Anda di halaman 1dari 2

SYARAT SYARAT PERTANDINGAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK KEM KABOTA 2010 1.

. PERTANDINGAN MEMASAK Makanan perlu disediakan,dimasak dengan menggunakan kayu api yang disediakan sendiri oleh peserta. Masakan yang dimasak dengan menggunakan resepi yang tersendiri mengikut kreativiti unit masing-masing. Bahan asas yang disediakan oleh penganjur(telur,sosej dan roti) wajib ada dalam masakan tersebut. Masa menyediakan masakan adalah sejam sahaja. Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut; 1. Penyediaan makanan ( Kebersihan, penggunaan bahan api,kerjasama kumpulan ) 2. Kreativiti masakan / resepi / keunikan 3. Ketetapan masa 4. Rasa / penggunaan bahan asas yang dibekalkan Keputusan hakim adalah muktamad 2. PERTANDINGAN KAWAD KAKI Jumlah peserta adalah seramai 15 orang sahaja. Setiap peserta mestilah memakai pakaian seragam unit masing-masing semasa pertandingan ini. Disiplin asas kawad kaki ,keseragaman, adalah antara kriteria yang diambilkira dalam pemarkahan pertandingan. Keputusan hakim adalah muktamad 3. PERTANDINGAN GUBAHAN KREATIF Setiap unit dikehendaki menyediakan satu gubahan kreatif yang bertemakan bunga raya Bahan-bahan yang digunakan adalah berasal daripada bahan terbuang,terpakai dan disediakan oleh peserta sendiri. Pemarkahan adalah berdasarkan kepada kreativiti, bahan, kekemasan,ketepatan tema dan ketepatan masa. Keputusan hakim adalah muktamad

4. PERTANDINGAN PERSEMBAHAN Setiap unit perlu mempersembahkan satu persembahan tarian dan nyanyian unit masing-masing. Tiada peruntukkan masa untuk setiap persembahan Persembahan mestilah bertema perkhemahan unit beruniform Keputusan hakim adalah muktamad

5. PERTANDINGAN KHEMAH TERBAIK Semua khemah unit beruniform terlibat dalam pertandingan ini sama ada khemah yang disediakan penganjur atau khemah individu. Criteria pemarkahan adalah berdasarkan kepada keutuhan, kekemasan, kebersihan, kreativiti,keselamatan,keceriaan dan keunikan masing-masing. Semua unit diminta mengosongkan khemah semasa sesi pemeriksaan dan pemarkahan dilakukan. Keputusan hakim adalah muktamad

6. Peserta terbaik lelaki dan perempuan Ciri-ciri pemilihan adalah terletak kepada criteria-kriteria yang ditetapkan oleh penganjur. Keutamaan adalah kepada calon-calon murid yang berkebolehan memimpin, mempunyai disiplin yang baik sepanjang tempoh perkhemahan, menunjukkan penglibatan dan kebolehan yang maksimum,patuh dan rajin dalam segala aspek dan boleh manjadi role-model kepada peserta yang lain. Pemilihan peserta adalah dibuat dari hari pendaftaran hingga majlis penutupan program perkhemahan ini.