Anda di halaman 1dari 1

CARA MENJAGA AKUARIUM

Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.

Penjagaan harian
Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.

Penjagaan mingguan
Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan.

Anda mungkin juga menyukai