Anda di halaman 1dari 9

Fakulti Sains Sosial Gunaan

ABXM2011 Manusia, Masyarakat dan Budaya

Nama No Kad Pengenalan No. Telefon E-mail

: Nur Azura @ Raihanah bt. Ibrahim : 730322-11-5156 : 017-9358423 : azura_raihanah@oum.edu.my

Pusat Pembelajaran

: Terengganu Learning Centre

Isi Kandungan

Penghargaan


Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya milik Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw, contoh dan ikutan seluruh umat sepanjang zaman. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah swt kerana telah dapat

menyiapkan tugasan ini dengan baik. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat tutor Pn. Hjh. Anisah bt. Harun di atas segala bantuan, nasihat dan tunjuk ajar sehingga siapnya tugasan ini. Ucapan terima kasih juga untuk rakan-rakan yang banyak membantu dari sudut bahan, pendapat dan perbincangan. Tidak lupa ucapan terima kasih yang tidak terhingga ini saya tujukan buat suami dan anak-anak yang memahani sebahagian dari tanggungjawab dan masa kini perlu diberikan untuk pembelajaran. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya perlulah mencari bahan sama ada melalui

internet atau buku-buku, membuat perbincangan bersama tutor serta rakan dan kajian terhadap bahan seterusnya mempersembahkan melalui kerja kursus ini. Semua ini telah memberikan input yang positif terhadap diri saya. Kerja kursus ini memerlukan saya memperuntukan masa yang banyak kerana ia suatu pembelajaran yang baru dalam hidup saya. Dengan mempelajari bidang ini, saya merasakan banyak input baru yang dapat saya perolehi. Apabila diperhatikan apa yang berlaku di sekeliling saya, rupanya ia adalah pelajaran dan pengalaman baru. Secara tidak langsung ia meluaskan pengetahuan dan pengalaman baru dalam hidup saya. Alhamdulillah saya merasa sungguh teruja mengetahui bahawa apa yang berlaku di sekeliling sebenarnya adalah satu dari faktor pembentukan budaya global. Semoga dengan siapnya tugasan ini akan dapat memberikan manfaat yang besar kepada diri sendiri khususnya dan kepada mereka yang lain juga amnya. Wassalam.

Pengenalan

Menurut kamus dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, budaya didefinisikan sebagai Manakala global pula ditakrifkan sebagai universal. Ianya adalah istilah yang mempunyai hubungan dengan peningkatan antarabangsa antara manusia di seluruh dunia melalui perdagangan, perjalanan budaya dan bentuk-bentuk interaksi yang lain. Tunggal pula ditakrifkan sebagai. Oleh yang demikian, budaya global yang tunggal bolehlah difahamkan sebagai Menurut kamus dewan juga, globalisasi membawa maksud fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknnologi maklumat. Manakala cendikiawan barat pula mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh umat manusia. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam kensep dunia tanpa sempadan. Secara zahirnya, globalisasi boleh dikatakan sebagai sejagat. Ini bermakna bahawa segala aspek kehidupan sama ada dari segi budaya, kesenian, ekonomi, sosial dan sebagainya tidak lagi terbatas sempadan antara satu bangsa, negara atau peradaban. Globalisasi juga adalah satu proses meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Proses ini akan menyebabkan dunia tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang langit terbuka luas untuk dimasuki dengan pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Globalisai juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada satu daerah dunia yang lain. Hakikatnya globalisasi itu sudah lama wujud. Keadaan ini bolehlah dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia. Globalisasi dilihat sebagai suatu himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai aktiviti manusia Ianya berbentuk fizikal atau bukan

