Anda di halaman 1dari 6

STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

HASIL PEMBELAJARAN

Menjelas dan menghuraikan tentang strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas dalam bentuk catatan.

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik merupakan cara yang lebih teliti dalam penyampaian isi pelajaran.

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar Pergerakan Asas. Antara kaedah yang disarankan ialah:

q Kaedah kuliah

q Kaedah perbincangan

q Kaedah kuliah demonstrasi

q Kaedah latihan

q Kaedah penemuan

q Kaedah projek

q Kaedah persembahan lisan

q Kaedah sebahagian-keseluruhan

Kesemua kaedah di atas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas tetapi hanya dua kaedah yang popular digunakan iaitu kaedah kuliah dan kaedah kuliahdemonstrasi.

Kaedah Kuliah

Kaedah ini adalah kaedah yang luas di gunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia lazim

digunakan di dalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah. Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada murid-murid atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat. Ia lebih berkesan jika bergabung dengan teknik lain.

Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas.

q Pengenalan

Menerang dan menjelaskan skop pelajaran

Memberitahu murid apa yang dikehendaki daripada mereka

Cuba membangkitkan minat

Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan murid termasuk murid di barisan belakang.

q Persembahan

Kuat tetapi nada mesra

Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai

Huraikan istilah yang digunakan

Bercakap dengan semua murid

Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstrasi dan lain-lain

Ulang butiran penting

Guna lawak jenaka

Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin

q Penutup

Mengulangi isi utama

Menggalakkan perbincangan

Meneguhkan isi yang lemah

Kaedah Kuliah Demonstrasi

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru PJ. Demonstrasi boleh digunakan oleh guru, murid atau kumpulan murid. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan.

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas.

q Pendahuluan

Susun murid supaya mereka boleh dengar dan lihat. Murid boleh duduk, melutut dan berdiri.

Memperkenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah.

Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelumnya.

q Demonstrasi

Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar.

Ikut cara dan prosedur yang piawai.

Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

.q Demonstrasi dan pengajaran

Semasa membuat perlakuan, beri butiran yang sepatutnya.

Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan.

Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.

Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya.

Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

q Ulang demonstrasi dan butiran yang penting

Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit

Membuat demonstrasi untuk memberi pandangan yang berlainan

Beri butiran penting

q Penutup

Ulang butiran penting

Menggalakkan perbincangan

Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

Kaedah atau Gaya Pengajaran

Terdapat beberapa gaya atau kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pergerakan Asas. Gaya-gaya yang dipraktikkan mestilah membewa satu objektif iaitu setiap murid dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengjaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu:

Kaedah / Gaya Langsung

Kaedah / Gaya Gabungan

Kaedah / Gaya Tidak Langsung

Gaya Langsung

Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993) . Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.

Gaya Tidak Langsung

Gaya ini berpusatkan murid. Is berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif di mana pembelajaran dianggap sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran berkenaan.

Gaya Arahan

Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti.

Ciri-ciri Gaya Arahan

Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demonstrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh murid.

Murid berlatih.

Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.

Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demonstrasi lanjut.

Murid berlatih. Guru memberi tunjuk ajar kepada murid yang memerlukan bantuan secara individu atau berkumpulan.

Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan.