Anda di halaman 1dari 2

SUBAHSINI A/P BHASKARAN 830608-04-5358

Refleksi Perkhemahan Pada 17.05.2013 hingga 19.05.2013 kami Pelajar PPG dari unit Bahasa Melayu telah menganjurkan satu perkhemahan di SK Alor gajah 1. Program Ini merupakan satu program yang memberi banyak pengalaman, input dan pengajaran kepada saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mendapat peluang untuk mengikuti perkhemahan ini dan pada masa yang rasa bersyukur kerana berjaya menjalani perkhemahan ini tanpa sebarang halangan dan rintangan.Saya berharap apa yang saya pelajari dalam perkhemahan ini akan sentiasa berada dalam ingatan saya dan dapat saya manfaatkanya pada masa akan datang Secara keseluruhannya, program ini telah banyak mendidik saya untuk berfikiran positif, berani menghadapi cabaran, tidak mudah menyerah kalah dan sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan. Sepanjang menjalani aktiviti di kem ini,saya berpeluang untuk menilai diri saya sendiri dan sentiasa berusaha untukmengatasi segala kelemahan diri agar dapat memberi persaingan yang sihat kepadarakanrakan saya yang lain di samping menjadi seorang pendidik yang berkualiti.Di sebalik semua aktiviti yang telah dijalankan, saya berasa beberapa penambahbaikan dapat dijalankan untuk program perkhemahan yang akan datang. Kekuatan program ini dapat dilihat pada faktor pengalaman sedia ada kami dalam merancang sesebuah program. Ramai diantara ahli kelas kami yang sudah mempunyai pengalaman dalam mengendalikan program-program seumpama ini sebelum ini, jadi kebanyakan tugas menjadi mudah. Sebagai contoh, banyak urusan-urusan diplomasi, surat menyurat dan proses mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran dapat dipercepatkan kerana kami telah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menyempurnakan tugas tersebut. Kekuatan program ini yang seterusnya dapat dilihat daripada tempat program ini diadakan. Ini kerana sikap peserta ( guru-guru SK Alor gajah 1 ) yang peramah dan sentiasa bersemangat dalam melakukan aktiviti-aktiviti bersama kami sepanjang program ini berlangsung. Selain itu, mereka juga banyak memberikan kerjasama dan sokongan yang penuh dalam seiap aktiviti. Kami telah membahagikan murid murid kepada lima kumpulan mengikut pasukan beruniform masing - masing.

SUBAHSINI A/P BHASKARAN 830608-04-5358


. Seronok rasanya dapat mempraktikkan ilmu ikatan dan simpulan di sana.Disana saya belajar tentang erti semangat berpasukan. Jika kami tidak bekerjasama tidak mungkin kami dapat menjayakan semua program di sana.Saya telah diberikan tugas sebagai hakim dalam pertandingan Ikhtiar hidup.Saya telah menjalankan tugas dengan adil dan amanah sekali.Selain itu , saya juga menjalankan tugas sebagai AJK kebersihan.Sepanjang aktiviti dijalankan saya menasihati murid supaya menjaga kebersihan . Pada malam terakhir aktiviti kami diteruskan lagi dengan aktiviti malam kebudayaan.Malam kebudayaan ini boleh dianggap sebagai acara kemuncak bagi Perkhemahan unit beruniform ini.Terdapat pelbagai persembahan yang disembahkan oleh murid murid .Pada hari ketiga selepas bersarapan kami bersama-sama bergotong royong membersihkan tapak perkhemahan kami.Selepas majlis penutup kami pun bersurai. Kesimpulannya, hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang dilalui sepanjang tempoh dua hari ini kita perlu mempunyai perancangan yang rapi bermula dari peringkat penubuhan jawatankuasa sehinggalah kepada mesyuarat postmortem supaya program yang dilaksanakan berjaya dan mampu menarik perhatian. jadikan pengalaman orang lain dan pengalaman lampau sebagai panduan dalam membuat pertimbangan bijak untuk menghadapi masalah yang mendatang.

Anda mungkin juga menyukai