Anda di halaman 1dari 21

PADANG PERMAINAN

Ukuran Berbentuk segiempat tepat. Garisan tepi leboh panjang dari garisan gol Panjang : Min ( 90m/100 ela) : Max (120m/130 ela) Lebar : Min (45m/50 ela) : Max (90m/100 ela)

Perlawanan Antarabangsa Panjang : Min (100m/110 ela) : Max (110m/120 ela) Lebar : Min (64m/70 ela) : Max (75m/80 ela)

Tanda-Tanda Padang
Padang permainan ditanda dengan garisan. Sebagai sempadan, garisan-garisan ini adalah sebahagian dari kawasan yang diliputinya. Dua garisan sempadan yang lebih panjang adalah garisan tepi manakala dua garisan yang pendek adalah garisan gol

Semua garisan tidak melebihi 12 cm (5 inci) lebar.

Padang dibahagi kepada dua bahagian oleh garisan tengah.


Pusat padang hendaklah ditanda di pertengahan garisan tengah. Satu bulatan berjejari 9.15m (10 ela) ditanda mengelilinginya.

Kawasan Gol
Dua garisan dibuat bersudut tepat dengan garisan gol, 5.5 m (6 ela) dari bahagian dalam tiang-tiang gol. Garisan-garisan ini dipanjangkan ke dalam padang permainan sejauh 5.5 m (6 ela) dan dsambung dengan satu garisan selari dengan garisan gol. Kawasan yang dilingkungi oeh garisan-garisan ini dan garisan gol ialah kawasan gol

Kawasan Penalti
Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5m (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti

Tiang Bendera
Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.

Lengkungan Sudut
Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan.

Tiang Gol
Kawasan tiang gol mestilah berada di tengahtengah di setiap garisan gol (Rajah 1.6). Jarak antara tiang gol ialah 7.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

BOLA
Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm-70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja

PEMAINAN
Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol
Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.

PERALATAN ASAS

Setiap pemain perlu juga mematuhi undangundang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: (i) Jersi;

(ii) Kasut bola;


(iii) Seluar pendek; (iv) Stoking; dan (v) Pelindung kaki.

Pelindung Kaki
Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking

Penjaga Gol
Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil

Anda mungkin juga menyukai