Anda di halaman 1dari 2

5.

0 Penutup

Sebagai rumusan, isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh Cici adalah disebabkan faktor dalaman iaitu nilai kendiri yang rendah. Cici merupakan pelajar yang bermasalah bukan disebabkan faktor perkembangan atau pertumbuhan fizikal mahupun latar belakang keluarga yang miskin. Secara holistiknya, sesi bimbingan dan kaunseling melalui teknik seni lukisan dan teknik bercerita sedikit sebanyak telah membantu Cici untuk memupuk sikap keyakinan dalam diri. Walaupun tidak mencapai tahap yang tinggi, namun dengan adanya terapi ini, kami dapat melihat perkembangan yang positif melalui hasil lukisan dan temu bual bersama-sama Cici. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memerihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. Melalui sesi bimbingan dan kaunseling, kami cuba untuk mendekati dan memahami Cici dengan lebih mendalam. Setelah menjalani sesi bimbingan dan kaunseling terhadap Cici, kami mulai sedar punca masalah yang dihadapinya. Hubungan sosial antara rakan sekelas merupakan salah satu hubungan yang amat penting semasa berada di sekolah. Disebabkan Cici mempunyai masalah hubungan social dengan rakan sekelasnya, kami hanya mampu untuk menasihatinya dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.

Walaupun tidak dapat memberikan sebarang penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya, namun kami yakin bahawa setelah Cici menjalani beberapa sesi terapi bersama kami, perubahan yang besar yang kami dapat lihat adalah apabila Cici sudah mula tersenyum dan sudah pandai untuk menjawab soalan dengan lebih ramah lagi. Tanda-tanda ini merupakan perubahan positif yang berlaku dalam diri Cici. Setelah menjalani tugasan ini kami memahami akan kepentingan Bimbingan dan Kaunseling perlu diwujudkan. Tambahan pula, tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling, maka guru biasa juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling bagi menghindari masalahmasalah dalam sistem persekolahan. Hal ini kerana guru biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku murid-murid mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling ini dapat memupuk kebolehan menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu kliennya menguasai pelbagai kemahiran asas untuk adaptasi dan penyesuaian diri serta dapat menggunakan potensi dan pelbagai sumber yang sedia ada untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai