Anda di halaman 1dari 7

Amali 2 TAKSONOMI DAN BIOKEPELBAGAIAN

Tujuan

: Untuk mengkaji pengelasan haiwan berdasarkan ciri-ciri sepunya.

Pengenalan : Biokepelbagaian merupakan kepelbagaian benda hidup di bumi sama ada flora atau fauna. Ia merangkumi semua hidupan dalam ekosistem termasuk hidupan laut. Biokepelbagaian digunakan untuk mengukur keadaan sistem biologi yang sihat.

Taksonomi pula adalah merujuk kepada

sains pengelasan

hidupan seperti mengenalpasti, menghuraikan dan menamakan hidupan. Dalam pengelasan biologi, pangkat taksonomi merujuk kepada tahap atau kedudukan relatif dalam hierarki taksonomi. Pangkat taksonomi terdiri daripada spesies, genus, keluarga, dan kelas.

Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk merujuk kepada populasi organisma yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Jika sesuatu organisma itu dalam satu spesies, maka ia boleh membiak bersama. Satu spesies boleh ditakrifkan dengan menggunakan dua kaedah yang berbeza iaitu spesies biologi dan morfologi. Ahli saintis yang pakar dalam mengenalpasti dan mengumpul spesies dikenali sebagai Taksonomis. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesies. Semua organisma di dunia telah dikelaskan kepada lima kumpulan yang besar yang dinamakan Monera, Protista, fungi, plantae dan animalia.

Keputusan : KUMP. SPESIES Spesis A CIRI-CIRI UMUM Mempunyai mata Badan berbintik-bintik dan bertompok hitam Mempunyai kaki yang berjejari MOON MORPH

Spesis B

Spesis C

Mempunyai mata Badan berbintik-bintik Mempunyai lengan tetapi tidak berjejari Berperut buncit Mempunyai kaki Mempunyai mata Badan berbintik-bintik di bahagian sisi Mempunyai lengan tetapi tidak berjejari Mempunyai ekor Tidak mempunyai mata Mempunyai badan yang pendek Badan berbintik-bintik di bahagian sisi Mempunyai kaki Tidak mempunyai mata Mempunyai sesungut Badan berbintik-bintik di bahagian sisi Mempunyai badan yang panjang Mempunyai kaki pendayung hadapan

Spesis D

Spesis E

Soalan Perbincangan :

1. Apakah

ciri-ciri

yang

dikenalpasti

sewaktu

pengelasan

haiwan

dibuat?

Mengapakah ciri itu dipilih? Mengapakah bukan ciri yang lain?

Ciri-ciri luaran fizikal yang dapat dilihat merupakan perkara utama yang digunakan sewaktu pengelasan haiwan tersebut dibuat kerana tiada faktor-faktor lain yang diperolehi seperti genetik dan jantina. Antara ciri luaran yang

dikenalpasti ialah bentuk abdomen, bentuk kepala, jenis kaki, bentuk mata dan juga bentuk ekor. Bagi spesies moon morphs di atas, peringkat awal pengelasan dibuat dengan membahagikan spesies tersebut kepada dua kategori iaitu spesies bermata dan tidak bermata. Kemudian, kami mengelaskan lagi spesies-spesies tersebut kepada ciri-ciri fizikal yang lain seperti corak badan berbintik-bintik dan bertompok hitam atau berbintik-bintik di sisi. Selepas itu, kami melihat pula kepada bentuk badan samada badan yang panjang, badan yang pendek atau berperut buncit. Akhirnya kami melihat pula kepada anggota obdomen yang lain seperti berlengan, mempunyai jejari dan mempunyai ekor.

2. Adakah kesemua individu di dalam spesies itu serupa antara satu sama lain? Berapakah variasi yang diterima di antara individu di dalam spesies tersebut?

Sesuatu spesies yang dikelaskan perlu nampak seperti sama tapi tidak perlu serupa kesemuanya. Hal ini berlaku kerana pasti terdapat variasi dalam sesuatu spesis. Beberapa variasi yang berlaku terhadap sesuatu spesis masih boleh dipertimbangkan dan diterima pakai. Berdasarkan spesis moon morphs di atas, 5 variasi yang berlaku masih booleh diterima dalam spesis moon morphs berikut. Contohnya spesis A, variasi yang berlaku adalah seperti terdapat muncung, tangan bengkok ke bawah, tompok hitam di badan yang berbeza, berjari dua atau tiga dan kaki belakang rapat atau jarak.

3. Apakah yang akan terjadi kepada spesies jika menerima variasi individu yang sangat tinggi? Apakah pula yang akan terjadi jika menerima variasi individu yang sangat rendah? Jika variasi individu spesies Moon Morph ini tinggi, maka spesies ini boleh dibahagikan lagi kepada lebih banyak sub-spesies berpandukan kepada ciri-ciri yang lebih kompleks. Manakala jika variasi individu spesies Moon Morph ini rendah, maka spesies ini hanya boleh dipecahkan kepada beberapa sub-spesies sahaja iaitu berpandukan kepada ciri-ciri asas dan biasa sahaja.

4. Jelaskan bagaimana seorang taksonimis dapat membahagikan sesuatu spesies kepada dua atau lebih spesies yang baru?

Taksonomis merupakan saintis yang pakar dalam mengenal pasti dan mengumpul spesis. Mereka membahagikan sesuatu spesis kepada dua atau lebih spesis yang baru berdasarkan sifat biologikal seperti genetik haiwan dan DNA yang dimiliki oleh haiwan tersebut. Seterusnya mereka akan mengenalpasti ciri-ciri sifat fizikal luaran spesis tersebut. Semakin tinggi variasi sesuatu spesis tersebut maka semakin banyak subspesis yang akan dikelaskan.

5. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya variasi di dalam individu?

Antaranya faktor yang menyebabkan variasi dalam individu adalah seperti berikut. i. Faktor genetik. Variasi di dalam individu boleh berlaku disebabkan faktor genetik kerana setiap individu mempunyai set gen yang berbeza antara satu sama lain. Set gen inilah menyebabkan sesuatu individu itu berlainan seperti warna kulit, warna mata, saiz badan, bentuk badan, dan sebagainya. Contohnya kupu-kupu mempunyai set gen yang berbeza menyebabkan variasi padanya seperti warna dan corak pada sayap, bentuk sayap dan bentuk dan saiz abdomen.

ii. Faktor mutasi.Perubahan di dalam struktur genetik pada DNA ataupun dikenali sebagai faktor mutasi semasa interbreeds berlaku boleh menyebabkan variasi di dalam spesies tersebut. iii. Faktor iklim, Keadaan iklim yang berbeza menyebabkan individu akan mengadaptasi mengikut persekitaran supaya dapat terus hidup. Contohnya, iklim persekitaran yang sejuk seperti iklim di kawasan Artik, Kanada dan Utara Greenland yang sejuk menyebabkan serigala yang menetap di situ mempunyai bulu berwarna putih dan tebal berbanding serigala yang menetap di iklim bercuaca panas seperti Afrika dimana serigala yang tinggal di situ berbulu lebih nipis dan berwarna gelap. iv. Faktor penghijrahan. Variasi pada individu berlaku ini berlaku apabila individu berhijrah dan mengawan dengan populasi baru di destinasi yang dituju akan menyumbangkan gamet yang membawa alel yang boleh mengubah jenis alel yang sedia ada.

6. Mengapakah spesies Moon morph ini dipanggil morfospesies? Spesis Moon morph dikenali sebagai morfospesis kerana ia dikelaskan berdasarkan ciri-ciri persamaan yang boleh diperhatikan dalam sesuatu spesis. Morfospesis ialah dimana sesuatu spesies berbeza daripada yang lain melalui morfologi yang merujuk kepada struktur, bentuk dan konfigurasi sesuatu organisma. Ini termasuk aspek gambaran fizikal seperti warna, corak, bentuk, struktur luaran dan struktur dalaman spesies.

7. Jelaskan mengapa spesies tersebut bukan spesies biologikal. Moon Morph bukan spesies biologikal kerana tiada ada sebarang maklumat tentang pembiakannya. Sekiranya tiada sebarang maklumat tentang

pembiakannya, maka kita tidak boleh mengkategorikan mereka kepada spesies. Ini kerana biologikal spesies dikategorikan mengikut spesies apabila sesuatu hidupan itu boleh membiak secara semulajadi sesama mereka.

Kesimpulan : Pengelasan spesis Moon Morph dapat dibuat berdasarkan ciri -ciri fizikalnya yang berbeza.

BIBLIOGRAFI

BUKU

G.W.Yeat. (2007). Biology SPM. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd

Mang, C.N. et al. (1997). Kuasai Peperiksaan: Biologi STPM Jilid II. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

S.H.Chan.(2011). Kuasa Melalui Minda,Biologi SPM. Shah Alam: Sap Publication (M) Sdn.Bhd.

INTERNET

No author. (2008). Concept of Spesies. Diakses pada 21 Ogos 2013 daripada http://www.sjgarchive.org/library/harvard_course/New_Lab4.pdf)

Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2013). Taksonomi, Diakses pada 22 Ogos 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Taksonomi

Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2013) Pangkat Taksonomi, Diakses pada 22 Ogos 2013 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pangkat_taksonomi

Anda mungkin juga menyukai