Anda di halaman 1dari 16

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 PENGENALAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Abad ke-21 akan penuh dengan cabaran

dan masalah yang berlainan berbanding denga n cabaran dan masalah abad ke-20 ini. Sungguhpun kita tidak dapat meramalkan seg ala cabaran yang akan timbul apabila kanak-kanak ini membesar kelak, kita boleh membantu kanak-kanak dengan menyediakan mereka menghadapi cabaran dan masalah ma sa depan dengan yakin dan selamat. Antara masalah dan isu kesihatan yang perlu d idedahkan kepada kanak-kanak ialah masalah yang berkaitan dengan pemakanan, kese lamatan, kebersihan, kepenggunaan, sikap terhadap kesihatan dan amalan tertentu. Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan p erkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produk tif. Pertumbuhan individu, perkembangan kognitif dan perkembangan afektif adalah merupakan komponen yang merupakan tiga tunjang pembelajaran dan pengajaran Pend idikan Jasmani. Ketiga-tiga tunjang ini sentiasa memenuhi matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. menyatakan kepentingan Pendid ikan Jasmani; menghuraikan Proses-proses yang berlaku secara berperingkat iaitu proses pertumbuhan dari kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas; dan membina hubungan antara ketiga-tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif. OUM 15

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 PETA MINDA 2.1 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FIZIKAL Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani bertujuan membina atau membentuk masyarakat menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Peneta pan matlamat yang realistik adalah penting bagi mempastikan ia tercapai dan muda h dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur. Matlamat aktiviti fizikal dalam Pendidikan Jasmani adalah untuk membina masyarakat yang berupaya: 1. 2. 3 . 4. 5. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan per lakuan motor. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampu an diri berdasarkan ketiga-tiga tunjang pembelajaran. Menjadikan senaman dan akt iviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan. Mengapl ikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiata n fizikal. Membentuk sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma -norma m asyarakat. Pendidikan Jasmani dapat membantu perkembangan diri individu serta memberi penek anan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi individu. Pergerakan fizikal merupakan aspek yang dititik beratkan dalam matapelajaran Pendidikan Jas mani. Perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan kapasiti aerobik dan kekuatan adalah penting kerana aktiviti tersebut boleh mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit-penyakit kronik. Biasanya kanak-kanak yang cergas akan d apat mengekalkannya kesihatan yang baik sehingga dewasa. 16 OUM

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Manusia akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus ber giat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepua san kepada mereka. Oleh itu bagi membina program Pendidikan Jasmani yang akan me njadi amalan sepanjang hayat, program yang di rancang haruslah di lihat dapat me mberi manaafat sepenuhnya kepada mereka. Perancang perlu merancang dan mengambil kira aspek perbezaan umur dalam merancang aktiviti. Dalam modul ini penulis tela h membahagikan aspek umur kepada tiga kumpulan iaitu: Kanak-kanak; Remaja dan de wasa; dan Warga Emas. 2.1.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak Bergerak merupakan naluri semulajadi setiap kanak-kanak. Semua pengalaman perger akan kanak-kanak membawa kepada peningkatan keupayaan kinestetik mereka. Walau b agaimanapun, cara bergerak dengan betul dan selamat perlu diajar dari awal lagi kerana amalan bergerak yang tidak betul dan kurang selamat sukar diubah atau dib etulkan apabila remaja kelak. Menjaga kesihatan pula bukan naluri semulajadi kan ak-kanak, tetapi aspek ini perlu dipelajari dan ditunjuk ajar. Kanak-kanak perlu diajar memelihara dan meningkatkan kesihatan diri. Tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri perlu dipupuk dari kecil lagi. Kesihatan yang dimaksudkan merangkumi bukan sahaja kesihatan fizikal tetapi juga kesihatan mental, emosi d an sosial. Kanak-kanak di sekolah rendah aktif dan bertenaga. Mereka sentiasa me nerokai alam sekeliling bagi memenuhi naluri ingin tahu. Masa inilah mereka pali ng berminat dalam alam sekeliling mereka dan keupayaan tubuh badan bergerak mene rokai alam sekeliling. Mereka ingin tahu terutama tentang fungsi tubuh badan sen diri dan julat pergerakan yang boleh dilakukan oleh tubuh badan. Mereka memerluk an peluang bagi meluahkan perasaan dan ekspresi kreatif mereka secara fizikal. B anyak cabaran pertumbuhan dan perkembangan perlu dihadapi oleh kanak-kanak supay a mereka dapat mencapai tugasan perkembangan tanpa masalah. Antara tugasan perke mbangan ini ialah belajar berdikari dan hidup bersama. Kanak-kanak perlu juga be lajar mengenai alam sekeliling supaya mereka dapat hidup dengan yakin, gembira d an selamat. Kanak-kanak perlu diberi peluang yang sama untuk belajar dan mendapa t pengalaman yang akan membantu mereka menjadi insan yang seimbang dan rakyat ya ng sejahtera. Hal ini harus berlaku tanpa mengambil kira keadaan geografi atau s tatus sosioekonomi murid. Kegiatan aktiviti yang terancang mampu membentuk kanak -kanak yang sihat dan seimbang dari segi mental dan fizikal. Keberkesanan di dal am pembangunan fizikal dan pembangunan motor akan dapat merangsang pembangunan k ognitif serta pembangunan sosial, emosi dan afektif. OUM 17

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 Keadaan fizikal yang mantap dan sihat berupaya melahirkan kanak-kanak yang mempu nyai ciri-ciri fizikal yang segak dan cergas. Penampilan tersebut berupaya menya kin dan memotivasikan mereka dalam menghadapi cabaran peringkat awal remaja (pem bentukan diri). Otot-otot yang sihat mampu menjadikan kanak-kanak berdikari tanp a mengharapkan bantuan orang dewasa. Keadaan ini akan membuatkan mereka lebih be rmotivasi di dalam melakukan aktiviti secara bersendirian serta menghadapi situa si yang lebih mencabar. Sukan merupakan suatu medium yang menekankan aspek-aspek mental dan fizikal.Kepuasan yang dicapai oleh kanak-kanak di dalam sukan adalah berbentuk keseronokan. Dalam aktiviti sukan kanak-kanak akan berusaha mencapai objektif, keadaan ini akan mewujudkan kepuasan yang maksimum di dalam penglibata n mereka. Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran kanak-kanak dalam aktiviti fizikal iaitu mempamerkan kebolehan, penguasaan tugas, berkenaan sosia l, kemenangan, kemajuan besar dan kerjasama berpasukan. Pendedahan kepada aktivi ti-aktiviti sukan mampu menyediakan kanak-kanak untuk menguasai pergerakkan-perg erakkan asas melalui aktiviti- aktiviti sukan yang didedahkan kepada mereka. Akt iviti-aktiviti sukan selain daripada menyediakan pendedahan kepada aspek-aspek l okomotor asas juga mempunyai elemen-elemen seperti pembentukan sahsiah, pertandi ngan, kecergasan, ketahanan mental, disiplin, nasionalisma dan keagamaan. 2.1.2 Remaja dan Dewasa Pendidikan Jasmani adalah bersifat menyeluruh kerana ia menyediakan elemen-eleme n yang boleh dimanfaatkan oleh semua golongan masyarakat. Zaman remaja dan dewas a merupakan fasa pembentukan dan pertumbuhan fizikal yang sempurna. Ketika remaj a dan dewasa kecergasan merupakan elemen yang perlu dititikberatkan kerana aktiv iti ini boleh membantu pertumbuhan fizikal yang sempurna. Zaman remaja dan dewas a juga merupakan zaman membina dan meningkatkan kejaya. Keberkesanan organ-organ dalaman badan bekerja dengan efisien akan membolehkan remaja atau dewasa bekerj a dengan selesa dan lebih bersemangat serta bermotivasi untuk bekerja. Kecergasa n fizikal yang sempurna membolehkan golongan remaja dan dewasa mengatasi kesukar an ketika menyempurnakan tugasan-tugasan yang diberikan. Seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang baik dan sihat jika sistem organik tubuh badan dibangunkan dan berfungsi dengan baik. Kecergasan fizikal dikaitkan denga n keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesen ggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecerga san fizikal yang optima tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan. Den gan kata lain kecergasan fizikal akan merangsang keupayaan remaja dan dewasa unt uk berfungsi secara berkesan bagi menghadapi cabaran dalam aktiviti fizikal hari an dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif. Di samping itu kecergasan f izikal membekalkan lebihan tenaga kepada golongan remaja dan dewasa ketika beker ja atau kecemasan. 18 OUM

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Bagi membolehkan golongan remaja dan dewasa terlibat secara cekap dan berkesan d alam aktiviti sukan terutamanya aspek pembangunan fizikal, komponen-komponen kec ergasan fizikal berdasarkan lakuan motor diberi penumpuan dalam aktiviti fizikal . Komponen-komponen lakuan motor ialah: Kelajuan Ketangkasan Kuasa Imbangan Masa reaksi Koordinasi Matapelajaran Pendidikan Jasmani diperingkat remaja mementingkan bidang perkemba ngan diri individu serta memberi penekanan kepada perkembangan fizikal, sosial, mental dan emosi. Pergerakan fizikal yang dititik beratkan melalui matapelajaran Pendidikan Jasmani akan memberi sumbangan yang penting kepada seseorang individ u secara menyeluruh. Nilai-nilai yang diperolehi hasil dari aktiviti-aktiviti ya ng diterapkan akan berupaya membina insan yang seimbang. Pelbagai kebaikan diper olehi melalui Pendidikan Jasmani dan ia boleh dikesan melalui objektif Pendidika n Jasmani. Antaranya, pembangunan fizikal, pembangunan motor, pembangunan kognit if serta pembangunan sosial, emosi dan afektif. 2.1.3 Warga Emas Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal dan rohani. Kecergasan ini membolehkan warga emas memberi sumbangan yan g bermakna kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseo rang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih ceka p dan berkesan. Kecergasan keseluruhan merangkumi: Kecergasan Fizikal Kecergasan Mental Kecergasan Sosial Kecergasan Emosi Kecergasan Rohani Pengetahuan berasaskan Pendidikan Jasmani merupakan suatu elemen yang penting da lam membentuk insan yang seimbang dari segi mental, fizikal dan emosi. Warga ema s mengalami perubahan gaya hidup disetopikkan oleh peningkatan umur. Peningkatan umur melibatkan perubahan sistem biologi, psikologi, kepercayaan dan sosial. Pe rubahanperubahan tersebut akan mendedahkan warga emas kepada penyakit-penyakit k erana faktor-faktor umur dan perubahan fisiologikal badan. OUM 19

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 Sistem fisiologi menjadi semakin kurang efektif apabila meningkatnya umur. Penek anan kepada aktiviti-aktiviti fizikal penting bagi mengekalkan atau mempastikan sistem fisiologikal berfungsi dengan konsisten. Pembangunan fizikal melibatkan a ktiviti pembangunan fizikal dalam individu bertujuan membangunkan pelbagai siste m organ dalam tubuh badan individu. Pendapat ini berdasarkan kepada fakta bahawa seseorang individu akan menjadi aktif, mempunyai prestasi yang lebih baik dan l ebih sihat jika sistem organik tubuh badan dapat berfungsi dengan baik. Latihan 2.1 Nyatakan matlamat membina masyarakat dalam menjalankan aktiviti fizikal bagi mat apelajaran Pendidikan Jasmani. 2.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF Pembangunan kognitif dalam aktiviti Pendidikan Jasmani melibatkan pengumpulan pe ngetahuan, keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan. Dalam sub t opik perkembangan kognitif ini akan membincangkan aspek: (i) (ii) (iii) Kemahira n berfikir Konstruktivisme Kepelbagaian kecerdasan 2.2.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir secara kritis merupakan satu daripada komponen utama kemahira n berfikir. Perkataan Kritis berasal daripada bahasa Yunani Kritikos yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya pemikiran kritis dicipta untuk mengelakkan kesilapa n, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Kemahiran ini memberi tumpuan kepa da kebolehan menilai kemunasabahan sesuatu idea iaitu menimbang secara menyeluru h kebaikan dan keburukan dengan memberi alasan dan hujah yang sah, jelas dan ber nas. Ini dapat menghindarkan kesilapan diulang dan membolehkan kesilapan dibetul kan. (BPG 1995) Pemikiran kreatif merupakan satu daripada jenis proses berfikir. Pemikiran tersebut lebih menekankan kepada hemisfera otak kanan (HOKA) berbandi ng hemisfera otak kiri (HOKI). Namun demikian otak kanan kurang diberikan perhat ian dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu HOKA perlu diber i penekanan dalam bilik darjah supaya kreativiti murid dapat dikembangkan ke tah ap yang sewajarnya. (BPG 1995) Daripada definisi di atas, dapatlah dibuat kesimp ulan bahawa berfikir secara kritis dapat membantu meningkatkan kefahaman, kejela san dan keupayaan untuk menggunakan maklumat dengan berkesan. Dengan ini, kita a kan dapat membuat pertimbangan yang lebih bijak dan berkesan untuk membuat keput usan dan menyelesaikan masalah. Sementara kreatif ialah kecekapan dan keupayaan membangunkan minda untuk 20 OUM

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI meneroka berbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar b iasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gugusan. Dalam pengajar an dan pembelajaran aktiviti Pendidikan Jasmani pelajar perlu diberi peluang unt uk berfikir secara kritis dengan cara: (a) Menciri Mengenalpasti kriteria serta unsur satu konsep atau objek sebagai contohnya sifat, ciri dan kualiti. Membandi ng dan Membeza Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti sifa t, ciri, kualiti serta unsur satu peristiwa atau objek. Mengumpul dan Mengkelas Mengumpul dan mengkelas objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdas arkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Membuat Urutan Menyusun objek a tau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti, kuantiti, ciri-ciri atau sifat . Menyusun Mengikut Keutamaan Menyusun objek mengikut tertib berdasarkan kepenti ngan atau kesegeraan. Menganalisis Mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa s erta mencari makna yang tersirat. Mengesan Pengaruh Mengesan pandangan atau pend apat yang berpihak atau menentang sesuatu. Menilai Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada satu kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dali l yang sah. Membuat Kesimpulan Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian b erdasarkan kepada satu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan pe nyiasatan. (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Pengguna juga diberi peluang berfikir secara kreatif dengan cara: (a) (b) (c) Me njana Idea Menjana idea secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Menghub ung Kaitkan Membuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubun gan. Membuat Inferens Membuat kesimpulan awal sama ada benar atau tidak, berdasa rkan maklumat daripada pemerhatian. OUM 21

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 (d) Meramalkan Membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian d an pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai. Membuat Hipotesis Membu at penyataan umum menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubah bagi menerangkan s esuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesah ihannya. Mensintesiskan Menggabungkan idea, unsur, item atau perkara yang berasi ngan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk penyataan, esei, l ukisan dan artifak. Mengitlak Membuat penyataan umum terhadap keseluruhan kumpul an maklumat berdasarkan pemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. Membuat Gambara n Mental Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran. Menganalogi Membentuk kefahaman tentang sesuat u konsep serta mengaitkan konsep itu dengan perkara yang mudah, maujud dan mempu nyai ciri-ciri yang serupa Mereka Cipta Menghasilkan sesuatu yang baru atau mela kukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada dalam bentuk maujud. (e) (f) (g) (h) (i) (j) Di antara tujuan Kemahiran Berfikir secara Breatif dan Britis digunakan dalam pe ngajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan pelajar: ( i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) (vii) Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kr eatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Mengaplik asikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif d an inovatif. Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kab ur dan sempit. Meningkatkan aspek kognitif dan afektif dalam perkembangan intele k mereka. Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat serta membina key akinan diri untuk memberi hujah. Membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan buk ti, serta berani memberi pandangan dan kritik. 22 OUM