fizikal, berbentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat kian kait-mengait, saling bergantung dan kompleks sifatnya. Demikian menurut Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar. Budaya global muncul rentetan dari proses globalisasi. Ianya adalah satu impak secara keseluruhan yang berlaku diseluruh dunia dari aspek sosioekonomi, politik dan budaya akibat dari proses industrialisasi. Ledakan informasi mewujudkan perkampungan global dimana manusia diseluruh dunia berkomunikasi dengan teknologi elektronik seperti telefon, email, facebook, twitter, skype dan lain-lain. Matlamat globalisasi menurut Ahmad Faraj antara lain adalah untuk menjadikan semua aktiviti hidup setiap bangsa di dunia ekonomi, industri, pemikiran, budaya, keilmuan, ciptaan dan penghasilan industri, hak kemanusiaan, alat perhubungan, teknologi maklumat dan sebagainya itu bersifat global dan tidak lagi menjadi cirri kepada mana-mana bangsa atau sejarah mereka, baik yang bersifat agama, keturunan atau budaya.

Faktor-faktor Pembentukan Budaya Global Proses globalisasi telah mula dirasai semenjak berlakunya krisis kewangan sekitar tahun 1997 dan 1998. Krisis ekonomi tersebut merupakan menifestasi daripada perubahan urusan mata wang dan perdagangan kewangan. membantu menjadikan proses ini berkembang pesat. Justeru itu banyak faktor yang telah

Ledakan Teknologi Maklumat atau ICT Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada pembentukan budaya global hari ini. Antaranya adalah ledakan teknologi informasi atau ict. Dalam era globalisasi hari ini, dunia dilihat semakin sempit ruangnya daripada asal. Jika sebelum ini dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari pula dengan sempadan-sempadan, namun sekarang ianya tidak berlaku lagi. Ledakan teknologi yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Penciptaan peralatan yang canggih dan moden telah dapat mempercepatkan masa perhubungan serta mendekatkan jarak dengan menjadikan dunia tanpa sempadan. Antara

alat-alat tersebut adalah telefon mudah alih, rancangan television yang menggunakan satelit dan peralatan komponen-komponen yang canggih seperti komputer. Kecanggihan teknologi menjadikan kehidupan manusia turut berubah. Tanpa sedar atau tidak, ianya telah menyebabkan penularan agenda pengecilan dunia yang berpunca daripada fenomena world at your finger. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan ekoran dari keadaan ini. Antara kebaikan dari keadaan ini adalah membolehkan manusia berinteraksi sesame sendiri menerusi saluran yang tidak mudah dikesan atau dikawal oleh pihak-pihak tertentu. Salah satu alat komunikasi yang semakin mendapat perhatian ialah internet iaitu rangkaian computer antarabangsa. Asasnya internet tidak dimiliki oleh sesiapa dan tidak dikawal oleh mana-mana pusat kawalan. Keseluruhan bahan yang terdapat dalam web itu boleh digunakan sebagai bahan pengetahuan, pendidikan dan juga hiburan. Jumlah pengguna internet ini juga sekarang dianggarkan kira-kira 25 juta orang dan dianggarkan meningkat kira-kira 15% setiap bulan. Penggunaan internet dan komputer multimedia telah mencetuskan perpindahan teknologi daripada era tradisional kepada era digital. Jika dahulu hanya surat menyurat digunakan sebagai satu perhubungan ringkas dalam monopoli perhubungan antarabangsa. Tetapi hari ini telefon era digital mampu melakukan perantauan melepasi sempadan dunia. Kecanggihan dan keupayaan teknologi maklumat telah mewujudkan beberapa kemudahan komunikasi dua hala sesame manusia dan Negara. Teknologi maklumat juga sangat penting dalam menggerakkan Malaysia menongkah wawasan Negara. Pada 1 Ogos 1996, Datuk Seri Dr. Mahathir b. Mohamad perdana menteri ketika itu telah mengumumkan Projek Koridor Multimedia (MSC) dalam persidangan Multimedia Asia. Dengan itu Malaysia telah diktiraf sebagai penggerak inisiatif IT di Rantau Asia juga sebagai perintis paradigm ekonomi digital baru. Dengan terbinanya beberapa rangkaian multimedia seperti itu, rantau Asia mempunyai pelbagai peluang untuk memainkan peranan utama dalam memajukan ekonomi digital seluruh dunia. Selain itu, kebaikan yang diperolehi oleh pihak bank antara lain adalah pelangganpelanggan dapat mengakses akaun mereka di bank melalui internet dan seterusnya melakukan urusan-urusan perbankan seperti menyemak akaun, memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain, sistem perbankan. memohon buku cek, memohon kad kredit dan sebagainya. Ianya menjadikan urusan lebih pantas dan cepat kerana melibatkan kepercayaan pelanggan terhadap

