Anda di halaman 1dari 8

Kursus Azan - Nota Ceramah Bahagian Pertama

Masjid dalam Islam

Masjid berasal dari perkataan Arab iaitu “Sajada” bermaksud sujud. Jadi masjid itu ialah
tempat orang menunaikan sembahyang kepada Allah s.w.t.

Aktiviti dan penggunaan masjid tidak terbatas kepada ibadah sembahyang shaja.

Di zaman Rasulullah s.a.w., masjid adalah tempat belajar, menuntut ilmu, menyelesaikan
masalah umat Islam dan tempat mengeluarkan arahan dan peraturan dalam urusan
pentadbiran.

Masjid adalah lambang keagungan Islam, lambang perpaduan dan persaudaraan.

Dari masjid juga terpancar sinar bimbingan dan hidayah Allah s.w.t

Tugas Bilal

Melakukan azan dan iqamah setiap masuk waktu Salat

Menjadi imam ketika ketiadaan Imam

Mengawasi kebersihan dan kesempurnaan peralatan masjid

Mengandalikan kursus pengajian fardhu `ain dan mengajar Muqaddam untuk


kanak-kanak dan seumpamanya.

Menjadi Amil pungutan zakat fitrah dalam qariah

Melaksanakan tugas pengurusan jenazah serta yang berkenaan dengannya

Lain lain tugas yang diarahkan

Mengetuai kumpulan selawat, marhaban dan berzanji

Fiqh Azan dan Iqamah

Pengertian

Azan dari segi bahasa ialah ” memberitahu”. Dari segi Syarak ialah ” Satu gabungan
perkataan tertentu untuk mengetahui masuk waktu sembahyang.” Juga boleh diertikan
sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.
Pensyariatan

Dalil al-Quran yang bermaksud; ” Jika kamu dipanggil (diseru) untuk sembahyang....”
( Surah al-Maidah :58)

Dalil Hadis yan bermaksud;”Apabila tiba waktu sembahyang hendaklah salah seorang
dari kamu melakukan azan dan yang lebih tua dari kamu hendaklah menjadi Imam.
” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; ” Jika kamu berada bersama-sama dengan
kambing kamu atau di kebun kamu dan engkau berazan untuk sembahyang, hendaklah
engkau angkatkan suara menyuruh orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan
tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya
pada hari akhirat.”

Hukum Azan

Azan dan Iqamah menurut jumhur selain Mazhab Hambali ialah sunat muakkad bagi
lelaki yang sembahyang di masjid, semua sembahyang lima waktu dan sembahyang
Jumaat.

Tidak sunat untuk sembahyang yang lain seperti sembahyang hari raya , gerhana
matahari, terawih dan sembahyang jenazah.

Ulama Syafie dan Maliki menambah bahawa orang perempuan hanya disunatkan iqamah
dan tidak perlu azan.

Azan bagi sembahyang yang luput dan sembahyang bersendirian

Mengikut pendapat yang muktamad daripada mazhab Syafie adalah sunat azan dan
iqamah bagi orang yang bersembahyang bersendirian samada sembahyang tunai atau
qadha, walaupun mendengar azan.

Jika hendak melakukan sembahyang Jamak hendaklah diazan untuk sembahyang yang
pertama

Makruh meninggalkan azan dan iqamah bagi sembahyang lima waktu , tetapi jika telah
melakukan sembahyang tanpa kedua-duanya maka tidak perlu diulang semula

Syarat-syarat Azan

Masuk waktu

Hendaklah dengan bahasa Arab


Azan dan Iqamah mesti didengar.

Tertib dan Muwalat diantara lafaz azan dan iqamah, tidak sah azan tanpa tertib
dan muwalat dan hendaklah diulang semula

Azan mestikah dilakukan seorang sahaja. Jika dilakukan secara berkumpulan dan
serentak hukumnya sah.

Orang yang melakukan azan hendaklah seorang Musliam lelaki yang berakal.
Termasuk bertaqwa, mengetahui sunnah Rasul, mengetahui waktu-waktu
sembahyang , adil dan amanah.

Cara dan sifat Azan

Ahli ahli fekah sependapat lafaz-lafaz azan diriwayatkan secara mutawatir dan
tidak ditambah dan tidak dikurangi. Caranya disebut dua kali, dua kali.

