Anda di halaman 1dari 4

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T1 MT II

LAPORAN
Tugasan projek kursus EDU 3102 berkaitan perkembangan sosio-emosi kanakkanak merupakan satu tugasan yang paling unik dan mencabar yang pernah saya siapkan kerana ia melibatkan satu strategi lain daripada yang lain. Akan tetapi, berkat hasil usaha saya dan rakan-rakan seperjuangan saya, iaitu Saguntala A/P Kandaya dan Subaasini A/P Vellayan Reddy, dapatlah kami menghasilkan satu tugasan yang berkualiti setelah bertungkus lumus lebih kurang selama sebulan. Tugasannya ialah kami perlu melakukan kajian terhadap seorang kanak-kanak yang berumur di antara 4-12 tahun dan perlu menyediakan satu profil kanak-kanak dalam bentuk multimedia atau video. Dalam tugasan ini, kami tidak perlu menggunakan kertas A4, tetapi uniknya perlu menggunakan perakam video. Inilah yang telah membuatkan tugasan ini sangat menyeronokkan walaupun terdapat juga kekangan-kekangan tertentu. Tugasan ini bukan hanya sekadar menyediakan satu multimedia semata-mata, tetapi saya dan kawan-kawan juga mengalami kesukaran kerana kami dikehendaki untuk menyiapkan video tersebut dalam lingkungan masa selama 10 minit sahaja. Saya cuba sedaya upaya mencari bahan-bahan yang penting dan cuba mengambil senario-senario yang dikira berkaitan sahaja. Ia telah menjadi satu belenggu kepada kami untuk menyediakan satu tugasan yang produktif dan kreatif, tetapi kami mengambil perkara ini sebagai satu cabaran untuk berusaha lebih gigih lagi. Setelah memahami dan mendalami kehendak tugasan melalui perbincangan dengan pensyarah bimbingan kami iaitu Puan Low Siew Wah, saya mendapat banyak ilham. Mujurlah beliau telah menunjukkan beberapa buah video yang telah disiapkan oleh seniorsenior kami. Saya berasa lega kerana sekurang-kurangnya ada sesuatu garis panduan untuk memulakan tugasan ini. Sebagai langkah pertama, saya mengesyorkan untuk mencari seorang kanak-kanak yang tidak dikenali untuk dikaji. Kelebihan cadangan ini ialah kami akan mendapat seorang kanak-kanak ibarat kertas putih di mana kami tidak tahu asalusulnya. Senario adalah sama seperti di sekolah kelak di mana kita akan berdepan dengan murid-murid yang kita tidak akan kenal. Kelemahannya pula ialah, sudah pasti kanak-kanak itu akan menumpukan perhatian kepada kami semasa merakam karenahnya dan ini akan membuatkan rakaman tersebut bersifat kurang semulajadi. Cabaran terbesar yang kami hadapi ialah mencari seorang kanak-kanak yang sesuai dan pada permulaan pencarian, kami gagal untuk mendapatkan calon yang dikehendaki. Sesuatu kejayaan adalah bermula daripada kegagalan, malah peluang akan mencurah

