Anda di halaman 1dari 2

NASI DAGANG

Bahan-bahan:

Beras nasi dagang (rendam sekejap)


Bawang merah + bawang putih (mayang)
Halia (mayang)
Halba
Garam
Gula (sedikit sahaja)
Santan pekat dan santan cair

Cara-cara:

1. Santan pekat dicampur dengan bawang merah,bawang putih,halba dan halia yang
dimayang tadi kemudian sedikit garam dan gula.

2. Kukus beras nasi dagang sehingga masak, angkat masukkan dalam bekas dan
digaul dengan santan cair sampai rata dan dikukus lagi sehingga naik wap.

3. Angkat lagi dan masukkan dalam bekas dan digaul dengan santan pekat dan
campuran2 tadi. Siap untuk dihidangkan.

4. Seelok-eloknya dikukus sekali lagi dalam 10 minit supaya nasi dagang tahan lebih
lama.

SAMBAL KELAPA

Kelapa parut (goreng garing)


Ikan kembung dibakar
Bawang Merah dan bawang putih

Cara:
Kelapa ditumbuk bersama-sama ikan kembung, bawang merah dan bawang putih tadi dan
masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. (tumbuk halus jangan sampai pecah
minyak)

ACAR TIMUN

Bahan-bahan:

Timun (potong)
Karot (potong)
Cili merah (potong)
Bawang merah (mayang) Semua bahan tadi dicampur
Cuka
Garam
Gula
MASAK LEMAK IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:

Cili kering
Bawang putih dan bawang merah
Lengkuas
Kunyit
Ikan tongkol (rebus dengan sedikit air, asam keping dan garam)
Garam
Asam keping
Santan

Cara-cara:

1. Cili kering, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan kunyit diblender.

2. Masukan santan dalam periuk, bahan blender tadi dan juga asam keping, garam
dan gula secukup rasa masak sampai mendidih (sentiasa dikacau supaya santan
tak berketul2).

3. Kemudian masukkan ikan tongkol yang direbus tadi dan biarkan mendidih lagi
dan bolehlah dihidangkan.

(Note: Satu lagi lauk sesuai dimakan dengan nasi dagang ialah kari ayam. Boleh juga
masak lemak udang macam nak masak ikan tongkol. Sambal kelapa takda pun takpa,
tapi lagi best kalau ada).

Resepi anida