Anda di halaman 1dari 16

SOALAN:

Bincangkan kaedah atau strategi bagi menerapkan Konsep Islam Hadhari


dikalangan penjawat awam?

PENGENALAN ISLAM HADHARI

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada
pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan
memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui
penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan
fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi,


sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan
seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi,
berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia
global.

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari
bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat
Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis
yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara
ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana
umat Islam dari asas akidah.

Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan


memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan
realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan
dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat.
Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan
supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan
pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui
program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program
pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai-nilai murni dan menerapkan nilai-nilai
Islam dalam kehidupan.

MISI

Untuk melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan ajaran


islam yang progresif, bertamadun, betolenransi dan berimbang.

1
Prinsip Islam Hadhari

Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama:

I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI


II. Kerajaan adil dan beramanah
III. Rakyat berjiwa merdeka
IV. Penguasaan ilmu pengetahuan
V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
VI. Kehidupan berkualiti
VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
VIII. Keutuhan budaya dan moral
IX. Pemeliharaan alam semula jadi
X. Kekuatan pertahanan

2
PRINSIP PERTAMA

KEIMANAN DAN KETAKWAAN KEPADA ALLAH

Pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah


s.w.t sebagai teras utamanya untuk mencerminkan arah dan halatuju yang kukuh dan
konsisten kerana ia merupakan sumber cahaya yang menyinari ke semua prinsip-
prinsip Islam Hadhari yang lainnya. Negara yang ahlinya beriman dan bertakwa
adalah negara yang memberi keutamaan dan penekanan kepada lima perkara
penting yang disebut oleh Ulama sebagai maqaasid al-shari’ah, iaitu:

Pertama: Memelihara dan memperkasakan agama dengan menjadikan nilai-nilai


agama sebagai tunjang pentadbiran dan pembangunan negara, manakala agama-
agama lain tetap bebas dianuti dan mendapat perlindungan sewajarnya sebagai
menjunjung tinggi kebebasan beragama bagi setiap individu, selama mana tidak
mengganggu kestabilan dan sensitiviti umat yang lain.

Kedua: Memelihara jiwa dengan menghormati hak-hak asasi umat manusia tanpa
membezakan golongan, agama, etnik dan darjat kedudukan nilai martabat
kemanusiaan sebagai makhluk ciptaan Allah yang termulia. Termasuk juga menjaga
maruah dan kehormatan bagi setiap individu.

Ketiga: Memelihara akal dengan memberi keperluan pendidikan yang mencukupi bagi
tujuan memartabatkan ilmu pengetahuan tanpa membezakan antara ilmu agama dan
ilmu dunia, atau ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah. Disamping mencegah semua
perkara yang boleh merosakkan akal dan fungsinya.

Keempat: Memelihara keturunan dengan mempertahankan norma dan institusi


keluarga sebagai tunjang pembangunan sosial yang adil dan beradab. Termasuk juga
berpegang teguh kepada nilai-nilai murni kemasyarakatan yang berlandaskan kepada
akhlak mulia. Pencegahan kepada perkara yang boleh menodai keturunan turut
mendapat perhatian seperti salah laku seks, merendahkan maruah kaum wanita dan
kedudukannya.

Kelima: Memelihara harta dengan memperkasakan ekonomi umatnya melalui


peningkatan kemahiran (skills), peluang pekerjaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Pembangunan ekonomi yang dimaksudkan mestilah diasaskan kepada sumber
manusia dan sumber alam yang dimiliki. Disamping berusaha membanteras secara
berkesan perkara-perkara yang boleh membantutkan pembangunan ekonomi seperti
rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengurusan yang tidak cekap dan pembaziran.

3
PRINSIP KEDUA

KERAJAAN ADIL DAN BERAMANAH

Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut
kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl
: 90, Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan
perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu
(dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan
mematuhiNya”.

