Anda di halaman 1dari 3

Assalamu alaikum w.w.

Salam sejahtera dan selamat petang Yang Berusaha, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Penolongpenolong Kanan, guru-guru kanan dan seterusnya guru SK Bukit Rahman Putra yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, justeru dengan Inayah dan Kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam bilik gerakan SK Bukit Rahman Putra pada petang yang mulia ini Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada petang ini demi kecemerlangan pendidikan dan demi kebaikan sekalian murid dan pelajar kita. Tahniah kepada tuan puan yang sanggup berkorban untuk berada di sekolah pada hari ini dan berjaya menangguhkan segala keinginan yang muncul di dalam minda ketika ini. Bagi pihak majlis, saya mengalu-alukan kedatangan tuan penceramah dan pemudah cara program Ladap guru SK Bukit Rahman Putra buat kesekian kalinya ini. Terima kasih tuan atas kesediaan memenuhi undangan pihak sekolah untuk menjayakan program LADAP ini dan selamat berkenalan. Di hadapan tuan ialah guru pendidikan khas yang sangat penyayang dan berpengalaman luas. Guru-guru SKBRP memang bersikap terbuka dan senantiasa mengalu-alukan pendidikan. Pendek kata, guru-guru di hadapan tuan pada petang ini properubahan belaka, serta mendukung aspirasi Perdana Menteri kita yang memacu kita ke arah Trasnsformasi Negara Tuan Guru Besar, dan guru-guru SKBRP yang dihormati, Sebelum slot Ladap diserahkan kepada penceramah merangkap pemudah cara undangan, izinkan saya menyatakan serba sedikit latar belakang beliau. sebarang idea pembaharuan atau inovasi dalam amalan

Tuan Haji Ismail bin Desa ialah seorang pendidik yang berjaya dan disegani. Beliau memperoleh ijazah asas dari Universiti Sains Malaysia, diploma psikologi kaunseling dari UKM dan seterusnya Sarjana Kaunseling juga dari UKM. Tuan Haji Ismail memiliki pengalaman yang panjang sebagai pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Perak sebelum bersara sebagai pengetua di SMK Raja Chulan, Ipoh. Kecintaan Tuan Haji Ismail dalam bidang pendidikan tidak pernah pudar, justeru sehingga hari ini beliau masih menabur bakti sebagai pegawai kanan di Institut Teknologi Perak. Terima kasih tuan puan. Maka, majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan Tuan Haji Ismail bin Desa untuk mengendalikan sesi Ladap guru-guru SMK St. Michael, Ipoh dengan tema Guru Penyayang. Silakan tuan. ............................................

Teks berakhir ceramah Terima kasih Encik _____________________ Syabas cikgu-cikgu atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang slot Ladap kali ini. Mudah-mudahan tuan puan beroleh manfaat yang melimpah ruah. Sebagai tanda kenangan, saya bagi pihak majlis mempersilakan Encik

____________ pengetua SMK St. Michael, Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Ismail bin Desa...... Terima kasih Puan Loh Wei Seng dan Tuan Haji Ismail Majlis diakhir dengan pantun dua kerat: Guru penyayang guru cemerlang Selesai Ladap mari kita pulang.

Dari Kedah ke pekan sari, Beli suasa di Kota Tinggi; Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sumber : http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2012/06/teks-pengacara-ceramah-persediaan-dan.html