Mereka sependapat mengatakan bahawa azan Subuh ada tambahan


”ASHSHALAATU KHAIRUM MINAN NAUUM” sebanyak dua kali.

Golongan Syafie menerima ”Tajri” iaitu melafazkan dua kalimah syahadah


dengan perlahan kemudian melafazkan semula keduanya dengan nyaring.

Pendapat ulamak Syafie, kalimah –kalimah azan yang masyhur bilangannya


termasuk ’tarji’ adalah 19 kalimah iaitu.
‫اَﷲُ َاكْ َبرُ‪ ,‬اَﷲُ اَكْ َبرُ‬
‫شهَدُ اَن لّ اِلٰهَ اِلّ‬
‫اَ ْ‬
‫اﷲُ‬
‫ش َهدُ اَنّ مُحَ ّمدًا رّسُولُ‬
‫اَ ْ‬
‫اﷲِ‬
‫حيّ عَلَى الصّلَوه‬
‫َ‬
‫حيّ عَلَى الْفَلَحْ‬
‫َ‬

‫لَ اِلٰهَ ِالّ اﷲ‬

‫اَﷲُ َاكْ َبرُ‪ ,‬اَﷲُ اَكْ َبرُ‬


‫شهَدُ اَن لّ اِلٰهَ اِلّ‬
‫اَ ْ‬
‫اﷲُ‬
‫ح ّمدًا رّسُولُ‬
‫اَشْ َهدُ َانّ مُ َ‬
‫اﷲِ‬
‫حيّ عَلَى الصّلَوه‬
‫َ‬
‫حيّ عَلَى الْفَلَحْ‬
‫َ‬
‫اَﷲُ َاكْ َبرُ‪ ,‬اَﷲُ اَكْ َبرُ‬

‫اَﷲُ َاكْ َبرُ‪ ,‬اَﷲُ اَكْ َبرُ‬ ‫اَﷲُ َاكْ َبرُ‪ ,‬اَﷲُ اَكْ َبرُ‬
‫شهَدُ اَن لّ اِلٰهَ اِلّ‬
‫اَ ْ‬ ‫شهَدُ اَن لّ اِلٰهَ اِلّ اﷲُ‬
‫اَ ْ‬
‫اﷲُ‬
‫ح ّمدًا رّسُولُ‬
‫اَشْ َهدُ َانّ مُ َ‬
‫ح ّمدًا رّسُولُ‬
‫اَشْ َهدُ َانّ مُ َ‬ ‫اﷲِ‬
‫اﷲِ‬
‫حيّ عَلَى الصّلَوه‬ ‫َ‬
‫حيّ عَلَى الصّلَوه‬ ‫َ‬
‫حيّ عَلَى الْفَلَحْ‬ ‫َ‬
‫حيّ عَلَى الْفَلَحْ‬ ‫َ‬

‫اَﷲُ َاكْ َبرُ‪ ,‬اَﷲُ اَكْ َبرُ‬


‫لَ اِلٰهَ ِالّ اﷲ‬
Perkara –perkara sunat yang dilakukan ketika azan.

Orang yang berazan hendaklah orang yang lantang dan elok suaranya.

Azan hendaklah secara berdiri

Orang yang berazan hendaklah orang yang merdeka ,baligh , adil, amanah, orang
yang soleh dan mengetahui waktu sembahyang

Orang yang berazan hendaklah dalam keadaan suci daripada hadas

Orang yang berazan hendaklah boleh melihat kerana orang buta tidak mengetahui
waktu dan kemungkinan dia tersalah.

Hendaklah dia meletakkan jari-jari tanganya dikedua-dua telinganya

Handaklah dia menyebut dengan cara berhenti diantara dua kalimah

Hnedaklah menghadap kiblat. Disunat memusingkan kepala ke kanan ketika


menyebut ”HAYYA `ALAS SHOLAH” dan kekiri ketika menyebut”HAYYA
`ALAL FALAH” . Disunatkan jarak masa antara azan dan iqamah

Hendaklah azan dengan ikhlas.

Tukang azan seeloknya terdiri dari dua orang

Sunat azan awal waktu

Boleh menjemput pemimpin untuk sembahyang.

Sunat tidak berdiri sebelum azan selesai kerana berlakunya pergerakan ketika
azan mnyerupai Syaitan.

Makruh ketika Azan

Makruh azan tersebut tanpa melakukan perkara –perkra sunat yang lepas

Makruh dilagukan dan dipanjangkan azan sehingga mengubah kalimah- kalimah


azan atau menambah dan mengurangkannya.

Makruh berjalan

Makruh dilakukan tathwib meliankan waktu subuh


Haram keluar masjid selepas azan

Makruh Azan sebelum fajar dalam bulan Ramadhan kalau ditakuti mengganggu
orang yang sedang sahur

Menjawab seruan azan dan iqamah

Jumhur ulama termasuk Syafie berpendapat sunat menjawab bagi orang yang
mendengar azan dan iqamah.

Caranya dengan mengucapkan seperti oranag yang mengucapkan azan dan


iqamah itu , kecuali pada kalimah ”HAYYA `ALAS SHOLAH” dan ”HAYYA
`ALAL FALAH” hendaklah dijawab ” LAA HAULA WA LA QUWWATA ILLA
BILLAAH”. Dalam taswib hendaklah dijawab ”SODAQTA WA BARARTA”.

Menurut jumhur ulama, mesti menjawab walaupun dalam keadaan berjunub, haid,
nifas atau sedang tawaf fardhu atau sunat.

Menurut ulama Hanafi , orang yang sedang haid, nifas, mendengar khutbah
bersetubuh, dalm bilik air, makan, mengajar ilmu dan belajar tidak perlu
menjawab azan. Tetapi orang yang baca al-Quran hendaklah menjawab.

Menurut ulama Syafie, apabila seseorang masuk masjid, hendaklah dia menjawab
sambil berdiri dan tidak boleh melakukan solat tahiyyatul masjid. Ini bertujuan
untuk menghimpunkan antara pahala menjawab dan pahala tahiyyatul masjid.

Sunat yang perlu dilakukan selepas azan

Selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w.

Berdoa dengan doa yang Ma`thur iaitu doa selepas azan

Berdoa selepas azan subuh iaitu memohon kesejahteraan dari Allah bagi
kehidupan di dunia dan akhirat.

Tukang azan sunat duduk menunggu jemaah antara azan dan iqamah.

Iqamah

Sifat atau cara iqamah

Menurut jumhur selain ulama` Hambali, iqamat adalah sunat muakkat bagi solat
fardhu. Ulama berbeza pendapat tentang iqamah.
Menurut ulama Syafie, lafaz iqamah tidak berulang iaitu 11 kalimah kecuali lafaz
”QAD QAAMATIS SYOLAH” ia diulang sebanyak dua kali (Lihat muka
sebelah)

Hukum Iqamah

Hukum Iqamah adalah sama dengan hukum azan , bezanya;

Sunat dipercepatkan iqamah

Menurut mazhab yang empat, afdhal orang yang azan, dialah sendiri yang
iqamah.

Pendapat ulama Syafie, sunat dilakukan iqamah di tempat yang lain dari tempat
azan dan suara yang lebih rendah dari suara azan. Iqamah tidah boleh dibuat
sehingga imam memberi keizinan.

Jemaah tidak boleh bangun ketika iqamah sehingga imam bangun atau datang.
Menurut Imam Syafie, sunat bangun setelah tamat Iqamah.

Di sunatkan iqamah dalam keadaan berdiri, suci , mengadap kiblat, tidak berjalan
dan bercakap.

Diisyaratkan tidak ada jarak panjang antara iqamah dan solat. Jika berlaku ,
hendaklah diulang semula. Ia tidak boleh dipisahkan kecuali dengan satu perkara
sunat seperti imam menyuruh membetulkan saf.

Apabila tukang azan melakukan azan dan iqamah , orang lain tidak digalakkan
berazan dan beriqamah

Sunat bagi imam menyamakan saf sembahyang makmum dengan memalingkan


ke kanan dan ke kiri lalu mengatakan:

Azan untuk maksud selain sembahyang

Azan di telinga kanak-kanak yang baru lahir, sunat diiqamahkan pada telinga kiri

Azan di waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang musafir

Azan pada telinga orang yang berduka cita , orang yang jatuh , marah dan juga
yang dirasuk jin atau syaitan