Anda di halaman 1dari 8

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU MODEN Sub-topik ini akan membincangkan perkembangan Kesusasteran Melayu Moden dengan lebih mendalam

melalui zaman selepas perang hingga 1970-an dan zaman mutakhir. 1. Zaman Selepas Perang hingga 1970-an a. Prosa Melayu Moden Penulisan novel tidak menggalakkan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Hanya beberapa orang novelis yang menghasilkan karya hingga tahun 1950. Antaranya ialah Harun Aminurrashid, Keris Mas, Ahmad Bakhtiar, dan Wijaya Mala. Jadual di bawah menjelaskannya. Novel-novel Tahun 1947 hingga 1949

Nama Novelis Harun Aminurrashid Keris Mas Ahmad Bakhtiar Wijaya Mala

Judul Novel Darah Kedayan Zain Zawiyah Hancur Hati Muda Tak Sudah

Tahun 1947 1948 1949 1949

Penulisan novel meningkat selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Peningkatan ini disebabkan adanya sayembara atau peraduan menulis novel. Pada tahun 1958, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan peraduan mengarang novel. Pemenang-pemenang adalah seperti berikut: Pemenang Sayembara atau Peraduan Menulis Novel pada Tahun 1958

Nama Penulis Hassan Ali

Nama Novel Musafir

Peringkat Kemenangan Tempat pertama

A. Samad Said Yahya Samah Suratman Markasan.

Salina Layang-layang Putus Tali Tak Ada Jalan Keluar

Tempat kedua Tempat ketiga Tempat keempat

Manakala hakim pada sayembara pada tahun 1962 memutuskan kemenangan seperti di bawah: Pemenang Sayembara atau Peraduan Menulis Novel padaTahun 1962

Nama Penulis Ibrahim Omar Arena Wati A. Wahab Ali

Nama Novel Desa Pingitan Lingkaran Angin Hitam

Peringkat Kemenangan Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga

Sayembara sempena 10 Tahun Merdeka diadakan pada tahun 1967. Kali ini pemenang-pemenangnya adalah seperti di bawah. Pemenang Sayembara atau Peraduan Menulis Novel pada Tahun 1967

Nama Penulis Arena Wati Aziz Jahpin Ismail Salleh (al-Fallah)

Nama Novel Sandera Pulanglah Perantau Badan Bertuah

Peringkat Kemenangan Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga

Alias Harun Khadijah Hashim

Meniti Buih Merpati Putih Terbang Lagi

Hadiah sagu hati Hadiah sagu hati

Biro Bahasa Sabah mengadakan dua sayembara, iaitu pada tahun 1973 dan 1975. Novel Nafas yang Hampir Putus karya A.B. Amasaba memenangi hadiah pertama pada tahun 1973. Pada tahun 1975, hadiah kedua dimenangi oleh novel Cerahkarya Amil Jaya. Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) menganjurkan sayembara menulis novel pada tahun 1976 dan 1978. Novel Saga karya A. Talib Mohd. Hassan memenangi hadiah pertama. Novel Bulan Merah di Tiga Kuala karya Zahari Affandi memenangi hadiah kedua. NovelWarna-warna karya Rahman Yusof memenangi hadiah ketiga. Pada tahun 1978, novel yang menang ialah Perantau Membelah karya A. Kadir Ahmad. Kemudian pada tahun 1978, sayembara sempena Hari Guru telah diadakan. Antara pemenangnya adalah; Pemenang Sayembara Sempena Hari Guru pada Tahun 1978

Nama Penulis

Nama Novel

Peringkat Kemenangan Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga

Baharuddin C.D A. Talib Mohd. Hassan. Ibrahim Omar

Arca Berdiri Senja Pelarian Tiga Cucu

GAPENA menganjurkan satu lagi sayembara pada tahun 1979. Kali ini, novel-novel yang berjaya adalah seperti berikut: Pemenang Sayembara atau Peraduan Menulis Novel pada Tahun 1979

Nama Penulis

Nama Novel

Peringkat Kemenangan

Anwar Ridhwan

Hari-hari Terakhir Seorang Seniman Warisan Jejak Pulang Kaul Bila Lagi Kompang Berbunyi

Tempat pertama

A. Talib Mohd. Hassan Dharmala N.S. R.S. Niza Marwilis Haji Yusuf

Tempat kedua Tempat ketiga Hadiah sagu hati Hadiah sagu hati

Namun demikian, terdapat beberapa buah novel yang dihasilkan pengarang tetapi tidak memasuki peraduan. Shahnon Ahmad menulis novel-novel Rentong, Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge, Menteri, Perdana, Terdedah,dan lain-lain lagi. Yahya Ismail menulis novel Langkah Kiri. S. Othman Kelantan menulis novel Pertentangan dan Angin Timur Laut. Penulisan cerpen berkembang pesat selepas kemerdekaan. Ramai penulis baru muncul. Antaranya ialah A. Samad Said, Alias Ali, Hassan Ali, Arena Wati, Shahnon Ahmad, Nora, Malungun, A. Shukur Harun, Kassim Ahmad, Rejab F.I., Kala Dewata, dan Salmi Manja. Cerpenis-cerpenis baru yang muncul pada tahun 1960-an termasuklah Khadijah Hashim, Abdullah Tahir, Ajikik, Norjaya, A. Wahab Ali, S. Othman Kelantan, Affendi Hassan, dan Zakry Abadi. Faktor-faktor yang berikut telah menyuburkan penulisan cerpen: i. ii. iii. iv. v. Sumbangan wadah penyiar seperti Berita Minggu dan Mastika. Sumbangan badan sastera seperti Persatuan Penulis Nasional(PENA). Sumbangan institusi pendidikan yang mengajar kursus kreatif. Pertambahan bilangan akhbar dan majalah. Peraduan dan Hadiah Sastera (1971 1976).

Sehubungan itu, muncullah Fatimah Busu, Anwar Ridhwan, Azizi Haji Abdullah, Zahari Affendi, Zurinah Hassan, Baharuddin C.D, dan Baha Zain. Di samping itu, beberapa orang penulis telah menghasilkan kumpulan-kumpulan karya masing-masing. Antaranya ialah Selesai Sudah oleh Shahnon Ahmad; Jalan ke Puncak dan Dalam Pencarianoleh Norjaya; Kota ke Kota oleh Abdullah Hussein; Jalan ke Matahari oleh A. Samad Said; Sendirian oleh Ajikik, dan Di Perhentian Pertama oleh Abdullah Tahir. Kegiatan drama berpusat di Singapura pada tahun 50-an. Badan-badan yang menggiatkannya ialah Sriwana dan Perwana. Tokoh-tokoh drama yang menonjol ketika itu ialah Salim Bachik, Fatimah Yassin, Kalam Hamidi dan Bani Buang. Di Kuala Lumpur, Kala Dewata menulis Atap Genting Atap Rumbia. Usman Awang

menulis Tetamu di Bukit Kenny. Sandiwara Radio yang mula disiarkan pada tahun 1946 diikuti dengan Bangsawan di Udara dan cerita mata-mata gelap serta cerita dari Timur Tengah. Penulis-penulis drama radio yang terkenal ialah Malina Manja, Othman Haji Zainuddin, Adibah Amin, Zain Hamzah dan Norjaya. Pada tahun 60-an lahir penulis skrip dan pengarah drama yang terkenal. Mereka ialah Syed Alwi, Noordin Hassan, dan Hashim Yassin. Turut muncul untuk menambahbaik karya drama ialah pengkritik seperti Krishen Jit, Salleh Joned, dan Hatta Azad Khan. Dekad 70-an diwarnai oleh siri Drama Minggu Ini melalui Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas anjuran DBP pada tahun 1978, dan Pesta Teater 1979. Drama Bukan Lalang Ditiup Angin karya Noordin Hassan pernah disiarkan sebagai drama TV. Begitu juga dengan drama Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang. Drama Anjang Aki karya A. Talib Mohd. Hassan memenangi hadiah ketiga peraduan anjuran DBP. Antara drama yang muncul di dalam pesta teater ialah Umbut Keladi Tiada Berisi karya Malina Manja dan Alang Rentak Seribukarya Syed Alwi. a. Puisi Melayu Moden Dunia persajakan Melayu pada dekad 50-an diungguli oleh penyair ASAS 50. Mereka ialah Masuri S.N. dan Usman Awang. Sebuah sajak yang ditulis oleh Masuri ialah Seribu Harapan. Tiga buah sajak yang ditulis oleh Usman Awang ialah Pak Utih, Jangan Menangis dan Gadis di Kuburan. Pada hakikatnya, faktor kepesatan penghasilan sajak seiring dengan faktor kepesatan penghasilan novel, cerpen, dan drama yang telah dijelaskan sebelum ini. Penyair dekad 60 dan 70-an diwakili oleh Dharmawijaya, Firdaus Abdullah, Hadzrami A.R., Jihaty Abadi, Kassim Ahmad, Kemala, Rustam A. Sani, Shamsuddin Jaafar, A. Samad Said, Yahya M.S., Mokhtar Yasin, Badaruddin H.O., Adi Rumi, Marhan, Suhor Antarsaudara, Nahmar Jamil, Rejab F.I., A. Ghafar Ibrahim, T. Alias Taib, Latiff Mohidin, Baha Zain, Noor S.M., S. Panit, Atondra, dan Zam Ismail. Antara penyair wanita ialah Salmi Manja, Noraini Muhammad, Zurinah Hassan, Hanum Ain, Halimah Haji Ahmad, Aina M., Maznah Ali, Maimun Rahman, Zanariah Wan Abdul Rahman, Shafie Abu Bakar, J.M. Aziz, Jaafa HS, Sabar Bohari, dan Nor Aini Muhammad. Di samping itu, ramai juga yang berjaya menghasilkan kumpulan sajak sehingga tahun 1970-an. Kassim Ahmad menghasilkan Kemarau di Lembah; Shamsuddin Jaafar menghasilkan Desir Angin; A. Ghafar Ibrahim menghasilkanTan Sri Bulan; Latiff Mohidin menghasilkan Sungai Mekong;T. Alias Taib menghasilkan Laut Biru di Seberang Takir; Suhaimi Haji Muhammad menghasilkan Bunga di Atas Batu; Kemala menghasilkan Meditasi, Timbang Terima, Era, danKaktus-kaktus. Sementara itu, Muhammad Hj. Salleh menghasilkan Sajak-sajak Pendatang. 2. Zaman Mutakhir Dalam tahun 1980-an, muncul penulis baru seperti Shamsiah Mohd. Nor, Zaharah Ibrahim, Siti Aishah Murad, Nina Kirana, Webah Salleh, Ghazali Ngah Azia, Marsli N.O., Hassanuddin Mast Isa, dan Abu Hassan Morad. Kebanyakan mereka menulis novel popular, novel remaja, sajak, dan cerpen. Walau bagaimanapun, Keris Mas telah menghasilkan novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang seiring dengan keadaan semasa. Pada tahun 1993, diadakan Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang GAPENA. Novel Restu karya Ismail Kassan yang memenangi hadiah kedua telah dijadikan buku teks untuk mata pelajaran Kesusasteraan

Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Di samping itu, Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank diadakan pada tahun 1997. Dua buah novel remaja yang muncul ialah Juliakarya Abu Hassan Morad dan Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Othman Puteh turut menghasilkan sebuah novel remaja yang berjudul Terminal Tiga. Namun demikian, Shahnon Ahmad telah menggemparkan dunia sastera tanah air pada tahun 1999 dengan menulis novel kontroversi yang berjudul Shit. Cerpen-cerpen dekad 80-an hingga kini berkembang pesat kerana majalah, akhbar, sayembara dan kumpulan cerpen memberi sumbangan yang bermakna. Majalah yang dimaksudkan ialahDewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, dan Dewan Siswa. Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA 1991 dan 1992 telah menghasil cerpen-cerpen bermutu. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan cerpen yang berjudul Sangkar (1990), Suara Ombak(1997), Menara 7 (1998), dan Wacana Hitam Putih (1998). Senarai karya-karya berkenaan terdapat dalam jadual di bawah.

Media Penyiar Cerpen (1984 1997)

Pengarang Jong Chian Lai S. Othman Kelantan

Judul Cerpen Tanah Bukit Kesementaraan Paku Payung dan Limau Mandarin Chen Xiaoli

Media Dewan Masyarakat Dewan Budaya

Keluaran Disember 1984 Mac 1985

Azizi Haji Abdullah

Dewan Sastera

Jun 1987

A. Rahmad Mohd. Affandi Hassan

Dewan Sastera

Jun 1992

Birokrat Tulen

Dewan Sastera

November 1992

Faisal Tehrani

Kerana Manisnya Epal

Dewan Siswa

April 1995

Siti Hajar Mohd. Zaki

Menatap Wajahnya

Dewan Siswa

Mei 1997

Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA

Pengarang Azmah Nordin

Judul Cerpen Kuntum Perdamaian

Sayembara Hadiah Cerpen ESSOGAPENA 1991 Hadiah Cerpen ESSOGAPENA 1991 Hadiah Cerpen ESSOGAPENA 1992

Jais Sahok

Garis Panorama

Razak Mamat

Perjalanan yang Tak Direncana

Kumpulan Cerpen

Pengarang Zaharah Nawawi Siti Aisah Murad

Judul Cerpen Pawana Ayu Zahira Masih di Sini

Antologi Suara Ombak (1997) Wacana Hitam Putih(1998) Wacana Hitam Putih(1998) Menara 7 (1998)

Zakaria Ali

Gajah Putih

Saroja Theavy a/p Balakrishnan

Lambaian Malar Hijau

Drama tahun 1980-an termasuklah Tikar Mengkuang Hamparan Bulu karya Abd. Talib Mohd. Hassan; Kala Dewata menulis Bujur Lalu Melintang Patah; Othman Hj. Zainuddin menulis Waktu sesudah itu, Usman Awang menulis Serunai Malam, Noordin Hassan menulis drama Malam Ini Penyu Menangis; dan Kala Dewata menulis Titik-titik Perjuangan. Sajak-sajak tahun 80-an hingga kini juga termuat di dalam majalah dan akhbar selain daripada kumpulan sajak. Antara mereka yang tidak tergolong dalam kumpulan penyair veteran ialah Zaen Kasturi, Azran Abdul Rahman, Marzuki Ali, Moechtar Awang, Zaiton Ajamain, Mahanie Sulong, Sabariah Bahari, Naapie Mat, Wadi Leta S.A, Ami Masra, Mohamed Awang, Saiee Driss, Siti Zaleha M. Hashim, Saibil Madun, Jasni Matlani, Mustafa Jusoh, Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, Borhan Md. Zain, Chai Loon Guan, dan Nazim Mohd. Subari .

Anda mungkin juga menyukai