Anda di halaman 1dari 6

KEM LITERASI ALQURAN 2013 PERINGKAT SEKOLAH SK BELOKOK TELOK KERANG PONTIAN

KEM LITERASI AL-QURAN 2013 PERINGKAT SEKOLAH ANJURAN UNIT j-QAF SK BELOKOK

1. Nama Program Kem Literasi Al Quran 2013 Peringkat Sekolah

2. Konsep Kem Intervensi Literasi Al-Quran merupakan aktiviti pemulihan bacaan al-Quran melalui pendekatan kaedah Iqra kepada murid-murid yang mengikuti program j-QAF di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih belum menguasai Iqra 1 hingga 3. Aktiviti pemulihan ini dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan dengan berpandukan modul yang dicadangkan oleh KPM.

3. Rasional

Matlamat Kem Intervensi Literasi Al-Quran dijalankan ialah untuk memulihkan muridmurid program j-QAF yang masih di tahap kemahiran Iqra 1 hingga 3 supaya dapat mencapai sekurang-kurangnya tahap bacaan Iqra 4 seterusnya meneruskan bacaan selanjutnya. Murid-murid yang lambat menguasai Iqra dikhuatiri gagal mengikuti Kelas Khatam Al-Quran dan mencapai matlamat khatam sekiranya tidak dilaksanakan kem ini melalui pendekatan pemulihan. Melalui kem ini juga akan meningkatkan tahap dan kualiti bacaan murid melalui kaedah talaqqi dan musyafahah.

4. Kumpulan Sasaran Semua murid beragama Islam yang mengikuti Program j-QAF dan masih di tahap bacaan Iqra 1,2 dan 3.

5. Tenaga Pembimbing Semua Guru j-QAF yang merupakan pembimbing Tasmik. Guru-guru Pendidikan Islam

yang lain turut digalakkan membantu pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran. Murid turus boleh digunakan sekiranya perlu.

6. Strategi Pelaksanaan 6.1 Tempoh Pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran dicadangkan dilaksanaakan 16 jam iaitu setiap 1 jam sebelum/selepas waktu Tasmik. 10 Jam dicadangkan untuk Buku Iqra 1 dan 2 manakala 6 jam untuk Buku Iqra 3 Kem ini dicadangkan dilaksanakan sebanyak 3 siri seperti jadual di bawah:

BIL

TAHUN CATATAN

KEM 1

KEM 2

KEM 3

1 2 3 4

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4

Mac - April Mac - April Mac - April Mac - April

Jun - Julai Jun - Julai Jun - Julai Jun - Julai

Sep - Okt Sep - Okt Sep - Okt Sep - Okt

6.2 Jawatankuasa Pelaksana Jawatankuasa Pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran adalah seperti berikut:

Penasihat : Puan Yatimah Binti Abdul rahim Pengerusi : Encik Zaini Bin Pardin Naib Pengerusi : Puan Norita Bt Md Tahir Setiausaha : Ustaz Ahmad Yazi Bin Ali Pen. Setiausaha : Puan Siti Faezah Binti Hj Bajuri(Guru j-QAF) Penyelaras : Puan Siti Faezah Binti Hj Bajuri(Guru j-QAF) Pen. Penyelaras : Puan Siti Faezah Binti Hj Bajuri (Guru j-QAF) AJK : Guru j-QAF dan GPI

6.3 Aliran Kerja Pelaksanaan

BIL PERKARA CATATAN 1 Pelantikan Pembimbing KLAQ 2 Mesyuarat JK Pelaksana KLAQ 3 Pemilihan Murid KLAQ 4 Pelaksanaan KILAQ 5 Penyediaan Rekod 6 Penyediaan Analisa 7 Penyediaan Pelaporan & Dokumentasi 8 Mesyuarat Post-Mortem Kaji Kekuatan dan Kelemahan Pasca Kem untuk Kem berikutnya

6.4 Modul Pelaksanaan Modul pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran MODUL INOVASI IQRA:

BUKU MUKASURAT BIL MS BUKU IQRA' 1 3, 6, 9, 12, 15, 19, 21, 25 dan 30 09 BUKU IQRA' 2 1, 4, 5, 6, 8, 10, 14, 17, 21, 25 dan 30 11 BUKU IQRA' 3 1, 2, 3, 6 ,8, 10,14, 18, 19, 22, 25 dan 30 12 BUKU IQRA' 4 3, 5, 7, 9, 11, 14, 16, 18, 21, 25 dan 30 11 BUKU IQRA' 5 1, 3, 6, 7, 9, 10, 11, 12, 15, 18, 20, 22, 25, 28 dan 30 15 BUKU IQRA' 6 1, 6, 7, 11, 15, 19, 22, 23, 25, 27 10 JUMLAH 68

Catatan: 1. Muka surat modul ini hendaklah merujuk kepada buku Iqra yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Semua peserta hendaklah sekurang-kurangnya melepasi Iqra 4. 3. Peserta yang melepasi Iqra 4 hendaklah diteruskan pencapaian sehingga Iqra 6 4. LDK peserta bermula daripada tahap bacaan masing-masing sebelum kem (muka

surat semasa murid). Guru meneruskan bimbingan mengikut modul yang disediakan.

6.5 Rekod dan Pelaporan Pihak JK Kem Intervensi Literasi Al-Quran perlu menggunakan borang rekod pencapaian Iqra yang disediakan untuk tujuan merekodkan bacaan murid. Semua rekod bacaan hendaklah dikemaskini dan disimpan dalam fail khas Kem Literasi AlQuran untuk tujuan rujukan. Analisa Pencapaian hendaklah diserahkan kepada Penyelaras Kem Intervensi Literasi Al-Quran selepas tamat tempoh pelaksanaan dan sekiranya diperlukan. Penyelaras Kem Literasi Al-Quran hendaklah menyediakan Laporan dan Analisa yang dikehendaki oleh PPD/JPN dengan mengisi borang yang dicadangkan.

6.6 Bahan Modul 6.6.1 Buku Iqra

7. Penutup Adalah menjadi harapan agar pelaksanaan Kem Intervensi Literasi Al-Quran ini akan berjaya. Dengan penglibatan semua guru tidak mustahil apa yang hendak dicapai akan mampu dicapai. Bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

j-QAF SK BELOKOK GEMILANG TERBILANG

Disediakan oleh, . (SITI FAEZAH BINTI HJ BAJURI)

Penyelaras Kem Literasi Al-Quran SK Belokok, Telok Kerang pontian

Anda mungkin juga menyukai