Anda di halaman 1dari 71

Penulisan Kreatif

NAMA

NO. KAD PENGENALAN :

NO. MATRIK

ANGKA GILIRAN

MATA PELAJARAN

PSE 3102 PENULISAN KREATIF.

KUMPULAN

NAMA PROGRAM

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN

NAMA PENSYARAH

NAMA IPG

AKUAN PENULIS

Bahawa sesungguhnya hasil karya kreatif ini ialah hasil ciptaan saya sendiri tanpa diciplak, ditiru atau diplagiat daripada mana-mana sumber media elektronik atau media cetak. Karya ini tidak pernah disisarkan dalam mana-mana media massa.

Nama

Tanda tangan

No. Kad Pengenalan

KANDUNGAN

BAHAGIAN A CERPEN 1 : CERPEN 2 : CERPEN 3 : CERPEN 4 : CERPEN 5 :

SYAWAL YANG DINANTI TIADA SIAPA YANG TAHU DEMIMU NENEK KASIH SEORANG KAKAK DEMAM BAIK

BAHAGIAN B SAJAK 1 SAJAK 2 SAJAK 3

: : :

SYAWAL YANG SEPI RAMADAN DAN SYAWAL PERTEMUAN DAN PERPISAHAN

SAJAK 4 SAJAK 5

: :

HARGAI KEAMANAN PENGORBANAN IBU

BAHAGIAN C PANTUN SYAIR

: :

MARI BERKAWAN ADUHAI ANAKANDA JIKA KAMU

GURINDAM :

CERPEN
4

TAJUK

SYAWAL YANG DINANTI

Murni, sudah hampir dua tahun mak merayu kepada kamu. Mak berharap kepada kamu, tapi mengapa hati kamu begitu keras? Dalam linangan air mata, mak merenung wajah Murni.

Murni membatukan diri tanpa sebarang reaksi. Bukan tidak kasihan kepada emak, bukan tidak luluh hatinya dengan rayuan dan airmata emak, namun luka yang berparut amat payah untuk dipulihkan. Saban waktu, berasa dirinya dalam kesakitan yang tidak mampu diluahkan. Membesar dengan keperitan dan penghinaan, menjadikan hatinya keras. Dia tidak mungkin mengalah. Luka yang berparut mengajar erti sebuah ketabahan. Tabah yang tidak mungkin semudah itu untuk dia melupakan kepahitan yang terpalit. Murni, kasihanilah kepada emak. Air mata emak semakin galak mengalir. MakMurni sayangkan mak. Hanya mak yang Murni ada sepanjang hidup Murni. Hidup Murni adalah untuk mak. Tulus Murni berkata. Kasihanlah kepada ayah kamu. 5

Murni tak ada ayah, mak!, tegas suara Murni. Kamu tidak boleh menolak hakikat. Mak juga bertegas. Hakikat apa mak? Hakikat siapa ayah Murni? Hakikat mengapa hidup kita dihina dan dicerca?, tinggi suara Murni. Wajahnya sebelum ini dalam matanya. Murni tak membesar macam anak-anak orang lain, tambahannya lagi dengan suara yang perlahan berbaur pilu. Lupakanlah cerita lama, Murni. Perkara itu dah lama berlalu. Emak seakan memujuknya. Murni mengeluh berat. Dia menggeleng. Kemarahan jelas pada wajahnya saat itu. Bukan mudah, mak. Hati Murni sakit. Jiwa Murni berdarah kerana ayah. Itu cerita lama, Murni,ulang emak lagi. Cerita lamalah yang buat kita menanggung

keperitan hingga ke hari ini. Kalau bukan kerana ayah, takkan hidup kita begini?. Suara Murni menjadi sebak. Ayah meninggal. Murni tak nak tengok dia. Bagi Murni, ayah dah lama meninggal. 6 nak sangat jumpa Murni sebelum dia

Tak baik kata begitu kepada ayah, Murni,ujar emak dengan lembut. Lebih baik tidak berayah daripada punyai ayah macam tu! Ayah yang meninggalkan penghinaan dan kejian kepada anaknya. Dalam suara serak menahan tangisan, Murni melontarkan persaannya yang

berbuku.Parut luka dalam hatinya yang ditinggalkan ayah bukan mudah untuk disembuhkan. Setiap waktu, dia dibayangi kepahitan yang mencengkam perasaan. Membesar dalam kejian, pandangan sinis daripada teman-teman dan jiran-jiran bagaikan sebati dengan dirinya.

Air matanya bukan sedikit yang mengalir. Sesekali, dia berasa tidak mahu hidup, semuanya kerana ayah. Adakalanya dia bagaikan hilang pertimbangan, mujurlah semangat daripada emak menjadi kekuatan dirinya. Ayahnya adalah seorang penagih dadah. Ayahnya mula menagih ketika umurnya tujuh tahun. Menghadapi masalah kewangan kerana diberhentikan kerja ketika musim gawat, membuatkan ayahnya mengambil jalan singkat, mencari ketenangan dan kedamaian di jalan yang salah. Dengan cara yang akhirnya memusnahkan diri. 7

Sejak itu, ayah bertukar sifat. Ayah jadi pemarah dan pembengis. Emak yang menjadi mangsa kemarahan ayah. Di hadapan mata Murni, emak diherdik dan dibelasah ayah. Barang kemas yang tersarung di tubuh emak semuanya dijual oleh ayah. Semuanya kerana ketagihan ayah kepada musuh negara itu.

Hati

anak

kecil

seperti

Murni

mula

bertunas

kemarahan dan kebencian terhadap ayah. Ketagihan ayah juga menjarakkan kemesraan dan kasih sayang seorang anak kecil dengan ayahnya. Ayahnya kerap keluar masuk pusat serenti, kononnya untuk pemulihan.

Setelah

ditangkap

ketika

hanyut

dalam

dunia

jahanamnya, namun ayah tidak pernah berubah dan serik. Hanya sebulan dua, ayah kelihatan insaf. Selepas itu, setelah gagal mendapat pekerjaan, ayah kembali mencari ketenangan dengan kawan-kawannya yang sama-sama kemusnahan. melorongkan dirinya ke lembah

Emak adalah isteri yang terlalu setia. Sesekali Murni bosan dan jengkel dengan kesetiaan emak terhadap ayah. Emak tetap menerima ayah biarpun tubuhnya 8

akan menjadi sasaran belasahan dan wang jualan kuihmuih habis dirampas ayah untuk membeli dadah.

Membesar dengan sikap ayah yang begitu, Murni benar-benar menjeruk rasa. Dia malu dengan umpat keji dan cemuhan orang-orang kampung terhadap ayah. Kesannya adalah Murni yang merasai semua itu. Di sekolah, dia dipulau dan dipanggil anak penagih. Semua itu membuatkan kebencian setiap Murni hari terhadap hingga ayah

sentiasa

merimbun

akhirnya

membusung tinggi dan tidak terbendung lagi perasaan tidak sukanya terhadap ayah kandung sendiri. Baginya ayah adalah mayat hidup yang sudah lama mati daripada hidupnya. Emak memang tidak suka Murni berprasangka begitu terhadap ayah. Emak tetap mahu mengasihi dan menyayangi ayahnya. Tidak mungkin! Perasaan Murni memberontak.

Sejak dua tahun lalu, ayah terlantar sakit di Asrama Pelindung, sebuah penempatan yang menempatkan pesakit-pesakit AIDS. Ayah disahkan menghidap AIDS sejak dua tahun yang lalu. Ayah benar-benar lemah. Mukanya cengkung, matanya selalu berair. Ayah sudah

benar-benar tidak berdaya. Hendak mengangkat tangan untuk meneguk minuman pun perlu dibantu.

Emak memang mahu membawa balik dan menjaga ayah di rumah tetapi semua keluarga dan sanak saudara menghalang. Mereka melarang keras kemahuan emak itu. Pihak hospital juga tidak menggalakkan ayah dirawat di rumah kerana keadaan ayah sentiasa ada

kemungkinannya. Berada di asrama dengan temanteman senasib dan jururawat-jururawat yang terlatih menjaga pesakit seperti itu, keadaan ayah lebih baik berada di sana.

