Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS JALAN BEHOR PULAI 01000 KANGAR PERLIS

KERTAS CADANGAN KURSUS KEPEGAWAIAN OLAHRAGA

TARIKH 24 Februari 2013

TEMPAT IPG KAMPUS PERLIS

ANJURAN GURU PELATIH PISMP SEMESTER 5 OPSYEN PENDIDIKAN JASMANI AMBILAN JANUARI 2011

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dihasilkan adalah untuk: 1. Membolehkan guru pelatih menguasai dan mendalami kemahiran kepegawaian olahraga. 2. Mendapatkan kelulusan dan bantuan kewangan dari pihak pentadbiran IPG Kampus Perlis. 3. Mendapatkan kebenaran untuk memohon bantuan kewangan ataupun penajaan dari pihak luar. 4. Memohon kerjasam dari agensi-agensi yang berkaitan dengan Kursus Kepegawaian Olahraga. 2.0 PENGENALAN Kursus Kepegawaian Olahraga bagi subjek kokurikulum yang akan dilaksanakan ini merupakan satu wadah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran pengurusan, motivasi serta kesedaran tentang peranan dan tanggungjawab bakal guru dalam mengendalikan sesuatu kejohanan olahraga di sekolah kelak. Melalui kursus ini, bakal guru akan didedahkan bukan sahaja secara ilmiah tentang proses pengendalian kursus sebagai pegawai sukan malah akan dapat menimba pengalaman serta pengetahuan baru tentang undang -undang dan peraturan KOM dan IAAF serta pengurusan teknik kejohanan. Secara tidak langsung, guru boleh memindahkan maklumat dan info yang diperolehi kepada orang lain atau masyarakat. Selain itu, kursus ini mendidik guru pelatih supaya dapat mengaplikasikan kemahiran-kemahiran kepegawaian apabila berada di sekolah nanti. Untuk mencapai hasrat ini, bakal-bakal guru perlu mempunyai pengetahuan dan keyakinan mengenai bagaimana mengendalikan kejohanan olahraga di sekolah. Sehubungan dengan itu, program ini juga umpama landasan dalam membentuk bakal guru yang berkaliber. Ini dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya meningkatkan potensi individu ke tahap yang optimum. Justeru, pendedahan bakal guru kepada mengurus kursus ini akan dapat meningkatkan penguasaan guru dalam menguruskan program berkaitan di sekolah.

3.0 OBJEKTIF Dengan program kursus ini, guru pelatih diharap dapat: 1. Meningkatkan kemahiran dan mengaplikasikannya dalam bidang pengurusan bagi Kejohanan Olahraga Sekolah kelak. 2. Memperkayakan idea-idea dan pemikiran dengan berkongsi ilmu dan pengalaman bersama pihak dan agensi luar. 3. Mengumpulkan maklumat tentang kepegawaian olahraga dan dapat dikongsikan kepada murid-murid apabila mengajar kelak. 4. Memahami dengan jelas akan tugas-tugas kepegawaian. 5. Membina ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara satu sama lain dengan pihak dan agensi luar. 4.0 NAMA PROGRAM Kursus Kepegawaian Olahraga 5.0 TARIKH, MASA DAN HARI 6.0 TEMPAT Dewan Pulai 1 dan Padang IPG Kampus Perlis 7.0 ANJURAN Guru Pelatih Semester 5 Pendidikan Jasmani ambilan Januari 2011 IPG Kampus Perlis. 8.0 KUMPULAN SASARAN Semua guru pelatih PISMP Semester 5 Ambilan Januari 2011 9.0 TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran A

10.0 AHLI JAWATAN KUASA Rujuk Lampiran B

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran C 12.0 CENDERAMATA Sumbangan Unit Latihan dalam Perkhidmatan IPG Kampus Perlis 13.0 PENUTUP Dengan izin Tuhan, pihak kami amat berharap program ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya sekaligus mendapat kelulusan dari pihak Tuan, agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Segala kerjasama dan jasa baik Tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Tuhan memberkati niat murni kami ini dan pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

Disediakan Oleh,

(MUHAMMAD FAIS B YUSUF) Setiausaha, Kursus Kepegawaian Olahraga Disemak Oleh, (MARIANI BT ALI) Pensyarah Penasihat, Kursus Kepegawaian Olahraga Disokong Oleh, (NORYATI BT ISMAIL) Ketua Unit Kokurikulum, IPG Kampus Perlis.

Diluluskan Oleh, (EN TAN YING KEE) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Lampiran A

TENTATIF PROGRAM Kursus Kepegawaian Olahraga Tarikh Masa 1500 15 Mac 2013 (Jumaat) 1600 1700 1830 0800 0900 1030 16 Mac 2013 (Sabtu) 1100 1230 1430 1645 1700 1830 Aktiviti Pendaftaran peserta dan taklimat Pengenalan mengenai kepegawaian Undang-undang dan peraturan KOM dan IAAF Bersurai Undang-undang dan peraturan KOM dan IAAF Pengenalan Pertandingan 1 Kudapan Pengenalan Pertandingan 2 Makan Pengurusan Teknik Kejohanan Minum Petang Amali Bersurai

Lampiran B

Ahli Jawatankuasa Program Induk Penaung Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari : Encik Tan Ying Kee : Puan Mariani bt Ali : Mothy Majitol : Mohd Syameer b. Mohd Jamil : Muhammad Fais b. Yusuf : Mohd Khairi b. Mohd Zain

Pelaksana Pendaftaran : Muhammad Hafizzi b Kamaronzaman Roslina bt Amir Protokol : Muhamad Muiz b Muhamad Bazli Azeatul Syazni bt Mohamad Paris Perhubungan : Mohamad Ubaidillah b Mohamad Fatimah bt Zainal Abidin Sijil dan cenderamata : Muhammad Hilmi b Md Akhir Rodhiah bt Md Rosdi Makanan dan minuman : Mohd Mubarrak b Bahdon

Nur Izza Raihan bt Norsidek Buku program : Choong Chee Lun Foo Lichen Persiapan tempat : Muhammad Farhan b Abdul Karim Nurul Nabila bt Shari Hadiah dan cenderamata : Muhammad Kamal b Harun Izelda Zamira bt Idzeham Dokumentasi : Ahmad Fikri b Ahmad Nazari Norhannan bt Ramli Alatan dan bahan kursus : Ahmad Syafiq b Adnan Siti Munirah bt Ismail Kebajikan : Ahmad Fitri b Che Hasim Amalina Syakirah bt Mat Zin Siaraya : Muhammad Afif Hafifi b Mohd Saad Maalini A/P Rajenora

Tugas khas :

Mohd Zakiran b Ali Nik Noor Shahida Badriah bt Nik Johan

Lampiran C

Anggaran Perbelanjaan Bil Perkara 1 2 3 4 5 6 7 Makanan Peserta Makanan Urusetia Bayaran Tenaga Pengajar Hadiah dan Cenderamata Air Mineral Kertas A4(80gsm) Lain-lain Modul Kursus JUMLAH Sumber Peruntukan IPG ULDP Bilik Stor IPG Bilik Stor IPG Yuran Peserta Keterangan RM 12 x 207 org RM 12 x 35 org RM 120 x 10 Jam Untuk tenaga pengajar 15 Kotak 1 Ram RM25 x 237 5925 4564 Jumlah (RM) 2484 420 1200