Pelaksanaan keadilan tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa,


kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan
dalam al-qur’an dan hadis Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman dalam surah al-
Maa’idah : 8, Maksudnya : “Dan jangan sekali kebencian kamu terhadap sesuatu
kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu
berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan
bertqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam
akan apa yang kamu lakukan”.

Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan


yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW.
Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil
serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil,
amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik,
maju, dan dirahmati Allah SWT .

Untuk menerapkan nilai-nilai adil dan amanah dalam diri penjawat awam itu
adalah dengan cara mengadakan ceramah-ceramah yang berkaitan di setiap jabatan
kerajaan supaya mereka dapat sedar bahawa kerja itu adalah satu ibadah yang
menuntut kita untuk bersikap adil dan amanah dalam setiap tugasan yang diberikan.

Penerapan nilai-nilai murni ini penting bagi melahirkan penjawat awam yang
berkualiti dan dapat berkhidmat dengan jayanya. Supaya selaras dengan misi
kerajaan yang inginkan penjawat awam yang berkualiti,cemerlang dan gemilang.

4
PRINSIP KETIGA

RAKYAT BERJIWA MERDEKA

Dalam konteks bina negara, jiwa merdeka amat dituntut. Dengan jiwa merdeka,
kita kembali kepada diri dan kembali kepada harga diri. Apabila Melaka menerima
Islam, asas kemajuan dan perubahan berlaku dengan baik sekali. Di bawah
kepimpinan Bendahara Tun Perak umpamanya, Melaka terserlah dalam hubungan
dagang, perkembangan ilmu dan pendidikan, perkembangan Islam dan kestabilan
kepimpinan. jiwa merdeka yang ada pada Tun Perak ialah menjadikan amanah dan
keadilan sebagai asas kepimpinan bagi mempertahankan jiwa merdeka.

Kemerdekaan yang kita terima adalah rahmat yang amat besar. la menuntut
dokongan yang tinggi dan keinsafan yang mendalam bahawa penjajahan boleh
datang lagi dan menguasai minda dan budaya kita dalam bentuknya yang berbeza.
Oleh itu, mengekalkan jiwa merdeka memerlukan pembangunan diri dan sistem
dengan kualiti ilmu dan keterampilan yang mendokong nilai-nilai agama yang bersifat
tamadun, nilai-nilai bersama yang tidak bercanggah dengan fitrah dan nilai-nilai
sejagat yang selari dengan proses berkenalan dalam ertikata yang luas.

Wawasan 2020 umpamanya meletakkan keseimbangan tasawwur iaitu melihat


hala tuju perjuangan dengan pandangan yang tepat dan penglihatan yang seimbang.
Sekiranya keseimbangan Visi 2020 dijadikan sandaran membina jiwa merdeka, kita
boleh menterjemahkan bahawa tidak akan wujud jiwa merdeka sekiranya faktor
duniawi menjadi lebih utama dengan menafikan natijah ukhrawi. Lebih tidak seimbang
sekiranya dalam membangunkan kekuatan fizikal kita melupakan kepentingan
rohaniah. Dan lebih pincang lagi dalam memanfaatkan faktor-faktor daripada Barat
kita melupakan faktor-faktor yang patut digilap daripada tradisi dan tamadun kita
sendiri.

Jiwa merdeka harus mampu merintis jalan ke arah membangun negara


berasaskan acuan kita sendiri. Jihad ilmu dan pendidikan sewajarnya menjadi perkara
pokok dalam pembinaan dan penyuburan sistem pendidikan khususnya
pembangunan modal insan. Usaha kita membangun akan menjadi sia-sia sekiranya
penjawat awam itu sendiri tidak bersikap merdeka dengan tidak menanamkan sikap
cintakan negara dan bekerja secara tidak ikhlas.

Jiwa merdeka sewajarnya terpancar sepanjang masa supaya penjawat awam


memiliki daya dorong yang tinggi untuk terus maju berasaskan acuan Malaysia iaitu
pembangunan benda yang bergerak seimbang dengan pembangunan keinsanan
supaya model Malaysia boleh menjadi sumber inspirasi ke arah perubahan dan
kemajuan moden umat Islam dan juga umat manusia.

5
Langkah Malaysia memajukan sektor kewangan dan perbankan Islam
umpamanya menjadi contoh yang baik bagaimana kaedah muamalah di Malaysia
berasaskan jalan syarak dicontohi oleh banyak negara lain termasuk dari Asia Barat.
Pembangunan negara amat memerlukan penjawat awam yang mempunyai jiwa yang
bebas daripada sebarang ideologi, fahaman dan sikap negatif.

Antara asas pembangunan negara ialah:

i) Keteguhan iman dan kekuatan ibadah


ii) Penguasaan ilmu clan teknologi
iii) Kemantapan Ekonomi
iv) Pentadbiran clan pengurusan yang berkesan
V) Tenaga kerja yang berkualiti
Vi) Kestabilan politik
vii) Penggunaan sumber semula jadi dengan baik dan berkesan
viii) Sistem pertahanan yang kukuh

PRINSIP EMPAT

PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN

Islam mengutamakan ilmu dan ianya wajib dituntut oleh lelaki dan perempuan.
Ilmu adalah suluh hidup dan menguasai ilmu bakal memberi jalan kemajuan dan
perubahan. Oleh itu di sisi Allah orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang
tidak berilmu statusnya tidak sama (maksud Surah al Zumar : 8) .

Asas ilmu yang diperlukan oleh manusia ialah dua, iaitu ilmu Mengurus Diri dan
ilmu Mengurus Sistem. Allah SWT menjadikan insan sebagai suatu unit sistem yang
mempunyai hikmah dan peranannya sendiri. Allah kurniakan insan dengan hati dan
nafsu disamping faktor-faktor inderawi yang berfungsi mentadbir urus diri. Faktor
nafsu dan hati terkait erat dengan faktor diri yang menghasilkan bawaan dan sifat diri.
Sifat baik, amanah, adil, jujur, ikhlas dan lain-lain adalah sifat-sifat hati yang ada pada
diri.

Sebagai penjawat awam, kita perlulah sentiasa menambahkan ilmu bukan


hanya berkaitan dengan pekerjaan tetapi ilmu-ilmu alam yang lain. Ini penting supaya
dapat melahirkan penjawat awam yang berilmu dan berdedikasi.Selain itu, dengan
penguasaan ilmu penjawat awam dapat meningkatkan diri dalam bidang yang
diceburi selain dapat meningkatkan tahap pekerjaan masing-masing.

6
Antara kaedah yang dapat dilakukan adalah dengan mengadakan seminar
atau bengkel yang dapat memberi pengetahuan disamping dapat menerapkan moral
dan nilai-nilai islam hadhari didalam diri penjawat awam.

PRINSIP LIMA

PEMBANGUNAN EKONOMI SEIMBANG DAN KOMPREHENSIF

Kemajuan dan pertumbuhan ekonomi hendaklah dilihat sebagai salah satu


aspek yang penting dalam satu acuan yang turut berhubung kait dengan keperluan
aspek fundamental yang lain seperti peningkatan keimanan dan seterusnya
kerohanian masyarakat. Pembangunan dimensi ekonomi yang disepadukan dengan
nilai kerohanian kemanusiaan, justeru itu perlu digubal dan diterjemahkan dalam
bentuk perancangan, polisi, dan mekanisme ekonomi oleh sesebuah negara.

Pembangunan ekonomi yang sedemikian, menepati pendekatan pembangunan


ekonomi yang seimbang dan komprehensif. Mengikut pendekatan tersebut nilai
kemanusiaan perlu diberi perhitungan dalam membangunkan ekonomi negara.
Pendekatan tersebut dengan sekali gus akan menjadi usaha yang mampu menerajui
negara ke arah kewujudan sebuah peradaban yang dinamik. Dengan pendekatan ini,
ia mampu mengurangkan gejala dan kerenah masyarakat hasil daripada penglibatan
mereka dalam aktiviti ekonomi.

Negara membangun seperti Malaysia pada masa ini perlu kepada barisan
kepimpinan yang jujur, pintar, gigih serta berwawasan semoga negara mampu
berperanan membangun ekonomi secara efektif dalam menghadapi segala bentuk
cabaran dalam pergolakan dunia pada masa kini. Pegawai awam dan ahli teknokrat
yang beramanah dan berkepakaran dalam kesemua jurusan perlu berganding bahu
dalam usaha pembangunan, begitu juga dengan kepimpinan sektor swasta. Turut
sama ialah tenaga kerja yang terlatih dan berakhlak perlu dihasilkan oleh negara.

Penyusunan struktur ekonomi negara seperti yang dibincang di atas meletak


pada tempat kedudukan dan peranan sektor awam dan sektor swasta dalam
perjalanan ekonomi negara. Keistimewaan yang diberi kepada sektor swasta dan
disertai dengan kepekaan sektor awam kepada penyusunan ekonomi negara pasti
membawa ekonomi negara ke hadapan. Pelaksanaan sistem ekonomi mengikut
pendekatan Islam ini akan mengubah dan mempengaruhi suasana perjalanan
kegiatan ekonomi negara.

7
PRINSIP ENAM

KEHIDUPAN BERKUALITI

Islam pada permulaannya memberi tumpuan yang penting kepada pencapaian


kehidupan masyarakat secara berkualiti. Mencapai tahap kehidupan yang tinggi
dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. Bahkan Islam
menuntut semoga setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk
berjaya dalam kehidupan di dunia. Kehidupan akhirat adalah hasil daripada
kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek
termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material.

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam al-quran surah al-Qasas : 77
Bermaksud: “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah
kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau
melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah
(kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan
pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah), dan janganlah engkau
melakukan kerosakan dimuka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-
orang yang berbuat kerosakan”.

Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi


keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan
memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta
dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan


mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam
kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga
tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada institusi keluarga. Keluarga


yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan
berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi
keluarga dapat berfungsi dengan berkesan.

Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran


turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama
difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga. Dari pendekatan
Islam Hadhari, kita dapati bahawa kualiti hidup masyarakat dari kesemua aspek akan
dibangunkan secara bersepadu.

8
“ Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang
telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan
janganlah engkau melupakan bahagianmu
( keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan
berbuat baiklah (kepada hamba-hamba
Allah) sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya
yang melimpah-limpah): dan janganlah
engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan.”

( Surah al-Qasas: Ayat 77)

Dengan penerapan kehidupan yang berkualiti sekaligus mendorong anggota supaya


bekerja dengan lebih tekun dan Berjaya.Dimana semuanya bermula dari
rumah,setidak-tidaknya ia tidak menggangu ketenteraman bekerja dengan tiada
gangguan daripada pihak luar.

PRINSIP TUJUH

PEMBELAAN HAK KUMPULAN MINORITI DAN WANITA

Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan


kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau
minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut
meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. Dalam Islam ia terkandung
dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah). Oleh itu tidak boleh
berlaku penafian hak-hak tersebut atau alasan menjadi kumpulan kecil atau
perbezaan jantina. Penafian dan halangan ke atas hak-hak tersebut adalah salah dari
segi undang-undang. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-
Hujuraat : 13 bermaksud

“Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di
antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah
maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan
kamu)”.

Jaminan ke atas hak-hak tersebut terkandung dalam Pelembagaan


Persekutuan. Ia terdapat dalam Bahagian Kedua Perlembagaan yang membuat
peruntukan mengenai kebebasan asasi (Fundemental Liberties).

9
Implikasi daripada jaminan tersebut meletakkan kumpulan minoriti dan wanita
dapat menikmati apa jua yang dinikmati oleh kumpulan majoriti dan lelaki. Mereka
berhak untuk turut sama dalam pembangunan negara dan menikmati apa jua yang
dinikmati oleh kaum-kaum lain. Mereka boleh menyertai dalam pentadbiran negara
aktiviti ekonomi, sosial, pendidikan, agama dan politik. Isu mengenai hak-hak wanita
telah diberi perhatian yang khusus oleh kerajaan dalam menggubal dasar negara
seperti termaktub dalam Dasar Wanita Negara.

Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula
hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji
Wida’(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh
muslim,maksudnya : “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana
sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan
kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab kabul yang sah sesuai dengan aturan
Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang
luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka
melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan.
Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka
rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku
tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya
sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(al-qur’an)”.

Oleh itu setiap penjawat awam perlu bersikap positif dan bertanggungjawab
disamping sentiasa menghormati antara rakan sekerja supaya dapat mewujudkan
suasana kerja yang harmoni dan daya saing yang positif antara satu sama lain
dengan tidak mengira jantina dan bersaing dengan cara sihat. Ini dapat meningkatkan
kualiti mutu kerja didalam setiap jabatan.

PRINSIP LAPAN

KEUTUHAN BUDAYA DAN MORAL

Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat


pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan
modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-negara
tersebut terkenal sebagai “developed” (maju), “advanced” (terkehadapan) atau “fully
industrialised countries” (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan perindustrian
sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modernisasi yang dicapai khususnya oleh negara-
negara Barat itu juga telah menghasilkan, pada umumnya, kelunturan nilai-nilai
budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama. Banyak
negara umat Islam yang baru mencapai kemerdekaan politik daripada kongkongan
penjajahan Barat turut melaksanakan model pembangunan atau modernisasi negara

10
ala Barat dan natijahnya, antara lain, ialah proses pembaratan budaya tempatan dan
pencairan nilai-nilai moral yang merisaukan.

Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan


yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya
asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama
dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. Apabila budaya tempatan sudah tidak
berdaya lagi menahan arus westernisasi dan sistem moral keagamaan pun menjadi
lemah di bawah tekanan dan asakan sistem moral yang liberal, relatif dan agresif,
maka negara dan rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa neo-kolonialisme budaya.
Pada waktu itu identiti budaya dan keutuhan moral masyarakat kita tidak akan bererti
lagi.

Cabaran daripada budaya rasuah,adalah yang paling sukar sekali untuk


dibendung dikalangan penjawat awam.Ketua setiap bahagian perlulah memberikan
perhatian serius pada permasalahan ini supaya perkhidmatan awam tidak dipandang
serong. Caranya adalah dengan sentiasa memantau ketulusan kerja setiap
pegawainya serta menunjukkan contoh yang baik supaya dapat dicontohi oleh
pegawai lain. Selain itu pengurusan pentadbiran yang pincang akan meruntuhkan
institusi pengurusan perkhidmatan awam. Sudah tentunya masyarakat akan
memandang serong sekaligus menghilangkan kepercayaan rakyat terhadap
perkhidmatan yang diberikan. Ini akan meruntuhkan institusi pengurusan
perkhidmatan awam. Penyalah gunaan kuasa dan cabaran
daripada usur luar merupakan faktor yang menyumbang kepada keruntuhan budaya
dan moral.Sebagai penjawat awam kita perlulah sentiasa menanamkan sifat amanah
sebagai nilai moral yang utama. Kita perlulah amanah pada tanggungjawab yang
Allah berikan serta amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan awam itu sendiri.
Ini akan melahirkan penjawat awam yang berintegriti.

Sebagai kesimpulannya kemungkaran-kemungkaran yang wujud dalam masyarakat


Malaysia hari ini dalam bentuk jenayah, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan
kuasa, penipuan, manipulasi, penindasan, kezaliman, ketidakadilan, penyalahgunaan
dadah, HIV/AIDS dan lain-lain berpunca dari banyak faktor. Antaranya ialah:

1. kejahilan orang Islam sendiri tentang ilmu pengetahuan agama dan moral;
2. kegagalan manusia mengawal dorongan hawa nafsu atau tipu daya Syaitan;
3. ingin cepat kaya tanpa ilmu yang betul dan usaha yang gigih;
4. ingin mendapat rasa kepuasan segera;
5. ingin mendapat kedudukan atau kuasa atau simbol status dengan cara-cara
yang berlawanan dengan peraturan atau undang-undang;
6. malas berusaha dengan gigih atau mencari ilmu dan kemahiran yang berguna;
7. pengaruh persekitaran yang buruk dan tekanan rakan sebaya;
8. pengaruh rumah tangga yang tidak aman atau keluarga yang miskin;
9. latar belakang atau contoh ibu bapa yang membelakangi agama dan tidak tahu
mendidik anak;

11
10. rangsangan nafsu seks daripada bahan-bahan lucah yang tidak dapat dikawal
lagi;
11. tertipu dengan pujuk rayu pengedar dadah atau minuman keras supaya
mendapat rasa kepuasan yang menyeronokkan;
12. kegagalan pihak yang berkuasa menjalankan undang-undang mencegah
jenayah;
13. kelemahan dalam sistem pentadbiran, pengurusan dan penyampaian
perkhidmatan;
14. pengaruh kuat budaya bebas lepas dari luar negeri;
15. pengaruh kuat budaya hiburan yang melampaui batas-batas moral atau etika;
16. pengaruh kuat iklan minuman keras, judi dan seks sejenis;
17. pengaruh kuat bahan-bahan lucah dan ganas yang berleluasa dalam pasaran;
18. pengaruh tekanan hidup melarat dan menderita kesempitan ekonomi;

Berhadapan dengan cabaran-cabaran yang besar dan pengaruh budaya bebas yang
berkembang dalam negara masa kini, tidak syak lagi bahawa usaha yang berterusan
dan komitmen yang ikhlas daripada pihak kerajaan dan rakyat amat diperlukan untuk
meningkatkan mutu integriti moral masyarakat Malaysia supaya matlamat negara
maju mengikut “acuan kita sendiri” dapat dicapai. Pendekatan Islam Hadhari
bertujuan membawa masyarakat Malaysia ke arah itu – suatu model kemajuan dan
pembangunan yang holistik, dalam mana terdapat gabungan dan perimbangan yang
wajar antara kemajuan kebendaan dan kemajuan moral, agar tercapai “kebaikan
(hasanah) di dunia dan kebaikan (hasanah) di akhirat.”

Sekiranya kita membiarkan kelonggaran-kelonggaran budaya dan penyakit-


penyakit moral ini menjadi lebih tenat, negara kita mungkin akan menerima nasib
malang yang pernah menimpa tamadun-tamadun besar zaman dahulu seperti
tamadun Romawi dan tamadun Islam di Andalusia. Runtuhnya kedua-dua tamadun
yang terkenal hebat dari segi pencapaian ilmu, teknologi dan kebendaan itu didahului
oleh proses kelunturan nilai-nilai moral yang berleluasa dalam masyarakat. Apabila
kekuatan moral dan rohani yang menunjang integriti dan maruah bangsa dan negara
lumpuh, musuh-musuh dari luar pun mengambil kesempatan untuk menyerang dan
akhirnya berjaya menakluki negara-negara yang sebelum itu terkenal maju dan kuat.
Seorang penyair Arab zaman moden yang termasyhur, Ahmad Shauqi Bey (1868-
1932) telah mengingatkan umat Islam tentang kenyataan ini dalam sebuah rangkap
syairnya yang bermaksud:

“Sesungguhnya bangsa-bangsa akan kekal utuh


selagi akhlaknya masih utuh,
Jika akhlak mereka sudah lumpuh
mereka pun akan lenyap.”

