagi menjamin kebajikan mereka sepanjang mengandung. KEWAJA akan memastikan setelah bayi dilahirkan, anak itu tidak dibuang sebaliknya diuruskan dengan baik untuk dijadikan anak angkat. Kaunselor juga patut turun padang memberikan nasihat dan bimbingan untuk mereka melalui trauma ini dalam suasana yang tenang dan aman. Jawatankuasa Bertindak di taman-taman perlu diwujudkan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di kawasan luar bandar. Jika masyarakat tidak bertindak sekarang, jangan menyesal sekiranya isu buang bayi ini bertukar menjadi bencana sosial yang dahsyat pada masa hadapan. Jangan biarkan air mata kita menitis lagi apabila jasad bayi yang tidak berdosa dijumpai di tempat awam dan di tempat-tempat yang menjijikkan. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Suatu Bencana Gejala Sosial. Utusan Malaysia, Mac 2007) 1. Apakah maksud rangkai kata pakatan bersepadu digerakkan? 2m 2. Mengapakah wanita yang mengandung tanpa suami sanggup membuang bayi mereka? 3m 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk mengawal anak-anak daripada melayari perkara-perkara negatif daripada internet? 4m

SKEMA JAWAPAN P: Petikan membincangkan usaha-usaha /modus operandi mengatasi masalah pembuangan bayi. Isi tersurat ( Usaha-usaha) S1: Memastikan ibu bapa, pihak sekolah dan mereka yang pakar dalam bidang-bidang berkaitan yang menjurus ke arah berlakunya penyakit sosial ini mengambil serius akan perbuatan ini. S2: Masyarakat perlu melihat hubungan luar nikah sebagai suatu yang serius dan perlu dibendung. S3: Ibu bapa dan masyarakat perlu menjauhkan anak-anak remaja kita dan kaum wanita dan lelaki daripada berada di persekitaran yang menjurus ke arah tersebut. S4: Hubungan sosial lelaki dan perempuan dan persahabatan tanpa batasan antara kedua-dua pihak perlu dipantau setiap masa. S5: Tindakan kerajaan Selangor mengharamkan dan menutup rumah urut sebagai suatu langkah yang bijak. S6: Remaja perlu ada asas pendidikan agama supaya boleh bertindak rasional jika menghadapi kebuntuan dalam membuat keputusan terhadap masalah-masalah kritikal S7: Masyarakat perlu mengamalkan konsep bantu-membantu dan tegur-menegur antara satu sama S8: Satu pakatan bersepadu digerakkan untuk membanteras gejala filem lucah dan internet digunakan tanpa kawalan. S9: Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (KEWAJA) akan terus mengambil wanitawanita mengandung tanpa nikah untuk tinggal di sini bagi menjamin kebajikan mereka sepanjang mengandung S10: Kaunselor patut turun padang memberi nasihat dan bimbingan untuk mereka melalui trauma ini dalam suasana yang tenang dan aman. S11: Jawatankuasa Bertindak di taman-taman perlu diwujudkan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral di kawasan luar bandar. Isi tersirat (kesan-kesannya) T1. Lebih banyak bayi akan dibuang T2: Kegiatan maksiat semakin berleluasa T3: Nilai bertanggungjawab dan simpati semakin terhakis Kesimpulan: Generasi muda harus menilai perbuatan baik atau buruk yang dilakukan mereka agar tidak merugikan diri sendiri dan keluarga.

Pemahaman 1. ...Amalan/sikap bekerjasama perlu dijalankan dan diamalkan. 2. ...menghadapi tekanan apabila pasangan tidak mahu bertanggungjawab...Hilang pertimbangan dalam mencari keputusan menentukan kelahiran bayi yang dikandungnya...Malu kepada ibu bapa, keluarga , rakan-rakan dan jiran. 3. Sentiasa memantau anak-anak sewaktu melayari internet...Memasukkan kata laluan supaya anak-anak tidak boleh melayari internet tanpa pengetahuan ibu bapa...Memastikan anak-anak supaya tidak melayari perkara-perkara yang buruk dalam internet...Menggunakan perisian khas yang dapat menghalang anak-anak melayari laman web pornografi

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang puncapunca berlakunya pembuangan bayi dan kesannya jika masalah ini tidak dibendung dengan segera. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Isu buang bayi nyata tumbuh kembali. dahulu pernah hangat seketika, kemudian kembali senyap, tetapi kini semakin menjadi-jadi. Semakin banyak penemuan bayi yang tidak berdosa. Kebanyakannya hanya tinggal jasad, dengan litupan hanyir sampah sarap dan gigitan semut merah.Perangkaan ibu pejabat polis persekutuan Bukit Aman mendapati 65 kes buang bayi dicatat pada 2000 dan meningkat kepada 83 kes tahun lalu. Selangor mencatatkan angka tertinggi, iaitu 22 kes (pada 2000) dan 24 kes (2006). Daripada jumlah tahun lalu, 79 kes membabitkan kes pembuangan bayi yang baharu dilahirkan dan empat lagi kes pembuangan janin. Gejala ini disebabkan manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam membuat sebarang tindakan. Gejala pembuangan bayi ini berlaku kerana kerapuhan pegangan agama remaja dan juga kekurangan perhatian serta pemantauan daripada ibu bapa. Apabila membincangkan masalah pembuangan bayi, sudah tentu memperlihatkan nilai kemanusiaan, kasih sayang, dan tahap keimanan seseorang itu. Malah seakan-akan tidak tahu hukum-hakam tentang dosa dan pahala. Kejadian pembuangan bayi semakin menular dalam kalangan remaja kerana mereka terdedah kepada pelbagai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Malah persekitaran institusi kekeluargaan yang celaru juga menyebabkan berlaku gejala ini. Malah keadaan menjadi lebih parah apabila kurang pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak. Institusi keluarga itu penting dalammembentuk jati diri anak-anak, mana mungkin keluarga yang sering bergaduh serta berpecah-belah akan melaahirkan anak-anak yang bertamadun dan juga berakhlak mulia.Keadaan ini penting kerana karakter anak-anak bermula daripada rumah,jika suasana rumah yang celaru akan menimbulkan suasana tidak seronok berada di rumah. Bermula dari situ, mereka akan mencari identiti sendiri melalui keseronokan di luar rumah bersama rakan-rakan, apabila sudah hilang nilai moral mereka sanggup buat apa-apa sahaja sehingga lahir anak luar nikah. Pakar Perubatan Keluarga, Pusat perubatan Universiti Malaya, Dr. Sahajaratulnisah Othman pula menyifatkan remaja yang sanggup membuang bayi ialah mereka yang tertekan dan tersepit dengan keadaan dan masalah yang dihadapi. Hal ini berlaku hasil perbuatan perhubungan terlarang itu sehinggakan mereka mengandung, keadaan ini menyebabkan mereka semakin tertekan sehingga sanggup membuang bayi yang dikandung ekoran tiada tempat yang sewajarnya untuk mereka berlindung. Mereka yang tergamak membuang bayi kerana menganggap sekiranya meletakkan anak di tempat selamat pastinya ada orang yang akan mengambilnya. Di negara kita, jika

