Anda di halaman 1dari 1

Konstruktivisme & Pembelajaran Masteri

Dalam pendekatan konstruktivisme, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada murid untuk membina pengetahuan baru manakala pendekatan pembelajaran masteri pula, semua murid mesti menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Kedua-dua pendekatan ini harus digunapakai oleh semua guru kerana pedekatan ini saling berhubung kait. Kedua-dua pendekatan ini juga relevan untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Walau bagaimanapun, jika pengajaran dan pembelajaran tersebut memerlukan pemahaman murid yang cepat, maka pendekatan kontruktivisme adalah lebih relevan kerana ia melibatkan pengetahuan sedia ada murid yang membolehkan murid cepat faham terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.