Anda di halaman 1dari 6

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

SAANAH BINTI EDI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Definisi Ibadah Bahasa : Iaitu segala ketaatan dan kepatuhan yang dilakukan adalah berasaskan kepada ketundukkan, kehinaan dan merendah diri kepada Allah. Istilah : Ibadah ialah segala ketundukan dan kepatuhan yang diiringi dengan kecintaan yang mutlak kepada Allah s.w.t.

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM Menurut Al-Maududi : Ibadah ialah kepatuhan dan ketundukkan seseorang kepada ketinggian dan kekuasaan seseorang yang lain secara mutlak tanpa apa-apa bantahan. Daripada definisi yang telah dinyatakan di atas maka kita dapati bagi memenuhi klasifikasi ibadah hendaklah mengandungi 2 ciri utama berikut :

Beriltizam/komitmen terhadap segala apa yang disyarakkan Allah dan apa yang telah dinyatakan rasul sama ada ianya perintah atau larangan, halal atau haram dan sebagainya.
Kecintaan yang betul-betul lahir daripada hati yang ikhlas akan mewujudkan keiltizaman/komitmen yang mutlak.

Persepsi Ibadah Untuk menjadikan ibadah sebagai suatu pengabdian yang menjadi tunggak kepada kecemerlangan kehidupan duniawi dan ukhrawi umat manusia maka ia mesti merangkumkan 2 unsur (kefahaman) berikut : Syumul Ibadah menjadi risalah utama kepada perutusan para nabi dan rasul mestilah dinyatakan dalam bentuknya yang syumul Kesan terhadap kefahaman kesyumulan ibadah kepada manusia. Mengarahkan kehidupan individu Muslim serta pengamalan kehidupan seharian mereka adalah cara hidup Rabbani. Membentuk individu Muslim kepada satu hala tuju dan arah tujuan. Pengabdian. Ibadah memerlukan kepada ketundukan dan kepatuhan kepada manhaj yang digariskan Allah dengan penuh kecintaan. (tanpa jemu setiap ketika dan tempat).

pada

Tujuan menyembah/mengabdikan diri kepada Allah. 1. Ibadah sebahagian daripada keperluan Roh. manusia bukan sahaja dijadikan daripada unsur tanah/fizikal tetapi ia wujud hasil daripada kesinambungan antara Roh dan fizikal. Roh memerlukan makanannya yang tersendiri lapar dan menyimpang. 2. Ibadah memberi kebebasan dan kesahteraan. Ini adalah kerana manusia akan hanya menyembah, tunduk, patuh dan sujud kepada Allah satu-satunya.

3. Ibadah adalah ujian. Ibadah adalah ujian Allah keatas manusia untuk melihat sejauhmana kepatuhan dan keyakinan manusia kepada Allah. Maka dengan itu Allah akan memberikan ganjaran dan balasan setimpal dengan apa yang dilakukan manusia.
4. Ibadah adalah hak Allah ke atas manusia.

Asas penerimaan ibadah dalam Islam.

Sesuatu yang dilakukan dalam proses pengabdian diri kepada Allah mestilah berasaskan kepada 3 ciri asasi berikut untuk diterimapakai Allah :
1. 2. 3. Menyembah/mengabdikan diri kepada Allah. Ikhlas amal. Mematuhi syariat Allah.

Pembahagian Ibadah. Ibadah dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu :

Ibadah Umum Ialah segala perkara yang dilakukan bertujuan untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t
Ibadah Khusus Ialah tatacara/adab-adab tertentu yang telah digariskan khusus oleh Allah kepada hambanya untuk menghampirkan diri mereka kepadaNya.