Anda di halaman 1dari 29

BAB 1 PENGENALAN Aktiviti fizikal merupakan salah satu aktiviti yang mendatangkan banyak kebaikan dan faedah kepada

mana-mana individu yang aktif Ianya tidak kira sama ada secara rekreasi atau secara komersil. Dari segi kesihatan, aktiviti fizikal banyak mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan kita. Ini dapat dilihat pada sistem kardiovaskular, sistem pencernaan mahu pun jangka hayat seseorang, (Mokdad 2004; Mathers et al.,1999;WHO, 2002).

Aktiviti fizikal boleh ditakrifkan sebagai pergerakan seluruh badan yang mana menyebabkan penguncupan otot rangka dan ianya boleh meningkatkan pengeluaran tenaga yang banyak. (dipetik daripada USDHHS, 1999; Bouchard, et al., 1990). Terdapat banyak cara gaya hidup sihat atau tingkahlaku yang menyumbang kepada kecergasan, kesihatan dan kesejahteraan. Menurut kajian yang dilakukan oleh (National Association for Sport & Physical Education, 2003) pandangan wanita terhadap aktiviti fizikal adalah lebih kepada dapat mengurangkan tekanan akibat bebanan kerja. Pandangan lelaki terhadap aktiviti fizikal pula adalah lebih kepada dapat memberi kehidupan yang cergas. Sikap dan pandangan setiap individu terhadap aktiviti fizikal adalah penentu terhadap tahap keaktifan mereka untuk menjalani kehidupan yang aktif. Menurut (Sumunski, Richard R, Petosa, Rick, Alan C, Zhang &James L, 2002) mendapati bahawa lelaki mempunyai tahap yang lebih tinggi dan lebih cergas dalam aktiviti fizikal jika dibandingkan dengan wanita.

Gaya hidup sihat yang berasaskan kehidupan seharian seperti kegiatan fizikal yang aktif berkait rapat dengan nilai kesihatan yang positif dan sebaliknya. Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan berbagai kempen, program dan aktiviti pencegahan, rawatan serta pemulihan bagi meningkatkan tahap kesihatan awam pada tahap yang optima. Cara dan kaedah yang digunakan dalam usahausaha pencegahan dan rawatan telah dapat mengurangkan gejala penyakitpenyakit berjangkit. Bagi mengelakkan daripada diserang penyakit berbahaya, orang ramai perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan memberi perhatian yang khusus terhadap aspekaspek kesihatan yang merangkumi aspek fizikal, emosi, mental dan kebersihan diri.

Tuntutan hidup masa kini menjadikan manusia semakin memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi dalam merealisasikan impian hidup mereka. Pengorbanan tersebut merangkumi pengorbanan ruang dan masa yang semakin menuntut perjalanan hidup ini. Keadaan ini menjadikan manusia semakin membelakangi senaman yang merupakan sebahagian daripada aktiviti fizikal yang sepatutnya menjadi amalan ke arah kehidupan yang lebih sihat. Seseorang individu itu memerlukan senaman dalam kehidupan seharian untuk mencapai kecergasan keseluruhan. Ianya lebih penting lagi dalam kehidupan serba moden ini. Pembangunan yang pesat dan kemajuan teknologi menyebabkan manusia kurang bergerak dan ini menyebabkan timbulnya masalah kesihatan.

Kesihatan diri individu menurut World Health Organization (WHO) pada tahun 1948 merangkumi keadaan yang sempurna seseorang secara menyeluruh yang bukan sahaja bermaksud tiada sebarang penyakit malah ianya termasuklah kesihatan mental mereka juga. Kesihatan yang baik merupakan aset yang penting bagi setiap manusia agar dapat meneruskan kehidupan yang riang dan ceria di samping keluarga dan masyarakat. Semua orang perlu menjaga kesihatan dengan baik kerana tanpanya hidup akan menjadi tidak menentu dan tidak selesa. Pengetahuan tentang gaya hidup yang sihat dan seimbang adalah mustahak. Aspek fizikal, emosi dan mental haruslah di beri perhatian khusus bagi mencapai kesihatan yang optima. Jika salah satu aspek tersebut kurang di beri perhatian, ianya akan mempengaruhi tahap kesihatan dan kecergasan seseorang individu. Pengetahuan tentang kepentingan senaman, diet dan pemakanan juga penting bagi memastikan setiap tindakan yang diambil adalah bijak dan sesuai dengan diri sendiri. Definisi kesihatan yang diutarakan oleh World Health Organization (WHO) adalah - Kesihatan ialah satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas dari penyakit atau tidak berdaya. Takrifan ini sebenarnya melibatkan dua aspek penting dalam kesihatan iaitu aspek negatif (berpenyakit, tidak sihat, cedera, cacat atau tidak berdaya/lemah) dan aspek positif (kesejahteraan dari segi fizikal, mental dan sosial). Dalam kehidupan sehari-hari, individu, masyarakat atau ahli profesional sering menekankan aspek negatif dan mengabaikan aspek positif. Begitu juga dari aspek promosi kesihatan, kita sering menekankan aspek pencegahan penyakit dan kurang mempromosikan dimensi kesihatan yang positif dan menjurus ke arah kesejahteraan hidup.

Perbezaan di antara kedua-dua aspek kesihatan ini amat penting kerana ia dapat memastikan aktiviti promosi kesihatan adalah berkesan dan mencapai matlamatnya. Aktiviti promosi kesihatan seharusnya cuba mencegah penyakit atau keadaan tidak sihat dan pada masa yang sama ia harus mampu menggalakkan kesihatan yang positif pada individu atau masyarakat. Matlamat keseluruhan promosi kesihatan ialah mencapai keseimbangan di antara penggalak kesejahteraan dan pencegahan keadaan tidak sihat dari segi fizikal, mental dan sosial.

Aspek promosi kesihatan telah mula diperkatakan sejak dua abad lalu tetapi hanya mendapat perhatian yang serius mulai tahun 1980an. Ia merupakan satu proses atau gerakan radikal yang menekankan kepada aspek sosial dan ekonomi. Aspek promosi kesihatan telah menonjolkan aspek kesejahteran kehidupan individu sebagai perkara asas dalam kesihatan masyarakat. Setiap individu, para profesional dan bukan profesional serta bukan agensi kerajaan atau kerajaan mempunyai peranan masing-masing dalam aktiviti promosi kesihatan.

Selain itu, dalam promosi kesihatan perlu menekankan aspek kesihatan yang positif. Kebanyakan individu masa kini mengambil tindakan positif untuk menjaga kesihatan dan bukan semata-mata hanya memberi respon terhadap tanda penyakit yang mereka alami.

Aspek promosi kesihatan adalah berasal dari aspek pendidikan kesihatan. Bagi menentukan aktiviti promosi kesihatan tersebut berjaya dan mencapai matlamatnya, individu atau ahli profesional perubatan yang bertindak sebagai pendorong kesihatan (health promotion) harus memahami prinsip-prinsip serta konsep pendidikan kesihatan. Pendidikan kesihatan akan menggalakkan kesihatan positif dan mencegah keadaan tidak sihat atau penyakit melalui pengaruhnya terhadap kepercayaan, pengaruh, dan tingkah laku individu, kumpulan atau masyarakat. Oleh itu, peranan media massa dalam aspek pendidikan kesihatan amat berharga. Pendidikan kesihatan yang menumpukan kepada aktiviti-aktiviti di peringkat kumpulan atau masyarakat adalah sangat penting.

Objektif kesihatan, strategi dan program di bawah Rancangan Malaysia 7 (RM7) akan memberi penekanan dari sudut promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan serta pemulihan dan pengekalan sistem kesihatan yang efisen dan adil. Kerajaan akan mempromosi cara hidup sihat di kalangan masyarakat. Sistem kesihatan di kawasan luar bandar akan dipermajukan. Sistem bekalan air dan sanitasi, program nutrisi dan imunisasi akan diperluaskan dan lebih ramai individu di jangka akan mendapat kemudahan tersebut. Lebih banyak hospital dan kemudahan kesihatan akan dibina. Kerajaan juga menggalakkan sektor kesihatan swasta berganding bahu dengan kerajaan untuk mencapai matlamat RM7. Usaha akan terus ditumpukan kepada golongan berpendapatan rendah dan menguatkan program kesihatan dan rawatan dengan memperbanyakkan

perkhidmatan sokongan.

Statistik negara menunjukkan peningkatan kes-kes penyakit yang berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu, penekanan promosi kesihatan harus diberikan kepada tabiat dan cara hidup yang tidak sihat. Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi masih menjadi punca utama (penyebab) kematian (15.5 peratus) di hospital-hospital kerajaan. Selain itu, sebanyak enam peratus daripada kematian pula disebabkan oleh penyakit diabetis (kencing manis). Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa lapan peratus daripada orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti manakala 1/3 hingga 1/4 daripada masyarakat di negara ini pula

mengalami masalah berat badan berlebihan. Sehubungan dengan aspek pemakanan yang sihat, kerajaan telah melancarkan kempen "Pemakanan yang Sihat" pada tahun 1997. Beberapa kaedah telah dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kempen tersebut berjalan lancar serta berkesan.

Negara kita sedang menuju ke arah sistem penjagaan kesihatan yang bersepadu dan berintergrasi yang memberi tumpuan kepada promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan penjagaan primer. Visi teleperubatan akan membantu mengubah perkhidmatan penjagaan kesihatan dan industri kesihatan ke arah globalisi untuk

perkhidmatan, produk dan pendidikan kesihatan. Teleperubatan ini akan digunakan sebagai alat untuk menggalakkan serta tanggungjawab yang lain dari aspek penjagaan kesihatan diri sendiri. .

PERNYATAAN MASALAH

Masyarakat hari ini masih menganggap bahawa aktiviti fizikal hanya membuang masa mereka dan lebih mengutamakan pekerjaan untuk mencari sumber pandapatan harian tanpa memikirkan kesihatan dan kesejahteraan mereka tanpa menyedari umur mereka yang semakin meningkat tua, terutamanya pada golongan dewasa.

Tanggapan masyarakat yang negatif mengenai aktiviti fizikal hanya membuang masa adalah tanggapan yang salah. Ini dapat ditunjukkan daripada kajian saintifik yang telah dijelaskan oleh Paffenbarger & Hyde, (1988), Powell, (1988) mengenai aktiviti fizikal boleh memberi peranan yang berfaedah dalam menstabilkan penyakit dan baik untuk kesihatan mental. . Senario yang sama juga berlaku pada negara kita, di mana menurut laporan dan kajian yang dijalankan Nanyang Siang Pau (2000) menunjukkan hanya 31.2% penduduk Malaysia yang menjalankan ativiti fizikal, manakala yang selebihnya iaitu 68.8% daripadanya adalah tidak aktif. Jumlah ini adalah sangat tinggi, dan situasi begini amat membimbangkan.

Namun apa yang jelas kelihatan ialah para golongan dewasa di Malaysia sekarang kurang menggunakan masa untuk aktif dalam aktiviti-aktiviti seperti di tempat kerja, di rumah, dan kawasan halaman untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, dan melakukan aktiviti fizikal pada waktu lapang untuk rekreasi, senaman atau bersukan.Menurut, Robinson (1993) pula melaporkan penurunan penglibatan dalam

semua kumpulan umur di kalangan rakyat Amerika. Menurut beliau lagi, kekerapan penglibatan dalam semua aktiviti sukan menurun sebanyak 10% dari tahun 1985 hingga 1990. Sehubungan itu perancangan dan pembentukan program penggalak yang sesuai amat diperlukan bagi mepertingkatkan kadar penyertaan individu dalam aktiviti fizikal yang aktif.

. Dalam penyataan masalah ini beberapa dapatan kajian, pendapat, pandangan dan perbincangan mengenai aktiviti fizikal di kalangan orang dewasa terhadap aktiviti fizikal yang telah dijalankan di barat. Kajian ini telah dipungut daripada beberapa jurnal antarabangsa. Oleh itu, memandangkan golongan dewasa kurang meggunakan masa untuk melakukan aktiviti fizikal,dengan ini, pengkaji berminat untuk mengukur tahap aktiviti fizikal di kalangan orang dewasa di kawasan Lembah Klang.

PERSOALAN KAJIAN 1. Apakah kekerapan penglibatan dikalangan orang dewasa di Lembah Klang yang melakukan aktiviti fizikal dalam seminggu ? 2. Apakah jangkamasa penglibatan dikalangan orang dewasa di Lembah Klang (jam / minit ) dalam setiap melakukan aktiviti fizikal ? 3. Adakah terdapat perbezaan kekerapan penglibatan di kalangan orang dewasa di Lembah Klang dalam melakukan aktiviti fizikal dalam seminggu antara lelaki dan wanita ? 4. Adakah terdapat perbezaan jangkamasa penglibatan di kalangan orang dewasa dalam aktiviti dalam seminggu antara lelaki dan wanita?

5. Adakah terdapat perbezaan kekerapan penglibatan golongan dewasa dalam aktiviti fizikal dalam seminggu antara lelaki dan wanita? 6. Adakah terdapat perbezaan jangkamasa penglibatan dikalangan orang dewasa dalam aktiviti fizikal dalam seminggu antara lelaki dan perempuan? 7. Adakah terdapat perbezaan kekerapan penglibatan di kalangan orang dewasa dalam aktiviti fizikal dalam seminggu antara orang dewasa pelbagai umur? 8. Adakah terdapat perbezaan jangkamasa penglibatan di kalangan orang dewasa dalam aktiviti fizikal dalam seminggu antara orang dewasa pelbagai umur?

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penglibatan fizikal di kalangan orang dewasa di Lembah Klang. 1. Untuk mengetahui motif penglibatan golongan dewasa di Lembah Klang dalam melakukan aktiviti fizikal. 2. Untuk mengenalpasti aktiviti fizikal yang paling popular golongan dewasa di Lembah Klang dalam melakukan aktiviti fizikal. 3. Untuk mengetahui corak penglibatan golongan dewasa di Lembah Klang (jam / minit) seminggu dalam aktiviti fizikal. 4. Dapat membezakan antara corak penglibatan orang dewasa di Lembah Klang dalam melakukan aktiviti fizikal (jam / minit ) seminggu diantara golongan dewasa lelaki dan perempuan.

LIMITASI KAJIAN
Menurut Stanley & Campbell (1963), terdapat 12 jenis faktor yang boleh melimitasikan dapatan sesuatu kajian. Antara limitasi kajian ini adalah saperti mana diringkaskan seperti berikut:

1. Walaupun penyelidik telah menerangkan sebelum mengedarkan soal selidik bahawa respon mereka adalah dirahsiakan. Kemungkinan ada responden yang tidak menjawab dengan jujur tetap ada dan mungkin juga responen yang tidak berminat menjawab soal selidik yang diterima.

2. Penyelidik menganggap bahawa semua peserta boleh membaca dan telah memahami bahasa melayu dan faham kehendak soalan soal selidik. Kemungkinan ada responden memahami soalan.

