Anda di halaman 1dari 5

SAJAK Pernahkah Engkau Mentafsir Kedamaian

Baha Zain- 2003 Perkataan perlu difahami. 1. Tirani = Corak pemerintahan yang zalim. Menggunakan kekuasaan sesuka hati

Maksud sajak
Rangkap 1 Perasaan penyajak yang terganggu tidur malamnya kerana mimpi buruk. Penyajak cuba mengaitkan kegelapan pekat malam yang dapat dilihat remang-remang kerana ada sedikit cahaya pelita. Secara intrinsiknya, penyajak cuba mengaitkan keadaan gelap dan cayaha remang tersebut dengan kehidupan yang sedang dihadapinya. Rangkap 2 Persekitaran kehidupan yang dianggap gelap (sukar) menyebabkan diri rasa terasing. Namun anasir jahat seumpama syaitan sentiasa mengganggu dan menghasut diri. Rangkap 3 Penyajak juga dapat melihat ruang cahaya yang menjadi gambaran penyelesaian masalah hidupnya yang sukar. Penyajak mendapat sokongan daripada suara-suara pejuang keamanan yang dilahat amat baik. Terdapat juga manusia yang suka menjadikan agama sebagai permainan hidup. Pejuang-pejuang keamanan melaungkan slogan cinta kedamaian. Seruan mereka supaya manusia berjuang dengan harta dan tenaga. Di atas nama matlamat mencapai kemenangan, maka manusia sanggup bertelingkah. Rangkap 4 Penyajak meluahkan perasaan tentang akibat peperangan dan perbutan kuasa akan memusnahkan segalanya seperti kemusnahan pembangunan dan menutup sejarah kegemilangan negara. Rangkap 5 Pemimpin yang berjaya merampas kuasa boleh bertindak lebih zalim kerana terpedaya dengan harta benda. Mereka akan menjadi lebih tamak dan sanggup memusnahkan tamadun manusia seperti bahasa dan kesenian. Rangkap 6 Penyajak menegaskan tentang kepentingan agama Islam perlu diamalkan dalam kehidupan. Penyajak juga mengingatkan supaya kita berwaspada supaya tidak dipermainkan tanpa sedar.

Pemikiran sajak
1. Bandingan kegelapan malam dengan kesusahan hidup 2. Godaan anasir jahat (syaitan)supaya melakukan kejahatan

3. Sikap pura-pura konon memperjuangkan keamanan tetapi sebenarnya membawa kemusnahan. 4. Menjadikan agama sebagai topeng 5. Manusia sanggup mati kerana berebut kuasa 6. Akibat peperangan adalah kemusnahan 7. Sikap pemimpin yang zalim

Sajak Pahlawan Ialah Dia

Abdul Ghafar Ibrahim Dewan Sastera 2001


Rangkap 1 Penyajak memberi erti kepada seorang pahlawan. Pahlawan adalah yang sering berusaha untuk menjaga jegara. Pahlawan juga adalah orang yang sanggup berkorban demi negara. Rangkap 2 Pahlawan sentiasa bersedia berkhidmat dan tidak lalai dengan tugasnya. Pahlawan juga perlu taat dan tabah berjuang demi negara. Rangkap 3 Pahlawan perlu bersiap sedia tak kira waktu malam atau siang demi memberi peluang kesenangan kepada anak bangsanya. Rangkap 4 Khidmat pahlawan sentiasa adalah terbuka untuk menerima pujian dan cacian. Pahlawan perlu tahan cabaran. Rangkap 5 Pahlawan sanggup berkorban masa meninggalkan jauh keluaga tersayang. Malah berkorban waktu rehat dengan jadual tugas yang bahaya. Rangkap 6 Pahlawan adalah askar yang melindungi kota dan desa yang penduduknya hanya tahu aman sentosa. Segala usaha ke arah kesejahteraan ekonomi negara tertakluk kepada khidmat pahlawan negara. Rangkap 7 Pahlawan adalah seorang yang snaggup meredah segala mara bahaya untuk maju ke hadapan. Rangkap 8 Pahlawan tidak mementingkan kesenangan diri. Dia akan terus berjuang hingga mencapai matlamat. Rangkap 9 Kerana pahlawanlah kita mampu menjaga negara sendiri. Kerana pahlawan kita menjadi orang yang menerima amanat. Kerana pengorbanan pahlawan kita dapat meningkatkan taqwa kepada Allah. Kerana pahlawan juga kita memahami erti kesusahan. Rangkap 10 Pahlawan sanggup menanggung derita di mana sahaja (bukit, laut dan udara)

Rangkap 11 Segala kesusahan itu menjadi lumrah bagi pahlawan. Mereka sentiasa terdedah kepada bahaya. Rangkap 12 Pahlawan menjadikan korban diri sebagai bukti kepada perjuangannya. Mereka menjadi bukti kepada zaman ketika negara sedang diancam musuh.

Sajak Menyongsong Arus (mengenang Bahaman dan Mat Kilau) Kemala Kuala Tahan Taman Negara 2000
Rangkap 1 Sesekali penyajak berpendapat seseorang itu perlu menjadi pihak yang bertentangan arah. Jika tidak, mungkin kita akan berada ditakuk lama dan tidak berubah (jumud). Sesekali kita perlu meredah kepayahan dan berjuang. Rangkap 2 Apabila kita berubaah arah (pendapat), kita akan dapat mendengar cacian manusia yang selama ini diam tidak berkata apa-apa. Malah akan terbongkar sikap buruk sebenar pihak penjajah yang sebenarnya bersifat bengis dan zalim. Rangkap 3 Terserlahlah segala sikap dan keburukan diri . Rangkap 4 Sesekali kita perlu melawan arah dan berani meredah kepayahan. Pejuang dahulu berjuang dengan senjata tetapi kita kini berjuang melawan arah hanya dengan bahasa penulisan yang penuh dengan kiasan. Tetapi matlamat perjuangan tetap sama seperti pejuang dahulu (Bahaman dan Mat Kilau). Rangkap 5 Kita memang perlu melawan arus sekali sekala kerana ia boleh mendidik diri kita mengerti tentang sejarah lama. Kita akan dapat merasakan kepedihan dan kesusahan lampau. Kemudian kita dapat terjemahkan kisah kehidupan lampau itu. Rangkap 6 Penyajak menyatakan bahawa terdapat pedoman tanda dan harapan yang positif apabila menyongsong arus.