Anda di halaman 1dari 1

Kepentingan Sains dalam Kehidupan Harian Sains adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi dan

juga bagaimana alam semulajadi ini memberi kesan kepada kita dan persekitaran. Informasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik. Melalui pengetahuan saintifik ini banyak pengetahuan serta penemuan baru diperolehi.

Aplikasi kepada pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi. Manusia menggunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. Dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi inipelbagai ciptaan telah diperkenalkan untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja manusia, di samping memberikan hasil yang lebih bermutu. Ini telah memberi banyak manafaat kepada manusia terutamanya dalam bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan. Dalam bidang ini sains membantu manusia melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih mudah dan cepat. Banyak masa dapat dijimatkan dan masa ini boleh digunakan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya. Contohnya ; periuk memasak nasi elektrik, cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu para ibu semasa memasak.

Sains telah menjadikan pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih selesa. Kapal terbang dapat membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan. Selain daripada itu ruang dan tempat duduknya pula direka untuk keselesaan penumpangnya.

Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru untuk membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah, cepat dan selesa. Manafaat yang diperolehi oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan baru dicipta/diperolehi.