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T1 MT II

selagi manusia akan mencari. Berdasarkan cogan kata inilah kami terus berusaha dan akhirnya Tuhan telah mempersembahkan seorang budak comel yang bernama Pavanesh A/L Uthaya Surian kepada kami. Di situlah bermulanya satu perjalanan yang penuh dengan pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Banyak perkara berguna yang telah saya pelajari melalui pengalaman ini dan bagi saya guru yang mengajarnya ialah Pavanesh. Sebelum ini, teori-teori berkaitan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak kelihatan semacam satu tayangan gambar di atas layar perak sahaja bagi saya. Saya hanya dapat mempelajarinya dan memahaminya. Walaupun saya pernah menjadi seorang guru sandaran dan berkhidmat di sekolah selama dua tahun, saya gagal memerhatikan apa yang diperkatakan sebagai perkembangan menyeluruh sesorang kanak-kanak. Pada masa itu, apa yang saya nampak dengan mata kasar ialah perkembangan intelek dan jasmani seseorang murid sahaja. Semasa melakukan tugasan ini, Pavanesh telah membuka mata saya dalam cara mengawal emosi seseorang itu. Menurut teori Erik Erikson, kanak-kanak dalam lingkungan umurnya akan bersikap negatif apabila berasa serba salah. Namun begitu, dia menunjukkan pengawalan emosi yang boleh dikategorikan sebagai cemerlang. Walaupun ada sekalisekala dia meluahkan rasa marahnya, tetapi didapati kebanyakan masa Pavanesh dapat mengawal emosinya. Dia juga mempunyai banyak nilai murni dalam dirinya dan sekaligus ini mengingatkan saya kepada manusia zaman sekarang yang sering lupa diri. Setiap hari kita dapat melihat ada sahaja berita yang berkaitan dengan jenayah seperti pembunuhan dan rompakan. Di manakah status manusia-manusia sebegini jika dibandingkan dengan seorang kanak-kanak yang hanya berusia 5 tahun? Seterusnya, saya juga sedar bahawa sebagai seorang guru, saya perlu menguasai ciri-ciri perkembangan sosio-emosi anak murid berdasarkan peringkat perkembangan yang saya kaji ini. Tugasan projek ini membuatkan saya melihat seorang kanak-kanak dari sebuah dimensi yang lain. Biasanya, saya sebagai seorang guru tidak pernah menyinggung atau menindas perasaan anak murid saya. Tetapi semasa mewujudkan satu senario bagi memahami teori yang saya ingin kaji, terpaksalah saya untuk sedikit sebanyak mengganggu perasaan kanak-kanak tersebut. Sebenarnya hal ini tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif, malah ia telah merapatkan diri saya dengan Pavanesh. Di sini, saya dapat pelajari bagaimanakah cara untuk menguasai emosi kanak-kanak. Selama tiga hari kami berada bersamanya, banyak perubahan yang telah dapat saya perhatikan dalam diri Pavanesh. Pada mulanya, dia tidak begitu mesra dengan saya. Lebihlebih lagi apabila saya suka mengusiknya dengan tujuan menguji perkembangan emosinya. Tetapi sekian hari didapati dia lebih rapat dengan saya walaupun saya baru mengenalinya.

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T1 MT II

Saya dapat melihat bahawa tahap kepercayaannya terhadap saya adalah tinggi. Apabila dikaji dengan teliti dengan menanyakan ibubapaya, saya dapati Pavanesh telah diasuh dengan sempurna sejak kecil lagi dan segala keperluannya disediakan mengikut masa. Barulah saya dapat merumuskan apa yang terjadi. Setelah saya membelikan barang yang dimintanya, contohnya aiskrim semasa membuat kajian kes ini, Pavanesh telah mula mempercayai saya. Saya dapat merasakan betapa jitunya teori Erik Erikson yang dinyatakan di dalam peringkat kepercayaan lawan kecurigaan (0 18 bulan). Proses memahami sesuatu teori adalah satu proses yang agak rumit sekali. Untuk mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, kita bolehlah menghafal apa yang ada di dalam buku dan memuntahkannya di atas kertas soalan. Tetapi pemerolehan ilmu melalui pemahaman berdasarkan pengalaman adalah sesuatu yang amat berbeza. Ia akan memantapkan seseorang guru dan aplikasinya semasa pengajaran dan pembelajaran akan memberikan impak yang sangat efektif. Melalui pengalaman saya melaksanakan tugasan ini, dapatlah saya memahami teori-teori berkaitan dengan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak yang memang akan berguna semasa saya berkhidmat sebagai guru kelak. Faedah lain yang saya perolehi melalui tugasan projek ini adalah seperti dapat memupuk nilai murni dalam diri seperti menunjukkan kasih sayang kepada, berdikari, meghargai masa dan paling penting ialah memahami perasaan orang lain terutamanya kanak-kanak dalam konteks ini. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya, kanak-kanak harus diasuh sejak kecil lagi untuk membentuk perwatakan yang baik seperti yang saya temui dalam diri Pavanesh yang saya kaji. Saya juga dapat memantapkan kemahiran ICT saya melalui projek ini. Walaupun sebelum ini saya pernah mencipta video sebelumnya, ini adalah satu pengalaman baru dari segi skop dan tema. Saya juga tidak ingin melepaskan peluang ini untuk memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan berkatnya, dapatlah saya siapkan tugasan ini dengan sempurna. Insan yang paling saya hargai dan ingin merakamkan infinti terima kasih ialah kepada pensyarah saya yang dihormati, Puan Low Siew Wah. Beliau sememangya telah memberikan banyak tunjuk ajar, panduan, serta bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Saguntala A/P Kandaya dan Subaasini A/P Vellayan Reddy yang berganding bahu bersama saya untuk menyempurnakan tugasan ini. (1034 patah perkataan)

VELMURUGAN A/L SUBRAMANIAM

T1 MT II

RUJUKAN

Wong K. W. (2013), Siri Pendidikan Guru: Perkembangan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur: Oxford Fajar

http://wonderlandfull.blogspot.com/ http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori-perkembangansosial-erik-erikson.html

http://psikologi-freud-fies.blogspot.com/