Anda di halaman 1dari 1

MINGGUAN MSTAR AHAD 1 Mei 2011

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

qayumazizi@thestarconlmy
Nama: Shamsuddin Bardan Tarikh Lahir: 31 Disember 1956 jawatan: Pengarah Eksekutif MEF Kelulusan: ljazah UndangUndang (LLB) (Kepujian) Universiti Malaya ELAH menjadi lumrah apabila setiap kali tibanya sambutan Hari Pekerja pada setiap 1 Mei, pelbagai isu dan pandangan berkaitan golongan ini disuarakan bagi membela nasib pekerja di negara ini. Namun hakikatnya, pihak majikan juga turut memainkan peranan penting dalam memastikan pekerja mendapat pembelaan dan imbuhan daripada penat lelah mereka bekerja sepanjang hari. Atas dasar itu juga pelbagai persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah ditubuhkan sama ada untuk membela nasib pekerja dan majikan. Di sini Persekutuan MajikanMajikan Malaysia (MEF) memainkan peranan dalam memastikan semua majikan yang berdaftar dengan mereka akan sentiasa mematuhi semua arahan yang telah ditetapkan selain dibantu untuk terus memastikan mereka bergerak dan berdaya saing dalam menarik minat pelabur untuk memajukan sektor ekonomi negara. Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan ketika ditemui Mingguan mStar berkata, tunjang utama penubuhan MEF adalah untuk memastikan prasarana perniagaan di Malaysia adalah baik dan mesra pelabur. Ini kerana menurutnya, jika prasarana dan perundangan perniagaan tidak mengamalkan sikap mesra pelabur dikhuatiri corak perniagaan itu tidak akan membantu memperbaiki ekonomi negara ini dan sekaligus memberi kesan kepada perniagaan itu secara keseluruhannya. "Apabila itu berlaku, ia bukan sahaja melibatkan perniagaan itu dan sistem ekonomi akan rapuh, malah akan memberi kesan kepada sumber manusia yakni pekerja yang terlibat di dalam sesebuah organisasi itu. "Bayangkan jika itu berlaku dan mereka akan menerima nasib seperti hilang pekerjaan yang sekaligus akan memberi kesan kepada kehidupan seharian mereka," katanya. Selain itu juga, Shamsuddin berkata, jika prasarana dan perundangan itu tidak dijaga dikhuatiri pelabur asing hilang

keyakinan untuk melabur di negara ini yang akhirnya akan memberi kesan kepada semua peringkat.

Gaji dan pendapatan butanan perkhidmatan awam


Perdana Menteri

Majikan lunas tanggungjawab Ditanya mengenai majikan di Malaysia, Shamsuddin berkata, semua organisasi di negara ini secara keseluruhannya boleh diklasifikasikan sebagai bertanggungjawab terhadap kakitangan mereka dan menjaga kebajikan mereka. Katanya lagi, dari segi keselamatan sosial, majikan kini lebih menitikberatkan soal jaminan untuk hari tua menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Perubahan ini dapat dilihat jelas apabila Ketegasan kerajaan dan penguatkuasaan undangundang menyaksikan banyak majikan akur dengan mengenai kebajikan pekerja untuk hari tua terutamanya di sektor swasta. "Satu kajian juga mendapati kebanyakan majikan di dalam sektor swasta telah memberikan 50 peratus faedah yang lebih tinggi untuk perancangan persaraan seperti memberikan KWSP lebih 12 peratus seperti yang telah disyaratkan. "Ini jelas menunjukkan pihak pengurusan mengambil berat akan masa depan pekerja mereka," katanya. Menyentuh mengenai gaji yang dibayar kepada pekerja dan sara hidup di negara ini, Shamsuddin berkata, kebanyakan majikan memberikan gaji yang mengikut syarat ditetapkan dengan beberapa imbuhan tambahan. Mengenai sara hidup pula, katanya, kebanyakan barangan di Malaysia masih diberi bantuan subsidi dan kekuatan pembeli adalah 2.2 peratus lebih tinggi daripada negara luar dan itu membuktikan bahawa sara hidup mereka masih terkawal dan mencukupi. Produktiviti pekerja masih rendah Bagaimanapun, Shamsuddin tidak menolak bahawa pihak majikan boleh membayar lebih dari yang sepatutnya jika pekerja mempunyai kemahiran pelbagai dan lebih produktif dalam bekerja.

