Anda di halaman 1dari 53

Pengenalan

Ikhtiar hidup atau survival adalah segala yang berkaitan untuk meneruskan hidup apabila keadaan sekeliling yang boleh menyebabkan anda mati.

Definisi
Berikhtiar hidup adalah kemampuan seseorang atau kumpulan mengatasi sesuatu keadaan ikhtiar hidup di dalam atau luar kawasan musuh.

Kepentingan
Pengetahuan dan kemahiran dalam ikhtiar hidup harus diketahui oleh individu yang melibatkan diri dalam kegiatan luar atau anggota pasukan pencari dan penyelamat.

Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:


a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari

kumpulan. b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.

Objektif
Kognitif Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, hutan, bukit, dan gunung-ganang. Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. Mempelajari pengetahuan asas dan langkahlangkah keselamatan

Psikomotor Dapat membina tempat perlindungan rekaganti untuk mengelakkan bahaya. Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. Dapat bertindak dengan cepat dan tepat apabila menghadapi sesuatu situasi yang kurang baik.

Afektif Membina keyakinan diri untuk terus hidup. Memupuk nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertanggungjawab. Memperkembangkan minat terhadap alam semulajadi dan dapat menikmati keindahannya.

Tekanan Keadaan Ikhtiar Hidup


Tekanan-tekanan ini boleh melemahkan semangat untuk terus berusaha untuk hidup dan keluar dari keadaan tersebut. Tekanan-tekanan yang perlu diatasi ialah:

a. Kelaparan b. Kehausan c. Kesakitan d. Kesejukan dan kepanasan

e. Keletihan f. Kesepian dan ketakutan g. Kehabisan bekalan makanan dan minuman h. Ancaman binatang buas

Ikhtiar hidup di hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang minat aktiviti kembara di kawasan. Setiap orang harus membuat persiapan yang mencukupi seperti pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya.

. Khemah, beg tidur dan tikar getah . Mancis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri . Peta, kompas . Makanan ringan: Mi sedia atau biskut kering

. Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking . Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

Peralatan Terpenting: Mancis/petik api, Parang

Sumber Makanan

Sumber Makanan daripada Tumbuhtumbuhan

Sumber Makanan Daripada Tumbuh-tumbuhan


Monyet, tupai, dan burung boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan buah-buahan yang boleh dimakan oleh manusia. Tidak semua tumbuhan yang boleh dimakan oleh burung atau monyet boleh dimakan oleh manusia. Disebabkan oleh perbezaan besar dari segi sistem penghadaman dan kadar metabolisme. Selepas pemerhatian terhadap haiwan dilakukan, anda perlu membuat ujian-ujian pemakanan.

Ujian-Ujian Pemakanan
1. Ujian Pertama Cium atau Hidu Tumbuhan yang berbau busuk atau tengik mengkin beracun dan memebukkan. 2. Ujian Kedua Gatal-gatal Kulit Sekirangnya tiada bau yang kurang menyenangkan, anda boleh menyapu tumbuhan tadi pada bahagian kulit yang lembut seperti pada lengan atau perut. Gosokkan lama-lama sedikit dan tunggu sehingga 15 minit. Sekiranya terasa gatal atau miang, tumbuhan itu mungin beracun 3. Ujian Ketiga Bibir, lidah dan mulut Diletak terus pada bahagian bibir sahaja, jangan gunakan lidah.

Tiada seberang tanda keracunan, barulah tumbuhan itu dikunyah tetapi tidak ditelan Jika terasa loya, panas atau gatal,luahkan tumbuhan itu kerana ia beracun Ujian Keempat Menelan Sekirahnya ujian-ujian tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda bahaya, anda bolah menelan tumbuhan tersebut dalam kuantiti yang sedikit. Ujian Kelima Memakan Jika tumbuhan itu tidak beracun, anda boleh memakannya dengan cara merebus.

Sumber Minuman

1. Mencari Sumber Air Sumber-sumber air seperti anak sungai dan sungai boleh dicari dengan beberapa cara seperti berikut:
Mencari kawasan lembah Memerhatikan haiwan Mengikut denai haiwan Mendengar bunyi

Dalam keadaan yang sungguh terdesak serta gagal mencari punca air, masih boleh berikhtiar mendapatkan air menerusi: Buah-buahan Telur Pokok periuk kera Akar kayu Pokok buluh Embun

Embun

Air yang tidak mengalir atau bertakung adalah terdedah kepada kotoran dan bakteria. Dalam situasi ikhtiar hidup, air perlulah dimasak terlebih dahulu. Seboleh-bolehnya elakkan daripada menggunakan air yang bertakung di dalam lubang atau lopak. Jika terpaksa, pastikan ia dimasak. Elakkan daripada menggunakan sumber-sumber air di kawasan ladang kelapa sawit atau getah. Sebelum memasak air, turaskan terlebih dahulu. Gunakan pakaian bersih sebagai penapis.

ISYARAT

ISYARAT
menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan.

Alat-alat membuat isyarat Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui.

Contoh isyarat
1.Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan.

2. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapal terbang, atau orang pada jarak yang jauh.

3. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut.

4. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang.

5. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.

TINDAKAN JIKA TERMAKAN TUMBUHAN YANG BERACUN -Dalam keadaan ikhtiar hidup, jika kita termakan tumbuhan yang beracun tindakan kecemasan adalah seperti berikut:-

1. Muntahkan tumbuhan tersebut dengan cepat. 2. Minum air bersih yang telah dimasak. 3. Makan sedikit arang kayu untuk mengeluarkan keracunan dalam badan. 4. Dapat bantuan perubatan dengan segera. (sumber dari MENDAKI GUNUNG Borhan Yusof , muka surat 16)

TEMPAT PERLINDUNGAN

Tempat perlindungan adalah penting untuk melindungi kita dari kepanasan matahari, hujan dan kesejukan. Tempat perlindungan memberi peluang kepada kita untuk tidur dan rehat.

Khemah

Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

MEMBINA TEMPAT PERLINDUNGAN

1 Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.

2. Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang memberhaya.

3. Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan pokok-pokok yang mati.

4. Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang didapati.

5. Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang dirancangkan.

JENIS-JENIS TEMPAT PERLINDUNGAN

Pondok Sementara Pondok Jangka Panjang Pondok dalam kawasan Rawang

Pondok Sementara

Pondok Sementara
Pondok ini merupakan jenis perlindungan yang paling senang dibina dan untuk kegunaan jangka masa yang pendek. Pondok mesti dibina di atas tanah yang rata dan kering.

Pondok Jangka Panjang

Pondok Jangka Panjang


Pondok ini dibina jika ingin berkhemah untuk jangka waktu yang lama atau keadaan tanahnya sentiasa lembab dan tidak rata.

Pondok dalam kawasan Rawang

Pondok dalam kawasan Rawang


Pondok ini dibina jika keadaan berkehendakan kita berlindung dalam kawasan rawang (berpaya). Tempat perlindungan yang dibina hendaklah selamat daripada air pasang.

BAHAN-BAHAN PEMBINAAN

1. Atap
salah satu bahagian tempat perlindungan yang penting adalah atap. Dalam hutan atap boleh diperolehi dari pokok-pokok berikut:a. Daun palas gajah dan palas biasa. b. Daun rumbia atau nipah. c. Daun bertam d. Daun pokok kabung dan enau. e. Daun mengkuang. f. Buluh dan kulit kayu g. Daun-daun lain atau bahan-bahan yang sesuai.

2. Tiang dan Alang.


Bagi mengukuhkan struktur binaan pondok. Kayu-kayu yang terdapat di dalam hutan boleh dijadikan tiang dan alang. Kayu-kayu tersebut hendaklah dari saiz yang bersesuaian supaya dapat menampung berat badan dan tahan untuk jangka masa yang diperlukan. Jenis-jenis kayu yang beracun seperti rengas hendaklah dielakkan. Rangka kayu hendaklah sesuai dengan bahan-bahan untuk membuat atap.

3. Tali.
Tali-tali digunakan untuk mengikat dan memperkukuhkan tiang-tiang, alang dan atap. Tali-tali yang digunakan boleh diperolehi dari kulit kayu, roran dan akar-akar yang boleh diperolehi dari hutan.

Bibliografi
1. Mendaki gunung /Borhan Yusof.(Siri rekreasi darat dan air ) Pustaka Cita Tinggi . Cetakan Pertama 2008 , Perpustakaan Negara Malaysia. 2. Merunut hutan /Borhan Yusof . (Siri rekreasi darat dan air ) Pustaka Cita Tinggi . Cetakan Pertama 2008 , Perpustakaan Negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai