Definisi
Kelahiran anak atau bersalin adalah proses pada akhir kehamilan, iaitu janin keluar dari rahim
ibu.
• Kebanyakan wanita yang berpotensi hamil adalah sihat. Mereka dijangka dapat
mengandung dan bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat
• Jangka masa bersalin berbeza-beza antara individu. Wanita yang hamil kali pertama
mungkin mengambil masa 13 jam untuk bersalin berbanding jangka masa 8 jam untuk
wanita yang pernah bersalin
• Proses kelahiran manusia adalah lebih sukar dan menyakitkan berbanding haiwan. Ini
kerana secara relatifnya bentuk tulang pinggul ibu dan rangka kepala janin yang lebih
besar
• Kini terdapat banyak kaedah untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
• Bayi / janin dikeluarkan dari rahim melalui vagina. Ianya berlaku apabila otot rahim
dan abdomen mengecut dengan kuat
• Biasanya kepala bayi dilahirkan dahulu
• Sekiranya bayi berkedudukan songsang bahagian punggungnya akan dikeluarkan
dahulu. Dalam keadaan ini kaki bayi terlipat ke atas. Kini, bagi ibu yang kali pertama
hamil, selalunya bayi akan dikeluarkan melalui pembedahan "caesarean"
• Selepas dilahirkan, tali pusat bayi yang menghubungkan bayi kepada uri akan dikapit
dan dipotong
3. Fasa ketiga kelahiran
• Fasa ketiga kelahiran berlaku lebih kurang ¼ - ½ jam selepas bayi dilahirkan
• Uri akan dikeluarkan. Uri bersambung kepada bayi melalui tali pusat yang terdiri
daripada saluran darah dan tisu kolektif
Ringkasan Kelahiran
Kadangkala komplikasi boleh berlaku semasa kelahiran dan memerlukan intervensi seperti
penggunaan vakum, forsep atau pembedahan.
Sekiranya kelahiran berlaku pada remaja yang berumur kurang dari 14 tahun, komplikasi
boleh berlaku dan kelahiran mungkin tersekat akibat tulang pinggul yang sempit dan tidak
berkembang sepenuhnya. Ini boleh menyebabkan kematian ibu dan anak serta kecederaan
kepada organ-organ di sekitar bahagian pelvis.