Anda di halaman 1dari 1

PANTUN BERKAIT JASA GURU Pagar teguh dibina baru, Padu berdiri di tepi istana; Besar sungguh jasa

guru, Ilmu diberi bagai permata. Padu berdiri di tepi istana, Bunga hiasan naik menjadi; Ilmu diberi bagai permata, Membina insan baik pekerti. Bunga hiasan naik menjadi, Bunga biru dua jambangan; Membina insan baik pekerti, Jasa guru dilupa jangan. Bunga biru dua jambangan, Cempaka baru digubah dara; Jasa guru dilupa jangan, Tanpa guru siapalah kita.