Anda di halaman 1dari 2

SOAL SELIDIK Soal selidik dilaksanakan selepas intervensi dijalankan ke atas subjek kajian.

Soal selidik ini bertujuan untuk melihat keberkesanan intervensi yang telah dilaksanakan. Soal selidik ini dibina berdasarkan skala Likert dan diedarkan kepada kesemua 5 sampel kajian. Jadual di bawah menunjukkan kekerapan hasil dapatan melalui soal selidik ke atas 5 sampel kajian. Bil Soalan 1 2 3 4

1.

Saya amat meminati subjek Kemahiran Hidup.

2.

Saya suka belajar secara amali / praktikal.

3.

Cara guru mengajar menggunakan BBM membantu saya memahami isi pembelajaran.

4.

Penggunaan Kad Warna menarik minat saya untuk belajar.

5.

Penggunaan Kad Warna membantu saya memahami isi pembelajaran.

Hasil analisis item 1 iaitu Saya amat meminati subjek Kemahiran Hidup menunjukkan sebanyak 80% sangat bersetuju dan 20% setuju. Ini menunjukkan selepas intervensi murid semakin meminati subjek Kemahiran Hidup. Hasil analisis item 2 iaitu Saya suka belajar secara amali / praktikal menunjukkan sebanyak 60% sangat setuju, 20% setuju dan 20% kurang setuju. Secara kesimpulannya sebanyak 80% murid suka pembelajaran secara amali dan praktikal berbanding teori. Ini kerana murid mendapat pengalaman secara langsung menjalankan aktiviti secara hands-on. Seterusnya hasil analisis item 3 iaitu, Cara guru mengajar menggunakan BBM membantu saya memahami isi pembelajaran mencatatkan sebanyak 60% sangat setuju dan 40% setuju. Ini jelas menunjukkan murid lebih memahami isi pembelajaran dengan bantuan BBM. Hasil analisis item 4, iaitu Penggunaan Kad Warna menarik minat saya untuk belajar menunjukkan sebanyak 60% sangat setuju dan 40% setuju. Penggunaan kad warna berjaya menarik minat murid untuk terus fokus dan tumpu pada proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil analisis item 5 iaitu Penggunaan Kad Warna membantu saya memahami isi pembelajaran mencatatkan sebanyak 40% sangat setuju dan 60% setuju. Berbantukan kad warna, tahap kefahaman murid dapat dipertingkatkan dan murid lebih jelas tentang perkara yang disampaikan oleh guru. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan di sini bahawa penggunaan Kad Warna berjaya menarik minat murid dan mengekalkan tumpuan mereka di dalam kelas. Seterusnya meningkatkan daya kefahaman murid melalui penggunaan Kad Warna dalam proses pengajaran dan pembelajaran.