Anda di halaman 1dari 2

Kepentingan Pengangkutan Awam Isi : 1) Memudahkan urusan seharian 2) Dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas 3) Mengurangkan pencemaran 4) Mewujudkan

peluang pekerjaan 5) Membantu menjanakan pendapatan negara

Pengangkutan awam merupakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Sebagai contoh bas, kereta api, teksi, dan kapal terbang. Kemudahan itu disediakan di kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Kemudahan tersebut boleh digunakan oleh semua orang. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan awam untuk menuju ke sesuatu tempat. Terdapat banyak kepentingan pengangkutan awam. Pengangkutan awam penting bagi memudahkan urusan seharian masyarakat. Muridmurid menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke sekolah. Orang ramai pula menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke pasar. Pengangkutan awam juga digunakan untuk pergi ke tempat kerja. Orang ramai menggunakan pengangkutan awam kerana tambangnya murah. Selain itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Keadaan ini berlaku terutamanya di kawasan bandar. Hal ini adalah kerana orang ramai kurang menggunakan kenderaan persendirian. Kesannya, jumlah kenderaan yang ada di jalan raya akan berkurangan. Hal ini juga dapat menjimatkan masa untuk menuju ke sesuatu tempat. Oleh itu, kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Di samping itu, pengangkutan awam dapat mengurangkan masalah pencemaran udara. Hal ini adalah kerana asap kenderaan kurang dilepaskan ke udara. Udara yang tercemar dapat menjejaskan kesihatan.Di dalam asap yang tercemar itu terdapat berbagaibagai jenis gas beracun. Kesihatan yang terjejas akan menganggu aktiviti harian seseorang. Oleh itu, pencemaran udara boleh dikurangkan melalui penggunaan pengangkutan awam. Seterusnya, pengangkutan awam dapat mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini adalah kerana pemandu diperlukan bagi mengendalikan kenderaan awam tersebut. Contohnya seperti pemandu bas. Begitu juga dengan kereta api yang memberikan peluang pekerjaan di setesen-setesen kereta api yang ada. Peluang pekerjaan ini mengurangkankan kadar pengangguran. Oleh itu, orang ramai boleh mencari sumber pendapatan. Pengangkutan awam juga dapat menjanakan pendapatan negara. Hal ini kerana pengangkutan awam juga turut digunakan oleh pelancong. Kos hidup masyarakat boleh ditingkatkan. Hal ini demikian kerana perbelanjaan untuk petrol telah dikurangkan. Kadar pengangguran juga boleh dikurangkan. Pendapatan negara boleh dijanakan melalui pengangkutan awam.

Kesimpulannya, terdapat berbagai-bagai kepentingan pengangkutan awam. Oleh itu, semua pihak hendaklah memanfaatkan penggunaan pengangkutan awam yang disediakan dengan sebaik mungkin. Semoga dengan cara yang demikian kehidupan kita akan menjadi lebih sejahtera.