Dua tahun ayah di Asrama Pelindng, tidak pernah sekali pun Murni melawat ayah. Biarpun setiap kali bercuti dari universiti, emak sentiasa memujuk namun kebencian dan kemarahan Murni terhadap ayah tidak layak dimaafkan. Setiap kali menjelang Hari Raya, emak semakin galak memujuk dan menggesa Murni tetapi Murni tetap membatukan diri. Kamarahannya tidak pernah terhakis oleh air mata emak yang amat dikasihinya.

10

Seminggu lagi, Syawal akan menjelma. Pujukan emak kembali berlagu di telinga Murni. Rayuan emak menjadi nada tetap halwa telinga Murni setiap hari. Ada kalanya Murni menjadi rimas dan bosan dengan kemahuan emak itu. Murni sudah lama melupakan ayah dan menganggap ayahnya sudah mati. Kasihanilah ayah, Murni. Suara emak bergema lagi dalam esak tangis. Murni hanya memandang kosong wajah emak sekosong jiwanya saat itu. Murni, emak rayu kepada Murni, tolonglah pergi jenguk ayah. Ayah nak sangat jumpa Murni. Ayah nak sangat tengok anaknya. Emak memeluk kemas bahu Murni. Ayahdah terlalu nazak, bila-bila masa, saat ayah akan tiba. Maktak nak Murni menyesal. Mak tak nak hasrat hati ayah kempunan begitu sahaja. Murni tak akan menyesal, mak, tegas Murni menjawab. Murni, anak apakah Murni ini?, suara emak tinggi. Murni agak tersentak. Tidak pernah lagi dia mendengar suara emak setinggi itu terhadapnya selama ini. 11

Memang ayah Murni menagih dadah. Ayah abaikan Murni sebagai anaknya. Murni malu kerana ayah. Tapi, hakikat tak akan berubah. Walaupun seribu kali Murni menafikan, dia tetap ayah Murni sampai bila-bila. Ikatan yang telah terjalin sejak Murni dalam perut mak tak akan terlerai hingga ke liang lahad. Merah wajah emak setelah melontarkan kata-kata. Murni terkedu. Terpana. Tidak sangka emak akan setegas itu kali ini. Selama ini emak yang mengalah dengan ketegasan Murni. Murni sudah besar, Sudah terlalu dewasa dan menilai apa yang terjadi. Untuk berfikir secara matang tentang takdir yang kita lalui. Mak kesal kerana fikiran Murni dalam hal ini masih lagi kebudakan.

Murni

menelan

liur

dengan

kata-kata

emak.

Suaranya seolah tersekat untuk menjawab. Kalau Murni tidak mahu melawat ayah, Murni jang an bersalam dengan mak pagi Syawal nanti. Emak berlalu meninggalkan Murni yang masih dalam terkejut dengan tingkah emak kali ini. Murni benar-benar dalam

kekeliruan. Dia mencongak dan cuba memahami katakata emaknya itu. Kata-kata 12 seseorang yang

membesarkannya. Biarpun emak tidak bersekolah tinggi, tidak bekerjaya hebat, hanya seorang pembuat kuih yang amat dikenali, namun kata-katanya bernas

menusuk sanubari Murni.

Sudah dua tahun lebih Murni tidak melihat ayahnya. Tiada rindu yang tersimpan. Kasih yang bersandarkan ikatan, telah lama lenyap dari kolam hatinya. Tetapi saat ini, detik ini, di pagi Syawal yang mulia, melihatkan sekujur tubuh kurus yang terbaring lesu tidak berdaya, merobohkan tembok kebencian dalam diri Murni.

Meruntuhkan keegoan seorang anak. Dia tidak mampu menafikan lagi darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah lelaki tua yang kini sedang meniti kesakitan yang teramat sangat. Murnianak ayahayah sayangkan Murni. Ayah mintamaaf keranatidak mampu menjadi seorang ayah sebagaimana layaknya kepada Murni. Mulut itu terkumat-kamit menuturkan kata dalam kepayahan. Emak di sisi Murni, sudah rejuh air mata di pipinya. Murni ampunkan ayah. Ayah bangga dengan Murni keranaMurni telah berjaya, jadi anak yang berguna. Hanya satu yang ayah nak minta daripada Murni 13

AyahMurni yang bersalah. Murni tidak patut buat ayah macam ini. Murni tak patut benci ayah dalam sebak yang tidak mampu di kawal, Murni menyambut tangan yang di hulurkan ayahnya. Tangan tua yan lemah itu di salam, dicium sepenjuh jiwanya dengan air mata yang mengalir bagaikan empangan yang pecah. Lupa segala perlakuan ayah yang selama ini amat bencinya. di

Mata tua ayah terkebil-kebil memandang wajah Murni. Sinar kasih yang mampu dizahirkan dengan katakata terungkap melalui pandangan. Ayah nak apa? Murni akan tunaikan. Katakanlah ayah Muni berbisik lembut ke telinga ayah. Bila ayah dah tak ada, Murni sedekahkanlah alFatihah dan doa untuk ayah sentiasa. Doa anakyang baik, akan dimakbulkan dan akan sampai kepada orang tuanya. Murni anak yang baikdoakanlah untuk ayah ya, nak. Ayah semakin lemah setelah berkata-kata nafasnya turun naik. Matanya penuh sayu memandang Murni dan emak. Emak mendekatkan bibirnya ke telinga ayah. Pegangan tangan ayah pada tangan Murni yang erat semakin longgar. Mata tua itu telah terpejam. Tubuh 14

kurus itu telah memandang kaku, Murni memandang dengan seribu perasaan berbaur. Namun, dia pasrah dan reda dengan ketentuan yang telah tersirat. Dahi ayah yang bening tidak bernyawa lagi di kucup lembut. Dalam hati dipanjatkan doa agar roh arwah ayah dalam ketenangan.

Syawal kali ini amat berbeza dengan Syawal yang pernah di nikmati sebelum ini. Syawal kali ini

meninggalkan kenangan yang abadi menjadi sejarah yang tidak akan mungkin dilupakan selamanya. Syawal yang akan dikenang sepanjang nafasnya. Keheningan Syawal yang kali ini membawa seribu pengertian, mengajarnya erti kasih sayang dan makna sebuah kehidupan yang akan mematangkan dirinya.

15

TAJUK

TIADA SIAPA YANG TAHU

Huh.Terdengar keluhan dilepaskan. Perlahanlahan Azeera merebahkan diri di atas katil. Kepenatan agaknya, maklumlah baru pulang dari sekolah. Berjalan kaki sejauh tiga kilometer hanya disebabkan ketinggalan bas. Terleka sementara melayan kepenatan, teringat kembali ketika berada di Tingkatan 4 Sains1. Assalamualaikum. Muncul seorang lelaki,

berpakaian agak kemas. Kelihatan segak dan kacak dengan rambutnya berjuntai menutup dahi. Waalaikumsalam, berada di dalam kelas. Beb, mimpi apa kau datang awal ni?. Azeera bersuara berkata Aku mimpi, mak aku bising sebab aku datang sekolah lambat, tu la pasal, pecah gelak mereka berdua. Habis tu, kiranya ni, kau bangun awal la ni, Azeera bersuara lagi. 16 apabila Amien, lelaki tadi menghampiri jawab pelajar-pelajar yang

mejanya untuk duduk. Amien hanya tersenyum lalu

Sebelum mak ayah aku bangun lagi, aku dah bangun dulu. Pecah lagi gelak tawa mereka. Di dalam kelas, Amien dan Azeera memang berkawan rapat sehingga ada mulut-mulut yang becok membuat khabar angin yang tidak baik tentang mereka. Kalau nak diikutkan, meja yang Amien duduk hanya membelakangi Azeera. Jadi, mereka cepat mesra. Tapi, Amien agak liar. Dia selalu ponteng kelas, tidak membuat kerja sekolah yang diberi guru tetapi dia adalah seorang pelajar yang pintar di dalam kelas. Apabila Amien ponteng kelas, selalunya Azeera tolongtolong cover kan si Amien ni. Macam biasa, Amien kan lakukan projek dia, ponteng sekolah Wei, Zee hari ni aku malaslah nak pergi sekolah, aku lepak-lepak dekat shopping mall macam biasa, suara Amien kedengaran di corong telefon. Mien, habis tu aku nak cakap apa kat cikgu Molly? Karang dibelasahnya aku. Mati aku!!!. Nada marah Azeera bergema. Alah pandai-pandai lah ko usha si Molly tuh. Malas pula Amien mahu melayan Azeera.

17

Banyak la cekodok basi kau!! Asyik muka aku je yang bagi alasan, mestilah cikgu Molly tu bising!. Azeera sudah mula rimas. Aku tak nak dengar apa-apa alasan. Yang penting kau buat. Nanti aku bagi barang baik punya... Amien mula membodek. Kau nak bagi apa?!. Azeera pancing. Adalahyang penting kerja kau settle!, tegas Amien. Hmm. Azeera hanya mengiakan. Kadang-kadang dia rasa penat dilakukan sebegitu. Terasa dipergunakan. Esoknya, di kelas Azeera, apa lagi alasan yang kamu nak bagi pada saya? Tolonglah, saya dah bosan dengar alasan awak. Kejap bapak dia sakit, mak dia pergi hospital kena hantarkan, menggeleng. Kamu tahukan Amien tu pandai? Semua guru-guru sayangkan dia. Kamu nak sia-siakan kawan kamu dengan membantu dia ikut cara jalan yang salah. Cikgu berpaling muka kearah tingkap. bangun lambat. Cikgu Molly hanya

18

Kali ini, cikgu tak akan biarkan perkara ini berulang kembali. Cikgu mula bergerak ke hujung penjuru bilik guru. Terdapat sekeping papan sebesar saiz kertas mahjong, lalu menulis sesuatu di papan tersebut. Azeera mula menyebut tulisan cikgu Molly satu persatu. Huh! Takkan aku nak buat macam tu kotAmien puncaAmien!!! Jerit Azeera dalam hati. Nah, kamu berdiri di dataran sambil pegang papan ni, arah cikgu Molly. Papan tersebut tertulis SAYA TOLONG KAWAN SAYA PONTENG SEKOLAHJADI, SAYA FIKIR SAYA PATUT RASA BERSALAH.

Dataran tersebut berada di antara deretan kelas tingkatan tiga dan tingkatan lima. Dengan panas terik, Azeera teguh berdiri ala-ala tugu negara di sisi papan tersebut. Sambil mulutnya terkumat-kamit memuntahkan kata nista terhadap rakannya sendiri, Amien. Woi! Asal kau tak angkat phone, aku punya mesej pun kau tak balas. Kau kenapa?. Amien cuba mengejar Azeera yang sudah jauh di hadapan. 19

Tolonglah, jangan ganggu aku lagi. Azeera berhenti dan berpaling menghadap Amien. Kelopak matanya mula bergenang. Kenapa? Apa salah aku? Apa silap aku sampai kau nak boikot aku macam ni sekali?. Tanya Amien dengan perasaan pelik. Mana tidaknya, bila Amien cuba untuk mendekatkan dirinya dengan Azeera, Azeera cepat-cepat melarikan diri. Aku benci kan kau! Kaulah punca segala punca!. Azeera mula menangis. Belum sempat Amien bersuara, Azeera terus berlari. Amien terus diburu keresahan. Tiba-tiba Papp!. Satu tepukan hinggap di belakang bahu Amien, Amien terus berpaling Ohh!...kau Ijat. Amien bersuara. Beb, aku rasa kau ada masalah dengan minah tu, kata Ijat kepada Amien. Kau tahu ke kenapa Azeera jadi macam tu?. Amien mula menyoal, dia rasa Ijat tahu tentang hal itu. Ijat pun menceritaka apa yang sudah berlaku. Amien agak terkejut dan kasihan terhadap Azeera.

20

Beberapa hari mereka tidak bertegur sapa. Rakanrakan sedar akan ketidakmesraan mereka. Amien cuba untuk berbincang, tetapi Azeera sering saja berjauhan dari dirinya. Azeera pula kadang-kadang berasa kasihan melihat Amien tidak seceria dahulu, tetapi apabila mengenangkan apa yang berlaku, dia jadi mulai benci kepada Amien.

Sehingga suatu hari, mereka bertembung di taman permainan, berdekatan dengan rumah Azeera. Amien nekad untuk meminta maaf. Walaupun Azeera, tidak menoleh kepadanya. Azeera!...Azeera!.... jerit Amien. Azeeratunggu!.... jerit Amien lagi sambil mengejar Azeera yang melangkah laju. Azeera malas hendak

menoleh apatah lagi bercakap dengan mamat tak serupa bikin itu. Azeera terus melangkah laju melihat jalan raya, tanpa menoleh walau sekali. Ponn!!... kedengaran hon sebuah kenderaan. Ahh..!!!. Azeera menjerit. Dia berasa sangat kaku. Tiba-tiba terasa badannya rebah ke tepi jalan. Walaupun rasa sakit, tapi dia tetap gagahkan diri untuk melihat siapa yang menolak dirinya.

21

Amien..!!!.

di

depan

matanya,

beg

Amien

tersangkut dibesi berdekatan tayar lori tersebut, dan Amien terseret ketika lori itu cuba berhenti. Tragedi tersebut sungguh mengerikan. Ketika lori tersebut berhenti, Azeera cepat-cepat lari kearah Amien yang sudah terkulai di tepi jalan. Azeera sudah tidak peduli orang di sekelilinginya. Yang berada di fikirannya hanyalah Amien. Amien sudah tiada. Terkulai di pangkuan Azeera. Banyak darah mengalir keluar dari badan Amien. Amien!!.... Azeera menjerit sekuat hatinya. Azeera, penat ibu jerit, panggil Azeera. Pintu bilik terkuak. Azeera tersedar dari lamunannya. Ada apa ibu?. Azeera menyeka air matanya. Tak sedar dia sudah setengah jam terperap di dalam bilik mengenangkan peristiwa lima bulan lepas. Kenapa dengan anak ibu ni?. Puan Aliyyah mula duduk di atas katil. Takde apa-apalah ibu. Azeera mula berdalih. Ni, mesti teringatkan arwah Amien. Ibunya dapat meneka akhirnya. Dah la tu, jangan difikirkan sangat, yang pergi tetap pergi, kita yang hidup ni teruskan hidup Dah jom turun 22

makan. Ibu dah siapkan makanan kegemaran Azeera, ikan pari masak asam pedas. Ibu bersuara lagi. Azeera pergi mandi dulu, nanti Azeera turun, kita makan sama-sama. Azeera berlalu sambil mengambil tualanya yang tersangkut di belakang pintu biliknya. Ibu beredar keluar dari biliknya. Lantas mata Azeera terpandang sekeping kertas di atas meja belajarnya. Di buka kembali kertas ituwalaupun sudah banyak kali Azeera membacanya, namun sedikit pun tidak pernah berasa bosan. Hari ini kita gaduh, Bila kita bertembung, Awak dah tarik muka masam Bila kita selisih, Awak cepat lari dari saya Sedihnya saya.

Bila saya Nampak awak, saya panggil awak Awak buat donnow je, Rupanya saya panggil dalam hati, Bodohnya saya!

Hari ini saya gembira sangat, Saya nak minta maaf dekat awak, Takut menyesal kelak, AWAKLAH KAWAN SAYA SELAMANYA. 23

SAYA SAYANG AWAK. amienAir mata Azeera jatuh lagi. Kemudian dia tutup kembali surat tersebut. Surat tersebut diberi

kepadanyaketika di hospital. Ibu bapanya menjumpai surat tersebut di dalam kocek seluar arwah Amien. Rupanya dia sudah mengetahui ajalnya sudah hampir. Sebelum masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri, dia meletakkan jam tangan pemberian arwah Amien. Aku sudah memaafkanmu Amien. Semoga rohmu aman di sana. Doa Azeera di dalam hati.

24

TAJUK

DEMI NENEK

Dahulu, aku dan nenek tidaklah serapat mana. Memandangkan keluargaku tinggal jauh di seberang laut, terpisah oleh Laut China selatan, amat jarang sekali kami dapat pulang ke kampung nenek.Namun semenjak pemergian mama, aku terpaksa tinggal dengan nenek dan atuk. Ketika itu aku sedang meningkat remaja.Aku ingin kebebasan, tapi sebaliknya nenek bersikap sangat mengongkong. Seringkali juga aku dan nenek

bercanggah pendapat. Pernah aku tidak bertegur sapa dengan nenek berbulan-bulan lamanya. Adakalanya aku mengelak dari bertembung dengan nenek.

