Anda di halaman 1dari 7

Nama: Noorafiqah Bte Abdul Hamad

No. Matriks: DTM-EC201-0154


Tugasan Individu: Sejarah Penubuhan Malaysia
Tarikh Hantar: 03 Jun 2009

Disemak Oleh:
_________________
(En. Marsam Buhera)

Pengenalan
Dalam tugasan pertama bagi semester ini dalam subjek Pengajian Malaysia (MPW1133),
pensyarah kami En. Marsam Buhera meminta kami membincangkan mengenai Sejarah
Penubuhan Malaysia. Dalam tugasan ini, kami diminta untuk menceritakan bagaimana Malaysia
ditubuhkan dan apakah kekangan semasa perancangan penubuhan tersebut dilaksanakan.
Objektif tugasan ini diberikan adalah untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan kami dalam
subjek ini, selain itu kami juga dapat memahami dan mendalami sedikit sebanyak bagaimana
Malaysia ditubuhkan dan siapakah tokoh-tokoh yang bertanggungjawab dan berjasa dalam
menubuhkan Malaysia. Sememangnya tidak ramai yang tahu akan siapa tokoh-tokoh negara kita
yang bekerja keras dalam menjayakan rancangan penubuhan negara kita Malaysia. Sebelum saya
teruskan dengan isi kandungan tugasan ini, saya berharap agar tugasan pertama saya ini dapat
memenuhi kehendak pemeriksa.
i

ISI KANDUNGAN

Topik Halaman
PENGENALAN i
ISI KANDUNGAN ii
SEJARAH AWAL 1
ZAMAN PENJAJAHAN 2
SELEPAS PERANG 3
PENUBUHAN MALAYSIA 4
BIBLIOGRAFI 5

PENUTUP 6
ii

SEJARAH AWAL

Bermula di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan
manusia awal berusia 40,000 tahun yang ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks Gua
Niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah
manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Semenanjung
Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan
perdagangan mereka melalui di Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto
Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia
membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah merupakan penempatan
pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah,
Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15,
Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada
Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau
koloni di Selat Melaka. Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum
abad ke-13 Masihi dan Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang
mendahului kewujudan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu.

ZAMAN PENJAJAHAN
Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan penduduk Pulau Balambangan pada
tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala
penempatan Selat Koloni Di Raja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit
menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat
termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan
mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan
persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk
Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa
Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang
dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-Negeri
Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di bawah kuasa
Thai. Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan
Brunei dan Kesultanan Sulu sekarang Sabah) telah berada dibawah pajakan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja
British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada
Perang Dunia ke-II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan
kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan
masyarakat imigrasi. Justeru British mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun
menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan
sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum
pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal)

SELEPAS PERANG
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui
penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan
Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia
menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei. Pada awal penubuhan Malaysia,
banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan oleh
Filipina terhadap Sabah. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan
berlakunya rusuhan kaum pada 1969.

Gambar di atas diambil ketika Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957.
3

PENUBUHAN MALAYSIA
Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah
Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang
pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah
pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di
Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959. Langkah pertama dalam
penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah
persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan
Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh
penduduk Malaya dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah
dan Sarawak. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah
membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang
melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis
Indonesia. Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan
penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama
kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama Inggeris-Malaya
yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan
Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan
Malaysia. Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah
menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun
1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan
Malaysia. Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia
terdiri daripada Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul
untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia
dan menjadi sebuah negera yang merdeka.

BIBLIOGRAFI
SEJARAH AWAL, ZAMAN PENJAJAHAN & SELEPAS PERANG:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia
PENUBUHAN MALAYSIA:
http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm01&spesifik_id=405&ttl_id=61
5

PENUTUP
Demikianlah sedikit sebanyak maklumat yang dapat saya sediakan mengenai sejarah Penubuhan
Malaysia. Segala maklumat yang saya masukkan dalam tugasan ini saya perolehi melalui laman
web tertentu yang berkaitan, alamat web tersebut telah saya nyatakan dalam topik Bibliografi
dalam halaman 5, sebagai bukti kesahihan di mana maklumat yang saya masukkan di dalam
tugasan ini bukanlah rekaan saya semata-mata dan bukanlah hasil kerja sambil lewa. Sebagai
penutup bagi tugasan pertama saya untuk subjek ini, saya berharap agar hasil kerja saya diterima
dan memenuhi kehendak pensyarah kami iaitu En. Marsam Buhera. Dalam kesempatan ini juga
saya ingin berterima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan oleh beliau. Melalui tunjuk ajar
tersebutlah saya dapat menyiapkan tugasan ini, dan menghantar pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan. Sekian.
6