Anda di halaman 1dari 5

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali

sebagai layang-layang di negeri-negeri sebelah pantai barat


semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan
rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman
sekitar kurun kelima belas, wau telah dimainkan oleh orang
Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara
semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Wau bulan

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung,


wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau
jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan
yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Rekacorak bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah
menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dengan berwarna-
warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain
dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan
dan hiasan dinding.

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan


masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka,
mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap.
Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada
kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang
mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga
lapis kertas nipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan
pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat
iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah
ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah
ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri


dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus
yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar
ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan
diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang
yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia
berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara
bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi
mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang,


iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi dipanggil
juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka
tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur
dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.
Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang
dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat


dikalangan masyarakat Melayu tetapi layang-layang juga tidak
kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak
layang-layang telah dicipta, ada layang-layang yang berbentuk
orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan
menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan
layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama
ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau
antarabangsa.
Contoh-contoh Wau

Wau Bulan Wau Bulan

Wau Payung Wau Kucing


http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

Anda mungkin juga menyukai