Anda di halaman 1dari 1

FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN PASUKAN BERUNIFORM

Unit pasukan beruniform seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Tunas Puteri dan Puteri Islam sering mengadakan perkhemahan di sesuatu tempat. Aktiviti ini sering mendapat sambutan daripada ahli-ahli. Malah yang lebih menggembirakan, ibu bapa sendiri menggalakkan anakanak mereka turut serta. Ketiga-tiga pihak iaitu guru sebagai penganjur, murid sebagai peserta, dan ibu bapa sebagai pendorong telah lama sedar akan faedah yang diperolehi menerusi aktiviti ini. Satu daripada faedahnya ialah menambahkan pengetahuan. Pengetahuan tersebut diperolehi berdasarkan maklumat dan pendedahan yang diberikan sepanjang perkhemahan seperti ceramah, berkawat, ataupun merentas desa. Selama ini, murid-murid lebih banyak menghabiskan masa di rumah sehinggakan dalam keadaan tertentu mereka tidak tahu membuat apa-apa aktiviti jika orang tua di rumah. Akan tetapi, dengan latihan dan pengalaman hidup beberapa hari di dalam hutan, mewujudkan sikap berani, matang, dan berkeyakinan. Pengalaman yang diperolehi bukan sahaja boleh dimanfaatkan pada saat ini, tetapi untuk jangka waktu yang panjang. Ini kerana apabila sikap berdikari sudah lahir sejak kecil, sikap ini akan terbawa-bawa hingga dewasa. Sesetengah murid yang tidak menyertai aktiviti ini pula gemar berpelesiran di kompleks membeli-belah ataupun menjadi muka tembok. Bukankah masa itu emas dan tidak akan berulang lagi? Mereka yang menyertai perkhemahan perkhemahan tergolong daripada mereka yang tahu memanfaatkan masa. Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kepada kita bahawa perkhemahan merupakan aktivti yang berfaedah dan patut disertai oleh setiap murid.

Anda mungkin juga menyukai