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Penekanan kepada kemahiran ini adalah untuk membolehkan kanak-kanak membuat tafs iran yang tepat terhadap sesuatu permasalahan yang mereka hadapi. Kemahiran Berf ikir secara Britis dan Kreatif bertujuan untuk membolehkan murid memahami, menil ai serta berupaya mengaplikasikan semua maklumat yang diterima di dalam pelbagai situasi. 2.2.2 Konstruktivisme Konstruktif adalah satu cara pembelajaran di mana murid membina sendiri pengetah uannya atau konsep secara aktif. Pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada secar a langsung akan membantu murid membina pengetahuannya sendiri. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru Perspektif konstruktivis menggambarkan pembe lajaran merupakan satu perubahan bermakna yang dibina daripada pengalaman. Teori konstruktivisme mentakrifkan pengetahuan sebagai subjektif di mana pelajar tida k belajar mengikut matlamat dan kemahiran yang ditetapkan guru. Sebaliknya pelaj ar sendiri menentukan matlamat pembelajaran mereka. Pembinaan pengetahuan merupa kan satu proses pemikiran tentang pengalaman dan menterjemahkannya. Oleh kerana setiap individu mempunyai set pengalaman yang tersendiri untuk dihalusi maka set iap individu akan membina kefahamannya yang tersendiri. Pembelajaran berlaku apa bila pengetahuan telah berubah dalam satu cara yang membolehkan kita menterjemah kan pengalaman dengan cara lebih sempurna, kompleks atau dimurnikan. Proses pemb elajaran bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pengetahuan untuk berfi kir dan menyelesaikan masalah yang sebenarnya. Untuk mengaplikasikan teori konst ruktivisme, Duffy dan Jonassen (1991) mencadangkan individu mesti bekerja dengan masalah dalam situasi sebenar untuk membentuk pembelajaran bermakna. Oleh keran a masalah selalunya datang daripada banyak aspek seperti simulasi permainan, pen gurusan kecergasan dan banyak lagi dalam Pendidikan Jasmani. Langkah-langkah ber ikut di cadangkan dalam mengaplikasikan teori konstruktivisme: (i) (ii) (iii) Pe nglibatan aktif pembelajaran mengikut urutan pengalaman pembelajaran. Melakukan refleksi terhadap pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Abstrak fakta, pengasing an data atau struktur memainkan peranan penting dari proses refleksi bagi tujuan membina skema tindakan dan skema operasi baru. 2.2.3 Kepelbagaian Kecerdasan Teori Kepelbagaian Kecerdasan mula diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner (1983) menerusi bukunya yang bertajuk Frames of Mind. Idea beliau ke atas tingkah laku pembelajaran manusia telah mencetuskan satu revolusi bagi kecerdasan (Checkly 19 97). Menurut Dr. Gardner, terdapat lapan kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan dan bakat semulajadi yang wujud dalam diri seseorang. Setia p individu mempunyai kelapan-lapan kecergasan tetapi mempunyai kekuatan yang OUM 23

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 berlainan dalam bahagian tertentu. Setiap kecergasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung antara satu sama lain. Guru perlu mempelbagaikan sumber dan a ktiviti-aktiviti pembelajaran bagi memenuhi ke semua kecergasan. (Armstrong 1994 ). Satu ketika dahulu, guru-guru hanya bergantung kepada sumber-sumber di dalam bilik darjah yang hanya merangsang verbal atau linguistik, logikal atau matemati kal dan ada ketikanya visual atau spatial. Keadaan ini, menjadikan pelajar yang mempunyai kecerdasan yang lain akan merasa bosan untuk belajar. Dalam membina pe ngajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang berlandaskan kepelbagaian kece rdasan guru perlu merancang aktiviti yang dapat menarik minat pelajar berdasarka n jenis kecerdasan. Jadual di bawah menunjukkan jenis kecerdasan dan cadangan re kabentuk. Jenis Kecerdasan Kinestatik Interpersonal Intrapersonal Logik/Matemati k Strategi Kebolehan untuk menggunakan satu badan atau anggota untuk menyelesaik an masalah dan mencipta sesuatu. Keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi anta ra satu sama lain. Kebolehan untuk memahami diri sendiri dan berhubung dengan sa tu persekitaran terdekat. Keupayaan untuk memanipulasikan nombor atau memahami p erhubungan setopik dan akibat sesuatu sistem. Keupayaan untuk berfikir dalam ist ilah muzik, mendengar dan mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyian dan m encipta muzik. Keupayaan untuk membezakan antara benda-benda hidup dan berhubung dengan persekitaran semulajadinya. Keupayaan untuk menggunakan bahasa secara li san dan bertulis secara berkesan. Keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gamb ar, imej, bentuk dan corak. Muzik/Lirik Semulajadi Linguistik Ruang Pendidikan Jasmani adalah bertujuan untuk membantu membentuk masyarakat menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Sasaran matl amat yang bersesuaian dengan keupayaan adalah penting bagi mempastikan ia tercap ai dan mudah dilaksanakan oleh semua lapisan masyarakat dan umur. 24 OUM

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI Latihan 2.2 Berikan contoh situasi penggunaan juga Kemahiran Berfikir secara Kreatif. 2.3 PERKEMBANGAN AFEKTIF Pembangunan afektif melibatkan sikap, emosi, apresiasi dan nilai. Pendidikan Jas mani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf s umbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, me miliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin se rta bekerjasama dalam kumpulan sewaktu aktiviti fizikal. 2.3.1 Kawalan Emosi Kecergasan boleh membantu murid mengawal emosi kerana tubuh badan yang cergas be rupaya membantu mengawal perasan dan berupaya mengenalpasti cara mengawal atau m elepaskan perasaan. Kecergasan dapat merangsang individu berfikiran positif dan rasional. Keadaan ini boleh melahirkan individu yang seimbang dan berfikiran pos itif dalam menangani sebarang situasi. Kejayaan yang diperolehi dalam permainan fizikal menyetopikkan individu lebih berkeyakinan dan berpuas hati dengan pencap aian dan menghargai diri mereka. Pendidikan Jasmani boleh memberi peluang kepada individu untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti dan membangunkan kemahiran-kema hiran asas bagi mencapai kejayaan. 2.3.2 Kemahiran Bersosial Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan soc ial seperti menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan ma syarakat. Dengan kata lain Pendidikan Jasmani berupaya membantu pembangunan sosi al individu serta menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli ma syarakat. Sifat kepimpinan yang baik melalui Pendidikan Jasmani merupakan medium utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan dengan aktiviti Pendidikan Ja smani mampu menjadi tapak yang kukuh untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasy arakatan seperti melakukan kerja berkumpulan, yang boleh diperolehi melalui perm ainan berpasukan. Situasi ini jika difahami dan diperjelaskan boleh diaplikasika n dalam kehidupan seharian. 2.3.3 Pembinaan Nilai Untuk membina insan sempurna dan insan kamil yang menekankan kepada jasmani, emo si dan intelektual, aspek nilai murni haruslah diserapkan dalam pengajaran dan p embelajaran. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, penerapan nila i-nilai murni perlulah dilakukan dalam semua kaedah pengajaran yang dilaksanakan . Penerapan OUM 25

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 nilai-nilai murni perlulah bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama, bu daya dan norma masyarakat Malaysia. Antara aspek yang terdapat dalam nilai murni iaitu menanam sifat kesedaran, kefahaman, keyakinan, kesyukuran, semangat cinta kan nilai, menghormati kebaikan dan membenci keburukan, membentuk sikap positif kepada agama, bangsa dan negara, mempunyai displin kendiri, mencapai kecemerlang an dan bertugas dengan penuh dedikasi. Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pemb elajaran, nilai murni yang biasa diterapkan adalah seperti berikut: (i) (ii) (ii i) (iv) (v) (vi) Berdikari Bekerjasama Menepati masa Sabar Bersyukur Cintakan Ne gara (vii) Bersikap positif Sebagai pengajar, nilai yang baik harus ditunjukkan sama ada bersemuka atau tanpa bersemuka dengan pelajar. Pengajar mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) Menepati masa Bersopa n santun Peka terhadap masalah pelajar Sentiasa berobjektif Mempelbagaikan Kaeda h Pengajaran Memberi peluang kepada pelajar untuk berbincangan (vii) Sentiasa memberi dorongan kepada pelajar dalam apa situasi sekalipun (viii ) Bersedia menerima temujanji dengan pelajar (ix) Sabar Contoh penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah: (i) (ii) ( iii) (iv) Pengajaran dan berkumpulan. pembelajaran digunakan dalam aktiviti berp asangan dan Tema yang digunakan menggambarkan nilai-nilai murni. Latihan yang mengandungi pe rmainan dan kemahiran perlu menggunakan kaedah mencabar dengan ini nilai berdika ri dan keyakinan diri boleh diterapkan. Penggunaan alatan dan arahan mestilah ti dak bertentangan dengan aspirasi dan nilai agama, budaya serta norma masyarakat Malaysia. 26 OUM

TOPIK 2 KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI (v) Penggunaan bahasa dan ayat dalam arahan melambangkan masyarakat Malaysia yang be rsopan. Pembentukan Sahsiah Menurut Kamus Dewan sahsiah membawa maksud keperibadian. Kag an J dan Segal J (1988) mendefinisikan sahsiah sebagai personaliti seorang indiv idu yang merangkumi proses berfikir, merasa tingkahlaku dan hubungannya dengan s ekitaran. Menurut Eysenck mentakrifkan sahsiah sebagai cara individu mengorganis asi watak, perangai, intelek, postur gerakan badan dan menentukan penyesuaian ya ng unik terhadap sekitaran. Sahsiah merujuk kepada pembentukan peribadi seseoran g individu secara keseluruhan. Sahsiah merangkumi perangai, kecergasan, sentimen , sikap, minat, kepercayaan, interaksi, bentuk badan, cita-cita dan nilai. Aktiv iti Pendidikan Jasmani di lihat dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik k epada peserta. Nilai-nilai yang sentiasa ditanam dalam aktiviti pendidikan luar dapat membantu merangsangkan pembentukan sahsiah. Aktiviti-aktiviti fizikal yang dirancang dengan teliti akan merangsang pembentukan personaliti yang baik. Keup ayaan pelajar berinteraksi dengan rakan sebaya akan membenarkan pelajar juga men yumbangkan kemantapan sahsiah. Latihan 2.3 Berikan contoh situasi penerapan nilai murni dalam aktiviti Pendidikan Jasmani. RUMUSAN Topik ini membincangkan kepentingan Pendidikan Jasmani dan dibahagikan kepada ti ga sub topik iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, perkembangan kognitif d an perkembangan afektif. Dalam sub topik pertumbuhan dan perkembangan fizikal, p erbincangan berkisar kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak, re maja, dewasa dan warga emas. Topik ini turut membincangkan keupayaan Pendidikan Jasmani dalam membentuk perkembangan kognitif yang baik serta perkembangan afekt if. OUM 27

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TOPIK 2 GLOSSARI Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan mengguna kan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk t ujuan kecemasan. Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai ke putusan yang dikehendaki. Pendidikan Jasmani UJIAN 1 1. Nyatakan mengapa perkembangan kecergasan terutama aktiviti yang melibatkan ka pasiti aerobik dan kekuatan adalah penting. Terangkan maksud kecergasan keseluru han? Nyatakan komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan lakuan motor. Dal am pengajaran Pendidikan Jasmani, pengguna perlu diberi peluang untuk berfikir s ecara kritis. Nyatakan caranya. Berikan definisikan gaya pembelajaran Konstrukti sme? Nyatakan tiga aspek pembangunan afektif? 2. 3. 4. 5. UJIAN 2 1. 2. 3. 4. 5. Whitehead dan Corbin, 1991 menggariskan enam sasaran anak-kanak d alam aktiviti fizikal menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani. Nyatakan. Nyataka n kategori Kecergasan keseluruhan dalam Pendidikan Jasmani? Nyatakan tujuan kema hiran berfikir secara kreatif dan kritis yang digunakan dalam pengajaran dan pem belajaran Pendidikan Jasmani. Nyatakan langkah-langkah yang di cadangkan dalam m engaplikasikan teori konstruktisme. Nyatakan nilai murni yang biasa diterapkan d alam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. 28 OUM

Anda mungkin juga menyukai