3. Soalan soal selidik tidak dapat merangkumi semua tahap aktiviti fizikal dikalangan orang dewasa di Lembah Klang. Kajian ini hanya tertumpu kepada persoalan yang terdapat dalam soal selidik sahaja.

4. Responden terpaksa mangisi jawapan pada tempat yang disediakan sahaja dan tidak mempunyai sebarang kemusykilan.

5. Responden terpaksa menjawab dan mengisi semua soalan soal selidik tanpa diperuntukan masa untuk menjawab.

KEPENTINGAN KAJIAN Pada masa kini terdapat pelbagai tanggapan masyarakat mengenai kepentingan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian mereka. Dengan adanya dapatan kajian yang berbeza ini, menjadikan pengkaji berminat untuk mengenalpasti dan mengukur tahap aktiviti fizikal di kalangan orang dewasa di Lembah Klang. Kajian ini juga di harapkan dapat memberi kepentingan dan maklumbalas kepada masyarakat di Lembah Klang secara keseluruhannya tentang kelebihan dan keistimewaan aktiviti fizikal bagi golongan orang dewasa di kawasan tersebut. Sumbangan aktiviti fizikal dalam proses perkembangan orang dewasa atau yang sudah berumur tidak wajar dipadang remeh dan perlu disedarkan bahawa sikap negatif adalah tidak elok untuk perkembangan mereka. Diharapkan kajian ini dapat membantu untuk mengukur tahap aktiviti fizikal di kalangan orang dewasa dalam membentuk insan yang sihat dan seimbang.

Selain daripada mengenal pasti sikap dan masalah-masalah masyarakat dewasa terhadap aktiviti fizikal, kajian ini juga menbantu mengukur jumlah masa yang diambil dalam penglibatan mereka melakukan aktiviti fizikal yang merupakan aspek penting yang dapat membantu dalam proses perancangan dan perlaksanaan aktiviti fizikal yang bersesuaian dengan keperluan orang yang berumur.

DEFINISI OPERASIONAL Definisi yang di beri dalam kajian ini dipilih secara terus atau diterjemahkan daripada kajian-kajian lepas supaya ianya bersesuaian dengan permasalahan kajian ini. Terdapat juga beberapa kosa kata yang dirujuk maksudnya dengan menggunakan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga Istilah masalah dalam konteks kajian ini ialah Program Rancangan yang menentukan dsasar-dasar yang akan dijalankan Kesihatan Perihal sihat, kesegaran dan keadaan kebaikkan tubuh badan. Orang Dewasa Orang dewasa dalam Kamus Dewan (edisi keempat) 2005, mendefinisikan maksud sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas dan sudah cukup besar dan matang. Definisi Kecergasan Fizikal - Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik ( kekurangan pergerakan ) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, berkemahiran dan sebagainyaFalls, 1980

Aktiviti Fizikal Pergerakan badan yang mana menyebabkan pengucupan otot rangka dan meningkatkan pengeluaran tenaga dengan banyaknya (dipetik dari USDHHS, 1996: Bouchard, et al : 1990)

BAB 2 SOROTAN LITERATURE Otak yang cerdas datangnya daripada badan yang sihat. Inilah kata-kata hikmah yang harus dijadikan pegangan kepada seseorang tidak mengira usia. Memandangkan perlunya seseorang mempunyai badan yang sihat dan otak yang cerdas

Di peringkat pelaksanaan sesuatu program pula, penilaian perlu di beri perhatian sewajarnya. Menurut King dan rakan-rakannya (1988) melalui penilaian ianya dapat memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak perancang dan pelaksana yang penting ialah ibu-bapa, pelajar dan ahli masyarakat amnya supaya usaha segala kejayaan dan kegagalan sesuatu program dapat di kesan.

Kocak, Harris, Isler dan Cirek (2002) berpendapat bahawa aktiviti fizikal mempunyai kesan positif terhadap perkembangan fisiologi dan psikologi kanak-kanak dan remaja. Tempoh ini penting dalam hidup mereka kerana ia merupakan waktu untuk memperolehi dan mengekalkan corak tingkahlaku yang berhubungkait dengan kesihatan. Tingkah laku ini seterusnya akan dibawa ke alam dewasa mereka. Namun demikian, didapati tahap aktiviti fizikal telah merosot akibat peningkatan umur terutamanya di kalangan perempuan. Dapatan kajian kocak et.al (2002) merumuskan kemerosotan aktiviti fizikal berpunca berpunca dari sebab-sebab kekurangan kemudahan, peralatan dan pakaian, sukar mencari teman dan jarang memdapat galakan (untuk responden perempuan).

Punca-punca kekurangan aktiviti fizikal yang didapati ditingkatkan adalah berdasarkan konteks di Turki. Adalah ia mempunyai persamaan dengan konteks Malaysia? Kartina (1998) telah menyenaraikan 10 punca utama masalah amalan aktiviti fizikal di kalangan pelajar. Empat punca terpenting dalam kajian beliau ialah (1) tugasan pengajian banyak, (2) letih selepas kuliah, (3) maklumat aktiviti fizikal lewat, dan (4) kurang kemahiran untuk beraktiviti fizikal dengan berkesan persoalan yang timbul dari kajian Kartina ialah adakah fenomena ini berlaku dalam penglibatan aktiviti fizikal di kalangan remaja, jika terdapat, sejauh manakah pengaruhnya dan bagaimanakah perlu kita bertindak. Maka kajian dalam bidang ini amat diperlukan demi membantu dan melahirkan generasi yang sihat. Masakini kerajaan telah menyediakan berbagai program untuk meningkatkan daya kecergasan rakyat. Program seperti Malaysia Cergas dan Rakan Muda kesemuanya adalah untuk menarik perhatian masyarakat supaya memilih gaya hidup yang cergas, iaitu gaya hidup yang berorientasikan aktiviti fizikal pada waktu lapang mereka. Masyarakat, tanpa mengira umur, kaum atau jenis pekerjaan, digalakkan mengamalkan gaya hidup yang aktif supaya mereka akan lebih cergas dalam rutin pekerjaan harian. Ini adalah juga selaras dengan wawasan 2020 yang ingin menyediakan generasi masa depan supaya lebih mencabar di dalam semua aspek kehidupan. Malaysia cergas bertujuan menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia betapa pentingnya kesihatan yang boleh dipupuk melalui kegiatan fizikal dan rekreasi. Minat akan menimbulkan minat untuk mengetahui tentang jenis-jenis sukan dan kegiatan yang hendak disertai, supaya penyertaan menjadi lebih teratur dan berkekalan.

Malaysia cergas ingin mendidik masyarakat mrngenai sebab-sebab mustahaknya bersukan, tentang dimana dan bagaimana melakukan sesuatu kegiatan fizikal tentang apa yang elok dilakukan, apa yang tidak bagi setengah golongan umur, tentang apa yang sesuai. Lebih penting lagi, Malaysia Cergas menyeru tiap lapisan masyarakat supaya memberi respon dan menyertai dalam kegiatan fizikal dan rekreasi. Penyertaan

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Individu Tidak Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Fizikal

Para penyelidik sukan juga telah mengkaji dan mengenal pasti sebab-sebab seseorang individu tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Ekoran daripada itu, satu isu kesihatan umum telah banyak diberi perhatian sejak akhir-akhir ini adalah tentang kurangnya masyarakat hari ini menjalankan aktiviti fizikal (Bull & Jamrozik, 1998). Walaupun aktiviti fizikal dengan jelas telah dibuktikan mempunyai faedah tetapi gaya hidup sedentari masih dikenalpasti sebagai satu ciri aktiviti masyarakat di waktu lapang (Anderson, Blair, Cheskin & Baetlett, 1997). Hanya 22% daripada golongan dewasa di Amerika Syarikat dilaporkan aktif dan memperoleh faedah kesihatan daripada aktiviti yang disertai oleh mereka, manakala golongan yang tidak berapa aktif sebanyak

53% dan 25% lagi merupakan golongan sedentari yang tidak memperolehi faedah kesihatan (Hopkins, 1997). Ini menunjukkan bilangan yang tidak aktif merangkumi hampir 80% daripada golongan dewasa di Amerika Syarikat dan menghadapi risiko kesihatan.

Manakala di Malaysia pula, didapati hanya 11.6% dari rakyat Malaysia yang aktif bersenam (sekurang-kurangnya tiga sekali seminggu). Sebanyak 69.1% rakyat Malaysia tidak lagsung mengamalkan aktiviti bersenam dan selebihnya mengamalkan senaman satu atau dua kali seminggu (Law Hieng Ding, 1998). Kajian juga mendapati golongan yang tidak aktif ini adalah terdiri daripada kaum wanita, pekerja-pekerja sektor swasta, penduduk luar bandar dan golongan yang meningkat tua (KCHS, 1998).

Gaya hidup sedentari menyebabkan sebilangan besar rakyat Malaysia menghadapi masalah kegemukan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit (Law Hieng Ding, 1998). Ini menunjukkan penglibatan dalam aktiviti fizikal di kalangan rakyat Malaysia masih di tahap yang kurang memuaskan. Situasi sebegini jika berterusan akan membimbangkan sekiranya tiada galakkan dan pendidikan awal tentang kepentingan kegiatan fizikal diberikan. Gaya hidup sedentari akan meningkatkan penyakit hipokinetik, dan boleh menyebabkan kos perbelanjaan perubatan negara meningkat dan seterusnya jumlah produktiviti negara turut terjejas (Corbin, 1998).

Walaupun faktor masa diletakkan sebagai faktor utama seseorang individu tidak melibatkan dalam aktiviti fizikal, tetapi Wankel (1998) mempunyai pendapat yang

berlainan. Beliau mengatakan tiada masa untuk bersenam adalah bukan sebab penting. Ini kerana seseorang itu tidak memberikan keutamaan terhadap aktiviti fizikal. Di samping itu, Wankel (1988) juga mendapati budaya dan adat memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi penglibatan dalam aktiviti fizikal. Ini terbukti apabila penyelidik yang berbeza latar belakang mempunyai pendapat yang berlainan tentang sebab-sebab kurangnya penglibatan dalam aktiviti fizikal. Misalnya Weinberg dan Gould, (1999) di Amerika Syarikat mengatakan kekurangan dari segi kewangan, minat, alatan dan tempat bersenam, tekanan kerja dan tiada konsep kendiri dan faktor-faktor lain yang tidak kurang penting menyebabkan kurang penglibatan dalam aktiviti fizikal. Manakala kajian di Kanada, mendapati antara sepuluh orang responden, empat daripadanya tidak aktif dalam aktiviti fizikal. Ini disebabkan oleh: 1) Faktor individu seperti kurang pengetahuan dan kemahiran, masalah peribadi atau ekonomi; 2) Faktor sosial seperti tiada sokongan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat; dan akhir sekali faktor persekitaran seperti kurang kemudahan sukan (Physical Activity Monitor, 1999).

Selain itu, kajian terhadap remaja perempuan yang tidak menggunakan Inggeris sebagai bahasa pertuturan di Australia, menerangkan pengaruh rakan sebaya dan kurang kemahiran adalah penghalang utama penglibatan dalam aktiviti fizikal (Taylor, Legrand & Newton, 1999). Berbeza di Malaysia, faktor individu seperti malas, tiada masa dan kurang keyakinan di kalangan perempuan ialah faktor utama yang mendorong mereka tidak melibatkan dalam aktiviti fizikal (Salman, 1997).

Kesimpulannya, faktor budaya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi seseorang untuk terlibat dalam aktiviti fizikal. Ini dikukuhkan dengan kajian Omar Fauzee (1999) yang mengenalpasti tiga aspek budaya yang mempengaruhi penglibatan dalam aktiviti fizikal: 1) Persepsi yang negatif terhadap perempuan menyebabkan perempuan tidak aktif dalam aktiviti fizikal; 2) Lelaki lebih dominan dalam aktiviti fizikal; dan 3) Menjalankan aktiviti adalah untuk mencapai kepuasan. Menurut Blair, Mulder & Kohl (1987), penilaian dan pengukuran corak aktiviti fizikal diikuti dengan pengetahuan tentang tabiat bersenam boleh membantu pemahaman yang lebih baik dalam pencegahan penyakit. Ini bermakna dapatan hasil kajian ini membuktikan bahawa penglibatan seseorang individu dalam aktiviti fizikal adalah atas motivasi.

Vaccaro et. al. (1984) dalam kajiannya terhadap wanita berumur antara 20 hingga 70 tahun mendapati peratus lemak atlit meningkat dengan pertambahan umur. Ini adalah suatu perubahan fisiologi akibat proses penuaan. Apabila umur mereka melampaui 40 tahun, penambahan peratus lemak ini sukar dikurangkan secara latihan fizikal. Pelbagai penyelidikan telah dijalankan mengenai cara-cara mengurangkan lemak badan. Menurut Wilmore (1970) dan Boilean (1971), lemak badan dapati dikurangkan dengan latihan fizikal yang intensif. Aktiviti fizikal yang pelbagai juga dapat mengurangkan tisu adipos pada bahagian badan yang terlibat, misalnya latihan jogging dan berbasikal (Wilmore et. al., 1980). Boilean (1973) mengatakan latihan angkat berat tidak dapat mengurangkan lemak badan. Begitu juga dengan latihan yang ringan seperti bermain tenis (Boilean, 1971). Pollack et. al. (1975) dan Milesis et. al. (1976) mendapati frekuensi dan keamatan

latihan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan pengurangan lemak yang nyata. Store et. al. (1981 dan 1983) pula melaporkan berat dan komposisi badan berubah selepas program latihan selama lapan minggu. Tetapi beberapa penyelidik menyatakan bahawa latihan fizikal tidak mempengaruhi pengurangan lemak badan secara jelas (Brannon et. al., 1969; Pohm et. al., 1977; Swenson dan Coulee, 1979). Menurut mereka, faktor pemakanan dan kadar penggunaan tenaga perlulah diambil kira.

BAB 3 METODOLOGI Pengenalan Dalam setiap kajian, prosedur ataupun metodologi yang digunakan oleh pengkaji memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mencapai sesuatu keputusan atau kebolehpercayaan. Puckman (1988), menyatakan penyelidikan boleh dianggap sebagai satu proses menyelesaikan masalah melalui perancangan, pengumpulan, penganalisisan dan pentafsiran data yang sistematik. Pengumpulan data adalah amat penting dalam penyelidikan kerana penyelesaian masalah tidak akan lengkap tanpa disokong oleh data. Setiap penyelidikan menggunakan reka bentuk tertentu yang boleh memberi data yang diperlukan untuk meyelesaikan masalah kajian (Mohd Majid Konting, 2000).

Dalam bab ini akan membincangkan tentang beberapa aspek yang berhubung dengan penggunaan rekabentuk kajian, lokasi kajian, sampel kajian, alatan kajian yang digunakan dan kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam menganalisis data kajian.

