Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN MURAL DOODLE SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MAT SALLEH

PADA: 30 JUN 25 JULAI 2013 TEMPAT: DI SEPANJANG BILIK GURU SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MAT SALLEH

Disediakan Oleh: NAMA PELAJAR: NOOR HALIMAH BINTI CHE LONG NO. K/P: 900207 02-5816 PROGRAM: PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH INTERNSHIP: SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MAT SALLEH

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK / AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN

: Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh : Mural Doodle : 30 Jun 25 Julai 2013

Pada 30 Jun sehingga 25 Julai 2013 adalah tempoh perlaksanaan mural doodle di sepanjang bilik guru Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh. Dalam menyiapkan projek mural ini kami berempat bertungkus lumus untuk menyiapkan mural doodle dengan sebaiknya. Mural doodle diberi nama bersempena dengan tema lukisan mural yang kami pilih iaitu bukan lebih kepada lukisan realisme tetapi lebih kepada mencorak. Realisme ialah lukisan yang sebenar dan mempunyai ciri yang sama dengan yang objek yang dilukis atau objek yang sama. Antara objektif yang telah digariskan ialah: a. Untuk menjadikan laluan tangga utama sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi guru guru, murid murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah. b. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah. c. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah. d. Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabia selesai menjalani internship di sekolah ini.

e. Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang. STRATEGI PELAKSANAAN: Sebelum: Sebelum kami memulakan projek mural ini, kami mencari contoh contoh dan sumber ilham di internet lukisan yang sesuai untuk di lukis. Kami mengambil kira dari aspek lukisan yang ringkas dan memberi ketenangan atau keceriaan kepada kawasan sekolah apabila di lukis nanti. Setelah bertungkus lumus mencari dan akhirnya kami memutuskan untuk memilih lukisan yang bertemakan doodle. Di mana lukisan yang bertemakan doodle ini tidak mementingkan kepada rupa sebenar dari objek yang ditiru tetapi lebih kepada bentuk bentuk geometri yang digabungkan menjadi satu bentuk yang menarik. Selepas itu, kami menunjukkan lukisan yang dipilih untuk ditunjukkan kepada Guru Besar. Setelah Guru Besar meluluskan lukisan yang kami pilih, kami diberi bajet untuk membeli alat dan bahan untuk melaksanakan projek mural kami ini dan Alhamdulillah kami semua dapat menyelasaikan proses membeli alat dan bahan dengan jayanya. Antara alat dan bahan yang utama dalam projek mural kami ini adalah cat pelaka dan berus. Semasa: Sepanjang tempoh pelaksanaan projek mural yang kami jalankan ini, kami membahagikan dua kawasan dan setiap kawasan yang diberikan dua orang daripada kami ditugaskan untuk menyiapkan mural di kawasan tersebut. Lukisan untuk kawasan tersebut masih lagi tema yang sama walaupun berbeza tempat yang

dilukis. Mural yang akan kami lukis ini adalah di sepanjang bilik guru SK Tok Mat Salleh. Proses bermula dengan melakar lukisan di dinding secara berperingkat peringkat agar memudahkan proses membuat mural untuk seterusnya. Selepas melakar, kami memulakan proses mewarna dan proses ini dilakukan secara berhati hati agar hasil yang kami dapat nanti adalah terbaik dan kemas. Walaupun agak sukar kerana dinding yang dilukis tidak rata tetapi kami berusaha memastikan mural yang dilukis menjadi seperti yang dirancang. Langkah terkahir untuk menyiapkan mural ini adalah proses untuk membuat kemasan terakhir agar lukisan ini tampak lebih kemas dan memberi ketenangan kepada semua warga SK Tok Mat Salleh. Proses mewarna diulang banyak kali sehingga mural siap dan kemas. Selepas : Alhamdulillah, kami semua dapat menyiapkan projek mural doodle ini dalam tempoh yang diberikan dan semua ini kerana kerjasama yang diberikan antara kami sangat baik dan membantu kami dalam menyiapkan mural ini. Diharapkan dengan adanyanya mural ini, dapat meninggalkan kenangan dan tanda bahawanya kami pernah hadir dan berkhidmat di SK Tok Mat Salleh.

REFLEKSI : 1) Kekuatan Projek / Aktiviti

Sepanjang proses menjalankan projek mural ini, kami mendapati semua hal berjalan dengan lancar mengikut masa dan perancangan yang telah ditetapkan.. Namun, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kami dapat juga menyiapkan projek ini pada masa yang telah ditetapkan.

Kelancaran projek ini adalah berasaskan kerjasama kumpulan yang terjalin antara guru-guru pelatih dari opsyen Pendidikan Seni Visual dan Matematik. Walaupun berlainan opsyen,namun masing-masing dapat memberikan komitmen yang sangat baik dan menyeluruh bagi menyelesaikan projek mural ini. Agihan tugas yang telah dibahagikan sama rata antara satu sama lain memudahkan dan melicinkan lagi kerja-kerja membuat mural tersebut.

Seterusnya, berdasarkan projek mural yang telah dijalankan secara berkumpulan ini, kami masing-masing telah memperoleh pengalaman baru dalam membuat mural ini. Memandangkan guru pelatih opsyen Pendidikan Seni Visual mempunyai lebih pengetahuan berkenaan dengan mural dan kesenian berbanding guru pelatih Matematik, mereka telah memberikan tunjuk ajar dan melakukan perkongsian idea. Pengetahuan dan berkongsian idea yang diperoleh merupakan ilmu pengetahuan yang berguna untuk digunakan pada masa hadapan.

Selain itu, kami bertuah kerana berada dalam organisasi sekolah yang sangat harmoni. Kami telah menerima peruntukan daripada pihak sekolah dan dapat membeli semua kelengkapan yang diperlukan untuk projek mural ini. Hal ini telah menjadikan perjalanan projek mural kami pada bahagian permulaan berjalan dengan lancar.

2) Kelemahan Projek / Aktiviti

Sepanjang pelaksanaan projek mural ini, terdapat sedikit masalah yang telah dihadapi oleh guru-guru pelatih. Antara masalah tersebut adalah dari segi kualiti warna pelaka yang telah dibeli. Semasa guru pelatih menjalankan proses mewarna dalam projekmural ini, didapati warna pelaka adalah dalam keadaan cair. Hal ini memberikan kesulitan kepada kami dalam proses mewarna. Sapuan warna ke atas dinding perlu dilakukan secara beberapa lapisan. Setiap lapisan warna harus kering terlebih dahulu sebelum membuat sapuan warna pada lapisan yang seterusnya. Masalah ini sedikit sebanyak telah menjejaskan perancangan masa kami.

Pada masa yang sama, cuaca yang tidak menentu seperti hujan turut memberikan kesan kepada mural kami. Hari hujan menyebabkan mural lambat kering dan tempias daripada air hujan juga menjejaskan warna pada dinding. Walau bagaimanapun, kami bersyukur kerana keadaan yang sedemikian tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : mengenalpasti kekuatan dan kelemahan projek mural yang dijalankan. Beberapa cadangan penambahbaikan yang dapat saya usulkan.

Salah satu daripada cadangan penambahbaikan tersebut adalah guru pelatih perlu membuat kajian awal mengenai jenis-jenis pelaka yang terdapat di pasaran

dan warna pelaka yang bersesuaian untuk digunakan. Guru pelatih juga perlu bertanya pada orang yang lebih pakar untuk mengetahui warna pelaka yang sesuai dan mempunyai kualiti yang baik.

Seterusnya, cadangan penambahbaikan lain yang boleh digunakan sewaktu hari hujan ialah dengan menyediakan papan penghadang ataupun kain penghadang bagi menghalang tempiasan air hujan terkena pada dinding mural. Walaupun masalah tersebut tidak dapat diatasi secara keseluruhan, namun sedikit sebanyak dapat mengurangkan tempiasan air hujan daripada terkena pada dinding.

KESIMPULAN : Kesimpulannya, pelaksanaan projek ini berakhir dengan jayanya. Kami telah dapat menambah ilmu pengetahuan baru dan pengalaman baru yang tidak ternilai harganya semasa menjalankan projek mural ini. Ilmu pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ini dapat kami gunakan pada masa hadapan setelah berkhidmat menjadi guru sebenar nanti. Setinggi-tinggi ucapan terima diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung semasa menjalankan projek mural ini.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

___________________ (Noor Halimah Binti Che Long) Setiausaha Projek, Guru Praktikum Program Internship, Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh.

___________________ (Pn. Zakiroh Bt. Abdul Halim) Mentor Program Internship, Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh

Dokumentasi Sepanjang Hari Sukan

Semasa proses menjalankan projek mural

Hasil akhir mural yang telah siap.

Anda mungkin juga menyukai