Anda di halaman 1dari 16

Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005.

Putrajaya 1

E-PEMBELAJARAN: SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

Hazimah Hj. Samin & Dr. Ramlee Mustapha


Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran, kita perlu mengetahui “bagaimana”


individu belajar. Oleh itu, kebanyakan pembina teori membangunkan sendiri model
mental berhubung bagaimana manusia belajar. Menurut teori konstruktivisme, semasa
membangunkan pakej multimedia atau sebarang pakej pengajaran, pembangun
seharusnya “menyelami” pengetahuan lepas bakal pengguna serta pengalaman pengguna
yang sedia ada. Literatur menunjukkan bahawa kebanyakan perisian yang terdapat di
pasaran tidak sesuai dengan pedagogi pengajaran dan pembelajaran kerana perisian yang
dihasilkan dibina oleh pakar multimedia dan bukan pakar pedagogi. Perisian komersial
yang diimport dari Barat walaupun menarik tetapi tidak selaras dengan sukatan pelajaran
Kementerian Pelajaran Malaysia.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian bertajuk Sistem Kehakiman di
Malaysia (SKdM) menggunakan Model 5 Fasa sebagai model pembangunan dan pendekatan
pengajaran yang mempunyai ciri-ciri konstruktivisme.

METODOLOGI
Rekabentuk pembinaan perisian multimedia ini khusus untuk mata pelajaran Pengajian Am
Tingkatan Enam bertajuk Sistem Kehakiman di Malaysia berdasarkan model Needham
(1987). Penilaian perisian ini pula menggunakan soal selidik untuk menentukan kesesuaian
perisian dan pengaplikasian teori konstruktivisme dalam aktiviti yang disediakan. Sebelum
kajian sebenar dijalankan beberapa penilaian awal telah dilaksanakan. Reeves (1993)
berpendapat penilaian bahan interaktif seperti multimedia harus melalui beberapa strategi
penilaian seperti penilaian formatif dan Flagg (1990) juga menyatakan ulasan pakar
terhadap bahan adalah perlu sebelum kajian rintis dijalankan. Rekabentuk kajian ini
mementingkan penilaian agar bahan yang dihasilkan dapat menyokong proses pengajaran
dan pembelajaran di samping menentukan kesesuaian bahan tersebut (Yusuf Hashim,
1998).

Di peringkat permulaan, kajian awal dilaksanakan di kalangan 40 responden bagi


mengenalpasti pengetahuan sedia ada. Dapatan telah dianalisis dan mendapati pelajar
tersebut sememangnya telah mempunyai pengetahuan asas tentang mata pelajaran
Pengajian Am yang bertajuk Fungsi Sistem Kehakiman di Malaysia ini. Namun begitu, hasil
kajian permulaan ini menunjukkan bahawa mereka tidak mampu mengaplikasikan
pengetahuan mereka dalam keadaan sebenar. Ini dapat dilihat apabila berlaku misconception
atau kegagalan pelajar tersebut dalam mengaplikasi pengetahuan sedia ada mereka apabila
diajukan soalan-soalan yang memerlukan alasan atau contoh keadaan yang berkaitan. Selain
itu, menerusi kajian permulaan ini juga, tahap pengetahuan mereka tentang fungsi sistem
kehakiman di Malaysia adalah agak mendatar dan tidak meluas. Ianya dapat dilihat apabila
mereka cenderung untuk memberikan jawapan atau pandangan yang terbatas terhadap
soalan-soalan terbuka yang dikemukakan.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 2

Perisian yang dibangunkan ini menjalani proses penilaian oleh lapan pakar dari pelbagai
bidang iaitu bahasa, kandungan, teknikal dan pendekatan pengajaran. Penilaian formatif
ini dilakukan berdasarkan pemeringkatan julat min iaitu rendah (M = 1.00 – 2.33),
sederhana (M = 2.34 – 3.67) atau tinggi (M = 3.68 – 5.00). Pakar bahasa berpendapat
bahawa tahap kesesuaian bahasa yang tinggi dengan nilai min 4.60. Pakar kandungan
perisian juga memberikan nilai min yang tinggi (M = 4.69) dalam penilaian mereka.
Penilaian pakar dari aspek teknikal ini dipantau oleh dua pakar dalam pendidikan komputer
dan pembinaan perisian. Purata penilaian kedua-dua pakar ini menunjukkan nilai min yang
tinggi (M = 4.38). Mereka turut memberi pandangan yang positif bagi tujuan membaikpulih
perisian.