12
PRINSIP 9

PEMULIHARAAN ALAM SEMULAJADI

Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia,


tetapi juga hubungan manusia dengan alam di persekitarannya. Kesejahteraan yang
dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara
sesama manusia dengan alam tabii di sekitarnya. Manusia adalah khalifah Allah
S.W.T. yang diturunkan ke dunia ini sebagai pentadbir dan pengurus yang
bertanggungjawab ke atas pembangunan di dunia ini. Sebagai khalifah, manusia
diberikan Allah S.W.T. kemampuan untuk memahami ciri-ciri tabii alam secara
terbatas. Tujuannya tidak lain semata-mata untuk memudahkan urusannya dalam
mentadbir alam ini.

Secara tabiinya alam ini berada dalam keadaan seimbang dan koheren antara
satu dengan yang lain. Setiap satu memerlukan antara satu dengan yang lain; saling
menyokong dan saling membantu. Sayangnya, alam usaha untuk membangun alam
ini, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengeksploitasi alam
tabii ini secara berlebih-lebihan dengan menggunakan pemahaman sains dan
teknologi mereka. Akibat daripada kerakusan. mengeksploitasi alam ini secara
berlebihan. (untuk mendapat keuntungan yang lebih), keseimbangan alam tabii mula
terganggu dan tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, gelombang
besar tsunami, hujan asid, gempa bumi, pemanasan global, pencemaran alam sekitar,
perubahan cuaca dan sebagainya, semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan
eko-sistem yang dilakukan. oleh tangan-tangan manusia. Memang alam ini perlu terus
dibangunkan, keselesaan hidup perlu ditingkatkan, teknologi perlu dibangunkan
selaras dengan keperluan manusia, namun apabila keseimbangan alam tidak
dikekalkan, kita mengundang mala petaka hasil perbuatan tangan kita sendiri.

Untuk mengatasi semua ini, alam sekitar perlu ditadbir urus melalui kaedah dan
pendekatan yang lebih seimbang dan menyeluruh. Pembangunan insan yang
berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama,
bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi
penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang
berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya masyarakat, perlulah diterapkan
kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam
tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak
mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Untuk membangunkan
masyarakat Hadhari yang berteraskan kepada ajaran Islam, usaha perlulah dilakukan
untuk membangunkan alam ini secara harmoni antara pembangunan manusia dan
pembangunan alam sekitar, di samping berusaha terus untuk mencapai kemajuan.

13
Sebagai penjawat awam kita perlulah mengambil bahagian dalam menyelamatkan
alam sekitar kita.Banyak cara yang boleh dilakukan agar alam semulajadi dapat
dipelihara dengan tidak melakukan kerosakan alam sekitar. Pihak pengurusan perlu
mengambil pendekatan untuk menanamkan sifat-sifat cintakan alam sekitar terutama
dipersekitaran tempat bekerja dengan mengamalkan 5s. Pihak pengurusan dan
penjawat awam yang lain perlu sentiasa menyokong dan menunjukkan contoh yang
baik pada masyarakat atas segala usaha kerajaan untuk memulihara alam sekitar,
kerana penjagaan alam sekitar adalah salah satu prinsip Islam Hadhari.

PRINSIP 10

KEKUATAN PERTAHANAN

Pendekatan Islam Hadhari melihat aspek pertahanan bukan sahaja isu-isu


yang meliputi kekuatan ketenteraan dan persenjataan, malah ia merangkumi
kekuatan diri, fizikal dan spiritual. Bangsa yang maju memerlukan umat yang dapat
mempertahankan diri dan negara daripada dicerobohi. Mereka perlu memiliki
kekuatan ketenteraan yang terkini bagi tujuan mempertahankan diri dan negara bukan
untuk menyerang dan menguasai bangsa lain. Kekuatan pertahanan akan menjamin
kestabilan, keamanan dan keselamatan negara yang membolehkan proses
pembangunan dilakukan secara berterusan. Perubahan suasana politik dunia global
masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi oleh sebahagian umat
manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan
mempertahankan diri. Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta
program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab membela
kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan
berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran
dunia semasa. (JAKIM: 2006: 30)