Acapkali aku menjauhkan diri dari berbual mesra dengan nenek. Semuanya kerana tidak betah, tidak serasi dan tidak punya keinginan untuk serapat itu. Nenek tidak seperti nenek orang lain. Dia terlalu garang! Tutur bahasanya juga kasar dan menyinggung perasaan. Nenek tidak pandai memujuk hati seorang cucu seperti aku. Apa sahaja yang aku buat, salah di matanya.Semua serba tak kena. Disebabkan itu, aku lebih senang menganggap diri ini tidak mempunyai nenek.

25

Namun kini, mengapa pemergian nenek menghadap Ilahi benar-benar merentap tangkai hatiku. Kenapa aku beria-ia menangis di hadapan jenazah nenek sebelum dia dibawa pergi untuk dikafan dan disembahyangkan dan seterusnya dikebumikan? Kenapa aku masih terasa kesayuannya biarpun sudah lebih tiga minggu nenek selamat menemui Ilahi?Kenapa? kenapa agaknya?Jawapan yang aku cari selama ini ruparupanya ada dalam diriku sendiri. Aku dan nenek sebenarnya terlalu rapat dari segi batin, tidak dari segi zahir. Antara kami banyak persamaan nya tanpa disedari. Biar sekuat mana aku cuba manipu diri sendiri, biar setabah mana pun aku mengumpul semangat, akau masih terus-terusan tidak mampu menghadapi

kehilangan ini.

Entah bagaimana aku boleh jadi serapat itu dengan nenek semenjak setahun kebelakangan ini. Mungkin perubahan sikap nenek sendiri. Semenjak pemergian arwah atuk, nenek jadi semakin lembut. Tutur katanya tidak lagi seperti halilintar membelah bumi, sebaliknya suaranya kedengaran lemak merdu terutama ketika mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran. Masanya banyak dihabiskan di atas sejadah. Aku sangat terharu diatas 26

perubahan sikap nenek. Paling menyenangkan aku apabila sesekali nenek berjenaka dan bergurau senda. Mungkin nenek cuba menyembunyikan lara di hati. Nenek merindui atuk! Rindu yang bukan kepalang. Pernah aku terlihat nenek menangis teresak-esak di bawah pokok durian yang ditanam oleh atuk. Nenek terbayangkan atuk yang sedang mengutip buah durian yang gugur! Sedangkan ketika itu atuk sudah pergi untuk selama-lamanya. Pokok durian itu terpaksa ditebang untuk melupuskan kenangan mendalam nenek terhadap atuk. Kini rindu itu pasti terubat apabila nenek mengikuti atuk genap setahun pemergiannya. Mengimbau kenangan saat saat akhir bersama nenek, aku bagai menyalahkan takdir. Ketika aku baru merasai nikmat bahagia dalam ertikata sebenar

bersama nenek, takdir telah menentukan yang nenek tersayang akan pergi meninggalkan dunia ini. Namun, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku sempat juga meminta maaf, berbisik rapat di telinga nenek malam sebelum pemergiannya.

Entah mengapa malam itu, hati aku berdebar-debar dan sayu. Selepas menukar lampin pakai buangnya dan 27

membacakan surah Yaasin buat nenek, aku dekati nenek yang semakin uzur semenjak menderita sakit lumpuh dua bulan lalu. Nenek tidak boleh bercakap langsung, hanya sepasang renungan matanya yang bundar menyimpan seribu erti. Nenek tidak lepas merenungku. Hati kecilku tersentuh. Aku pegang jari jemari nenek dan aku urut-urut lembut. Aku usap anakanak rambut yang menutupi dahi tuanya. Perlahan aku kucup jari-jemari nenek yang tidak bergerak, kaku. Mata nenek masih memandangku. Nenek ujarku lembut. Terima kasih banyak! Tangan nenek inilah banyak jasanya aku kucup lagi jari-jemari nenek. Airmata mulai lebat di pinggir kelopak mata. Jasa dan budi nenek menjaga Kama sehingga

dewasa tak tahu bagaimana nak Kama balas.Kama minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas segala salah silap dan dosa-dosa Kama terhadap nenek selama ini suaraku putus di situ. Aku cuba

menahan suara esakanku, namun sia-sia. Semakin kutatap wajah nenek semakin kuat esakkanku. Nenek memejamkan matanya sebelum kembali memandangku.

28

Kama mahu lihat nenek sihat semula, boleh bangun dan bercakap, bergurausenda seperti dahulu. Kama mahu lihat nenek tersenyum, bolehkan, nek? Tiada reaksi daripada nenek. Aku semakin gelisah. Puas

kupanjatkan doa kepada Allah agar dipanjangkan usia nenekku, namun bila melihat keadaan nenek yang semakin uzur, aku jadi tak sampai hati melihat nenek terus-terusan begitu. Pipi nenek cengkung. Nenek tidak lalu makan sejak dua hari lalu. Kalau boleh kata-kataku berhenti sejenak. Kama nak nenek ada pada majlis konvokesyen Kama nanti. Nenek mesti adamesti tau! Airmataku turun laju membasahi pipi. Tanpa kuduga, kata-kata itu membuatkan nenek menangis. Mata nenek basah, dan airmatanya berlinangan semahu-mahunya. Aku peluk erat nenek erat-erat. Amat payah merelakan sebuah pemergian. Nenek, maafkan Kama. Kama banyak menyinggung hati nenek. Semasa Kama sakit dahulu, neneklah yang menemani di hospital. Neneklah yang suapkan makananwalaupun Kama tak suka nenek suapkan. Kama sanggup tunggu papa datang atau setelah 29

jururawat memujuk, barulah Kama menjamah makanan. Kadang-kadang Kama sengaja buat perangai supaya nenek tidak tahan dengan perangai mengada-ngada Kama. Bukan sehari atau seminggu,nenek sanggup menemani Kama. Tetapi sebulan!

Jasa dan pengorbanan nenek selama ini, sangat besar dan tak tahu bagaimana hendak

membalasnya.Kini apabila nenek pula terlantar sakit, aku tanpa ragu-ragu mengambil peluang melayan nenek dengan penuh kasih sayang. Setiap hari kusuapkan makanan, menukar lampin, memandi dan mengambil air sembahyang untuk nenek. Hanya itu sahaja yang dapat aku lakukan selain mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan nenek. Nenek harus tahu yang aku sangat sayangkan nenek.Demi Allah aku lakukan semua ini kerana sememangnya aku sayangkan nenek. Esak tangisku semakin kuat mengejutkan seisi rumah. Malam itu juga, rumahku penuh dengan

kehadiran sanak saudara. Kami sama-sama membaca surah Yaasin untuk nenek. Semuanya duduk

mengelilingi katil nenek.

30

Ya Allah, Ya Tuhanku. Aku mohon padaMu jika umur nenekku panjang, Kau sihatkanlah dia. Jika tidak, Kau ambillah dia pergi dalam iman separuh rela aku memanjatkan doa. Aku pasrah pada ketentuanNya. Tidak sanggup rasanya melihat nenek berkeadaan begitu. Sudahnya malam itu, nenek pergi jua menyahut panggilan Ilahi dengan tenang. Raut wajah nenek nampak lembut dalam pembaringan lena yang panjang. Aku menarik nafas dalam-dalam. Esak tangisku tidak kedengaran lagi, namun airmataku terus mengalir laju. Inna lillahi wainna ilaihi raajiuun. Semoga roh nenek bersama-sama orang yang beriman Selepas pemergian nenek, pakaian dan barang peninggalan arwah nenek, masih kusimpan sebagai kenangan. Biarkan semua anak cucu berebutkan barang kemas nenek dan wang simpanan nenek yang

sememangnya banyak. Biarkan...semua itu tidak pernah aku ambil peduli. Aku tidak laparkan emas permata, aku tidak dahagakan intan berlian. Ambillah, kalau mahukan sangat. Cukuplah aku simpan jubah putih milik nenek yang aku hadiahkan semasa nenek mengerjakan umrah sebelum nenek jatuh sakit. Cukuplah aku simpan tudung putih berenda ungu yang dipakai semasa pulang dari 31

umrah. Itu sudah memadai.Aku sudah cukup bahagia. Aku sudah pun memasang angan-angan akan memakai pakaian tersebut apabila aku dapat menjejakkan kaki ke Mekah suatu hari nanti.

