Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN KALAM JAMAIE 2013

A. PENGENALAN Kalam Jamaie adalah satu persembahan bicara berirama secara berkumpulan seperti persembahan choral speaking. Kalam jamaie dituturkan di dalam bahasa Arab dan menitikberatkan aspek sebutan dan bahasa arab yang tepat, jelas dan fasih. Selain itu ia juga melihat kepada aspek gaya persembahan dari segi keharmonian dan gaya dari peserta. Kalam Jamaie dilihat sebagai salah satu alternatif dalam pembelajaran bahasa arab yang tidak hanya bertumpu kepada di dalam kelas sahaja. B. OBJEKTIF a. mengembangkan potensi murid di dalam bahasa arab. b. memartabatkan bahasa arab dan kesenian Islam. c. memupuk minat pelajar di dalam bahasa arab. C. TARIKH DAN TEMPAT TARIKH (cadangan) : 2 September 2013. TEMPAT : Dewan Ibnu Sina SK Agama.

D. PERATURAN KALAM JAMAIE 1. PENYERTAAN 1.1 Penyertaan terbuka kepada lelaki dan perempuan dalam satu kumpulan.
1.2 Tidak kurang daripada 15 orang bagi setiap satu kumpulan. 1.3 Peserta terdiri daripada pelajar Tahun 4 dan Tahun 5. 2. PAKAIAN 2.1 Pakaian sopan dan menutup aurat. 2.2 Hiasan tidak melampau. 3. MASA 3.1 Masa : 8 minit setiap persembahan. (dikira sebaik sahaja kalam bermula) 4. PERSEMBAHAN 1.1 Tidak menggunakan bahan sokongan semasa persembahan. 1.2 Tidak dibenarkan melihat teks semasa membuat persembahan.

1.3 Pergerakan sopan dari paras pinggang keatas. Pergerakan dari kiri kekanan. 1.4 Kaki tidak boleh diangkat atau dihentak. 1.5 Lutut tidak boleh dibengkokkan. 16. Pergerakan tangan tidak melebihi kepala. 1.7 Mementingkan aspek pertuturan dan percakapan, bukan lakonan atau nasyid. 5. UNDIAN GILIRAN 5.1 Giliran akan ditentukan semasa hari pertandingan. Wakil dari setiap kelas akan mencabut undian dari Jawatankuasa Pertandingan. 6. PEMBAHAGIAN MARKAH 6.1 PERSEMBAHAN - Susun atur / disiplin peserta - persembahan yang meyakinkan - isyarat atau pergerakan yang sesuai tanpa berubah tempat - mimic muka. 6.2 BAHASA DAN SUARA -sebutan yang jelas dan mudah difahami -intonasi dan sebutan arab yang fasih -keharmonian suara 7.2 SENARAI PEMENANG - TAHUN 4 TEMPAT PERTAMA - TEMPAT KEDUA - TEMPAT KETIGA -TAHUN 5 TEMPAT PERTAMA - TEMPAT KEDUA - TEMPAT KETIGA

E. PENUTUP Semoga usaha untuk memartabatkan bahasa arab sebagai bahasa kedua dapat tercapai dan usaha untuk menanam minat terhadap bahasa arab di dalam diri murid- murid akan terlaksana melalui penglibatan mereka di dalam pertandingan kalam jamaie ini.

Anda mungkin juga menyukai