Dalam bidang pendidikan juga banyak kebaikan yang dapat dinikmati. Antara lain ia membolehkan pendidikan jarak jauh dilaksanakan. Dengan sistem ini mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam mahupun luar negara boleh menawarkan pelbagai kursus kepada pelajar dan mereka dapat mengambil mana-mana kursus dimana-mana institusi pengajian. Mereka tidak perlu menghadiri kuliah pengajian tersebut. Cukup dengan adanya sambungan internet pembelajaran boleh diikuti tanpa mengira masa dan tempat. Contoh yang dapat dilihat adalah pembelajaran di Open Universiti Malaysia dan UniTAR. Pendidikan jarak jauh ini sungguh istimewa kerana mempunyai cirri-ciri pendidikan bebas, interaksi atas talian, kelas maya dan belajar secara berkumpulan. Secara tidak langsung perkembangan ini telah melahirkan masyarakat madani yang mahir dalam teknologi maklumat. Kesimpulannya, kita seharusnya meletakkan diri kita dalam suasana hari ini yang celik teknologi maklumat. Masyarakat yang buta teknologi maklumat akan terpingga-pingga ditenggelami arus kemajuan yang dicetuskan oleh zaman era digital. Akan tetapi ianya sudah pasti memberi manfaat dan ada kalanya membinasakan manusia. Kerana itu, ianya haruslah digunakan secara berhemat dan penuh bijaksana agar dapat membentuk satu tamadun manusia yang tinggi akahlak, sahsiah dan keintelektualannya. Terdapat juga keburukan yang boleh dilihat akibat dari globalisasi teknologi iaitu internet. Kemampuan internet dan potensinya juga boleh mendatangkan kemudharatan jika disalahgunakan. Selain dari isu kandungan internet yang berbau lucah dan ganas, dewasa ini masyarakat turut membicarakan tentang penggunaan IRC iaitu keupayaan berkomunikasi menerusi internet yang digunakan secara tidak sihat. Malah aktiviti tidak sihat seperti ini semakin berkembang dengan pesatnya. Datuk Seri Dr. Mahathir b. Mohamad pada 29 September 1995 semasa berucap di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menggesa masyarakat dunia agar dapat mencari jalan bagi menghindarkan ponografi dalam internet dan memperuntukan tindakan undang-undang yang perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab. Antara lain ucapan beliau berbunyi :Kebebasan maklumat adalah baik, tetapi sekalipun dalam era kebebasan ini, kita tidak dapat membenarkan akhlak digugat seluruhnya untuk mengkayakan saudagar ponografi dan kekotoran. Selain itu golongan wanita adalah mereka yang menerima kesan sampingan dari penggunaan teknologi yang meluas. yang negatif. Ini disebabkan oleh nafsu dan keuntungan untuk menguasai pasaran serta perluasan kuasa. Golongan wanita sudah pasti menerima kesan Nafsu mencari keuntungan telah mendorong globalisasi menumpukan

perhatian ke atas kaum wanita.

Ego dan nafsu mereka diapi-apikan supaya menjadi

pengguna yang tidak lagi waras dalam pemikiran. Dalam keadaan ini, wanita dijadikan sebagai manusia yang ketagih kepada membeli belah dan menjadikan ia sebagai satu keperluan hidup. Menguasai pasaran juga telah menumpukan perhatian kepada kaum wanita. Mereka dieksploitasikan dalam iklan-iklan mempromosi jualan barangan dan perkhidmatan. Mereka juga diperlatkan sebagai objek seks Nafsu yang seharusnya dikawal telah diapi-apikan bagi mencari kekayaan dengan cara yang senang sehingga sanggup melakukan kerja-kerja diluar batasan moral. Keadaan ini telah menjadikan wanita sebagai satu watak yang rendah kedudukan dan martabat dengan kaum lelaki. Bagi memperluaskan kuasa pula proses globalisasi telah menawarkan pekerjaan dan bantuan kepada kaum wanita. Wanita dianggap sebagai sumber tenaga yang murah. Keadaan ini akhirnya telah menimbulkan gaya hidup ramai keluarga yang suami dan isterinya terpaksa bekerja bagi menampung gaya hidupan ini. Justeru itu beban dan tanggungjawab wanita kini semakin bertambah bagi menampung kesejahteraan keluarga. .Melihat tujuan globalisasi sendiri adalah untuk membuka ruang mencari keuntungan dengan konsep liberal dan ekonomi bebas. Apa yang dipentingkan adalah liberalisasi dan ekonomi bebas sebagai usaha memansuhkan kawalan, subsidi, tarif dan semua jenis perlindungan yang telah diberi kepada pengusaha tempatan. Secara dasarnya ia adalah sangat baik. Namun hakikatnya tidak demikian. Ini kerana bagaimana pula negara yang sudah membangun mempunyai jauh lebih daya keupayaan dan teknologi canggih, modal yang cukup, kemahiran pengurusan yang tinggi dan informasi khasnya yang serba lengkap dapat bersaing dengan negara-negara yang sedang membangun. Jelasnya keadaan ini satu tindakan yang tidak sihat. Dengan internet juga membolehkan kita bermain dengan permainan-permainan terkini. Selain dari membuang masa, ia juga boleh membazirkan wang. Masa banyak dihabiskan dihadapan computer. Bagi remaja dan kanak-kanak, mereka sudah pasti leka dan mengabaikan pelajaran. Hubugan sosial dalam masyarakat juga akan menjadi semakin renggang kerana mereka member lebih tumpuan terhadap penggunaan internet. Selain itu juga akan wujudlah aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti aktiviti perjudian dan sebagainya. Selain kesihatan yang tidak diberi perhatian, ianya boleh menjejaskan produktiviti negara.

Trend Hidup Masa Kini : Mudah dan Pantas

Globalisasi telah menjadikan trend hidup masyarakat masa kini lebih mudah pantas. Manusia memerlukan perjalanan hidup mereka berjalan lancar. Bagi mereka yang menjalankan perdagangan menerusi talian atau lebih dikenali sebagai e-dagang ianya merupakan perdagagangan secara elektronik. Di alam internet mereka boleh menjalankan perniagaan dan kedai-kedai maya yang boleh mempamer dan mempromosikan jualan mereka secara langsung 24 jam sehari. Ini akan diikuti dengan proses penghantaran, pesanan, penyerahan bil bayaran serta penghantaran produk dapat dilakukan dengan cepat, sistematik dan terjamin. Keadaan ini berlaku dengan hanya berbekalkan kad kredit yang sah serta dapat menyediakan perlindungan dan keselamatan yang lebih dari penggunaan wang secara fizikal. Justeru itu, tidak hairanlah banyak syarikat-syarikat kerajaan mahupun swasta berlumbalumba menjadikan e-dagang sebagai alternatif utama perniagaan mereka. Selain itu kemudahan e-banking juga ditawarkan kepada pelanggang yang berminat dengan urusan yang lebih mudah dan cepat. Salain ianya adalah satu daripada sistem yang penting kepada negara, ianya dapat melaksanakan urusan bernilai jutaan ringgit setiap hari dalam kadar yang cepat. Urusan-urusan ini perlu dilakukan dengan cekap dan pantas kerana melibatkan kepercayaan pelanggan kepada perkhidmatan bank.

Anda mungkin juga menyukai