sesiapa yang menemui anak baru lahir akan ditempatkan di Jabatan kebajikan Masyarakat,fikiran ini menjadikan mereka dengan mudah melakukannya tanpa rasa bersalah dan berdosa. Oleh itu, masyarakat perlu mengubah minda dengan lebih positif, seharusnya berikan mereka pendidikan agar kembali ke jalan benar. Hiasilah mereka ini dengan ajaran agama supaya kembali ke jalan yang benar. Peranan ibu bapa juga harus diperketat lagi, biarpun sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga, namun tanggungjawab sebagai orang tua tidak harus diabaikan. Sebenarnya, tiada yang menolak kenyataan bahawa pembuangan bayi sebagai satu cara untuk menutup malu si ibu. Jika anak yang dilahirkan tanpa bapa, si ibu akan dipulaukan keluarga dan masyarakat setempat. Malah tindakan tersebut diyakini untuk mengelakkan masa depan si ibu tidak gelap. Sebab, rata-rata yang terlibat dalm gejala ini masih muda; ada yang masih belajar dan ada yang masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai. Walau apa juga alasannya, yang pasti gejala ini perlu diatasi segera agar tidak terus menjadi nanah dalam masyarakat kita. Sekarang masanya untuk kita duduk bersama, bermuhasabah dan membincangkan ketempangan akhlak dan moral yang semakin meruncing dan mengambil tindakan lanjutan untuk menanganinya. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana Hilang Nilai Kemanusiaan oleh Zulhayati Yazid, Utusan Malaysia,22 Februari 2010) 1. 2. 3. Berikan maksud rangkai kata membincangkan ketempangan akhlak. Nyatakan tiga cara untuk menangani masalah pembuangan bayi. 2m 3m

Pada pendapat anda, mengapakah remaja yang terlibat dalam perbuatan tersebut tidak menyerahkan anak ke pusat jagaan atau hospital? Kemukakan empat pandangan anda. 4m

SKEMA P: Petikan membincangkan sebab-sebab berlakunya pembuangan bayi di negara kita S1: Manusia semakin hilang pertimbangan dan tidak menggunakan kewarasan akal dalam membuat sebarang tindakan. S2; Kerapuhan pegangan agama remaja. S3: Kekurangan perhatian serta pemantauan daripada ibu bapa. S4: Remaja terdedah kepada pelbagai pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. S5: Persekitaran institusi kekeluargaan yang celaru. S6: Kurang pemantauan ibu bapa terhadap aktiviti anak. S7: Tertekan dan tersepit dengan keadaan dan masalah yang dihadapi. S8: Menganggap sekiranya meletakkan anak di tempat selamat pastinya ada orang yang akan mengambilnya. S9: Pembuangan bayi sebagai satu cara untuk menutup malu si ibu . S10: Mengelakkan masa depan si ibu tidak gelap. T1: Gejala kerosakan akhlak semakin serius. T2: Menjatuhkan imej negara sebagai sebuah negara Islam. T3: Semakin ramai anak yang tidak sah taraf. T4: Pegangan agama umat Islam akan luntur. K: Masyarakat perlu berusaha membanteras gejala buang bayi agar nilai kemanusiaan dalam kalangan masyarakat dapat diperteguh.

Pemahaman: 1. 2. memperkatakan kerosakan kelakuan. masyarakat perlu mengubah minda dengan lebih positif, seharusnya berikan mereka pendidikan agar kembali ke jalan benarmereka yang terlibat perlu dibajai dengan ajaran agama supaya kembali ke jalan yang benar. peranan ibu bapa juga harus diperketat lagi, biarpun sibuk bekerja mencari nafkah untuk keluarga namun, tanggungjawab sebagai orang tua tidak harus diabaikan. kerana bimbang dirinya akan disiasat, yang akhirnya dijatuhi hukuman serana berzinatidak mahu ibu bapa dan masyarakat mengetahui akan ketelanjuran yang dihadapinyadiri dalam keadaan panik menyebabkan mereka mengambil jalan yang salahmahu menutup terus dosa yang dilakukan tanpa ada bayi yang menjadi beban sepanjang hayat.

3.

Anda mungkin juga menyukai