- RM22,826.65
Tknbalan Perdana Menteri

Imbuhan tetap JUSA - RM1,000 - RM3,000 Elaun perumahan - RM1,300 - RM2,500 Elaun keraian - RM2,500 - RM5,000

- RM18,168.15
Merited
-

Pengarah Bahagian dan Setiausaha Bahagian Kementerian bagi Gred N54


Gaji pokok minimum - RM5160.68 Gaji pokok maksimum - RM7331.39

RM14,907.20

Ketua Setiausaha Negara:


Gaji pokok RM15,663
-

Ketua Setiausaha Kementerian bagi Gred JUSA A dan Tuns 3


Gaji pokok minimum - RM7,766 Gaji pokok maksimum - RM12,523 Imbuhan tetap JUSA - RM1,000 - RM3,000 Elaun perumahan - RM1,300 - RM2,500

Penjawat arm Gred N41 bagi kelayakan Minimum ljazah:


Jumlah pendapatan minimum RM2,540.28 Jumlah pendapatan maksimum RM6,070.62

SHAMSUDDIN BARDAN
Mengambil contoh sektor perhotelan, Shamsuddin berkata, jika di negara kita untuk menguruskan sebuah bilik memerlukan satu atau dua orang pekerja sebaliknya di luar negara empat buah bilik memerlukan hanya seorang pekerja sahaja. Ini kerana katanya, 75 peratus daripada pekerja negara ini masih diklasifikasikan sebagai kurang mahir berbanding luar negara yang rata-rata hanya 50 peratus sahaja. "Produktiviti sebenarnya bukan satu bentuk deplotasi tetapi adalah satu bentuk persaingan untuk kita memajukan diri setanding dengan pekerja di luar negara. "Semua pekerja perlu melihat langkah kepelbagaian kemahiran adalah sebagai satu kebaikan untuk mereka yang akhirnya akan memberi manfaat kepada diri mereka. meraka berkemahiran dan produktif, saya yakin pihak majikan mereka tidak akan teragak-agak untuk memberikan imbuhan atau menaikkan gaji mereka," katanya. Sementara itu, Shamsuddin turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan penggunaan pensijilan kemahiran terhadap pekerja sebagai satu rekod kepada pekerja. Setakat ini MEF mempunyai sebanyak 4,600 majikan yang mendaftar dengan jumlah pekerja sebanyak dua juta selain 18 buah persatuan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian bagi Gred JUSA B, JUSA C


Gaji pokok minimum - RM6,595 Gaji pokok maksimum - RM11,164 Imbuhan tetap JUSA - RM1,000 - RM3,000 Elaun perumahan - RM1,300 - RM2,500 Elaun keraian - RM2,500 - RM5,000

Penjawat awam Gred N27 bagi kelayakan minimum Diploma:


Jumlah pendapatan minimum RM1,824.55 Jumlah pendapatan maksimum RM4,025.26

Penjawat awam Gred N17 bagi kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
Jumlah pendapatan minimum RM1,395.38 Jumlah pendapatan maksimum RM2,784.16

Ketua Pengarah Jabatan di mana grednya setaraf dengan gred Ketua Setiausaha Kementerian
Gaji pokok minimum - RM7,766 Gaji pokok maksimum - RM12,523 Imbuhan tetap JUSA - RM1,000 - RM3,000 Elaun perumahan - RM1,300 - RM2,500 Elaun keraian - RM2,500 - RM5,000

Penjawat awam Gred N1 bagi kelayakan minimum sekolah rendah:


Jumlah pendapatan minimum RM1,224.15 Jumlah pendapatan maksimum RM2,236.82 Gaji bulanan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri mengikut Akta Ahli Parlimen (SaraanXPindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004. Jumlah pendapatan bulanan bagi Gred N1, N17, N27 dan N41 meliputi gaji pokok, imbuhan tetap perumahan, imbuhan tetap khidmat awam dan bantuan sara hidup. JUSA adalah Jawatan Utama Sektor Awam. Sumber perangkaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Bernama.

Ketua Pengarah Jabatan di mana grednya setaraf dengan gred Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian
Gaji pokok minimum - RM6,595 Gaji pokok maksimum - RM11,164 Imbuhan tetap JUSA - RM1,000 - RM3,000 Elaun perumahan - RM1,300 - RM2,500 Elaun keraian - RM2,500 - RM5,000

'JUSA C

Setiausaha Bahagian Kementerian di mana grednya setaraf dengan gred Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian bagi Gred JUSA B,
Gaji pokok minimum - RM6,595 Gaji pokok maksimum - RM11,164

ANIMMINII "Hari pekerja adalah wajar diraikan

"Latihan berterusan daripada pihak majikan akan memberikan nilai tambah kepada pekerja supaya dapat memperbaiki mutu kerja mereka dan pada masa sama kebajikan pekerja tidak diabaikan. Biresh Vrajlal, 30-an, Pegawai Perhubungan Awam.

bagi menghargai penat lelah pekerja dan sudah semestinya setiap tahun hari istimewa itu dinantikan. - Siti Fazurita Mohd Fafnir, 27, Eksekutif Akaun.

"Majikan boleh melakukan analisis atau tinjauan secara dalam talian terhadap kakitangan untuk melihat produktiviti mereka selain meminta pendapat mereka untuk memperbaiki prestasi organisasi. Erni Zawawi, 30, Pegawai Perhubungan Awam.

"Adalah sukar untuk mengatakan pekerja di Malaysia tidak produktif kerana ia subjektif tetapi sebagai pekerja kita perlu menunjukkan prestasi cemerlang kepada pihak majikan jika ingin dihargai. - Mohd Firdaus Mastor, 26, Eksekutif syarikat pengjklanan.

Anda mungkin juga menyukai