Anda di halaman 1dari 4

5.0 NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA 5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK 5.

2 MENGHORMATI HAK WANITA 5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA 5.4 MENGHORMATI HAK GOLONGAN KURANG UPAYA 5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA 5.0 NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA Hak asasi manusia adalah satu konsep di dalam perlembagaan Negara dan sistem demokrasi yang membenarkan individu bebas melakukan apa sahaja asalkan ia tidak melanggar undangundang dan peraturan yang telah ditetapkan. Rakyat Malaysia bebas mengamalkan hak asasi masing-masing supaya mereka dihormati dan dilindungi oleh sistem demokrasi yang adil dan saksama. Nilai hak asasi manusia ini mengajar kita berfikir bahawa masyarakat tidak dapat melakukan sesuatu perkara melampaui batas tata susila dan undang-undang negara. 5.1 MELINDUNGI HAK KANAK-KANAK Definisi: Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. Ciri-ciri: 1. Memberi makanan dan pakaian yang mencukupi, perlindungan dan pendidikan yang sempurna. 2. Terdapat undang-undang dan akta bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan penganiayaan. 3. Bersama membanteras kezaliman dan penganiayaan di kalangan kanak-kanak. 4. Memberi naungan kepada kanak-kanak dengan memberikan pendidikan sepenuhnya kepada mereka. Amalan: 1. Encik Halim dan isterinya sentiasa memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sempurna. 2. Murid-murid tahun satu telah diberi pendedahan awal tentang cara-cara menjaga kesihatan dan kebersihan diri. 3. Amalina melaporkan kepada pihak polis apabila melihat jirannya sering memukul anak mereka dengan teruk. 4. Muniandy dihukum penjara apabila didapati bersalah mendera anaknya dengan sengaja. 5. Encik Mahesh akan menghantar dan menjemput anak-anaknya setiap kali pergi dan pulang sekolah.

5.2 MENGHORMATI HAK WANITA Definisi: Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Ciri-ciri: 1. Tidak mendiskriminasi kaum wanita. 2. Tidak mengenepikan kebolehan kaum wanita untuk menjawat jawatan penting dalam negara. 3. Memberi penghargaan di atas sumbangan wanita dalam pembangunan negara. 4. Melindungi dan menghormati wanita dengan tidak menyebabkan gangguan emosi mereka. 5. Tidak mengeksploitasi kedudukan wanita. Amalan: 1. Juliana diambil sebagai pekerja syarikat itu kerana memiliki ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan. 2. Puan Rosmah menjadi pengetua di sekolah lelaki kerana kewibawaannya. 3. Penduduk kampung menerima Dr. Jamilah sebagai doktor mereka kerana kebolehannya merawat penduduk di situ. 4. Chitra menerima anugerah kerana pembabitannya yang cemerlang dalam bidang penyiaran. 5. Negara kita tidak mengamalkan diskriminasi gender, sebaliknya mengiktiraf sumbangan kaum wanita. 5.3 MELINDUNGI HAK PEKERJA Definisi: Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara. Ciri-ciri: 1. Menghormati dan menghargai golongan pekerja dalam mencapai kestabilan ekonomi negara. 2. Menyediakan kemudahan untuk golongan pekerja supaya dapat bekerja dengan selesa. 3. Membayar pampasan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan semasa bertugas. 4. Meraikan Hari Pekerja, Hari Guru dan Hari Pahlawan. 5. Memberi bonus, galakan dan insentif kepada pekerja sebagai tanda penghargaan. Amalan: 1. Encik Lim menaikkan gaji para pekerjanya kerana mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang. 2. Puan Saoyah yang baru melahirkan anak menerima set barangan bayi daripada majikannya. 3. Puan Fatimah memastikan pekerja-pekerjanya mempunyai masa yang mencukupi untuk makan tengah hari.

4. Indira mendapat bonus daripada syarikatnya setelah setahun bekerja. 5. Majikan Suriana menyediakan surau untuk kemudahan kakitangan yang beragama Islam. 6. Wong Kiat mendapat pampasan daripada majikannya kerana mengalami kecederaan semasa bekerja. 5.4 MELINDUNGI HAK GOLONGAN KURANG UPAYA Definisi: Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. Ciri-ciri: 1. Menghormati dan menghargai sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada golongan kurang upaya. 2. Memberi layanan yang saksama. 3. Memberi hak untuk menjalani kehidupan sama seperti orang lain yang normal. 4. Memberi sokongan dan bantuan supaya mereka menjadi orang yang berdikari. 5. Tidak menyisihkan mereka di dalam masyarakat. 6. Menerima bahawa golongan kurang berupaya turut menyumbang tenaga dalam pembangunan negara. Amalan: 1. Anis diterima sebagai pensyarah kolej walaupun cacat penglihatan. 2. Encik Gunalan dan keluarga membeli lukisan-lukisan yang dilukis oleh Kumpulan Pelukis Mulut dan Kaki. 3. Mak Munah mengambil seorang bayi cacat sebagai anak angkatnya. 4. Ramizi menawarkan pekerjaan kepada pemuda yang cacat pendengar itu bekerja di syarikatnya. 5. Ong Keat mengharumkan nama negara apabila menjuarai acara olahraga dalam sukan paralimpik baru-baru ini. 6. Hafiz memimpin tangan Arun yang cacat penglihatan semasa melintas jalan. 5.5 MELINDUNGI HAK PENGGUNA Definisi: Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksplostasi. Ciri-ciri: 1. Memelihara hak pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan dan barangan yang berkualiti. 2. Mengeluarkan barangan yang berkualiti dan berpatutan. 3. Para pengguna berhak mendapat perlindungan di bawah akta dan Perlembagaan Pengguna. 4. Pengeluar atau peniaga mesti member maklumat yang benar dan tepat tentang barangan yang ditawarkan kepada pelanggan.

Amalan: 1. Ai Lin menuntut ganti rugi daripada penjual yang menjual barangan yang rosak kepadanya. 2. Josephine mengadu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia tentang sebuah kedai yang sering menjual barangan yang luput tarikh. 3. Kilang Perabot MVS mengeluarkan perabot yang bermutu tinggi untuk pelanggannya. 4. Marina berpuas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pekerja-pekerja di butik kecantikan itu. 5. Semua premis perniagaan mestilah mematuhi arahan kerajaan agar mempamerkan tanda harga pada barangan jualan mereka.

Anda mungkin juga menyukai