Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Dalam usaha menjalankan kegiatan Pendidikan Seni Visual di Sekolah Rendah, Luahan kreativiti adaah dianggap perkara utama. Luahan ini mampu menggilap kebolehan berfikir dan bertindak murid. pengalaman yang bermula dengan penerokaan akan meyakinkan murid untuk berinteraksi dengan bahan dan pelbagai teknik. Kemahiran yang dinyatakan amat berguna untuk diaplikasikan oleh guru. kndungan yang berupa maklumat serta contoh strategi pengajaran dan pembelajaran adalah sebahagian kecil daripada contoh-contoh yang boleh diketengahkan oleh guru. Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah terbahagi kepada 4 bidang, iaitu : 1. Bidang Menggambar 2. Bidang Membuat Reka Corak 3. Bidang Membentuk dan Membuat Binaan 4. Bidang Kraf Tradisional

Bidang Menggambar satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. . melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. .menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya. .lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek. .meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. .membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.. .dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Definisi Menggambar .representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. .mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. . gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang .Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek . Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. . Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi . Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

LUKISAN -hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. -lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. -karya seni atau hasil kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata. -Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. -Proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan. -Aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dinamakan lukisan. -bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan nyata

CATAN .proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. . mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak .Dihasilkan melalui sapuan warnake atas permukaan rata dengan menggunakan berus . Lukisan grafik mengandungi komposisi artistik dihasilkan dengan mengaplikasikan warna ke atas permukaan . Satu ciptaan gambar yang berwarna . latihan mengaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding. . Satu hasil kerja estetik dicipta dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D. . Suatu teknik menyapu warna basah dengan berus atau alatan lain . Satu hasil karya seni mempunyai kesan yang bermakna ke atas permukaan dengan menggunakan bahantara pigmen warna.

KOLAJ .bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan .perancis bermaksud gam. Kerja-kerja dibuat dengan menampal cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D. .satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih .Teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. . Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas disebut kolaj. . Satu komposisi daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. .Kolaj bermakna menghasilkan satu komposisi artistic daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan daripada berbagai warna dan corak. . Satu teknik menggambar di mana foto, keratan akhbar atau manamana bahan berbentuk 2D dilekat dan di satukan di atas permukaan. .Teknik di mana imej bergambar atau corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain .Satu hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen. . Satu susunan objek dan bahan di atas dilekat di atas suatu permukaan supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

MONTAJ

. Menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan, alam sekitar . Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari manamana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. . Satu corak tidak semestinya bermaksud sebagai kerja seni halus dibuat melalui proses menampal satu bahan ke atas bahan yang lain .Dalam kerja-kerja seni montaj, beberapa gambar foto dicantum untuk menjadi satu komposisi ilustrasi . imej yang terhasil daripada cantuman beberapa imejan . hasil seni mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej. .komposisi gambar dicipta dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj. . Proses membuat gambar dari beberapa gambar atau corak disusun secara bertindih di antara satu sama lain. .Teknik mencantum dalam satu elemen komposisi fofografi daripada sumber-sumber yang berlainan seperti sebahagian daripada foto-foto. . Proses menghasilkan satu komposisi gambar supaya menjadi satu komposisi daripada bahagian gambar atau imej disusun menjadi satu hasil kerja seni . Aktiviti superimpose daripada berbagai elemen

CETAKAN .satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Seseorang pelukis biasanya akan menentukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi .proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain

. Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat . Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. . Satu hasil kerja seni yang menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. . Perindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain iaitu kertas atau kain. .Proses menggambar atau mencorak yang dilakukan dengan cara memotong, mengguris di atas permukaan plat dan menggunakan dakwat . Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. . Cetakan bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alat dan bhan.

i. Corak tidak terancang secara: Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan. Pualaman o penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit seperti cat minyak.

Tiupan o menggunakan straw dan warna untuk menghasilkan corak melalui teknik tiupan.

Titisan o menggunakan lilin untuk dititiskan keatas permukaan rata atau kertas untuk menghasilkan corak, kemudian dilapis dengan sapuan warna untuk menampakkan kesan titisan.

Lipatan dan guntingan o menggunakan teknik lipatan dan guntingan untuk menghasilkan corak terancang.

Resis o Teknik

menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

kolaj o menggunakan teknik kolak untuk menghasilkan corak.

Kaligrafi o menggunakan teknik kaligrafi atau peggunaan muka taip sebagai corak.

Anda mungkin juga menyukai