Anda di halaman 1dari 2

Lengkapkan surat kiriman tidak rasmi dengan format dan kata kerja yang sesuai.

Pada cuti sekolah yang lalu, kamu bersama keluarga telah pergi bercuti ke suatu tempat yang menarik.

Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman kamu sewaktu bercuti.

…………………………….
…………………………….
…………………………….
…………………………….

…………………………….

Menemui sahabatku Salmah yang kini berada di Kuantan, Pahang.

Apa khabar saudari di sana ? Saya doakan semoga saudari sentiasa bergembira disamping keluarga
tercinta.

Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini semata-mata ingin menceritakan pengalaman saya ketika cuti
persekolahan pada minggu lepas. Sebenarnya saya dan keluarga telah pulang ke kampung nenek yang terletak
di Parit Buntar, Perak.

Kami sekeluarga bertolak pada pagi hari Ahad, 4 Jun 2009. Kami semua bertolak dengan ……………
………… kereta baru ayah. Perjalanan kami ke sana mengambil masa lebih kurang lima jam. Akhirnya kami
selamat tiba di hadapan rumah nenek pada jam 6.00 petang.

Pada hari pertama di rumah nenek, saya diminta menyiapkan diri pada awal pagi untuk ke dusun
nenek yang terletak di belakang rumah. Tiba di sana, hatiku sungguh gembira kerana dusun nenek di penuhi
dengan pokok-pokok buahan yang sedang masak. Aku tidak sabar lagi dan terus ………………………… ke
arah pokok rambutan dan …………….buah rambutan yang masak ranum.

Saudariku,
Pada malam Khamis, aku bersama keluargaku telah pergi ke pasar malam. Suasana di pasar malam itu
sangat riuh rendah dan berbagai gelagat pengunjung dapat dilihat. Aku ……………… ayam goreng dan ibuku
membeli makanan untuk dibawa pulang ke rumah nenek.

Pada hari Sabtu, datuk telah membawa aku dan ayah ke sebatang sungai yang terletak di dusun nenek.
Tujuan aku ke sana untuk ……………………. ikan yang terdapat di sungai itu. Sebelum ini aku pernah
mendapat ikan haruan hampir sekilogram beratnya. Perasaanku sungguh gembira dan seronok. Pada pukul
11.00 pagi kami pulang ke rumah.

Pada keesokan harinya, kami sekeluarga akan bertolak pulang semula ke bandar untuk menyambung
semula sesi persekolahanku. Aku sangat gembira semasa berada di rumah nenek dan datuk walaupun
perasaanku sedih.

Sekian coretan saya. Saya berharap saudari gembira menatapinya. Terima kasih.

Sahabatmu,

…………………….