Anda di halaman 1dari 3

Sumber: http://sutihana.com/blog/index.php/berenang/kebaikan-berenang.html http://golden-arrows.blogspot.com/2009/04/faedah-memanah.html http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/07/kebaikan-atau-faedah-mengisimasa.

a.html Sumber: Abdul Alim Abdul Rahim, Panduan Perkhemahan Simpulan dan Pioneering, 2004, m/s: 21 a) Sumber: http://hassansini.blogspot.com/2006/04/faedah-senaman-pada-kaki.html Sumber: http://hassansini.blogspot.com/2006/04/faedah-senaman-pada-kaki.html Sumber: http://hassansini.blogspot.com/2006/04/faedah-senaman-pada-kaki.html Sumber: http://kaf2023kumpulangimnastik.blogspot.com/2010/03/5.html Sumber: Abdul Alim Abdul Rahim, Panduan Perkhemahan Simpulan dan Pioneering, 2004, m/s: 22

a) Sumber: http://hassansini.blogspot.com/2006/04/faedah-senaman-pada-kaki.html Aktiviti berkumpulan diteruskan oleh Puan Arrushdah Arifin yang dinamakan Ikatan Kasih Integrasi di mana peserta akan diikat hujung ibu jari masing-masing. Setiap kumpulan diminta merungkaikan ikatan tersebut walau apa cara sekali pun asalkan tali tidak putus atau tercabut. Akhirnya mereka akan mengetahui pasangan masing-masing setelah kedua-dua punca tali berjaya dileraikan. Aktiviti tersebut begitu menyeronokkan dan membuka minda peserta agar kreatif dan berfikir dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah. Aktiviti berakhir jam 11.00 malam.

Peserta perkhemahan berkumpul mengikut kumpulan masing-masing di dewan terbuka untuk aktiviti Jungle trecking. Pada jam 9.30 pagi, pelajar memulakan aktiviti kembara yang diketahui oleh En. Firdaus Bin Azlan. Setiap peserta diminta membawa telur ayam mentah dan diamanahkan supaya menjaga telur tersebut seperti menjaga nyawa sendiri. Ini dapat melatih peserta supaya bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan sesuatu.

Perjalanan memakan masa 4 jam dan kesukaran yang dihadapi ialah menyusur paya dan mendaki bukit. Aktiviti turut disertai oleh Kem Komandan dan guru-guru yang lain.

Sepanjang perjalanan peserta telah ditunjukkan jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat di sepanjang kembara. Semua peserta basah kuyup dan ada diantara mereka yang menyatakan bahawa ianya merupakan pengalaman kali pertama melakukan aktiviti Jungle Trecking atau Kembara ini.

Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi refkleksi pada jam 6.00 petang. Dalam sesi ini para peserta memberikan pandangan atau refleksi masing-masing mengenai aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut iaitu aktiviti kembara hutan dan Orientaring.

Semua peserta menyatakan perasaan dan pandangan yang amat positif mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini dijalankan. Sesi refleksi berakhir pada jam 7.00 malam.

Upacara perasmian penutup dan acara penyampaian hadiah bagi kumpulan yang terbaik dan lain-lain dijalankan pada jam 2.00 petang. Kumpulan yang memenangi sebagai kumpulan terbaik adalah kumpulan buah pulasan . Hadiah disampaikan oleh Ketua Kem Komanden iaitu Encik Azaman bin Musa.

Selepas tamat upacara penyampaian hadiah, peserta diberi taklimat akhir sebelum mengemas khemah. Taklimat diberikan oleh Kem Komandan.

Semua peserta dikehendaki melakukan gotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan mengikut zon yang telah ditetapkan.

Masa : 5.00 p.m Para peserta dan guru-guru bertolak pulang ke sekolah selesai sahaja aktiviti gotong-royong tepat jam 5.00 petang. Para peserta sampai di sekolah pada jam 10.00 malam. Di sekolah, semua pelajar dikehendaki untuk bermalam di sekolah. Pelajar lelaki tidur di perpustakaan manakala pelajar perempuan tidur di surau. Keesokan pagi, barulah semua peserta pulang ke rumah masing-masing.