Reka Bentuk Pembangunan Perisian

Perisian Pengajian Am bertajuk Sistem Kehakiman di Malaysia (SKdM) ini mengandungi 5


modul berdasarkan pendekatan pengajaran Model Needham 5 Fasa. Model Needham (1987)
ini pernah digunakan di dalam Children’s Learning in Science Project. Needham beserta
pasukannya bekerja secara kolaboratif dengan lebih 30 orang guru dari daerah Yorshire
dalam menjalankan kajian terhadap pembelajaran sains. Pengkaji memilih model ini
selaras dengan pemilihan teori konstruktivisme oleh pihak Kementerian dalam usaha
membangunkan pendidikan bercirikan bestari. Pengkaji juga tertarik terhadap
pengaplikasian pengetahuan dan pengalaman sedia ada terhadap pembelajaran masakini
bersesuaian bagi pelajar pra-universiti. Nik Aziz Nik Pa (1999) berpendapat pengetahuan
adalah sesuatu yang terkandung dalam pengalaman seseorang. Kepentingan pengetahuan
awal atau prekonsepsi pelajar dikenalpasti. Mereka akan menstruktur semula konsep awal
mereka dan prekonsepsi mereka dibincang dan diuji. Dalam konstruktivisme, pelajar
dianggap agen yang aktif dan mereka bertanggungjawab memperoleh pengetahuan
mereka sendiri. Selain itu, ketidakjelasan konsep atau ketidakfahaman akan diperbetulkan
dan yang penting pelajar mencuba dan melakukan aktiviti yang disediakan. Bagi tajuk
SKdM ini, pelajar melalui beberapa modul dalam Model 5 Fasa. Lima fasa dalam modul ini
diterangkan seperti yang terdapat di dalam Rajah 1 di bawah.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 3

Kembali MENU UTAMA


SKdM
Info / Objektif/ Glosari
(kamus istilah)/
Penghargaan / Format
peperiksaan
MODUL 1
(Fasa orientasi)
Paparan Video, audio dan soalan subjektif
menguji pengetahuan semasa pengguna

MODUL 2
(Fasa Pencetusan Idea)
Mengandungi 4 aktiviti iaitu melengkapkan
sederhana maklumat, menyusun hieraki mahkamah, teka
silangkata dan 10 soalan objektif

MODUL 3
(Fasa Pengstrukturan Idea)
Simulasi perbicaraan dalam mahkamah.
Pengguna juga akan menyusun kedudukan
dalam mahkamah

MODUL 4
(Fasa Penggunaan Idea)
Mengandungi 120 soalan objektif yang
dipecahkan kepada 2 set soalan (Pengguna Baru
dan Pengguna Lama). Pengguna lama akan
diberi soalan kompilasi STPM dari tahun 1993
hingga 2004 merujuk kepada tajuk perisian. cemerlang
Pencapaian pelajar merujuk kepada lemah,
sederhana dan cemerlang.

lemah MODUL 5
TUTORIAL (Fasa Refleksi)
Permainan Juta Ria bagi pelajar cemerlang.
Pembinaan pengetahuan baru menerusi soalan
terbuka (words)

RAJAH 1 Model Pembangunan dan Pengajaran SKdM

TAMAT

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 4

Rajah 2 pula menunjukkan carta alir perisian ini berdasarkan model Needham 5 fasa.
Pengguna perlu mendaftar untuk menggunakan perisian ini. Terdapat lima aktiviti (menu)
utama iaitu: Aktiviti, Latihtubi, Simulasi, Permainan, dan Tutorial.

SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

AKTIVITI LATIH TUBI PERMAINAN TUTORIAL

Menyusun JUTA RIA Pengenalan


kedudukan (30 soalan) (Fungsi badan kehakiman, bidang
keahlian kuasa, aturcara perbicaraan, prosedur
menahan pesalah, hak kebebasan diri,
perbicaraan kes sivil dan jenayah,
Menyusun Hieraki SIMULASI kelayakan peguam bela dan peguam
Mahkamah
Malaysia
Hieraki Mahkamah
Perbicaraan (Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Teka silang kata dalam Tinggi Malaya, Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak,
Mahkamah Seksyen, Mahkamah
10 soalan objektif Majistret Kelas 1 & 2, Mahkamah
Pengguna Pengguna lama Penghulu)

60 soalan mengenai 60 STPM 1993 -


fungsi dan aturcara 1996 (STPM 1) Mahkamah Awam
mahkamah (Bidang kuasa, keahlian, perlantikan
hakim)

60 soalan mengenai 60 STPM 1997 -


fungsi dan aturcara 2000(STPM 2) Mahkamah Khas
mahkamah (UJIAN (Mahkamah Juvenil, Mahkamah
Tentera, Mahkamah Bumiputera,
Mahkamah Syariah, Mahkamah Khas
60 soalan mengenai 60 STPM 2001 - Raja-Raja, Mahkamah Perusahaan.
fungsi dan aturcara 2003 (STPM 3)
mahkamah (UJIAN
Keratan akhbar

MARKAH Internet
Menghubungkan pengguna kepada
beberapa halaman perundangan dalam

RAJAH 2. Model Rantingan Sistem Kehakiman di Malaysia

Untuk memberikan sedikit gambaran tentang perisian ini, dipaparkan beberapa skrin utama
dalam perisian ini.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 5

Skrin Permulaan Perisian

a) Masukkan nama pengguna

b) Aluan kepada pengguna

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 6

Skrin Menu Utama

a) Skrin Info

b) Skrin Objektif

c) Skrin Glosari

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 7

d) Skrin Format

e) Skrin Penghargaan

Skrin Fasa Orientasi

Pembangunan modul ini adalah bagi melahirkan suasana ingin belajar menerusi
persekitaran yang disediakan. Fasa ini cuba menarik minat dan memotivasikan pengguna
terhadap apa yang akan dipelajari. Bagi menggalakkan penemuan, pelajar diberi pilihan
untuk meneroka maklumat serta mengawal pembelajaran seperti yang ingin untuk
dipelajari. Ini akan memberi peluang kepada pelajar mengaitkan pengetahuan baru
dengan pengetahuan sebelumnya (Baharudin Aris et al. 2002). Tayangan video, audio dan
teks digunakan bagi memaparkan pengetahuan yang boleh diperolehi menerusi
pemerhatian. Penggunaan elemen audio, video, grafik dan teks digunakan bagi menarik
minat pengguna.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 8

a) Paparan 1 (Video dan Audio)

b) Soalan

Skrin Fasa Pencetusan Idea


Modul ini dibangunkan bagi mengenalpasti pengetahuan yang wujud dalam minda. Oleh itu
empat aktiviti digunakan bagi membantu pengguna mengenalpasti kekuatan pengetahuan
yang wujud dalam minda mereka.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 9

a) Aktiviti Melengkapkan Carta Mahkamah

b) Aktiviti Melengkapkan Hieraki

c) Aktiviti Teka Silangkata

c) Aktiviti Teka Silangkata

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 10

d) Aktiviti Soalan Objektif

Skrin Fasa Mengstruktur Idea

Modul ini bertujuan untuk mengembangkan atau mengubahsuai idea pelajar yang terdahulu
dengan idea yang lebih analitik. Pengguna akan menjalankan satu eksperimen terhadap
pengendalian dalam kes-kes mahkamah. Ini membantu pelajar memahami dan meneliti
kelemahan atau kelebihan pengetahuan mereka dengan melihat kesan dari hukuman yang
dijatuhkan ke atas pesalah. Simulasi ini dapat memberi suasana sebenar dalam mahkamah
dan membantu pelajar mengstruktur minda mereka mengenai suasana, kedudukan,
penggunaan bahasa serta peranan ahli dalam perbicaraan.

a) Menyusun kedudukan ahli dalam mahkamah

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 11

b) Simulasi Perbicaraan

Skrin Fasa Penggunaan Idea

Fasa ini membantu pengguna mengaplikasi idea dalam situasi baru. Kejayaan pengguna
baru atau lama akan ditentukan sama ada mereka dalam kategori lemah, sederhana atau
cemerlang. (rujuk Rajah 1). Pencapaian pelajar akan menentukan sama ada mereka
terpaksa mengulangi fasa yang sebelumnya, mengikuti kelas tutorial atau berada dalam
Fasa Refleksi (Juta Ria).

a) Pendaftaran Pengguna

Paparan
bagi
pengguna
lama
Markah pencapaian terdahulu boleh dipaparkan

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 12

b) Skrin Soalan bagi pengguna yang pernah mengakses Fasa Penggunaan Idea

c) Skrin markah pencapaian pengguna

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 13

Fasa Refleksi

Fasa ini adalah fasa penilaian diri atau imbuhan motivasi di samping membantu mereka
menguasai ilmu dan menggunakan idea yang terdahulu dalam situasi pembelajran yang
baru. Selain itu, fasa ini juga menyediakan soalan reflektif bagi menilai perubahan idea
serta kemahiran mereka.

a) Permainan Juta Ria

Skrin KELUAR

DAPATAN KAJIAN

Perisian yang Bersesuaian dan Menarik

Pembangunan perisian ini melibatkan kesesuaian dari aspek rekabentuk antaramuka.


Antaranya, warna, audio, video, grafik, susun atur teks, dan sebagainya. Dapatan nilai min
yang dikemukakan menunjukkan bahawa kesemua ciri-ciri aspek rekabentuk antaramuka.
Faktor latar belakang skrin dan warta latar yang menarik menjadi salah satu aspek yang
dinilai oleh pengguna. Dapatan menunjukkan nilai min yang diperolehi bagi faktor ini
adalah tinggi iaitu M=4.29 bagi guru dan M=4.25 bagi pelajar. Manakala, bagi faktor

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 14

keinteraktifan perisian dan kejelasan teks, nilai min yang dikemukakan menerusi dapatan
kajian menunjukkan nilai yang agak tinggi iaitu M=4.64 bagi guru dan M=4.49 bagi pelajar.
Ini menunjukkan bahawa pengguna berpuas hati dengan kejelasan teks dan tahap interaktif
perisian yang dibangunkan.

Pengaplikasian Pendekatan Konstruktivisme dalam Rekabentuk Pembangunan.

Dapatan menunjukkan aplikasi teori konstruktivisme dalam rekabentuk pembangunan


perisian multimedia ini merupakan satu perspektif baru dalam dunia pendidikan. Berdasarkan
skor min keseluruhan bahagian ini turut mencapai tahap yang tinggi iaitu M=4.21 bagi pelajar
dan M=4.23 bagi guru. Majoriti responden iaitu seramai 224 (93.3%) orang pelajar dan 16
(94.1%) orang guru meletakkan tahap penilaian mereka di tahap yang tinggi dengan nilai min
yang melebihi 3.67 dan hanya seorang guru dan 16 orang pelajar menyatakan nilai min yang
sederhana.

Pembangunan Isi Kandungan yang Bersesuaian dengan Pendekatan Konstruktivisme.

Dapatan kajian mendapati keseluruhan guru bersetuju dan mletakkan nilai min yang tinggi
dalam penilaian mereka terhadap tahap kesesuaian isi kandungan. Ianya turut ditunjukkan
melalui seramai 227 orang (94.6%) yang mempunyai nilai min di tahap yang tinggi iaitu
melebihi 3.67, manakala 13 yang selebihnya di tahap yang sederhana. Isi kandungan
perisian ini juga dinilai sebagai dapat membantu merangsang ingatan pelajaran lalu dengan
nilai min yang ditunjukkan adalah di tahap yang tinggi iaitu M=4.31 bagi pelajar dan M=4.41
bagi guru.
Pemilihan pendekatan belajar sambil bermain (Wadworth 1978) juga diterap dalam
merekabentuk perisian ini. Menerusi kandungan dalam permainan Juta Ria yang
dibangunkan, ternyata para responden amat berpuas hati kerana ianya dapat menarik
minat mereka terhadap isi pelajaran serta menjadikan proses pembelajaran mereka lebih
unik dan berkesan. Ianya boleh dilihat menerusi nilai min yang menyatakan dengan jelas
bahawa kandungan Juta Ria amat menarik minat dengan nilai min yang agak tinggi iaitu
M=4.52 bagi guru dan M=4.46 bagi pelajar.

Pendekatan Pengajaran menggunakan Model 5 Fasa dalam Pembangunan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian kesemua guru dan 238 orang pelajar adalah
di tahap yang tinggi, di samping selebihnya iaitu 2 orang pelajar di tahap yang sederhana.
Ternyata, ianya diterima kerana ianya meliputi proses pembelajaran yang teratur dan
berkesan. Ini kerana, keberkesanannya diukur menerusi peringkat-peringkat yang dilalui
yang terbukti berperanan untuk menjana pemikiran yang kritis dan konkrit. Min-min yang
diperolehi di setiap peringkat model pembelajaran lima fasa daripada penilaian responden
ditunjukkan dengan jelas berada di peringkat yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa
pendekatan ini sememangnya bersesuaian dan berkesan kepada mereka.

KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan sebilangan besar didapati pelajar yang berdikari atau kompetitif
lebih suka menyertai model rekabentuk perisian ini kerana berorientasikan pembelajaran
kendiri dan belajar mengikut rentak mereka sendiri. Selain itu responden juga didapati
lebih cemerlang dalam menyelesaikan permasalahan pembelajaran kolaboratif. Ini akan
terus tercapai jika arahan diberi secukupnya secara fleksibiliti dan bebas. Selain itu,
gabungan di antara Model Needham 5 Fasa dan juga rekabentuk bersistem Dick & Carey
(1996) dapat membantu potensi reka bentuk pembangunan yang lebih efektif. Kesan

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 15

pembelajaran juga dapat dilihat apabila pengalaman responden selari dengan kurikulum
yang disediakan. Malah, menerusi dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa responden
bersetuju (berdasarkan dapatan kajian ini) bahawa perisian ini bukan sahaja mencabar
minda tetapi juga dapat mendidik mereka bekerja secara kolaboratif dan kendiri.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa perisian ini boleh digunakan sebagai alat bantu
mengajar subjek sistem kehakiman di Malaysia. Konstruktivisme yang melandasi
pembangunan perisian ini merupakan satu pendekatan untuk melihat bagaimana
pengetahuan baru dibina berdasarkan pengalaman lepas. Dalam perisian ini, pengaplikasian
prinsip-prinsip teori konstruktivisme dapat membantu pelajar membina pengetahuan
secara aktif berikutan dari bantuan kendiri, interaksi sosial dan persekitaran pembelajaran
yang metakognitif. Pengguna akan tetap mencuba mengubahsuai pengetahuan baru
apabila berlaku percanggahan maklumat.

Dapatan kajian ini diharap dapat membantu guru-guru mata pelajaran Pengajian Am
dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di samping menjadikannya
sebagai bahan rujukan pelajar bagi mendalami dan memahami keperluan pengetahuan
semasa mata pelajaran ini. Bagi pelajar pula, pembelajaran kolaboratif yang aktif boleh
dikembangkan melalui interaksi dengan komputer untuk lebih bebas meneroka maklumat
dan berbincang secara terpandu. Manakala, pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah
juga perlu memberi galakan kepada guru-guru untuk mengikuti kursus-kursus kemahiran
komputer sekaligus keprihatinan ini akan membantu guru mengenali peranan komputer
sebagai media penyebaran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Umumnya, perisian ini
boleh dijadikan panduan dalam membaikpulih dan mengembangkan kepelbagaiannya dalam
bidang yang lain.

BIBLIOGRAFI

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffuddin & Manimegalai Subramaniam. 2002. Rekabentuk
Perisian Multimedia. Universiti Teknologi Malaysia. Skudai.
Gagne, R.M. 1985. The Condition of Learning and Theory of Instruction. New York: CBS
Publishing.
Needham, R. in association with Peter Hill. 1987. Teaching Strategies for developing
understanding in science. Childrens Lerning Science Project. Centre for studies in
Science and mathematics educations. Leeds, UK: University of Leeds.
Nik Azis Nik Pa. 1999. Pendekatan Konstruktivisme Radikal dalam Pendidikan Matematik.
Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Reeves, Thomas, C. 1993. Evaluating Interactive Multimedia dalam Diane M. Gayeski:
Multimedia for Learning: Development, Application and Evaluation, Educational
Technology Publication, Englewood Cliffs, New Jersey.
Reiff.J.C. 1992. Learning style. Washingston D.C.: National Education Association
Rowland, G. 1995. Instructional Design and Creativity: A Response to the Criticized.
Journal of Educational Technology, 35 (5), pp. 17-22.
Saunders, W. L. 1992. The construvtivist perspective: Implications and teaching strategies
for science. Journal of School and Mathematics, (92), pp.136-141.
Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi Teori dan Praktik. Selangor darul Ehsan : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Tobin, K., dan Tippins, D. 1993. Constructivism as a referent for teaching and learning
dalam K.Kobin, The practice of constructivism in science education. Washington, D.C.:
AAA Press.
Yusuf Hashim. 1997. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Kuala Lumpur: Siri
Pendidikan Fajar Bakti.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM


Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005. UKM. 6 – 7 Disember 2005. Putrajaya 16

Zikmund, William G. 2000. Business research method. 7th edition. South-Western


Thomson Learning.

Pusat Kajian E-Komuniti, FSSK - UKM