Reka Bentuk Kajian

Kajian yang di jalankan adalah secara kuantitatif dan berbentuk soal selidik menerusi kaedah rawak mudah responden. Responden perlu menjawab borang soal selidik dengan menjawab soalan-soalan yang diberikan. Soalan dalam borang soal selidik adalah berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan iaitu bertujuan untuk mengetahui jumlah masa dan motif golongan orang dewasa dalam melibatkan diri dalam aktiviti fizikal pada waktu lapang. Selain itu kajian ini juga dapat mengetahui corak penglibatan responden dalam aktiviti fizikal dan faktor-faktor yang mendorong responden untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut dan secara tidak langsung dapat mengetahui tahap aktiviti fizikal golongan orang dewasa di kawasan Lembah Klang.

Dalam kajian ini, jawapan dan pandangan responden diambil dalam jumlah yang terhad iaitu terhadap golongan yang berumur sahaja, di mana melibatkan isu-isu atau topik yang ingin dikaji. Kajian soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan dengan pembolehubah yang dikaji (fenomena kajian).

Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Lembah Klang. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik kepada responden untuk menjawab persoalan yang diberi. Soalan soal selidik ini juga akan dibuat setelah mendapat kebenaran daripada responden. Segala maklumat soal selidik akan dirahsiakan

Sampel kajian

Responden diperlukan dalam menjalankan kajian ini. Populasi dan persampelan kajian n= 200 responden yang telah dikenalpasti untuk menjadi saiz sampel responden di kawasan Lembah Klang. Antara umur bagi populasi dalam lingkungan 18 hingga 70 tahun. Kaedah soalan soal selidik ini akan dilakukan berdasarkan persetujuan informan. Persetujuan dari kedua-dua pihak amat diperlukan agar tidak timbul sebarang keraguan dan perkara berbangkit apabila keputusan kajian dibuat.

Instrumen kajian

Data untuk kajian ini dikumpul secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen kajian yang dibentuk, dengan kerjasama Global Physical Activity Questionnaire( GPAQ). Pengkaji akan menemuramah responden melalui panggilan telefon kepada responden yang telah dipilih dengan menggunakan soal selidik. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A mengandungi faktor-faktor demografik yang telah dibentuk oleh

penyelidik sendiri untuk mendapat latar belakang responden yang bersesuaian dengan tajuk kajian ini.

Bahagian B pula mengandungi faktor-faktor psikografik iaitu menyoal responden mengenai jumlah masa yang digunakan untuk berada dalam keadaan aktif secara melakukan aktiviti fizikal dalam tempoh 7 hari yang lepas. Pengkaji telah memperolehi soal selidik bahagian B daripada Prof. Madya Dr. Aminuddin Yusof (UPM). Beliau bertanggungjawab dalam pengubahsuaian dan penterjemahan versi asal instrumen dari bahasa inggeris ke bahasa Melayu.

Prosedur

Untuk menyiapkan kajian ini pelbagai kaedah digunakan dalam mengumpul data. Pertama ialah mengenalpasti penyataan masalah sehingga menyebabkan masalah ini perlu dikaji. Kedua, populasi persampelan kajian juga perlu dikenalpasti sebelum mendapat bilangan sampel dan seterusnya mengumpul data. Persoalan-persoalan yang hendak dikaji juga perlu disenaraikan dahulu sebelum menjalankan kajian.

Peringkat selepas persetujuan diperolehi prosedur yang dilakukan ialah memberi penerangan kepada responden berkaitan kehendak soalan yang akan diberikan. Proses temubual memerlukan subjek berada dalam keadan bersedia untuk menjawab soalan.

Kemudian pengkaji akan mengtranskrip segala perbualan serta menghantarnya semula kepada subjek untuk pengesahan. Perubahan boleh dibuat dari segi struktur ayat bahkan pindaan bagi tujuan pengesahan.

Proses terakhir dalam menganalisis ialah menggunakan transkrip yang telah di ubah atau dikemaskini oleh responden bagi analisis data kajian. Analisis kandungan telah dilakukan oleh seorang pensyarah Jabatan Pengajian Sukan.

Kaedah Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data atau maklumat pula adalah dengan dengan menggunakan proses penyalinan data segala temubual yang telah dibuat. Semua data temubual serta soalan-soalan yang ditanya dan juga jawapan yang diberi oleh responden hendaklah di salin. Penyalinan terperinci ini penting kerana ia akan menggambarkan kontek di mana jawapan yang diberikan. Nota tambahan juga akan membantu memberi makna atau idea tambahan mengenai fenomena yng ingin di kaji. Setelah semua data di salin dengan memberi kod setiap dimensi, data tersebut telah tersedia untuk di analisis secara terperinci dengan kod-kod kategori yang telah diwujudkan. Proses penyalinan ini

dilakukan sejurus sahaja pada akhir satu sesi temubual supaya perkara terperinci temubual masih lagi diingati oleh penyelidik

Setelah temubual terhadap semua responden selesai, kerangka konsep atau menulis bahan yang diperolehi semasa tembual akan di hasilkan. Seterusnya segala maklumat yang telah di catat dalam bentuk penulisan dan di hantar kepada pakar sebagai semakan dan analisis konsep pula akan dilakukan. Analisa konsep akan dilakukan oleh penyelidik dan disemak oleh pakar yang berpendidikan P.HD dan bidang yang berkaitan supaya tiada sebarang kekeliruan dan implikasi selepas kajian ini disiapkan.

