Anda di halaman 1dari 8

Tulisan Jawi dipanggil Yawi di Pattani. ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu.

Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Pada hari ini telah mengalami banyak perubahan mengikut perkembangan semasa. Perbezaan tulisan Jawi pada hari ini amat berbeza dengan tulisan Jawi pada zaman dahulu. Tulisan atau skrip Jawi berasal daripada skrip Arab yang sampai ke kepulauan Tanah Melayu bersamasama dengan kedatangan agama Islam. Tulisan Jawi merupakan tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembangan sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303 M. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri- negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang diguna pakai di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Selain itu, tulisan Jawi ini digunakan dalam urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya tulisan Jawi ini pernah dalam perjanjian diantara Raja Melayu dan pihak- pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Pemansyuran Kemerdekaan 1957turut ditulis dalam abjad Jawi. Oleh itu, jelaslah bahawa skrip Jawi berasal daripada skrip Arab dengan dilakukan beberapa penyesuaian dan tambahan. Mengikut pendapat pengkaji , skrip Arab mula diadaptasikan sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat sesudah abad ke-13 M. Menurut Fatimi (1963: 50 ), (S.M. N al- Attas (1988:1 ) jelas menunjukkan penggunaan skrip Arab untuk mengeja teks berbahasa Melayu terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H/ 1303 M. Skrip Jawi merangkumi 29 abjad Arab dan enam abjad tambahan ( lima abjad tambahan pada awalnya, iaitu

, , ,

dan

) seperti yang terdapat pada Batu Bersurat

Terengganu dengan satu lagi abjad yang ditambah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka hasil keputusan daripada Konvensyen Tulisan Jawi di Terengganu pada tahun 1994 melalui

Pedoman Ejaan Jawi Yang Di- sempurnakan terbitan 1986, iaitu yang berikut : Jadual 1: Huruf Jawi Bentuk Tunggal Huruf Jawi ( bentuk tunggal )

Abjad- abjad itu ada seperti

Padanan Rumi a b t s ( th) j h kh d z (dh) r z s sy (sh) s (s) z (d) t(t ) z ( z) a () gh f k (q) k l m n w v

h k () y c ng p g Ny

Jawi kini mengalami evolusi berbanding zaman dahulu, ejaan Jawi kini perlu menyaingi ejaan Melayu moden (Rumi) dengan pelbagai istilah moden, terutamanya dalam sains dan teknologi yang banyak menggunakan kata pinjaman daripada Bahasa Inggeris. Daripada Jawi lama pengaruh arab yang menggunakan baris, kini ejaan Jawi moden telah menggantikan baris tersebut dengan huruf vokal atau dipanggil sebagai huruf saksi, iaitu alif, wau dan ya. Perubahan daripada Jawi lama kepada Jawi moden hari ini memerlukan satu transliterasi mesin yang cekap agar hasilnya lebih tepat. Transliterasi adalah satu proses penukaran huruf daripada abjad sesuatu tulisan kepada huruf yang selaras bunyinya dalam abjad sistem tulisan lain (Kamus Dewan, 2005). Dengan erti kata lain, transliterasi merupakan satu kaedah mengubah perkataan dari satu bahasa kepada aksara atau simbol yang bersesuaian dalam bahasa atau tulisan lain. Lebih jelas lagi, transliterasi mestilah melibatkan sekurang-kurangnya dua teks atau skrip yang berbeza kerana transliterasi melibatkan teks sumber dan teks sasaran. Dalam konteks kajian ini, teks sumber adalah teks Jawi lama manakala teks sasaran pula adalah teks Jawi moden. Jawi Lama Kepada Jawi Baru Terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti menjadi cabaran dalam merekabentuk transliterasi mesin untuk Jawi lama kepada Jawi baru. Isu Pertama i. Perkataan Jawi lama mengandungi banyak perkataan yang homograf dan ketidaktentuan (ambiguity). Ini disebabkan kurangnya penggunaan huruf

saksi (vokal) dan lebih kepada pengaruh Arab yang menggunakan unsur baris. Sebahagian huruf saksi pada ejaan Jawi lama tidak dizahirkan berbanding ejaan Jawi moden pada hari ini.

Jadual 2: Homograf dalam Jawi Lama Ejaan Jawi Lama Ejaan Jawi Baru

( Kamu) ( Kami) ( Ilmu) ( Alam) ( Alim)

( Bumi) ( Bom)

ii.

Sukar untuk menentukan maksud perkataan tersebut jika ia tidak disertakan dengan ayat. Sebagai contoh perkataan


( Kumbang mencari kembang datang kambing kumbang terbang ) (Wan Mohd Shaghir Abdullah, 1997) iii. Contoh lain lagi adalah untuk menentukan maksud perkataan ada kapal, kepal atau kepala. Perkataan kerana tiada berlaku homograf. (Muhammad @ Mokhtar Talib, 2007 )

sama

( pala) pula tiada masalah

Isu kedua i. Sistem ejaan Jawi lama tidak seragam, berbeza-beza mengikut pengalaman penulis. Contohnya, penggunaan huruf ( ga) yang tidak konsisten pada ejaan Jawi lama. Huruf sepatutnya adalah sama seperti huruf tetapi mempunyai satu titik di atas. Namun dalam penulisan Jawi lama huruf dan kadangkadang tidak dibezakan, bahkan terdapat juga huruf dengan titik satu di bawah.

Contoh lain yang diperoleh daripada kitab Hidayat al-Salikin adalah perkataan segala ( ) , bagi ( ) dan hingga ( ) iaitu menggunakan ga tanpa titik. Sebahagian ejaan Jawi lama juga tidak membezakan penggunaan huruf dengan dan huruf dengan .

Isu Ketiga i. Terdapat imbuhan atau partikel, kata akar atau kata dasarnya berubah, iaitu sama ada dengan penambahan huruf vokal (saksi) atau kedudukannya bertukar. Jadual 4 menunjukkan contoh perkataan berimbuhan dan partikel yang melibatkan situasi di atas.

Kata Akar

Partikel/ Imbuhan

Rumi baginya daripadanya

Isu Keempat i. Sebahagian ejaan Jawi lama bersambung dua perkataan, iaitu pada perkataan tertentu.

Ejaan Lama

Ejaan Baru

Rumi akan dia dengan dia

Isu Kelima i. Kedudukan huruf saksi yang tidak piawai digunakan dalam Jawi lama. Contohnya perkataan ( menambah) didapati daripada kitab Hidayat al-Salikin menggunakan huruf pada suku kata kedua tertutup sedangkan ejaan Jawi baru tidak menggunakan huruf saksi pada perkataan tersebut. Biasanya ejaan Jawi lama kurang menggunakan huruf saksi berbanding dengan ejaan Jawi baru. Contoh lain lagi adalah ejaan Jawi lama untuk perkataan borang adalah . Ia juga menggunakan sisipan pada suku kata kedua yang mana berbeza dengan ejaan Jawi baru. Perkembangan Tulisan Jawi Sistem tulisan dan ejaan Jawi mengalami dua tahap perkembangan. Tahap Pertama.

Ejaan tulisan jawi menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf suci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi

mengambil masa yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan. Tahap Kedua

Tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versi Melayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal, iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary of the Malayan language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903), didapati bahawa terdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh itu, pada tahun 1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun ejaan Jawi secara berasingan. Antaranya ialah Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B. DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaba daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Sistem Ejaan Zaba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan yang diberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI. Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakan dalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan. Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) . Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD). Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit penambaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.

Pedoman Ejaan Jawi Yang disempurnakan (PEJYD) Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993). Sistem ini

merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Tulisan Jawi ditulis dan dibaca dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan Bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan.

PROGRAM SEMARAK JAWI Melalui ini dapat disimpulkan bahawa perkembangan sistem ejaan jawi telah memberi banyak kemudahan dan kesenangan kepada penggunanya daripada jawi lama kepada baharu. Penggunaan tulisan jawi ini perlulah diamalkan dan digunakan dengan meluas. Oleh itu program ini dapat disemarakkan dengan mengadakan pelbagai aktiviti supaya rakyat Malaysia dapat menggunakannya dalam kehidupan seharian. Antara program yang boleh dianjurkan bagi menyemarakkan tulisan jawi iaitu dengan mengadakan satu kelas khas belajar jawi di setiap sekolah. Contohnya di sesbuah sekolah itu boleh mengadakan Persatuan Jawi. Persatuan ini boleh disertai oelh semua pelajar supaya mereka dapat mempelajari tulisan jawi dengan lebih baik. Selain itu, semarak jawi dapat diadakan dengan pihak tertentu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan program pertandingan Khat. Ini bertujuan supaya orang ramai dapat menceburi dan menyertai program ini. Ini bagi memberi peluang kepada semua rakyat yang berminat untuk menhasilkan seni dan menzahirkan seni mereka melalui pertandingan yang diadakan sekali gus bakat seni mereka dapat diketengahkan. Bagi menyemarkkan penggunaan jawi dalam kalangan pelajar, pihak sekolah harus memastikan setiap murid mempelajari jawi sejak dari sekolah rendah lagi tidak kira bangsa, agama atau keturunan. Ini disebabkan penggunaan tulisan jawi dapat melambangkan identiti sesuatu bangsa. Akhir sekali, tulisan jawi diharap dapat diamalkan dan digunakan oleh semua rakyat Malaysia terutama kepada para pelajar kerana tulisan jawi ini mampu membawa seseorang ke peringkat yang lebih tinggi. Indah Jawi beserta bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai