Anda di halaman 1dari 1

TARIKH : 02 APRIL 2013 HARI : SELASA Pada hari kedua saya berpraktikum, saya telah mendapat jadual waktu

di mana saya peroleh jadual tersebut pada waktu balik. Oleh itu saya tidak dapat mengajar pada hari ini memandangkan kelas yang sepatutnya saya ajar adalah masa keempat dan kelima iaitu sebelum rehat. Saya juga telah berjumpa dengan guru pembimbing saya iaitu Puan Syuhana binti Ismail. Setelah berkolaborasi, Puan Syuhana menetapkan supaya saya mengambil alih kelas 4 Cemerlang dan 5 Dedikasi. Puan Syuhana atau lebih mesra disapa kak ana banyak memberikan tip-tips dan kata-kata semangat sebelum memulakan pengajaran. Saya mendapat masa mengajar sebanyak 8 waktu. Selain itu, saya juga turut menyediakan bahan bagi folder praktikum saya Saya dan rakan praktikum sering ke pejabat untuk meminta maklumat berkaitan dengan sekolah seperti peraturan sekolah, carta organisasi dan takwim

persekolahan. Di samping itu, saya turut mengambil peluang untuk menyiapkan buku rekod pengajaran harian. `

Anda mungkin juga menyukai