Analisis

Penganalisisan data dalam kajian ini menggunakan

Proses penyalinan data

temubual. Semua data temubual yang akan diperolehi melalui soal selidik dan akan disalin kedalam kertas atau terus ditaip kedalam komputer. Keseluruhan temubual disalin secara terperinci termasuk soalan-soalan yang ditanya dan juga jawapan yang diberi oleh informan. Penyalinan terperinci atau secara vervatim ini penting kerana ia akan mengambarkan kontek dimana jawapan yang diberikan. Nota tambahan lapangan juga membantu memberi makna atau idea tambahan mengenai fenomena yang dikaji. Setelah

semua data disalin dengan memberi kod setiap dimensi,data tersebut telah tersedia untuk dianalisis secara terperinci dengan kod-kod kategori yang telah diwujudkan. Proses penyalinan ini seelok-eloknya dibuat sebaik sahajapada akhir sesi temubual supaya perkara terperinci temubual masih lagi diingati oleh penyelidik dan proses analisis data dan berterusan.

Setelah semua data disalinsecara verbatim, analisis data secara intensif dijalankan berdasarkan kategori dan tema yang muncul pada peringkat awal. Beberapa teknik analisis dan intreprestasi data boleh dijalankan. Melalui pembentukan teori atau idea adalah satu proses menemui atau manipulasikan kategori kategori dan perhubungan antara kategori maka terbentuk tema (goetz dan Lecompter) .Pembentukan teori boleh bermula dengan tengapan atau pandangan awal iaitu, kategori kategori mengenai konsep ditemui yang boleh menerang/menghuraikan dan mendefinisikan fenomena kajian. Kategori yang muncul boleh dibandingkan dan dibezakan digabungkan semula dan disusun supaya boleh memberi penjelasan /makna fenomena yang dikaji. Seterusnya kategori boleh membentuk atau menetapkan hubungan dan kaitan dengan menentukan keadaan masa mengaitkan hubungan atau sebab antara kategori. Akhir sekali boleh dibuat jangkaan dengan yakin bahawa penerangan atau hubungan tersebut boleh berlaku dimasa akan datang sebagai asas pembentuk andaian, agakan atau hepotisis .

Rujukan Andrea L. Dunn, Phd, Ross E. Andersen, Phd, John M. Jakicic, Phd, (1998). Lifestyle Physical Activity Interventions History, Short- and Long-Term Effects, and Recommendations, American Journal of Preventive Medicine,Volume 15, number 4. Asma Ahmad (1994) Training Design Development: The practice of four development agencies in Malaysia. Tesis PhD UPM, Serdang. Selangor D.E

Arnheim, D.D. (1991). Essentials of Athletic Training. (2nd ed.). St. Louis : Mosby. American college of sport medicine. (1990). The recommended quantity and quality of exercise for developing and maintaining fitness in healthy adults. Medicin Science in Sport & Exercise, 22, 265-274. Boone, E.J. (1985) Developing Programs In Adult Education. New Jersey: Prentice-Hill Inc Bassctt, D. R. J. & Strath, S.J. (2002). Use of pedometers to assess physical activity. In G. J. Welk (Ed.). physical activity assessment for health- related research, (pp.163-178). Champaign.ii. human Kinetics.

Glenn V. Ostir. (2003). The Association of positive affect and Exercise Self- Efficacyin Older Adults. Journal of Asian & Physical Activity,11, 81-85. Harris, J., & Elbourn, J. (1991). Muscular Strength and Endurance Circuits. Health and Physical Education Project Newsletter, 28, 8-10. Hawkin, J. M. (2001). Kamus DwiBahasa Oxford Fajar. English- Melayu, MelayuEnglish, (3rd ed.), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Kocak, S, Harris. M, Isler, A.K. & Cicek, S. (2002). Physiscal activity level, Sport Parhcipation, and parenta, education level in Turki Junior High school Student. Pediatric ExerciseScience, 14, 147-154. Welk, G. differding. J.A. Thompson, R. W. Blair, S. N. Dziura, J. & hart, P. (2000). The utility of the Digi-walker step counter to assess daily physical activity patterns. Medicine & Science in Sport & exercise, 32(9 Suppl.), S481-488.

King, A. C. Blair, S.N., Bild, D. E., Dishman, R. K., Dubbert,P. M., Marcus, B. H.,

Oldridge, N. B., paffenbarger, R. S. Jr. Powell, K. E. & Yeager, K. K. (1992). Determinants of physical activity and interventions in adults. Medicine & Science in Sport & Exercise, 24 (6 Suppl.), S221-236.

Konting,M. M. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marcus, B.H., King, T.K., Clark, M.M. et al., 1996. Theories and techniques for promoting physical activity behaviours. Sports Medicine 22 5, pp. 321331.

Wilde, B. F. Sidman, C. I. & Corbin. C. B. (2001). A 10.000- step count as a physical activity target for sedentary women. Research Quarterly for Exercise and Sport, 72, 411-414.

Anda mungkin juga menyukai