Sambutan hari raya tahun ini juga tidak semeriah dahulu. Kalau sebelum ini, aku pasti tidak ketinggalan merakam aksi-aksi kami sekeluarga menggunakan perakam video tapi tahun ini tiada keistimewaannya. Kalau sebelum ini, tangan atuk dan nenek perkara pertama yang menjadi sasaran untuk dikucup memohon ampun dan maaf, tapi tahun ini tiada lagi tangan-tangan tua itu untuk disambut.Tahun ini, yang ada hanyalah pusara dan batu nisan. Yang ada hanyalah kenangan. Setiap kali aku memasang pita rakaman video kenangan hari raya tahun-tahun yang lalu, pasti ada jiwa-jiwa yang tersentuh memaksa aku menghentikannya. Aku

sebenarnya tidak sanggup, tetapi rindu memaksa aku memutarkan kembali saat-saat indah bersama nenek. Rindu yang amat sangat. Al Fatihah untuk nenek.

32

TAJUK

KASIH SEORANG KAKAK

Kakak, Hadi tak nak pakai baju melayu ni. Masuk raya ni dah tiga kali pakai baju yang sama. Tengok lengan baju ni dah singkat. Warnanya pun dah pudar. Hadi malulahnanti kawan-kawan mesti ejek Hadi rungut Hadi sambil mencampakkan baju melayunya ke lantai. Apa yang nak dimalukan, Hadi. Kita orang susah. Mana ada duit nak beli baju baru setiap kali nak sambut raya Jawab Yana sambil membelek satu persatu baju yang baru dikeluarkan dari almari. Habis tutakkan Hadi nak pakai baju ni lagi Yana diam. Malas hendak menjawab lagi. Namun kadangkala timbul pula rasa kasihan melihat Hadi ditertawakan oleh kawan-kawan mereka kerana beraya dengan baju lama.Bukan Hadi seorang, Naim pun begitu. Tetapi apakan daya, dia tidak mampu memenuhi impian adik-adiknya hendak berpakaian baharu pada hari raya nanti. Kakak petang ni kita berbuka makan apa? Tiba-tiba muncul Naim.

33

Hadi, pergi ke kedai Mak Piah. Mak Piah kata nak bagi duit upah kakak tolong kat warung, hari ni. Lepas tu belilah makanan untuk berbuka, pinta Yana sambil memasukkan semula pakaian ke dalam almari. Jangan lupa beritahu Mak Piah, kakak tak dapat datang tolong Mak Piah hari ni. Kakak nak jumpa Cikgu Salina, ada hal sikit.Kakak dah beritahu Mak Piah semalam.Takut Mak Piah lupa. Baiklah, Kak. Baik Hadi pergi sekarangkata Hadi sambil bingkas meninggalkan Yana sendirian. Sekilas Yana menoleh kearah halaman rumah. Kelihatan Naim yang leka membelek-belek layanglayang yang baru dibeli. Yana segera menghampiri adiknya itu lalu mengajak adiknya menemaninya ke rumah cikgu Salina tetapi Naim seperti keberatan. Dia leka bermain dengan layang-layangnya itu. Yana

terpaksa mengalah lalu berpesan kepada adiknya supaya menjaga rumah dan tidak ke mana-mana sehingga dia pulang. Kedatangan Yana disambut Cikgu Salina yang sedang membelek-belek tanaman di halaman rumahnya. Cikgu Salina mempelawa Yana masuk ke dalam rumah tetapi Yana lebih selesa duduk di luar. Dapatlah dia 34

menghirup udara semulajadi dan pemandangan yang luas. Macammana , Yana? Apa keputusan kamu dan adik-adik kamu? Cikgu Salina memulakan perbualan. Sebenarnya saya berat hati hendak memberitahu cikgu. Susah untuk saya membuat keputusan. Tapi saya tiada pilihan. Demi masa depan adik-adik saya, saya setuju, cikgu! Betul kamu dah setuju? Kalau begitu Insya Allah cikgu akan uruskan dengan sebaik-baiknya kata cikgu Salina sambil memeluk Yana. Dia faham perasaan bekas anak muridnya itu. Dia juga tahu pesan arwah nenek Yana sebelum meninggal dunia. Tapi keadaan menuntut pesanan itu terpaksa diingkari. Yana terpaksa berpisah daripada adik-adiknya demi masa depan mereka tiga beradik. Lepas raya nanti, pihak berkenaan akan datang menguruskan semuanya.Soal perbelanjaan , Yana

jangan bimbang. Cikgu dan ahli jawatankuasa kampung akan uruskan,Cikgu Salina memberikan penjelasan.

35

Terima kasih, cikgu. Hanya Allah sajalah yang dapat membalas segala jasa dan budi baik cikgu selama ini, balas Yana. Itu sudah menjadi tanggungjawab cikgu dan orangorang kampung di sini. Yana pula macammana, takkan nak terus bekerja di warung Mak Piah selamanya.Tak teringin nak sekolah semula ,ke?

Yana terdiam. Tak Tahu nak kata apa. Memang dia mahu belajar lagi. Cuma desakan hidup yang memaksa dia berhenti sekolah.Selepas kematian nenek, dia tidak mahu ke sekolah lagi. Dia terpaksa bekerja untuk menyara dua orang adiknya. Dia tidak mahu adikadiknya terkandas dalam pelajaran mereka. Amin menarik nafas dalam-dalam seraya berkata Entahlah, cikgu. Susah saya nak buat keputusan.Saya takut tak diterima lagi sebab sudah beberapa bulan saya tidak ke sekolah. Mungkin nama saya pun sudah dipotong, Hal itu jangan Yana risau. Cikgu boleh uruskan,kata Cikgu Salina mengembalikan semangat belajar bekas anak muridnya. 36

Waktu berbuka sudah hampir tiba. Yana meminta kebenaran untuk pulang. Fikirannya terasa lapang kerana masalah berat yang ditanggungnya sudah nampak ada penyelesaiannya. Yana tidak mahu terus memperjudikan nasib adik-adiknya. Apalah yang boleh dilakukan dalam usia yang masih muda untuk menjaga kebajikan adik-adiknya sedangkan dirinya pun masih perlukan perlindungan dan kasih sayang daripada orang dewasa. Upah bekerja di warung Mak Piah tak cukup untuk menampung keperluan mereka. Yana! Jaga kereta tuuu!!! kedengaran jeritan seseorang mengejutkan lamunan Yana yang asyik melayan fikiran. Yana tidak sempat berbuat apa-apa. Dia terkejut. Dan waktu itu sudah terlambat untuk mengelak. Dia dirempuh dengan laju hingga terseret beberapa meter ke depan.

Semasa dalam perjalanan pulang,Hadi mengira-ngira wang upah kakaknya yang masih berbaki selepas membeli juadah berbuka di gerai bazar Ramadan. Dia tidak lupa membeli sebungkus putu bambu dan mi jawa kegemaran kakak dan adiknya. Sambil berjalan pulang, Hadi menyanyi-nyanyi kecil. Dia terkejut apabila sebuah kereta berhenti di hadapannya. 37

Hadi kenal, itu kereta

cikgu Salina. Cikgu Salina

tergesa-gesa keluar dari kereta dan mengajak Hadi naik keretanya. Mereka perlu ke hospital segera. Dalam terpinga-pinga, Hadi membuka pintu kereta.

Bertambah terkejut dia apabila melihat Naim di tempat duduk belakang sedang menangis teresak-esak. Hadi bertanya tetapi Naim terus menangis. Kakak kamu dilanggar kereta. Kita nak ke hospital beritahu Encik Zaki, suami Cikgu Salina.Hadi tersentak. Tergamam. Terasa berhenti degupan jantungnya.

Terasa aliran darah naik ke muka. Bungkusan putu bambu dan mi jawa terlepas daripada pegangannya. Hadi meraung semahu-mahunya sambil memeluk

Naim.Dia tidak dapat membayangkan jika kakaknya tidak dapat diselamatkan.Pasti hilang sudah tempat bermanja. Musnah sudah segala harapan.

Sebaik tiba di hospital, Hadi dan Naim terus dibawa ke bahagian rumah mayat.Hadi terus menerpa kearah sekujur tubuh yang telah dibalut dengan kain putih. Naim pula hampir terjelepuk ke lantai, tetapi sempat dipapah oleh cikgu Salina semasa menghampiri jenazah Yana yang terbujur kaku. 38

Kakakkkk!

Jangan

tinggalkan

Hadi,

kak.

Bangunlahkak. Hadi nak berbuka dengan kakak dan Naim. Hadi bawakan putu bambu untuk kakak,esak

tangis Hadi meruntun jiwa di kalangan yang berada di situ. Sudahlah Hadi, Naimbersabarlah. Allah lebih sayangkan kakak kamu. Biarlah dia pergi dengan aman. Tak baik meratapi orang yang dah tak ada, Cikgu Salina cuba mengawal keadaan dengan memujuk kedua beradik itu.

Selepas jenazah Yana dikebumikan, Cikgu salina membawa kedua-dua beradik ini pulang ke rumahnya. Buat sementara waktu, biarlah Cikgu Salina menjaga mereka sehingga mereka benar-benar dapat menerima kenyataan . Cikgu, semalam kakak ada beritau yang kami akan dihantar ke rumah anak-anak yatim. Betulkah? Ya, Naim. Kat sana nanti, Naim dan Hadi boleh belajar dengan sempurna.Kat sana juga kamu berdua akan mendapat ramai kawan yang senasib dengan kamu, pujuk cikgu Salina. 39

kakak kata, kalau nak jadi pandaikalau tak nak hidup susah, Hadi dan Naim kena berpisah dengan kakak. Hadi dan Naim kena duduk di rumah anak-anak yatim. Kata kakak lagikakak akan datang tengok kami, tapisekarang kakak sudah meninggalkan kami, kata Hadi sambil tersedu-sedu. Memang betul kata arwah kakak kamu tu, Hadi. Cikgu pun dah aturkan semuanya selepas berbincang dengan arwah kakak kamu . Lepas raya nanti, kamu berdua akan dibawa ke sana. Insya Allah, cikgu akan selalu datang menjengok kamu berdua. Bersabarlahkamu berdua mesti tabah dan kuatkan semangat, kata cikgu Salina.

Kedatangan Aidilfitri disambut penuh kesayuan. Walaupun Hadi dan Naim dapat berbaju melayu baharu hadiah daripada cikgu Salina, namun kenangan

bersama orang yang tersayang membuatkan hatinya tersentuh.Ketika orang lain berseronok bergembira bersama keluarga masing-masing, Hadi dan Naim berteleku di pusara yang menempatkan arwah kakak, nenek dan ibu bapa mereka.Hanya Al-Fatihah beserta doa yang dapat dihadiahkan kepada mereka yang sudah 40

pergi dahulu. Beberapa hari lagi Hadi dan Naim akan meninggalkan kampung untuk ke tempat yang baharu. Mereka mengharapkan agar ada sinar yang

bergemerlapan menunggu di sana.

41

TAJUK :

DEMAM BAIK

KATA emak, semenjak Nana pulang dari sekolah, dia sentiasa mengurungkan diri di dalam rumah. Tidak mahu keluar bermain mahupun menghirup udara. Umurnya baru berusia lapan tahun, agak janggal bagi kanakkanak yang seusianya tidak memanfaatkan waktu itu untuk bermain. Agak rugi kiranya dilepaskan begitu sahaja. Bukan senang untuk memperuntukkan waktu sebegitu. Masa tidak akan berpatah kembali. Apa yang ada harus diharungi. Begitulah perjalanan hidup.

Nana baru pulang dari sekolah. Pakaian seragam sekolah dibuka. Kasut dibiarkan terbengkalai di depan pintu. Stokin yang masam-masam itu diletakkan di atas meja kopi. Beg sekolah dicampakkan di atas kusyen. Emak yang sibuk memasak ketika itu tidak

menghiraukan gelagat Nana. Nana terus mengurung diri di dalam bilik. Ada tetamu yang dibawa balik dari sekolah kata emak. Tetamu itu tidak dipelawa untuk datang, tetapi mahu juga mengikut adik pulang.

Adik tidak kenal akan tetamu itu, bercakap pun tidak, inikan pulak untuk bertanya 42 khabar. Apa yang

menghairankan Emak kenal akan tetamu yang tidak diundang itu. Seolah-olah sudah serasi dengan Emak, walaupun sebelum ini tidak pernah berkunjung ke rumah kami. Tetapi kata Emak tetamu yang ini lain sedikit sikapnya, dia tidak meminta makan dan minum. Dia hanya minta untuk tumpang tinggal sahaja di rumah kami. Dia mahu berlindung dari hujan panas. Dia mahu tinggal bersama Nana. Dia mahu berkawan bersama Nana. Dan juga dia mahu bermain bersama Nana. Tetapi Nana tidak mahu berkawan dengannya. Nana tidak mahu bermain dengannya. Malahan Nana tidak mahu berkongsi bilik dengannya.

Nana rimas. Setiap kali tetamu itu menyondolnyondol ke tubuhnya, dia akan rasa rimas, gatal merenyam dan tidak selesa. Setiap kali itu juga Nana akan menangis. Meronta-ronta menyeru tetamu itu pulang saja ke rumahnya. Tetapi tetamu itu masih tegar untuk tidak mahu pulang.

Hanya seketika sahaja Nana jadi tenang. Tetamu itu tidak mengganggunya. Namun semenjak itulah Nana tidak lagi ke sekolah. Kawan-kawannya yang lain tidak mahu berkawan dengannya lagi. Dikatakan Nana 43

seorang yang sombong. Tidak mahu berkawan dengan mereka. Nana hanya berkawan dengan tetamu barunya itu saja. Nana pentingkan diri sendiri. Nana hanya tahu mengurung diri di dalam rumah. Dah macam anak dara. Sejak itulah Nana hilang banyak kawan. Pelajarannya juga terganggu.

Emak sudah menyediakan sarapan. Nasi lemak bungkus bersama teh kepada kami.Nana sudah pun bangun. Tetamunya juga begitu. Emak membuka bungkusan nasi lemak itu. Kemudian emak menyuapkan nasi ke mulut Nana.Nana nganga lalu menelan setiap butir nasi yang masuk ke dalam mulutnya. Kami adik beradik yang lain hanya melihat sahaja. Layanan emak kepada Nana lain sekali. Sebelum ini Nana tidak mahu dilayan sebegitu rupa. Nana sudah besar. Tidak suka diperlakukan macam budak-budak lagi. Nana sudah boleh makan, mandi dan uruskan diri sendiri. Tanpa bantuan emak lagi.

Nana malu jika kawan-kawannya melihat emak mandikan Nana. Suapkan makan ke mulutnya. Tetapi pagi ini Nana tidak membantah. Nana seakan rela. Kami menganggapkan bahawa Nana hanya mahu menunjuk44

nunjuk kepada tetamunya itu. Dia tidak mahu emak melayan tetamunya itu seperti emak melayannya

sewaktu kecil-kecil dahulu. Nana akan rasa cemburu. Nana merasakan hanya dia seorang yang wajar menerima layanan seperti itu.

Selepas makan, emak memandikan Nana pula. Emak mencampurkan sedikit air yang berada di dalam botol ke dalam besen yang disediakan. Lain sedikit cara memandikan Nana. Sebelum ini Nana hanya dimandikan dengan air paip yang mentah-mentah itu saja, tetapi kali ini emak memasukkan sedikit campuran air yang dibawa balik oleh ayah dari rumah Haji Soot. Air itu dalam keadaan keperangan. Kandungannya seperti campuran akar kayu yang telah dihancurkan dan dicampurkan dengan air biasa. Air apa ni mak? Ni air penawar. Air penawar? Air penawar ni untuk memulihkan kau. Kami adik beradik yang lain curi-curi dengar perbualan emak bersama Nana. Kami tergelak bersamasama. Mudah benar Nana ditipu. Ternyata Nana bukanlah seorang yang bijak kerana terang-terang emak 45

memasukkan sedikit air dari sumber lain kemudian mencampurkan ke dalam air itu. Tujuannya adalah untuk meyakinkanNana supaya mudah untuk mandi. Nana memanglah seorang yang ketegar untuk mandi. Dia takut dengan air. Seboleh-bolehnya dia akan mandi sehari sekali sahaja. Itupun jika diingatkan emak.

Tetamu yang mengikut Nana pulang masih tidak mahu pulang. Sudah seminggu dia bertamu di rumah kami. Kawannya adalah dengan Nana. Dia tidak mahu berkawan dengan kami semua. Termasuk emak. Mak boleh Ijam tanya sikit? Ada apa? Kenapa dengan Nana? Kenapa pulak dengan dia? Iyalah kenapa Nana dilayan begitu? Kenapa kamu pun cemburu? Bukannya cemburu, tapi kenapa Nana disuap makannya, dimandikan dengan air penawar? Adik kamu tu sakit. Sakit! Nana sakit apa mak? Dia demam baik. Demam baik!

46

Kami adik beradik yang lain ketawa terbahak-bahak. Jawapan yang diberikan emak kepada kami amat melucukan. Kalau sudah demam baik buat apa lagi susah-susah nak mandikan dengan air penawar. Sahlah jangkaan kami sebelum ini Nana sudah kena tipu. Nana yang dikatakan bijak dalam matematik sebelum ini senang-senang ditipu emak. Dia tidak dapat mengira setiap butir kata emak yang membelit akal fikirannya. Jelasnya kemahiran Nana untuk menafsir masih pada tahap yang rendah.

Nana menangis lagi. Nana tidak dapat tidur malam. Tidurnya sentiasa diganggu tetamu yang mengikutnya pulang. Kami sudah mengagak Nana hanya pandai bermuka-muka. Sebelah siangnya memanglah Nana buat tak layan sahaja dengan tetamunya itu, sebaliknya pada waktu malam dia akan kembali cergas. Dia seperti burung hantu yang aktif pada waktu malam. Dia akan bermain-main dengan tetamunya itu. Dia akan berkawan dengan tetamunya itu. Sehinggalah lewat malam. Pandai sungguh Nana bersandiwara. Apabila sudah letih, sendi-sendinya akan terasa lenguh. Badannya akan terasa gatal-gatal. Tenaganya sudah tentu kehabisan ketika 47 bermain bersama

tetamunya itu. Kulitnya akan mudah dinaiki bintil-bintil kemerahan. Keadaan itu disebabkan peluh yang

berlinangan di badannya. Angin sukar menyelinap masuk ke bilik Nana. Jadi keadaan bilik Nana

terpeluwap.

Setelah Nana kalah dalam permainannya Nana akan menangis. Nana akan meronta-ronta. Sudah agak dah Nana macam itu. Hanya dia seorang yang boleh menang. Orang lain tidak akan berpeluang jika bermain dengan Nana. Kenapa ni ,Nana? Badan Nana gatal-gatal. Itulah mak cakap jangan main sampai lewat malam. Nanti gatal-gatal susah. Nana tak main apa-apa pun. Dah mari sini mak tengok! Kami sekali lagi terkesima. Bualan Nana bersama emak seakan tidak masuk akal. Sekali lagi Nana ditipunya emak hidup-hidup. Tabiat Nana yang sukar diubah adalah suka tidur lewat. Sewaktu usianya ini tidak elok baginya berjaga lewat malam. Kesihatannya akan mudah terganggu. Keesokannya apabila Nana ke sekolah Nana akan mengantuk. Mata Nana akan jadi 48

merah. Mahu tidak mahu Nana akan tidur di dalam kelas. Dia tidak akan dapat menumpukan perhatiannya

terhadap pelajaran lagi.

Keesokannnya emak tidak lagi menggoreng ikan dan menumis masakannya. Emak hanya merebus ikan yang dibeli ayah. Ikan itu direbus semata-mata untuk menjamu Nana dan tetamunya. Kami gelisah. Ternyata Nana dan tetamunya itu betul-betul menyusahkan. Makan minum Nana dan tetamunya dijaga begitu rapi. Tidak boleh silap sedikit. Emak sangat berhati-hati dalam menyediakan makanan kepada Nana.

Sebelum ini emak tidak mengambil kisah akan babbab masak-memasak ini. Maksudnya emak akan

memasak mengikut cita rasanya sahaja. Tapi lain untuk kali ini. Lauk mesti direbus setiap hari. Emak tidak akan menggoreng lauk lagi. Tidak ada lagi masakan yang melibatkan tumis-menumis. Semuanya rebus sematamata. Dikatanya jika emak menumis, tetamu Nana akan meronta-ronta. Keadaan ini menyebabkan Nana turut meronta-ronta juga. Emak tidak sanggup melihat Nana dalam keadaan itu. Sangat terseksa.

49

Adik kamu tu demam biji. Tak boleh sembarangan. Nanti merebak susah. Mak kena jaganya baik-baik. Kelucuan yang emak ciptakan sememangnya

menggeletek perut kami. Seketika itu kami ketawa tidak henti-henti. Seakan mahu pecah perut dibuatnya. Sekejap demam baik, sekejap demam biji. Mana satu yang betul pun tidak tahu. Orang-orang dulu ada-ada saja istilah yang diciptakan. Melihat saja badan penuh dengan bintil-bintil dikatakan demam biji. Nana semakin pulih. Dia tidak lagi menangis pada waktu malam. Tidurnya lena dibuai mimpi-mimpi indah. Tetamunya tidak mengganggunya lagi. Sebaliknya

Angah pula yang mengurungkan diri di dalam bilik. Tidak mahu bercakap dengan orang lain. Tetamu Nana itu seolah-olah mahu berkawan dengan Angah. Dia tidak mahu berkawan dengan Nana lagi. Malahan tidak mahu bermain dengan Nana lagi. Agaknya tetamu Nana itu sudah bosan untuk bermain dengan Nana. Tiada permainan baharu yang dimainkan. Dia mahu mencari kawan baharu. Angah adalah orangnya. Sebelum ini Angah menunjukkan minat untuk berkawan dengan tetamu Nana. Angah selalu melawat bilik Nana. Di mana saja Nana berada di situlah Angah juga berada. Termasuk tetamu Nana 50

Selepas Nana dan Angah, tetamu Nana itu beralih pula kepada kami sekeluarga. Dia menyondol-nyondol kami semua; dia menyondol punggung emak, dia menyondol badan Along, dia menyondol kaki dan tangan ayah. Dan juga dia menyondol muka emak. Kami semua mengurungkan diri di dalam rumah. Makan ikan rebus setiap hari. Mandi air penawar. Hampir setiap malam tidur kami diganggunya tetamu Nana. Sendi-sendi kami terasa lenguh. Badan kami mudah terasa gatal

merenyam. Bintil-bintil kemerahan tumbuh di manamana sahaja di tubuh kami semua. Orang kampung mengatakan keluarga Hamzah sombong belaka. Tidak mahu bertegur sapa. Hanya mengurungkan diri di dalam rumah.

Setelah itu datanglah Kiah Murai melawat kami semua. Sementelahan itu, berita tetamu yang dibawa pulang Nana tersebar ke seluruh pelusuk kampung. Habis semua rumah penduduk kampung dilawati tetamu Nana. Tetamu Nana itu mahu berkawan dengan semua penduduk kampung. Dia mahu bermain-main dengan penduduk kampung. Dia mahu menyondol-nyondol tubuh penduduk kampung. Habis semua penduduk

51

kampung mengurungkan diri di dalam rumah. Mereka sedang bermain-main dengan tetamu Nana.

Sekarang

baru

kutahu

bahawa

tetamu

yang

dimaksudkan emak. Di tempat kami demam itu dikenali sebagai demam baik, demam biji dan juga demam campak. Sebab itulah tidur malam Nana terganggu. Tidur malam penduduk kampung yang lain juga

terganggu. Seluruh tubuh mereka gatal-gatal. Sejurus selepas itu kampung kami dibina sebuah klinik desa untuk merawat penyakit campak yang dihidapi penduduk kampung. Penduduk kampung dinasihati agar membawa anak-anak yang baru dilahirkan untuk pemeriksaan doktor. Kanak-kanak di kampung kami selepas itu diberi suntikan campak bagi mencegah daripada diserang campak. Setelah diberi suntikan campak kampung kami kembali aman damai. Tidak ada lagi tetamu yang datang tanpa diundang.

52

SAJAK

53

Sajak

Syawal Yang Sepi

Untuk sekian kalinya Syawal tiba lagi Hati terasa sayu Mengenang nasib diri Jiwa terasa kosong Hambar dan tawar Syawal yang tiba Tidak menjanjikan kemanisan

Sukar diungkap Walau hati berbicara Terasa ingin kuhamburkan Rasa kecewa ini Namun apalah dayaku Aku insan tua Yang tiada apa

Rindukan perhatian Zuriat tercinta Biarlah tersimpan di dada Demi menjaga hati dan jiwa Agar tiada yang terluka. 54

Sajak :

Ramadan dan Syawal

Ramadan oh Ramadan Engkau datang lagi Beberapa bulan telah kunanti Kini tiba lagi Surau dan masjid Sedia menanti Kunjungan umat nabi Besar, kecil, suami dan isteri Datang untuk mengabdi diri

Oh Lailatul Qadar Sepuluh malam terakhir Ganjaran berlipat ganda Rebutlah peluang yang ada Jangan dipersia-sia Mohonlah keberkatan Mohonlah kenikmatan Mohonlah keampunan Kepada Tuhan Yang Esa

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilham 55

Takbir dan tahmid silih berganti Aidil Fitri tibalah kini Selamat Tinggal Ramadan Jumpa lagi tahun hadapan Ku kan sabar menantimu Kerana kehebatanmu Hanya Allah yang tahu

56

Sajak

Pertemuan dan Perpisahan

Siapalah kita, Tidak mampu mengatur pertemuan Tapi Allah takdirkan jua Di sini bumi makmur Fikrah dan jiwa subur Dengan persahabatan yang luhur

Siapalah kita Tidak berupaya menahan perpisahan Tapi Allah takdirkan jua Kerana apabila hati telah bertaut Pada ukhwahNya Walau jauh di mata Tetap teguh abadi dijiwa

Insya Allah Apabila ditanya siapa kita Kita hanya insan yang reda Dengan pertemuan dan perpisahan Yang diatur oleh Allah

57

Sajak :

Hargai Keamanan

Keamanan Suatu perkara yang amat berharga Memberi makna yang mendalam Mengenal apa itu kebahagiaan

Kini, Keamanan amat susah dicari, Lebih-lebih lagi di zaman ini, Yang pesat membangun Saling kejar mengejar Permusuhan sentiasa berlegar Menunggu masa untuk membakar

Kepada Yang Maha Esa Aku berdoa kepadaMu Ketabahan hati dalam dunia ini Yang penuh rintangan Lindungilah kami Yang amat lemah ini Supaya dapat mengecapi Nikmat kebahagiaan hidup

58

Ya Allah, Berilah keamanan kepada para muslimin Berikan keamanan kepada negara Islam Jauhilah kami dari penindasan kuasa asing Kerana keamanan adalah milik semua

59

Sajak

Pengorbanan Ibu

Mak, Terima kasih segala jasamu Betapa pengorbananmu tiada bandingan Di matamu bagai tersimpan seribu duka Wajahmu yang kini dimamah usia Bagai ada sesuatu yang mengguris hatimu

Mak, Engkau telah banyak mengharungi Kehidupan yang penuh ranjau Demi membesarkan dan mendidik kami Setiap keringat mu setiap penat lelahmu Memberi keinsafan dan kesedaran Terhadap kami

Mak, setelah aku bergelar ibu Baru kini kutahu Betapa besarnya pengorbanan seorang insan Yang bergelar ibu Ampuni segala kesilapan kami Anak-anakmu Yang mengguris hati lembutmu 60

Kasih sayangmu, pengorbananmu dan jasamu Tiada gantinya Semoga dirimu beroleh ketenangan Dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat

61

PUISI MELAYU

62

Pantun

Mari Berkawan

Burung helang terbang di awan Hinggap sebentar di atas dahan Kawan dicari jadikan teman Hidup ceria tidaklah bosan

Ayam jalak suka berlawan Diberi makan padi huma Marilah amalkan adat berkawan Susah dan senang tetap bersama

Pak Janggut memakai tangkal Tangkal terjatuh di sungai yang keruh Jika berkawan budak yang nakal Jauhkan diri jangan terpengaruh

Pokok ditebang kayu dipahat Dibuat pula pondok jati Kalau berkawan budak yang jahat Jangan kita mendiamkan diri

Lima sekawan duduk berehat Berdayung sampai ke pulau Daik 63

Kawan yang nakal berikan nasihat Supaya mereka berkelakuan baik Makan tebu sambil berjalan Kaki terpijak ranting berduri Tolong menolong jadikan amalan Jangan kita pentingkan diri

Pak Leman membajak sawah Padi disemai di tepi paya Kalau kawan kita lemah Tolonglah dia supaya berjaya

Berjalan kaki pergi ke kedai Bertemu pula Makcik Seri Kalau kawan lebih pandai Jangan kita berasa iri

Burung tempua burung merpati Terbang tinggi di atas awan Kawan yang pandai kita dekati Ikutlah caranya jadikan amalan

Dari Putrajaya ke Cyberjaya Pemandangan indah cantiklah pula 64

Kalau kita sudah berjaya Jasa kawan jangan dilupa Ayam jalak suka berlawan Diberi makan padi huma Marilah amalkan adat berkawan Susah dan senang tetap bersama

65

Syair

Aduhai Anakanda

Siti Nursabrina diberi nama Anak ketiga dalam keluarga Menjadi harapan ibu dan bapa Banyak cabaran membesarkannya

Ibu mengandung sembilan purnama Penuh tertib kandungan dijaga Genaplah sudah tibalah masa Tiga haribulan lahirlah ke dunia

Ayah dan bonda sungguh gembira Kakak dan abang menanti setia Rupa nan comel cacat tiada Jadi perhatian seluruh keluarga

Setelah sebulan besarlah dia Makan dan minum sentiasa dijaga Demi kesihatan ke klinik dibawa Dapatkan rawatan suntikan juga

Setelah lama badan diperiksa Ibu dan ayah tergamam seketika 66

Dapat maklumat tidak dijangka Anak yang sihat sakit rupanya

Jantung berlubang itulah sakitnya Ibu dan ayah seperti tidak percaya Surat doktor dibawa bersama Ke hospital Selayang dia dibawa

Barulah sedar ibu dan bapa Anak disusu tidak berupaya Badan yang montel kurus jadinya Walau diberi susu mahal harganya Setiap sebulan pergilah dia Hospital Selayang itulah tempatnya Rawatan di IJN keraplah juga Sudah menjadi rumah kedua.

Banyaklah ubat dia terima Untuk bekalan beberapa purnama Ubat diberi tidak terleka Demi nyawa tiada gantinya

Sungguh risau ibu dan bapa Siang dan malam sentiasa berjaga 67

Terpaksa bercuti jika terpaksa Anak yang sakit dirawat segera Setelah setahun menunggu lama Berulang-alik tidak kira masa Doktor IJN sudah bersedia Pembedahan jantung perlu disegera

Ibu terseksa lima jam lamanya Menadah tangan memanjat doa Memohon agar dipanjang usia Pembedahan selamat dan berjaya

Lapan tahun kini usia Sabrina Sihat dan cergas serta ceria Jadi Ikhtibar apabila dewasa Ayah ibu jangan dilupa

68

GURINDAM

JIKA KAMU..

Jika kamu rajin belajar Cita-cita dapat dikejar

Jika kamu suka bersahabat Ke mana pergi tiadalah sesat

Jika kamu budak yang pandai Semua matlamat dapat dicapai

Jika kamu suka ketawa Hilang masalah hidup ceria

Jika kamu menghargai masa Terasa singkat hidup di dunia

Jika kamu seperti padi Makin menunduk makin berisi

Jika kamu seperti lalang Matlamat hidup sentiasa bergoyang

Jika kamu suka membantu 69

Bukan balasan menjadi penentu Jika kamu seorang yang sabar Walapun susah tersenyum lebar

Jika kamu orang yang terdidik Suka berbudi akhlak pun baik.

70