Melalui pendekatan ini, pertahanan bermula dengan kekuatan dalaman


(spiritual), yang akan menjana kekuatan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari akan
memastikan kemantapan jati diri dan kekuatan dalaman rakyat Malaysia serta
keupayaan mempertahankan negara dengan penuh kesungguhan. Negara perlu
menyediakan segala keperluan fizikal berupa prasarana dan peralatan perang yang
berteknologi tinggi dan terkini bagi mengekalkan keamanan. Peralatan tersebut
perlulah dibangunkan sendiri oleh pakar-pakar tempatan dari kalangan rakyat
Malaysia bagi mengelakkan pergantungan kepada pihak luar secara berterusan serta
mempertahankan maruah umat dan bangsa. Langkah ini adalah sebagai memenuhi
tuntutan fardu kifayah yang sangat bertepatan dengan kehendak ajaran Islam yang
menuntut umatnya menyediakan pasukan pertahanan yang lengkap sedia bagi
menjamin kedaulatan agama.

Keindahan Islam Hadhari terus meletakkan nilai kemanusiaan Islam yang


sebenar dan sekaligus mencerminkan dasar pendekatan yang bertamadun. Bahkan

14
salah satu prinsip kekuatan pertahanan adalah inspirasi kepada kejayaan dan
keintelektualan umat mengharungi dunia tanpa sempadan pada masa kini dalam
menghadapi musuh yang mendatang.

Setiap penjawat awam perlu bersedia dari sudut fizikal dan mental bagi
mengharungi cabaran pekerjaan yang tinggi terutama dalam melaksanakan tugas
yang berkaitan dengan orang awam. Sebagai barisan hadapan kita haruslah kuat jati
diri dan sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan dan berfikiran positif dalam
menerima teguran supaya dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Kekuatan pertahanan sewajarnya digandingkan dengan prinsip-prinsip yang


lain agar keseimbangan dalam kemajuan umat Islam dapat dicapai sekaligus menjadi
bangsa Melayu Islam yang disegani lawan. Perkara ini tidak mustahil akan dicapai
sekiranya pengurusan dan pentadbiran kerajaan yang sedia ada bukan sekadar
membuat dasar tetapi turut memantau terhadap perlaksanaan dan hasil
pencapaiannya nanti.

Bagi mewujudkan sebuah organisasi yang berkualiti, kerjasama antara penjawat


awam dapat dipupuk melalui:

i. Penyebaran nilai kerohanian yang tinggi melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan


bersama rakan sekerja .
ii. Penyebaran kerjasama untuk kebaikan dan kemuliaan masyarakat.
iii. Kerjasama membasmikan kejahatan, jenayah dan kekerasan.

Pendekatan Islam Hadhari mengajak umat Islam untuk mempertingkatkan kualiti


hidup bermasyarakat dan negara yang bertamadun yang mempunyai peradaban
unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa
sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jatidiri serta masalah
penjajahan pemikiran dan cara hidup. Ianya adalah pendekatan pembangunan
manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan
kepada ruang lingkup tamadun Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam
yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu
berdikari berdaya saing melihat ke hadapan (futuristik), inovatif sertacekap menangani
cabaran-cabaran semasa. Kekuatan sesebuah negara adalah bergantung kepada
kekuatan pertahanan dan kerjasama antara satu sama lain.

15
KESIMPULAN

Amatlah penting penjawat awam memahami dan menghayati Islam Hadhari sebagai
sistem kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun.
Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan
tanggungjawab akhirat. Islam Hadhari bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi
tumpuan kepada akhirat semata-mata. Kerajaan juga tidak pernah bersifat
sekularisme yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia semata-mata.
Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan
persiapan ukhrawi.

16