Anda di halaman 1dari 2

MOHD REDZUAN BIN CHE ROSS

LAPORAN BINA INSAN GURU KE-5

901005-08-6017

Pada Bina Insan Guru kali ini kami telah melawat ke Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) pada di Kuala Lumpur. Pada kali ini kami seramai 20 orang pelajar bersama 2 orang pensyarah tutor telah bersetuju untuk menjalan program BIG di Bahagian Teknolgi Pendidikan sebagai lokasi utama dan di samping itu kami juga melawat KLCC. Pada awalnya kami telah bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim pada waktu malam selapas solat isyak. Pejalanan kami bergerak terus ke Kuala Lumpur dan selamat sampai pada waktu subuh. Selepas solat subuh di perhentian lebuhraya kami bersiap dan bertolak ke BTP. Syukur kedatangan kami ke sana disambut dengan baik oleh pegawai BTP. Kami sempat mengambil gambar bersama-sama sebelum diperlawa ke bilik mesyuarat BTP. Kami telah diberikan taklimat yang berinformatif tentang perjalanan BTP dalam memajukan pendidikan negara. Lawatan kami di sana di akhiri dengan melawat setiap bahagian di dalam komplek Bahagian Teknologi Pendidikan. Keadaan pada setiap bahagian amatlah memberansangkan dan hebat di mana kemajuan teknologi dan kesungguhan pegawaipegawai BTP dapat dilihat dengan mata kami sendiri. Kejayaan BTP dalam meneraju teknologi pendidikan negara dapat dilihat melalui kepakaran pegawai-pegawai yang bertugas di sini. Mereka telah memberikan keterangan tentang fungsi-fungsi setiap bahagian BTP dengan jelas dan terang. Program BIG kami telah diteruskan dengan melawat Bangunan Berkembar Kuala Lumpur. Walaupun kedatangan di sini sudah beberapa kali namun pada kali ini kami berpeluang memasuki Bangunan Berkembar Kuala Lumpur di bahagian Skybridge. Pengalaman ini amatlah seronok sekali kerana pertama kali melihat suasana kota raya Kuala Lumpur dari atas Bangunan Berkembar Kuala Lumpur.

MOHD REDZUAN BIN CHE ROSS

901005-08-6017

Program BIG yang telah dijalankan amat berguna untuk kami sebagai guru pelatih dalam memahami tentang perkembangan teknologi pendididkan negara. Program di Pusat Bahagian Teknologi Pendidikan di Kuala Lumpur memberikan banyak input yang telah kami dapati tentang organisasi BTP. Selain itu kami juga telah dipersembahkan hasil kerja BTP sebagai contoh penggunaan EDU WEB TV iaitu suatu laman web BTP yang terkenal sebagai peneraju pendidikan laman sesawang di negara ini. Program ini membantu kami mengenali cara kerja professional dalam kalangan pegawai-pegawai BTP yang cemerlang meneraju organisasi di sini. Telah saya dapati dalam program ini terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan di mana dalam protokol IPG kami sepatutnya bertolak pada waktu siang namun kami telah bertolak pada waktu malam. Di samping itu, dari segi penginapan kami telah tidur di dalam bas iaitu sepenjang perjalanan. Dalam perancangan program ini kami telah gagal mendapatkan tempat penginapan seterusnya memilih waktu malam untuk memulai perjalanan. Namun kami telah membuat yang terbaik dalam menjalankan Program BIG kali ini. Dalam mencapai pelaksanaan program ini sebenarnya kami sanggup berkorban dalam bertolak pada waktu malam dan rela tidur dalam bas. Ini adalah kerana sebagai guru kami harus bersedia menerima apa-apa perubahan dalam atur cara program bagi memastikan matlamat yang ingin dikecapi terlaksana.

Anda mungkin juga menyukai